Halaman

Khamis, 24 September 2020

Staycation at Gayang Friendly Water House Homestay

Awal tahun 2020 ini sebelum kita berkurung disebabkan penularan Covid-19, sempat kami staycation di Gayang Friendly Water House Homestay masa hujung minggu. Tengok-tengok Agoda harga penginapan satu malam di Gayang Friendly Water House Homestay  adalah RM88 termasuk breakfast ketika itu. Lepas tu teringin pula nak tukar angin duduk menginap bersebelahan di kawasan hutan paya bakau pula. Kali pertama juga lah kami dengar tempat penginapan ini. Bila kira-kira agak berbaloi jugalah sebab kalau 5 orang sarapan di kedai hujung minggu pun kekadang boleh mencecah RM25-RM50 kalau kita kira RM10 perhead paling mahal. 
Memang agak berbaloi jugalah sebab breakfast dia style buffet dan banyak pilihan siap ada seafood pelbagai. Tambahan pula selalu mereka top up mana hidangan yang sudah habis sebab tetamu datang bukan serentak by batch ikut siapa siap bangun pukul berapa lah. Rupanya homestay ni nak masuk kena lalu restoran. Kebetulan pula pada hari kami check in rupanya ada promotion buffet steamboat dalam RM20 ke RM25 per-head di facebook diorang. Masa kami sampai pun dah ada orang datang awal duduk reserve meja awal-awal. Kami ingat nak booking meja terus tapi manager kata diorang tak ambil booking hari ini dan pesan kepada kami kalau nak makan di restoran hari ini datang awal-awal masa kami keluar pergi hiking di Nuluh Lapai trail petang kejap dalam pukul 4 petang.
Bila air surut di kawasan Gayang Friendly Water House Homestay ini, kelihatan banyak sungguh anak-anak ketam berjalan. Patutlah waktu tengahari di restoran ini pada ketika itu ada promotion hidangan ketam. Rugi pula tak bawa pancing sebab boleh je kalau nak memancing dari balcony bilik atau terrace. Masa kami datang memang full house rupa-rupanya sebab ramai nak datang dinner di restorannya ada promotion hari tu, jadi mudah nak jaga cop meja dan ulang alik ke bilik sambil makan malam. 
Layout design chalet homestay ini agak menarik banyak sudut-sudut dihiasi dengan koleksi antik owner tempat ini agaknya yang sangat unik dengan banyak kerusi-kerusi disediakan untuk berehat. Jadi setiap kumpulan ada tempat privacy sendiri nak tenangkan fikiran. Masa musim masih pandemic agak mudah lah nak jaga SOP. 

Kami booking bilik yang termurah sahaja double single bed tanpa ada balcony. Manager dia pun kata kalau tak penuh biasanya mereka upgrade juga tapi hari tersebut full house. Masa booking ingatkan abang Ilhan tak boleh keluar asrama minggu tu, rupanya minggu tersebut boleh balik tidur di rumah. Nasib baik anak-anak kecil saiz badan jadi boleh sahajalah berkongsi katil. Yang kerusi beanie juga la menjadi rebutan nak berbaring anak-anak ni. Ini pun malam keletihan pergi hiking lepas makan malam senang terlelap kepuasan. Makanan breakfast pun tiada tambahan caj apa-apa semua dapat makan free. Walaupun bilik yang kami menginap luas, cuma bilik airnya agak sempitlah, yang lain service semua ok.
Kali ini kami tak berkesempatan nak cuba dinner steamboat buffet di sini sebab bila balik dari hiking waktu maghrib dah penuh kereta di carpark dan berbaris orang tunggu nak dapatkan giliran meja makan kena tunggu customer lain habis makan dulu. Kami ambil keputusan cuba makan di Gayang Seafood  restaurant sahajalah yang tak jauh juga dari tempat penginapan ini. Selalu lalu tapi tak pernah singgah dan kalau dari Kota Kinabalu malam-malam tak rajin pula nak drive sampai ke Gayang ni. Gayang Seafood ini antara seafood restaurant yang popular lah kalau pelancong datang ke Sabah. Ambil kesempatan dah alang-alang kami menginap di Gayang Friendly Water House Homestay dalam 10 minit je naik kereta ke Gayang Seafood Restaurant. Tapi bila rasa  pesanan hidangan pertama kali ke sini tak masuk tekak kami sebab lama-lama rasa deria lidah ni cuma perisa MSG yang banyak. Jadi semua juadah yang dipesan rasa perisa MSG macam ajinamoto tu sahaja. Kami pula memang tak guna langsung perisa MSG dalam masakan memang boleh peninglah Tukang Kebun sebab tak biasa.
Masa menginap di Gayang Friendly Water House Homestay ini pun kami ambil kesempatan cuba pertama kali hiking trail Nuluh Lapai. Dah lama nak pergi tak kesampaian atau liat nya yang lebih jadi alasan. Starting point hiking trail Nuluh Lapai ni pun berhadapan sahaja dengan Gayang Seafood Restaurant. Hari check in petang kami hiking di Nuluh Lapai, kemudian lepas check out pukul 11:00 pagi lebih kami hiking lagi sekali Nuluh Lapai. Kononnya nak hiking sunrise biasa lah liat nak bangun. Hiking trail Nuluh Lapai ini ada 2 trail dia loop, kalau ikut yang jarak jauh sikit tu teduh sikit kalau matahari dah atas kepala. Tambahan pula bila sampai puncaknya ada pondok untuk berteduh. Best jugalah hiking waktu nak tengahari di Nuluh Lapai ni bila tak de orang sambil melayan angin sepoi-sepoi. Cuma ada seorang pelari denai hardcore je yang naik untuk training, macam dah biasa tengok brother tu yang selalu memang top la awal sampai ke garis penamat. 
Siapa yang nak tengok pemandangan sekitaran puncak Nuluh Lapai boleh tonton video di atas (Klik sini untuk tonton video). 
Sebenarnya ada 2 hiking trail berdekatan Gayang Friendly Water House Homestay iaitu Nuluh Lapai dan juga Bukit Tirig. Kedua-duanya memberikan pemandangan yang indah dengan panorama Gunung Kinabalu dan Hutan Paya Bakau bersambung dengan Laut Cina Selatan.
Jika yang ingin tengok Bukit Tirig Hiking Trail semasa sunrise boleh tonton video di bawah ini (Klik sini untuk tonton video).
Perancangan duduk di Gayang Friendly Water House Homestay ketika itu sangat jimat jugalah sebab satu sudah kami jimat petrol nak hiking di Nuluh Lapai. Siap hiking 2 kali iaitu pagi dan petang pada hari berlainan untuk training stamina tak perlu ulang-alik dari rumah. Kemudian breakfast dia pun sangat berbaloi dan tersangat kenyang. Kalau buat kira-kira macam dalam RM30 je lah kut sewa bilik penginapan dengan harga yang dibayar tolak costing lain. Adik kata Tukang Kebun buang tabiat padahal rumah kalau hari biasa tak jem dalam 30 minit (speed laju sikit) ke hiking trail Nuluh Lapai hehehe...sekali kala nak rehat kepala juga, kalau di rumah serabut fikir banyak benda nak kena settle kan. Di Gayang Friendly Water House Homestay pun sebenarnya ada ATV tapi masa time ramai orang tak dapat pakailah. Ada juga sampan kalau nak cuba rowing area mereka masa air pasang. Semasa kami pergi sana depan Restoran sedang dibina taman gaya ala-ala Eropah yang mungkin cantik untuk insta photo. Banyaklah activity overnight stay yang boleh dibuat sebenarnya di sekitar Gayang Friendly Water House Homestay dalam radius 5 kilometer. Lain kali memang kena simpan pancing lah dalam kereta sekurang-kurangnya father and son boleh bonding time memancing waktu malam.
1 set pokok rhizom bunga kantan RM25.00 . Boleh contact wassup Nizam (019-293-1340) untuk maklumat lanjut. Boleh self-collect atau pos laju.

21 ulasan:

  1. Seronok kalau dapat hiking. Rasanya saya nak pencen dari aktiviti ini... ahaks! Terakhir daki Taruakan Hill setinggi 500 meter. Lepas ni daki busut sajalah. Macam tak larat dah nak bawa badan nan membulat nih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Kak Amie,

      Perlahan-lahan bah Kak, pasti boleh ja. Saya ni pun lepas PKP makin merundum stamina. Selalu yang last sampai.

      Padam
  2. bestnya Gayang Homestay..nampak selesa..breakfast pun ok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Nohas,

      Staycation yang sesuai pada hujung minggu bersama keluarga.

      Padam
  3. Seronok juga kalau dapat jenjalan ke tempat yang macam ni, chillax ja..😎👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Cik Suerin,

      Sesuai untuk tenang kan fikiran.

      Padam
  4. Keren pemandangan alamnya di kawasan Gayang Friendly Water House Homestay.

    Ingin rasanya aku berada di puncak Nuluh Lapai 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Himawan Sant,

      Puncak Nuluh Lapai paling indah di nikmati ketika matahari sedang terbit.

      Padam
  5. Samalah kami tidak guna MSG masa masak. Rugi juga makan makanan tidak sedap.
    Murah juga buffet makanan laut RM25. Itu yang ramai orang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia NA,

      Ya mungkin pilihan seafood yang banyak buat ramai pelawat datang. Sedangkan untuk sarapan pun udang lumayan disajikan.

      Padam
  6. seronok la sekali sekala staycation mcm ni best juga..shida pu teringin nak pegi tempat2 camni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Shida,
      Ya tukar angin, jarang Staycation kat area sebelah hutan bakau.

      Padam
  7. Menariknya pakej buffet yang ditawarkan tu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Farrah,

      Breakfast buffet pun menarik ada macam2.

      Padam
  8. Best juga menginap di water house. Dapat memancing ketam tu lagi seronok kan. harga bilik pun memang berbaloi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Azhafizah,

      Betul kalau dapat pancing ketam lagi bertambah seronok.

      Padam
  9. Assalamualaikum....sihat ka....seronoknya dapat cuti cuti...makan udang paling saya suka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Kak Fida,

      Lama tak dengar khabar. Syukur Alhamdulillah sihat2 Sekeluarga.
      Samalah saya pun hantu udang.

      Padam
  10. Salam Bahagia Diana,

    Betul sambil Jalan pancing jangan dilupa.

    BalasPadam
  11. Thanks for sharing, pemandangan dari puncak bukit magnificent!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Aunty meintheswim,

      Banyak hiking trail spots di dalam daerah Tuaran bagi pemandangan puncak bukit yang magnificent.

      Padam