Semasa PKP dulu ada YouTube recommend sebuah channel yang berkaitan Food Project di sebuah komuniti di India. Salah satu food project yang menarik perhatian Tukang Kebun ialah di mana mereka tuai banyak jantung-jantung pisang di dalam sebuah kebun dan menggunakan bunga sebenar dalam jantung pisang sebagai sumber makanan. Jantung pisang ni macam kudup bunga sahaja di mana bunga-bunga sebenar tersimpan. Kelopak kudup jantung pisang ini akan buka satu persatu apabila bunga sebenar di dalamnya dah matang untuk mekar. Adik beradik pelbagai jenis lebah suka sangat hisap madu dari bunga pisang awak yang mekar. Warna bunga pisang awak yang dah hampir matang dan masih muda juga ada perbezaan seperti gambar di atas. Kalau yang dah nak matang warnanya kemerah-merahan kelopaknya seakan kulit jantung pisang. Manakala yang masih muda lebih ke arah putih. Bunga yang dihasilkan dalam jantung pisang tak mekar serentak disebabkan itu pisang jadi bersisir-sisir dalam satu tandan.
Dah banyak kali Tukang Kebun perhatikan sejak PKPB di kebun bila keluar je bunga pisang awak dari jantungnya berkerumun lebah datang hisap madunya buatkan Tukang Kebun cemburu. Boleh tonton video link di bawah untuk tengok lebah kerumun bunga pisang awak dan cara persediaan bunga pisang awak untuk dijadikan sumber makanan. Setelah selesai semua kejadian sisir pisang awak di tandannya, Tukang Kebun pun mohon papa Abby tuai jantung pisang awak. Bahagian jantung pisang awak yang tua dibuka satu persatu kelopaknya dan dikeluarkan bunganya sehinggalah dah warna jantung pisang dah bahagian muda warna keputihan. Dari sini kita boleh sediakan 2 jenis masakan dari 1 jantung pisang awak.
Video link : (https://youtu.be/os6e72AV8TI )
Satu masakan ialah bunga sebenar pisang awak. Bagi memudahkan bunga sebenar pisang awak dimakan, kita hanya perlukan keluar batang keras/tulang (organ betina) dalam bunga pisang tersebut satu persatu (ada 2 cara boleh buat seperti dalam video). Kalau video Food Project di India mereka gunakan tepung chickpea dan rempah serbuk lain lumur ke bunga pisang sebelum goreng. Jadi kawan-kawan pun boleh ikut resepi masing-masing tepung goreng apa yang digemari. Masak ala tempura pun ngam juga ni. Kami cuma setakat lumur dengan tepung goreng serbaguna perisa pedas sahaja pun dah tak berhenti-henti makan. Makan dengan sambal kicap pun sedap macam ala-ala makan bersama cendawan goreng tepung. Kalau kami 3 bahan basic sahaja lah, boleh alter nak tambah rempah lain.
Bahan-bahan Bunga Pisang Awak Goreng Tepung:
Bunga pisang awak (buka batang keras)
Tepung Goreng Serbaguna
Minyak Masak
Kemudian jantung pisang awak yang belah muda berwarna keputihan tu bolehlah masak lauk jantung pisang yang masing-masing suka kan. Jadilah ada dua lauk dari 1 jantung pisang awak. Hujung minggu lepas ada Tukang Kebun masak lemak jantung pisang campur sengkuang. Abby suka jugalah hirup kuahnya, walaupun minyak terkeluar dari santan sebab tak cukup tangan masa tu. Siapa suruh multitasking sangat hehehe....Tukang Kebun biasanya tak de masa sangat nak ambil gambar lauk sambil deco nanti ada yang bising dah lapar dan lauk nanti sejuk. Lepas masak terus makan je panas-panas. Mohon maaf gambar tak berapa menarik sebab semua spontan je ni dan mana yang teringat.
(Ralat : Gambar semuanya adalah bunga pisang awak, bukan pisang abu)
Entah kenapa dalam fikiran asyik terfikir pisang abu pula.
wahh..very exotic, tak pernah lg tengok jantung pisang goreng..ha'ah..style tempura..
BalasPadamSalam Bahagia Sis Nohas,
PadamYa boleh juga goreng ala tempura.
Wah bagus tu idea goreng bunga pisang selalu kita buang2 saja. Kalau guna bunga pisang Abu ok juga kot.
BalasPadamSalam Bahagia Sis Nasa Mulia,
PadamItu la kan kami pun rasa rugi selama ni yang bahagian jantung keras bunganya pun kita buang sahaja. Mungkin lagi tasty dengan pisang abu.
Sama juga seperti Kak Amie, guna tiga bahan jew untuk goreng bunga jantung pisang tu. Makannya sekejap jew.
BalasPadamSalam Bahagia Kak Amie,
PadamMudah dengan 3 bahan je pun dah boleh enjoy kan. Kalau cicah dengan Sambal kegemaran pun sedap kan.
tak pernah buat macam ni lagi.
BalasPadamBiasanya bahagian kelopak dan bunga yang luar tu dibuang aje
Ambil bahagian dalam yang masih lembut untuk direbus atau dibuat sayuran.
Salam Bahagia Pak Warisan Petani,
PadamKan kami pun selama ni buang je yang bahagian luar dengan bunga jantung Pisang tu. Tapi tengok rancangan YouTube tu krupkrap sedap bunyi nikmatnya tu teruja nak cuba jadinya.
dana biasa buat masak je kak, tak pernah cuba lak goreng garing gini... menarik nih
BalasPadamSalam Bahagia Dana,
PadamNanti bolehlah cuba dapat 2 lauk dari 1 jantung pisang.
goreng gini nampak sedap dan boleh makan saja kan... nak cuba la juga
BalasPadamSalam Bahagia Sis Atie,
PadamMudah je Atie makan panas-panas masa garing sedap.
Tq sharing idea ni, TK. Tak terpikir pun selama ni. Jantung pisang kami selalu nya rebus buat ulam saja.
BalasPadamSalam Bahagia Aunty meintheswim,
PadamSelamat mencuba.
wahh., masak lemak jantung awak stail masakan org dulu2 nih., ;p
BalasPadamSalam Bahagia Wak Lalat,
PadamNasib baik dah kahwin, kalau masak depan bakal mak mertua takut tak pass hehehe...
Ya dah banyak kali tengok kat fb org post pasal bunga pisang goreng tepung ni..sebab ini bukan kebiasaan jadi selalu lipa nak cuba bila ada jantung pisang dipokok.
BalasPadamSalam Bahagia Kak Mala,
PadamSamalah Tukang Kebun pun asyik lupa masa musim banyak pisang abu ada jantung nya kat pokok. Ni yang cuba dengan pisang awak dulu.
wow! menariknya kak TK buat grg tepung! rare!
BalasPadamSalam Bahagia Sis Shida,
PadamMana tau masa ekonomi tak berapa elok ni ada yang dapat manfaat kan jantung pisang buat jalan begini nanti. Macam cendawan goreng tepung mula popular dulu2.
Wah rare menu ni TK. Tahu rebus buat ulam atau kerabu saja jantung pisang ni.
BalasPadamSalam Bahagia Puan Hazel,
PadamBoleh ketagih pula rasa Bunga Jantung goreng tepung ni tiba-tiba. Mungkin sebab sesuatu yang baru dalam kehidupan.
Sangat menarik hidangan ni kak. Yang saya tahu dan favourite saya jantung pisang rebus buat ulam cicah sambal belacan je. Sedap juga tu buat goreng dan masak lemak tu. Nak cubalah bunga pisang goreng tepung.Tq share kak
BalasPadamSalam Bahagia Sis Azhafizah,
PadamSelamat Mencuba Fiza. Kak looking forward seni photo Fiza ambil gambar nya kelak. Kak kalau ambil gambar food memang tak pandai. Seronok tengok Fiza ambil gambar2 cantik.
Boleh cuba buat nih...
BalasPadamSalam Bahagia Pak Kang Latep,
PadamSelamat Mencuba ya.
Pertama kali saya tengok bunga pisang digoreng. Menarik betul idea ni.
BalasPadamSalam Bahagia Sis Farrah,
PadamBoleh elakkan pembaziran di dapur dapat 2 jenis lauk sekurangnya dengan sebiji jantung Pisang.
Salam Bahagia Sis Diana,
BalasPadamJarang2 dapat yang jantung Pisang segar kalau di supermarket . Rasanya kalau segar lagi sedap.
Who first time mama tgk menu ni. Mesti sedap.ni
BalasPadamSalam Bahagia Sis Mamapp,
PadamPanas2 ranggup sedap meratah.
Akak tak pernah makan jantung pisang macam TukangKebun buat ni. Celup tepung saje, ye. Wah, nampak menarik.
BalasPadam