Halaman

Isnin, 12 Oktober 2020

Mantanani Island Day Trip, Celebrate Abbiyana 8th Birthday

Syukur Alhamdulillah tibanya tarikh 9hb Ogos 2020 lepas sudah masuklah Abbiyana Ariel umurnya menjadi 8 tahun. Tahun ini secara tak sengaja terbeli 2 kek harijadi pula untuk Abby satu perisa avocado dan satu lagi perisa durian. Sepatutnya perisa durian tu Atuk Abby yang punya tapi kami beli lain untuk atuk sebab kek tak sempat sampai awal lagi pada 6hb Ogos 2020 untuk menyambut harijadi Atuk yang ke 71 tahun.
Dah lama kami tak keluar berjalan-jalan mahupun keluar makan sejak PKP kerana masih ada kerisauan lagi. Lepas tu kebetulan Aunty Yah check last minute ada pakej snorkeling day trip ke Pulau Mantanani dengan RM80 perpax. Kanak-kanak juga dikenakan harga yang sama.  Sudah lama dah Pulau Mantanani dalam bucket list kami tapi terlalu mahal bila survey dah bertahun-tahun rasanya tak berbaloi dengan harga pasaran pakej day trip ke Pulau Mantanani untuk seorang ketika itu sebelum PKP dengan bayaran RM270 sekepala. Jika tidur satu malam pun seorang kebiasaannya paling murah pun RM500 lebih.
Kami pergi berempat Tukang Kebun, Rayyan, Birthday girl Abby dan adik perempuan Tukang Kebun -Aunty Yah. Beza umur Tukang Kebun dan adik perempuan Tukang Kebun ni 12 tahun. Anak-anak ni pun tak panggil Aunty, terus panggil Yah je sebab Aunty nak perasan muda lama sikit. Kalau 4 orang pun jumlahnya baru RM320 beza banyak jika dahulu pun operator caj sampai RM270 satu kepala, cuma tambah RM50 je lebih untuk 4 orang. Ini pun tiada diskaun diberikan untuk kanak-kanak walaupun ada juga kami bertanya. Tukang Kebun dan adik sebenarnya tertanya-tanya je pemandangan Gunung Kinabalu nampak macam mana dari Pulau Mantanani sebab dah banyak kali browse gambar pulau ini. Tetapi hari yang kami pergi cuaca agak mendung jadi nampak terang macam gambar di atas sahaja lah. Jika cuaca baik terang pasti nampak sangat cantik ambil gambar laut dengan Gunung Kinabalu sebagai background. Pulau Mantanani ni sangat popular di kalangan pelancong luar seperti dari China dan Korea kerana guide kata dalam bahasa mereka dikenali sebagai Pulau Mermaid atau Ikan Duyung lah. Ini antara punca harga pakej nak ke Pulau Mantanani ni jadi mahal membuatkan orang local pun tak mampu nak pergi. Tambahan lagi Kota Belud tak beberapa jauh nak pergi dari Kota Kinabalu berbanding Semporna. Jika harga RM270 itu boleh bayar 2 orang kalau island hopping di Semporna sebelum PKP.
Kami bergerak keluar dari rumah sebelum pukul 8 pagi dari Kota Kinabalu ke Rampayan, Kota Belud supaya tiba di jeti mereka sebelum pukul 10 pagi. Pukul 10 pagi bot akan bertolak ke Pulau Mantanani. Cuma satu masalah nak bertolak ke Pulau Mantanani ini ialah ikut keadaan gelora ombaknya sebab kadangkala trip kena cancel kalau ombak terlalu tinggi dan kuat. Memang di sini bila dah berdekatan dengan tempat keluar dari hilir muara sungai dah mula rasa ombaknya kuat boleh sakit punggung. Nasib baik anak-anak semua cool relax je sebab dah biasa naik bot sampai guide pun tanya ok ke anak-anak ni macam tak de perasaan je hahaha...dah lama tak rasa ombak bergelora kuat naik bot di Sabah.

Tidak berapa banyak gambar yang Tukang Kebun ambil kali ini, kebanyakkannya ambil video sebab orang yang belanja (papa Abby) tak ikut sekali untuk buat report siap Whatsapp video call di Pulau Mantanani. Line coverage Celcom di pantai Pulau Mantanani adalah baik. Jika nak tengok gambar live aktiviti snorkelling dan underwater Pulau Mantanani boleh tonton video di bawah ini (CLICK HERE).
Sampai ke Pulau Mantanani nak dekat pukul 11 pagi. Bila sampai ke Pulau Mantanani taklimat diberikan mengenai aktiviti yang bakal diadakan seperti snorkelling. Setelah snorkelling mask diberikan kepada pelancong lain yang tiada bawa peralatan, boleh bersiap sedia tukar baju hingga nak dekat pukul 11:30 pagi dipanggil berkumpul untuk naik bot ke spot sesuai snorkelling.
Bergelora jugalah air lautnya pada hari kami snorkelling di kawasan Pulau Mantanani ini yang membuatkan Abby mudah panik dan tak berapa berani nak explore seperti selalu cepat mengelabah. Ada 2 tempat snorkeling dibawa, tempat pertama mula-mula Tukang Kebun tak pakai snorkeling fin, tempat seterusnya Tukang Kebun salut fin di kaki sebab rasa cepat penat dan susah nak berenang melawan arus ombak. Lagipun papa Abby tiada untuk melayan Abby yang jadi takut-takut tak berapa keyakinan. Kalau di tempat yang dibawa nampak batu-batu karang di sana ada terkesan impak coral bleaching dan ada juga tempat-tempat kesan fish bombing.
Setelah selesai snorkelling 2 tempat kami dibawa kembali ke tempat rehat yang disewa oleh tour operator untuk mengemaskan diri dan makan tengahari. Kami yang terakhir salin baju dan pergi makan tengahari sebab masih nak explore bermain di tepi laut. Setelah selesai makan tengahari sudah tidak ada beberapa mood nak masuk dalam air dah cuma jalan-jalan di tepi pantai. Kesian Abby tak sempat nak kami tolong tolakkan unicorn dalam air, lagipun berombak airnya mudah hanyut lagipun dah salin baju kering.
 Mari kita menikmati pemandangan di tepi pantai pula. Banyak infrastruktur yang telah rosak semasa perintah berkurung wabak penyakit Covid-19 kerana tiada penjaga atau access kepada bekalan yang diperlukan. Sehinggakan ada chalet yang kerosakan kena hempap dengan pokok besar. Begitu juga atap-atap yang berterbangan akibat angin yang kuat. Bila mula musim international tourist boleh cross border semula seperti kebiasaan banyak sumber kewangan yang diperlukan oleh pemilik penginapan di Pulau Mantanani untuk perbaiki resort seperti dahulu.

Di antara pukul 2:00 ke 2:30 petang sudah mula kami beransur bergerak balik ke Rampayan jetty. Terasa amatlah singkat snorkelling day trip di Pulau Mantanani tidak sampai 4 jam jejak kaki di Pulau Mantanani. Ketiadaan pelancong antarabangsa sekarang membuatkan banyak tempat percutian di Sabah kena turunkan harga lebih dari 50% diskaun harga sebelum mereka biasa buat sebelum PKP. Sehinggakan Sutera Mantanani Resort ada buat promotion sehingga hujung tahun ini (Promosi CLICK HERE) untuk penginapan satu malam atau dua malam untuk 2 pax dengan yang sudah termasuk return boat dan juga full board meal jika ada yang dah lama Pulau Mantanani dalam bucket list. Bila keadaan dah makin baik di Sabah ini bolehlah pergi ke Pulau Mantanani. Sebenarnya kami pun ingat nak ambil pakej Sutera Mantanani Resort tu pada awal bulan ini kebetulan hari yang kami tanya dah penuh ketika itu sebab papa Abby teringin nak cuba diving di sana.
Bila sampai di Rampayan, Kota Belud memandangkan hari masih awal lagi, Aunty Yah bawa Abby berjalan-jalan ke Sahbandar, Tuaran sambil tunggu matahari terbenam.
Tukang Kebun dan Aunty Yah teringin pula nak minum air kelapa segar sebab kalau di Pulau harga kelapa muda tu boleh dapat 3 biji harga biasa kan. Lagipun Abby belum pernah ke Sahbandar lagi.

19 ulasan:

  1. Balasan
    1. Salam Bahagia Puan Hazel,

      InsyaAllah bila dah baik pulih keadaan boleh ke Sabah. Sekarang ni boleh rancang2 tempat yang teringin dilawati.

      Padam
  2. Happy birthday Abbiyana Ariel. Syoknya dapat bercuti dan snorkeling. Harga banyak beza juga tu. Lebih murah dan berbaloi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Azhafizah,

      Thank you for the wish. Impromptu trip sehari sebelum pergi booking sebab harga slash turun.

      Padam
  3. Happy Birthday Abby.... wah best ini klau boleh pergi dengan package yang berbaloi murah, tunggu lah covid redah sikit boleh balik sabah lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia,

      Lepas Covid19 dah reda bolehlah ke sini sementara sempadan negara tutup.

      Padam
  4. Happy birthday Abbiyana Ariel semoga panjang umur Dan murah rezeki.. cantiknya tempat Tu.. stay safe ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Mamapp,

      Thank you for the wish.
      Stay Safe all of us.

      Padam
  5. Happy belated birthday Abbiyana Ariel. Mudah-mudahan terus membesar dengan sihat, taat pada ibu dan ayah, rajin-rajin belajar. Moga berjaya dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  6. Happy belated birthday princess Abby, Subhanaallah cantik pemandangan pulau dan sekitarnya TK :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Ana,

      Thank you for the wish.
      Ini pun masih belum pihak resort bersihkan pantai seperti sedia kala.

      Padam
  7. Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Nohas,

      Thank you for the wish.

      Padam
  8. Salam Bahagia Sis Diana,

    Sekarang ni ketiadaan pelancong antarabangsa kena lah mereka pujuk yang local datang dengan harga mampu oleh orang local. Dulu puas kaut untung dengan pelancong antarabangsa, orang local pula tak mampu nak tengok keindahan kepulauan negara sendiri.

    BalasPadam
  9. Happy birthday Abbiyana..seronok laa..celebrate kat situ..kan :)

    BalasPadam
  10. Terima Kasih Aunty Shida,
    Seronok dapat celebrate di sana, lama duduk dalam rumah je.

    BalasPadam