Halaman

Jumaat, 18 September 2020

Rayyan Cuba Climb Kinabalu

Pada tahun 2019 lepas, banyak jugalah milestone achievement Rayyan Haniel, antara satunya ialah cuba daki trail ke Gunung Kinabalu. Adik perempuan Tukang Kebun yang uruskan permit untuk dapatkan kami daki ke Gunung Kinabalu dan bukan melalui operator pelancongan supaya dapat bawa Nenek Rayyan dan juga 2 orang anak buahnya Ilhan Mikhail (11 tahun) dan Rayyan Haniel (9 tahun).  Jika urus sendiri kalau Sabahan tak termasuk bayar guide dalam RM250 lebih termasuk penginapan dan lain-lain untuk seorang pendaki. Dalam kumpulan kami ini seramai 7 orang hanya adik perempuan Tukang Kebun yang bakal menikah awal bulan depan dah pernah naik, yang lain pertama kali. Cuma kena hati-hati sebab adik perempuan Tukang Kebun pun terkena scam pada asalnya bila nak tempah untuk kami semua melalui agen sama yang dia gunakan masa pendakian pertama dia. Sekali hairan kenapa tak dibalas-balas bila siasat rupanya ramai yang dah kena scam dan sudah membuat laporan polis. Jadi adik Tukang Kebun tekad uruskan sendiri bila ada slot penempahan dibuka oleh Taman Taman Sabah. Urusannya ambil 2 hari juga sebab sesak ambil no giliran sampai kena tunggu hari keesokkannya. Bila urus sendiri jauh lebih murah dari melalui tour operator.
Jika tak silap Tukang Kebun 2 orang kanak-kanak maksimum kena ada 1 malim (guide) bersama, manakala 5 orang dewasa maksimum kena ada 1 malim. Jadi group kami dijaga oleh 2 malim lah. Mula-mula perancangan Ilhan bawa 1 beg, tapi lepas dah 2 kilometer naik si Ilhan dah mula nak menangis tak larat bawa beg jadi papa Ilhan yang mengangkut 2 beg depan belakang sehinggakan ada pendaki dari Netherland tanya papa "berapa kali naik Kinabalu dalam seminggu". Ini memang sah yang Dutch man ni ingat papa malim juga hehehe...
Group ni terpisah 2 jugalah seperti biasa geng laju dan geng kura-kura. Geng kura-kura biasalah Tukang Kebun dan Rayyan dalam nak dekat pukul 4 petang lebih baru sampai Laban rata. Ini pun kena buat taktik nak kasi tinggal baru si Rayyan ni bergerak perlahan-lahan mengekor takut kena ditinggalkan. Tips kalau daki Gunung Kinabalu ni sebenarnya jangan rehat lama sangat kat perhentian Layang Layang sebab boleh jadi kaki cramp macam papa Abby nanti seksa nak habiskan saki baki pendakian ke Laban Rata. Masa ni Tukang Kebun dah rasa altitude sickness juga jadi dinner tak selera makan walaupun ada lauk popular lamb yang sedap trademark di only restaurant kat Laban Rata tak termakan melayan sakit kepala. Menarik juga pengalaman makan di restaurant Laban Rata ni yang juga merupakan restoran altitude paling tinggi di Sabah sebab kepulan awan bawah dari paras yang kita sedang duduk. Restoran above the cloud begitu. Ambil pain killer tidur dulu supaya bila bangun awal pagi nak naik Kinabalu kepala dah tak sakit. Lepas Covid-19 masa PPKP ni lauk lamb tu tak de dah mungkin sebab sempadan masih tutup.
Sejuk jugalah tidur di Laban Rata tu dan Tukang Kebun tidur berpelukan dengan Rayyan nak kasi dia haba dari Tukang Kebun. Dalam 2 setengah pagi lepas sarapan dah mula bersiap sedia nak mendaki naik ke puncak Gunung Kinabalu. Mula-mula Ilhan dan papa Ilhan bersama kami naik sama-sama, kemudian papa Ilhan suruh Ilhan gerak dulu kejar ikut Nenek dan Aunty dia yang laju jalan dari kami ini. Lepas Tukang Kebun khuatir yang kami ni agak lambat menemankan pace Rayyan, Tukang Kebun minta papa Rayyan pergi je tinggalkan kami nanti rugi kalau dia tak sempat sampai di pondok Sayat-Sayat sebelum pukul 4:30 pagi lagipun malim ada dengan kami juga. Pendaki kena sampai pondok Sayat-Sayat sebelum 4:30 pagi jika tidak, pendaki tidak dibenarkan meneruskan perjalanan. Tidak disangka dengan pace lambat kami sampai juga di pondok Sayat Sayat sebelum 4:30 pagi.
Kebetulan hari kami daki Gunung Kinabalu cuaca agak baik cerah dan tidak hujan. Jadi Tukang Kebun dah semangat betul nak naik ke puncak secepat mungkin memandangkan kami lepas juga check point masa pondok Sayat Sayat. Tapi Rayyan pula kurang semangat dan kali ini bekeras dia tak mau gerak langsung dah terus berhenti walaupun dipujuk banyak kali seperti gambar di bawah katanya tak tahan dah sejuknya. Tak jauh pun nak sampai sekurangnya low peak tu kut tak mau bergerak walaupun mulut berbuih pujuk hingga taktik tinggalkan pun dia tak mau ikut terpaksa Tukang Kebun turun balik. Masa ni Tukang Kebun dah berkobar-kobar sebab tak jauh dah dengan cuaca yang amat cerah sekali penuh harapan. Nampak gambar di atas Tukang Kebun dah naik nampak kelibat kecil si Rayyan juga pondok Sayat Sayat Hut. Terpaksa lah patah balik takkan nak tinggalkan budak kecil tu kat situ.
Dengan rasa syahdunya tak dapat Tukang Kebun meneruskan perjalanan maka kami layanlah pemandangan panorama sunrise sampai boleh nampak juga Gunung Trusmadi, puncak gunung kedua paling tinggi di Malaysia. Kalau kita hanya sampai lepas pondok Sayat Sayat cuma dapat sijil hitam putih dan juga tulis di situ ketinggian pondok Sayat Sayat yang kita telah capai adalah lebih 3700 meter juga di mana lebih tinggi dari Gunung Fuji di Jepun. Kalau yang berjaya sampai puncak dapat sijil berwarna.
Rupa-rupanya Tukang Kebun tak tahu yang nenek Rayyan ada dalam salah satu bilik rehat di pondok Sayat Sayat akibat penangan altitude sickness. Memang kami ni adik beradik dah berapa kali pesan jangan naik laju-laju mak nanti kena altitude sickness sudahlah mak ni jenis low blood pressure. Kami memang yakin mak upaya cuma itulah excited sangat dan tak faham yang panjat gunung tinggi ni ikut individu mungkin mudah kena altitude sickness. Kalau yang mudah kena altitude sickness, sebaiknya jangan pace laju biar slow and steady supaya badan boleh sesuai dulu. Habislah mak asyik muntah muntah je terlalu sakit kepala. Kemudian Ilhan pun rupanya ada berehat bersama neneknya. Selepas papa Ilhan tinggalkan kami kejar mencari Ilhan dah mereka daki certain point pertengahan jalan lepas pondok Sayat Sayat, papa Ilhan suruh Ilhan patah balik ke pondok sebab tengok Ilhan jalan dah terhuyung hayang macam orang mabuk khuatir Ilhan kena altitude sickness terlampau.
Alahai kalau Tukang Kebun tahu yang neneknya ada sahaja di pondok Sayat Sayat dah boleh dah tinggalkan si Rayyan dengan neneknya sobsobsob....
Gambar di atas ini antara kawasan yang perlu berhati-hati semasa turun yang agak bahaya sikit. Malim bercerita masa gempa bumi kuat pada tahun 2015 hampir 7:30 pagi yang meragut beberapa nyawa sebab masa tu ada beberapa pendaki dah mula turun berada di kawasan ini la sebab berada di slop yang curam. Waktu 7:30 pagi tu memang masa pendaki dah mula turun ke bawah semula.
Cantik sungguh pemandangan dari puncak Kinabalu melihat kawasan di bawah persekitarannya. Gambar di bawah ini antara batu besar yang retak jatuh semasa gempa bumi tahun 2015, kalau berguling batu tu boleh hempap tempat penginapan di Laban Rata.
Ilhan masih pening-pening lagi sambil turun ke bawah. Tak pelah ini percubaan pertama kali dah berjaya limpas sedikit dari pondok sayat sayat pun ok sudah tu kalau ada rezeki nanti Ilhan dan Rayyan boleh cuba lagi, usia masih muda lagi.
Papa Ilhan lah paling bahagia antara kami pada hari tersebut sebab dah berjaya naik sehingga ke puncak Kinabalu.

Bolehlah papa Ilhan ambil gambar kenangan dengan pendaki lain yang telah berjaya juga.
Gambar di bawah ini group kami bertiga lah yang berjaya naik hingga ke puncak Gunung Kinabalu yang turun kaki dah lenguh-lenguh. Sebelum pukul 11 pagi kami dah mula bergerak turun semula ke Timpohon Gate dari Laban rata. Hujan dah mula menitik semasa dalam perjalanan nak turun. Syukur Alhamdulillah hari kami mendaki naik ke Laban Rata tidak hujan, bila balik sahaja.
Sebab Tukang Kebun agak frust jadi bila balik papa Rayyan lah temankan Rayyan turun pula. Kali ini geng yang tak sampai puncak Kinabalu pula turun laju. Ilhan dan Nenek orang kedua sampai Timpohon Gate dalam pukul 1:30 tengahari. Yang kawan Dutch papa tu orang pertama sampai di Timpohon Gate. Tukang Kebun sampai sebelum dalam pukul 2:30 petang di Timpohon Gate, kira-kira 3 jam ambil masa.
Nasib juga kami sampai awal, yang group papa sampai 1 jam lepas kami dah dalam hujan lebat. Memang ada kami bawa baju hujan siap-siap. Perjalanan balik ni beg Ilhan, Malim yang tolong bawa turun. 
Syukur Alhamdulillah boleh jugalah Rayyan melepasi pondok Sayat Sayat tu cuma mengalah sebab kesejukan je. Tukang Kebun pun bila fikir balik tak sangka kami dapat bersama-sama mendaki Gunung Kinabalu dengan Rayyan pada usia 9 tahun bila terkenangkan keluar masuk hospital setelah Rayyan lahir dengan jantung tidak sempurna. Pada usia 7 minggu sahaja, Rayyan terpaksa diterbangkan dengan menggunakan helicopter ambulance dari Adelaide ke Royal Children Hospital Melbourne direct kerana risiko susah bernafas akibat low level oksigen yang hanya termampu oleh jantungnya untuk mendapatkan pembedahan dengan segera. Nak minum susu pun tak larat sekejap dah terlelap sebelum kenyang, terpaksa salurkan susu melalui hidung masuk ke perut terus gunakan tiub setiap waktu malam kerana mengalami masalah pertambahan berat badan. Yang temankan Rayyan naik helikopter ambulance masuk dalam bed capsule macam gambar di bawah seorang jururawat sahaja macam nak terbang ke bulan. Manakala kami naik penerbangan biasa ke Melbourne. Time does fly fast.
Sejak Rayyan lahir asyik hospital dah jadi second home dari bayi sehingga toddler. Masa tu kami elakkan bawa Rayyan ke tempat ramai orang sebab khuatir penyakit berjangkit dan Rayyan golongan berisiko tinggi. Jadi biasa Rayyan duduk di rumah Tukang Kebun teman, manakala Ilhan yang akan dibawa keluar bersama dengan papa supaya Ilhan boleh belajar socializing. That time I told myself in the future you will live life to the fullest with no regrets. Agaknya secara tak sengaja Tukang Kebun masih terbawa-bawa suka cari tempat untuk melawat yang tidak ramai orang agaknya bila reflect balik.
Ini sebagai catatan Tukang Kebun sahaja, bila turun dari Gunung Kinabalu, keesokan harinya pula sertai acara larian 10 km di Tanjung Aru iaitu The Last Tanjung Aru Beach Run . Sepatutnya event ini dibuat pada bulan Ogos 2018 tapi ditunda ke January 2019. Acara larian ini Tukang Kebun sertai dengan kawan nasib baik kaki ok lepas turun Kinabalu kali ni.

13 ulasan:

  1. bestnya kak oi, tak terbayang cantiknya pemandangan dari puncak kinabalu tuh...
    salute dengan anak akak dan mak akak yang sampai juga ke atas tu walaupun bukan ke puncak kinabalu... kalau dana mau kesemputan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Dana,

      Memang indah pemandangan dari atas Kinabalu ni terutamanya di awal pagi tengok gunung-ganang diliputi awan macam selimut. Buat rindu rasa nak panjat Kinabalu bile terkenang pemandangan yang awesome.

      Padam
  2. tahniah..berjaya melepasi pondok Sayat-Sayat..seronok mereka yg sampai ke puncak..

    maknanya Rayyan dah pulih sepenuhnya..Alhamdulillah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Nohas,

      Memang lompat bintang kalau dapat sampai puncak pasti lupa seketika penat nya. Mudah-mudahan Amin.

      Padam
  3. pengalaman yg menakjubkan TK..saya xpernah lg..mendaki seperti itu..
    setakat bukit rendah mcm bukit larut kat taiping..dapat lah saya naik..
    itu pun allah..rasanya berehat lg lama dari mendaki bukit tu ^_^ tp seronok..kena pulak pagi2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Shida,

      Kalau kebetulan ke Kundasang boleh Cuba daki Bukit Maragang atau Sosodikon Hill ambil feel macam daki Kinabalu tapi tak la jauh macam trail Kinabalu. Ya sedap angin pagi lepas dah penat hiking.

      Padam
  4. rajinnyer.. tahniah smpi sayat2 pown dh okay sgt.. leh fry lagi next time

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Wak Lalat,

      Saya pun tak sangka dapat juga anak sampai lepas pondok sayat sayat. Saya pun hampir semput.Moga masih cekap nak panjat Kinabalu lagi kelak.

      Padam
  5. Tahniah Rayyan. Walaupun ada masalah kesihatan ketika kecil, tapi membesar dengan sihat. Anak-anak aunty belum ada yang sampai puncak gunung Kinabalu. Aunty saja yang pernah sampai.... tapi kali ketiga daki, tak larat dah nak naik puncak, patah balik Laban Rata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Kak Amie,

      Naik Kinabalu ni pun ikut rezeki hari kita mendaki kan. Yang kesian kalau dah nak sampai puncak tapi kena patah balik sebab hujan.

      Padam
  6. Rayyan betul betul seorang yang hebat dan kuat semangat. Satu family hebat ni mendaki gunung. Bukan biasa biasa daki Gunung Kinabalu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Azhafizah,

      Gunung Kinabalu ni nasib trail dia elok lagi, kalau Gunung Trus Madi lebih mencabar kalau hujan berlumpur licin.

      Padam
  7. Salam Bahagia Diana,

    Tak pasti pula tapi orang dusun-Kadazan memang selalu diturunkan ke generasi muda supaya jaga adab masa naik Kinabalu dan mulut jangan celupar. Pernah juga kekadang lebih 1 km Jalan sorang2 turun takde teman tapi takde apa2 pun. Cuma bila dah lewat ke petang tu rasa macam keadaan keliling mystical sikit la sebab suasana hutan. Kalau tujuan kita baik, kita seolah dijaga, kalau kita tak sopan nanti takut ada benda aneh berlaku pula. Sebab orang-orang Dusun-Kadazan dulu percaya yang roh semua bila habis riwayat naik ke Kinabalu.

    BalasPadam