Halaman

Selasa, 10 November 2020

Bentang Hasil Penyelidikan di Bangladesh

Syukur Alhamdulillah tahun lepas ada rezeki melawat negara Bangladesh. Tukang Kebun sendiri pun tak sangka dalam kehidupan ni dapat jejak kaki ke negara Bangladesh sebab tak pernah masuk dalam bucketlist. Kali ini lawatan ke Bangladesh pun atas dasar kerja bukan bercuti. Kali ini temankan kawan yang teringin nak sertai persidangan antarabangsa di Bangladesh Agriculture University. Masa hujung tahun 2018, kawan baik ni pun temankan Tukang Kebun realisasi impian ke Bosnia (related posting klik sini) , jadi kali ni Tukang Kebun pula teman kawan tunai impiannya. Mula-mula hubby Tukang Kebun tak berapa nak bagi pergi sebab risau keselamatan, lepas tu bila tengok senarai co-organizer ada senior kami pun ahli jawatankuasa persidangan barulah suami bagi restu boleh minta tolong seniornya tengok-tengok kan keselamatan isteri nya di negara orang sebab kali ini tak ikut sekali. 

     Pergi ke Bangladesh perlu mendapat Visa dari kedutaan Bangladesh. Boleh juga dapatkan di Lapangan Terbang Bangladesh lepas landing di immigration. Tapi khuatir nanti ada dokumen yang tak lengkap naya pula tak bagi masuk kena balik Malaysia pula. Tukang Kebun buat visa masuk Bangladesh di Bangladesh Embassy di Kuala Lumpur sahaja yang letak berdekatan sahaja dengan Perpustakaan Negara atau Institute Jantung Negara (IJN). Sebelah pagi hantar permohonan visa. Kemudian staf inform pukul berapa boleh ambil semula dokumen perjalanan di sebelah petang. Di website Bangladesh Embassy ada senarai dokumen-dokumen yang perlu disediakan. 
Selepas tibanya di Lapangan Terbang Bangladesh, tuan rumah persidangan yang Tukang Kebun sertai ini jemput dengan van bersama peserta-peserta lain. Dalam perjalanan dibawa singgah makan tengahari yang juga tuan rumah belanja. Di Bangladesh jika order soft drink ianya dihidangkan dalam botol kaca kecil, tinggi sedikit sahaja dari tin minuman di Malaysia. Pertama kali bagi Tukang Kebun rasa pengalaman jalanraya yang sangat scary semua macam nak berlumba-lumba jenis kenderaan di darat tak kira saiznya. Masing-masing tak nak kasi jalan. Sampai himpit-himpit kekadang kita boleh sentuh bas sebelah kiri kanan cuma beza pembaris pendek je atau jarak side mirror. Lepas tu asyik hon memanjang sahaja dengan kenderaan yang sesak tak kira waktu walaupun bukan rush hour. Semua penumpang-penumpang antarabangsa pakat cuba nak tidur je kena pasrah je dengan suasana driving di Bangladesh. Bikin pening kepala dan boleh buat sakit jantung. Oleh kerana Bangladesh mempunyai permasalahan peluang pekerjaan, kita akan lihat banyak perkhidmatan beca di sepanjang jalanraya. Bandar Bangladesh memang jauh ketinggalan dari segi pembangunan, kekadang rasa macam kita kembali zaman 1970-1980 an atau movie klasik Back to the Future. Terasa sangat syukur kita dilahirkan di negara Malaysia.
Walaupun jarak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dhaka/Bangladesh ke tempat persidangan, Bangladesh Agriculture University lebih kurang 120km ambil masa 5 jam lebih kerana dalam bandar sahaja dah jem teruk. Kemudian lepas keluar bandar pun banyak juga kenderaan dan kadangkala lembu-lembu melintas jalanraya utama. Peserta-peserta dari luar negara penganjur tempatkan di Guesthouse Bangladesh Agriculture University. Dari segi keselamatan peserta, kawasan tersebut dikawal ketat oleh sekuriti Universiti yang standby berdekatan.Nama persidangan yang Tukang Kebun sertai ini ialah International Conference on Sustainable Agriculture (ICSA) 2019. Yang kami terlopong seketika ialah semasa opening ceremony masa menteri sedang berucap siap ada pengambaraan berita dengan pembaca berita buat liputan dengan berlatarbelakangkan stage di tengah-tengah peserta. Mula-mula hairan kenapa selamba je ada orang bercakap-cakap berdiri sambil pegang microphone dengan orang-orang besar sedang masih berucap ni.
Pembayaran yuran persidangan dalam Dollar Amerika, Tukang Kebun tak berapa ingat tak lebih $250 rasanya dengan cash semasa pendafataran sebelum bermulanya opening ceremony. Mula-mula Tukang Kebun ingat ini cuma yuran penyertaan sahaja rupa-rupanya dah termasuk semua makan minum, penginapan dan pengangkutan darat dalam Bangladesh selama aktiviti persidangan ini iaitu 5 hari 4 malam. Tukang Kebun kan cuma tukar RM500 cash pocket money ke mata wang Bangladesh. Jadi jumlah kos Tukang Kebun pergi ke sini dengan tanggungan sendiri termasuk yuran penyertaan, return flight tickets (Malaysia Airlines kebetulan paling murah) dan pocket money tidak lebih RM2500. Murah juga jika dibandingkan sesetengah perbelanjaan penyertaan persidangan antarabangsa di dalam Malaysia.
Cuma ada satu pengalaman yang Tukang Kebun tidak boleh lupakan ketika menghadiri persidangan ini. Semasa opening ceremony persidangan ini Tukang Kebun nak ke tandas. Lalu Tukang Kebun tanyalah AJK yang duduk dengan area kawasan pendaftaran. Lepas tu yang disuruh iring Tukang Kebun tu orang lelaki. Tandas tu pun memang dia ada tunjuk arah dekat je nak bersebelahan kaunter pendaftaran. Dah disuruh masuk Tukang Kebun pun masuklah tandas tu, kurus semangat terus Tukang Kebun pusing belakang dan patah balik. Nasib baiklah bukan anak dara dah mak dara. Itupun disuruh masuk lagi sekali tandas tu dan dia tunjuk pergi masuk di bilik tandas bertutup hujung sekali. Tukang Kebun geleng-geleng kepala lagi menunjukkan tak mahu masuk lagi. Pelik sikit budaya mereka ni, sebab bila masuk tandas tu terus tandas laki dan berderet tetamu-tetamu lelaki lain yang berkemas berpakaiaan kemeja kiri kanan tengah menghadap dinding buat urusan "nature call", walaupun tak nampaklah benda tu. Orang perempuan kena lalu tengah-tengah jalan lapang tu ke penghujung untuk masuk tandas bertutup. Tak sangka pula kekadang tandas lelaki dan perempuan dalam bilik yang sama. Bila tengok tingkahlaku Tukang Kebun agak pelik, barulah salah satu AJK perasan dia kata pergi bawa tandas lain, ini bukan peserta tempatan tetapi luar negara (nasib wajah Pan Asian dan gaya student-syok sendiri ahaks). Lalu lelaki pengiring tu pun bawa Tukang Kebun ke tandas VIP naik tangga sebelah pentas yang memang ada asing lelaki dan perempuan. Bila kembali semula ke tempat duduk, kawan tanya asal muka ko lain macam pula ni hahaha...terkejut beruk punya pasal. Rupa-rupanya baru-baru zaman ini diorang cuba kasi kemasukkan peluang tingkatkan bilangan pelajar-pelajar perempuan di institusi pengajian tinggi. Dulu-dulu tak perlu fikir sangat masa buat bangunan  nak bahagi tandas lelaki dan wanita asing-asing.


Antara yang Tukang Kebun kagum di sini adalah tersangat kurangnya penggunaan produk plastik terutamanya dari segi bungkusan atau packaging. Sebagai contoh, semasa makan tengahari, peserta-peserta diedarkan makanan dengan bukan menggunakan plastik tetapi beg kain seperti gambar di atas. Kemudian makanan dibungkus bukan dengan menggunakan plastik tupperware atau polisterin tetapi menggunakan aluminium foil. Cuma air mineral mereka bungkus gunakan plastik. Air minuman perisa lain samaada kotak atau botol kaca. Jika membeli belah pakaian pun pakai paperbag. Ada juga dinner dengan persembahan budaya yang boleh ditonton dalam video di atas kompilasi video-video yang Tukang Kebun teringat nak ambil sepanjang lawatan di sana. Ada satu persembahan lagu rakyat tu yang asyik sebut Bangladesh tu asyik terngiang-ngiang dalam ingatan.

Selepas habis persidangan terus dibawa kaum hawa window shopping di bandar Mymensingh (related posting klik sini).Keesokan harinya kami dibawa melawat kampus Bangladesh Agriculture University. Sempat juga melihat bagaimana kuliah dijalankan. Boleh kelihatan kaum hawa dalam satu perempat (quarter) jumlah dalam kelas. Agak berbeza di mana kalau di Malaysia pula majoriti 70% kaum hawa di universiti. Sedangkan di Jepun juga kekadang masih ada gender bias dalam apa-apa bidang dan tak ketara bilangan wanita berbanding lelaki di university awam. Ini adalah keunikan Malaysia di mana kaum hawa di Malaysia lebih banyak peluang dan gender equality adalah norma biasa. Pelajar-pelajar universiti kita juga kelengkapan lebih bagus berbanding dengan mereka di Bangladesh guna kipas je. Kita penghawa dingin tak berfungsi pun boleh hilang kesabaran kadang-kadang hehehe...
Semasa lawatan makmal, di luar bilik ada beberapa poster menarik perhatian Tukang Kebun sebagai contoh jenis-jenis pokok gladiolus yang bunga kegemaran Tukang Kebun ni. Kemudian senarai tawaran kursus-kursus untuk ijazah sarjana muda sains pertanian di bawah department sains tanah. Nasib baik tak buat pembentangan hasil penyelidikan secara poster tetapi oral. Nanti segan sebab poster dari peserta tempatan jenis material kanvas mahal dan besar 2 kali ganda dari yang biasa saiz A1 kat Malaysia tu. Material kanvas murah agaknya di Bangladesh. Kami juga dibawa melawat ke Taman Botani, Bangladesh Agricultural University (Related Posting - Klik Sini).
Sehari selepas persidangan selesai, ada pensyarah bawa kami sarapan di rumahnya. Ada kuarters yang disediakan untuk pensyarah yang duduk di dalam kawasan university. Kami juga dibawa melawat ke faculty veterinary. Rupa-rupanya baru beberapa tahun sahaja telah dibuka pengambilan pelajar-pelajar dari Malaysia untuk mengambil bidang verterinary di Bangladesh Agriculture University yang diiktiraf (accredited) oleh Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia. Peluang nak ambil bidang jadi Doktor Haiwan di Malaysia agak terhad di universiti tempatan. Jadi mereka yang ingin mengambil bidang ini dengan biayaan sendiri akan terpaksa ke luar negara yang kebiasaannya Indonesia. Setelah Tukang Kebun tanya pelajar-pelajar di Malaysia kenapa pilih Bangladesh ialah mereka kata yuran dan perbelanjaan di Bangladesh adalah lebih murah berbanding jika di Indonesia. Kami doakan supaya adik-adik ini mencapai impian mereka, jauh merantau mengejar cita-cita.
Dalam perancangan untuk next International Conference on Sustainable Agriculture (ICSA) akan diadakan pada 2021 di Nepal pula jika ada yang berminat. Kalau ada rezeki Tukang Kebun teringin juga nak serta kena menabung awal-awal dah ni.

20 ulasan:

  1. Pegi Bangladesh mungkin tak risau pasal makanan kerana majoriti penduduknya beragama Islam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Pak Warisan Petani,

      Ya makan di Bangladesh ni tak berapa risau kalau mengenai halal tapi kena hati2 juga sebab dengan pembersihan, orang kita perut tak tahan nanti. Tak boleh sebarang makan di tempat2 yang kebersihannya tak terjamin sumber air dan lain2.

      Padam
  2. Pengalaman yg menarik ke bangladesh..dlm kata boleh tgk budaya org luar kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Shida,
      Alhamdulillah bolehlah faham budaya orang Bangladesh ni lebih dekat.

      Padam
  3. Waaa bagus nya.. Jalan2 menyambung hubungan diplomatik hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Ustaz Amirul,

      Bolehlah dapat buat kenalan baru.

      Padam
  4. Sangat berbeza pembangunan di sana dengan Malaysia.
    Ohh memang mereka kurang guna plastik ye.
    Kalau tandas dalam tempat yang sama, seram juga nak melepaskan hajat tu. Terus tak jadi juga kalau saya.
    Mungkin kaum perempuan kat sana mereka tak galakkan untuk belajar tinggi kot, sebab tu dalam kelas ramai lelaki.
    Pasni kalau ada rezeki boleh ke Nepal pula kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Azhafizah,

      Airport utama sana pun masih style lama2 bangunannya. Amin, harapannya ada juga lah rezeki nak jejak Nepal dalam kehidupan ini.

      Padam
  5. bestnya dapat mix around dgn org2 sana.. i love this kind of traveling

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Atie,

      Seronok bila melancong we can mingle with the locals and learn about their culture hands on.

      Padam
  6. An eye opening trip kan TK?
    Cerita kesesakan jalan raya tu +-macam di Mumbai, berdasarkan pengalaman suami.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Puan Hazel,

      Benar very eye opening experience. Especially in terms of gender equality. Sesak betul jalanraya mereka sepanjang hari.

      Padam
  7. Banyaknya negara sudah Tukang Kebun jejaki. Tentu tersimpan banyak kenangan dan faham budaya masyarakat negera-negara luar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Kak Amie,

      Banyak lagi negara belum jejak lagi. Dapat memahami budaya sesuatu komuniti tu mungkin sebab interest.

      Padam
  8. pengalaman menarik...tak ramai kot pelajar wanita di universiti tu..

    Nepal pun best jg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Nohas,

      Doa kan Tukang Kebun dapat jejak ke Nepali juga ya.

      Padam
  9. peluang ni tak semua orang dapat rasa kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Syaz,

      Syukur Alhamdulillah dapat peluang pengalaman ini.

      Padam
  10. Kalau mama pun mesti terkejut toilet mix laku pompuan.. x tennag den nak melepas huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Sis Mamapp,

      Kan mana tenang nak lepaskan hajat tercampur dengan orang bukan muhrim.

      Padam