Halaman

Sabtu, 30 Mei 2020

Krup Krap Krup Krap Jeruk Kedondong Asam Boi

Hari akhir bulan Ramadhan tahun ni tak berapa sibuk nak siapkan juadah. Maklumlah Aidilfitri kali ni berbeza dari yang kebiasaannya. Tak perlu masak banyak sebab rumah tak open house dan tetamu tiada dijemput hanya ahli keluarga sahaja. Lagipun hari Jumaat dah hampir semua hidangan utama selesai buat dan testing masa berbuka puasa. Sehari sebelum Syawal tiba kali ni agak santai, boleh meronda-ronda di kebun tuan Teratak Kiulu Lodge. 

 Tahun ni kami beraya di Sabah sebab PKP kan bermula masa cuti sekolah. Kebetulan semasa last weekend sebelum partial lockdown di Malaysia bermula pada 18hb Mac 2020, ahli-ahli Kebun Bahagia Bersama sertai kali ketiga acara larian Borneo Ultra Trail Marathon 2020 yang bermula di Kiulu. Papa Abby dan Ilhan Mikhail tahun ni join larian 30km dan yang lain2 cuma 9km sahaja. 

Yang tak disangka Nenek Abby masuk top 3 untuk kategori wanita veteran 9 km...hehehe... Yang anak dan cucu pun tak pernah merasa. Nenek Abby pun dah lebih 60 tahun. Tukang Kebun pun sebenarnya tak terkejar dengan pace Nenek Abby. Walaupun banyak acara larian tahun ni terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan tapi yang Borneo Ultra Trail Marathon 2020 sempat dilangsungkan sebelum ada arahan jelas  yang acara ramai tidak boleh dilangsungkan. Walaupun begitu organiser dah standby dengan SOP ada hand sanitizer dan lain-lain. Sebab penganjur BUTM ni pun kebanyakkannya ada dari background asalnya ahli perubatan. Semasa PKP ni ada 2 larian yang sudah kami daftar telah ditangguhkan. 
Sehari sebelum Syawal ronda-ronda Kebun di Teratak Kiulu Lodge nampak meriah buah kedondong. Kebetulan ada bawa stok asam boi boleh lah buat jeruk kedondong asam boi. Sambil berborak dengan sanak saudara menerusi lawatan raya wassup video sedap snacking makan jeruk kedondong asam boi. 

Nampaknya tak boleh selalu Tukang Kebun buat stok jeruk kedondong asam boi ni sebab atuk Abby asyik menghirup air jeruk nya . Atuk Abby berebut air jeruk kedondong asam boi dengan cucunya Abby, siap tuang air jeruk masuk dalam cawan minum gitu. Bersilih ganti nenek Abby dan Tukang Kebun tegur jangan makan banyak sangat jeruk ni lebih-lebih lagi minum air jeruk. Dua bekas air jeruk atuk minum lepas isi jeruk dah habis.

VIDEO YouTube link di bawah berkenaan dari proses petik buah kedondong hingga selesai buat jeruk kedondong asam boi yang rakamannya di Teratak Kiulu Lodge :

https://youtu.be/JUcLx7ZJbp0





SELAMAT HARI KAAMATAN - HAPPY HARVEST FESTIVAL. 

KOTOBIAN TADAU TAGAZO KAAMATAN. 

18 ulasan:

  1. Buah kedondong muda memang enak dibuat jeruk asam boi

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Lebih-lebih lagi tanpa pengawet bukan asli.

      Padam
  3. SELAMAT HARI RAYA!! best entry ini.. done follow u, follow me back.. tq
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Lebaran,

      Terima kasih singgah di kebun ini.

      Padam
  4. Tahniah kepada nenek Abby dapat masuk top 3 .

    Interesting video. Seronok tengok suasana hijau di tempat KBB dan itu jeruk kedongdong buat saya terlior pulak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak disangka nenek Abby dapat top 3 untuk kategori wanita veteran.

      Masih belajar buat rakaman video ni Aunty.

      Anak-anak la excited nak buat video, Tukang Kebun ikut arus pertumbuhan anak2 ni je.

      Padam
  5. Sedapnya kedondong ....terliur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terliur tengok buahnya bergugusan kat pokok, tu terus rajin nak buat jeruk.

      Padam
  6. sedapnya jeruk,kak ana peminat asam ni. Salam Syawal dan pertama kali singgah sini, menarik blog nya kerana kak ana pun suka bertanam. Done follow sini :)jemput ke www.anajingga.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Perkenalan Kak Ana,

      Sesama kita tambahan oksigen di planet bumi ini :)

      Padam
  7. Wah! Banyaknya buah kedondong. Memang sedap ni dibuat jus. Macam-macam ada di sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur Alhamdulillah pokok kedondong ni tak pernah putus buah. Setiap kali balik ada buahnya untuk dipetik.

      Padam
  8. lamanya akak menghilang kak... kedondong mmg sedap la buat jeruk krup krap krup kkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Dana,

      Sibuk dengan tugasan kerja dan urus Anak-anak semua dah masuk sekolah Dana. Ni baru nak kemas cuci blog berdebu tebal lama tak dibuka ni.

      Padam
  9. Uihh dasatnya nenek Abby.. APA petuanya tu semoga Teri's sihat ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Mamapp,

      Nenek Abby jenis tak pandai duduk diam. Zaman kecil hidup susah nak ke kebun pun kena Jalan jauh.

      Padam