Halaman

Ahad, 25 Oktober 2020

Yamanashi Prefectural Maglev Exhibition Center

Salah satu tempat yang menjadi tumpuan di negeri Yamanashi, Jepun bagi peminat keretapi ialah Yamanashi Prefectural Maglev Exhibition Center di mana di sini menjadi tempat trial test bagi bakal keretapi terlaju di Jepun. Bullet train atau lebih dikenali dengan "Shinkansen" di Jepun yang sedang diuji ini kelajuannya adalah lebih 500 km sejam dan diberikan nama Maglev.
Kita boleh perhatikan kelajuannya di depan mata di bangunan pameran yang dibina semata-mata untuk memberikan rakyat Jepun menikmati bersama usaha memajukan teknologi bullet train ini di negeri Yamanashi. Sambutan dari penduduk Jepun amat menggalakkan malahan mereka dapat membeli ticket untuk naik trial keretapi Maglev ini. Semasa kami datang ramai pengunjung ke sini untuk mencuba rasa naiki keretapi ini walaupun belum siap landasan sepenuhnya sehinggakan sesak tempat menunggu tempat letak kenderaan. Yamanashi Prefectural Maglev Exhibition Centre ini pun bukan terletak di pekan malah dalam kawasan tidak beberapa ada pembangunan di luar bandar.
Bila mereka buat announcement yang tidak lama lagi Maglev akan lalu di depan mata. Nampak je kelibat keretapi masing-masing nak on camera di handphone , tak sempat camera ready dah hilang lesap pergi yang pertama kali datang semua terkejut. Punyalah laju sekelip mata je rasa dan tak de bunyi kuat macam keretapi biasa. Kemudian kali kedua bila mereka sengaja slow speed jauh beza dari yang asal baru dapat ambil gambarnya semasa keretapi bergerak balik ke tempat asal. Ada yang tergelak, ada yang tersengih pelawatnya komen camera punya switch on ready pun tak selaju keretapi Maglev bergerak.
Nak masuk dalam Maglev exhibition center ada dikenakan yuran masuk tapi harganya masih dalam budget dan berbaloi sebab dalam ni macam-macam aktiviti disediakan. Ada pameran mengisahkan sejarah perkembangan teknologi keretapi laju di Jepun dan model-model prototaip bullet train "shinkansen"  sebelumnya. Ada juga replica model bullet train Maglev ini di mana kita boleh masuk dan rasa duduk di dalamnya. Yamanashi Prefectural Maglev Exhibition Center ini ada konsep mini museum.
Ada juga permainan ala ala naik Maglev untuk hiburan kanak-kanak di dalam bangunan ini. Mak dan Ayah pun boleh join anak-anak sekali naik mini Maglev ini.
Ada juga sudut untuk kita fahamkan konsep medan magnet dan kuasa magnet yang amat mudah untuk level kanak-kanak boleh faham. Seronok juga kanak-kanak sebab macam main game sambil fahamkan konsep medan dan kuasa magnet. Tukang Kebun bab medan magnet ni lemah masa belajar fizik dulu. Bullet train Maglev ini memang bergerak mengikut teori medan magnet dan kuasa magnet.
Bullet train Maglev ini ada landasannya tersendiri dan dalam pembinaan dari Tokyo ke Nagoya yang dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2027. Gambaran pemandangan yang bakal dilalui oleh keseluruhan lengkap landasan Maglev ini di mana mereka buat miniture size punya landasan dengan Maglev sedang beroperasi seperti gambar di atas. 
Nampak tak keretapi miniture size Maglev tu sedang lalu di area mana?

13 ulasan:

  1. Teknologi Jepun memang tinggi. Selalu kedepan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Kak Mala,

      Mereka selalu berani cuba inovasi baru.

      Padam
  2. reading your post.. i miss japan everyday :(

    BalasPadam
  3. Lajunya sampai 500km satu jam! Paling laju saya pernah naik bullet train di China, nampak di skrin 247 km satu jam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Kak Amie,
      Memang laju tak sempat nak tekan on camera atau butang ambil gambar.

      Padam
  4. 500 km sejam, tak dapat nak bayangkan kelajuan itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Aunty meintheswim,

      Lagi mudah naik bullet train kalau ke Tokyo - Osaka dari kapal terbang. Kalau tak stop from Tokyo ke Osaka ambil 10 minit je Naik Maglev.

      Padam
  5. Salam Bahagia Sis Diana,

    Mereka sentiasa berani menceburi Teknologi baru. Daya saing yang tinggi untuk makin maju ke masa depan.

    BalasPadam
  6. Wow bestnya... Tentu laju kan train ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Mamapp,

      Lagi mudah naik ni sebab tak perlu check in awal dari kapal terbang.

      Padam
  7. Pergi Jepun wajib cuba naik Shinkansen ni. Teringin juga nak naik. Tapi ke Jepun pun belum lagi. huhu

    7 tahun lagi dapatlah rasa naik bullet train Maglev kalau sesape yang pergi bercuti di Jepun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Azhafizah,

      InsyaAllah ada rezeki nanti Fiza pergi Jepun. Kak dari balik belajar Jepun, lepas lebih 10 tahun baru ada rezeki nak ke Jepun melawat.

      Padam