Halaman

Isnin, 21 Disember 2020

Hiking Bukit Tengkorak Tapak Warisan Arkeologi

Perjalanan ke Semporna pada tahun 2019 adalah dalam hampir sama kewujudan virus Covid-19 muncul dikesan bermula di Wuhan seperti yang dilaporkan. Pada ketika itu, komuniti di kawasan lain di seluruh dunia masih belum ada kesedaran betapa kewujudan Covid-19 ini akan memberikan impak seperti yang kita hadapi sekarang. Cuti hujung tahun lepas 2019 semasa Covid-19 belum lagi sampai ke Semporna kami sekeluarga berkesempatan melawat Tapak Warisan Arkeologi, Bukit Tengkorak. Selain dari melawat muzium, kita juga boleh hiking naik ke puncak Bukit Tengkorak untuk melihat dengan mata sendiri tapak warisan arkeologi ini.
Sepanjang perjalanan hiking menaiki tangga ke atas puncak Bukit Tengkorak, cuba lihat di kawasan tanah beberapa tempat. Tanpa disedari kita sebenarnya memijak artifak serpihan tembikar zaman dahulu kala. Bukit Tengkorak ini dilaporkan adalah tempat pembuatan tembikar terbesar di Asia Tenggara sejak zaman Neolitik lagi. Malahan dikatakan tempat ini telah dihuni oleh manusia sejak zaman Paleolitik lagi.  Mula-mula anak-anak yang lebih ringan badan dan berstamina dah mara laju ke atas meninggalkan Tukang Kebun yang tercungap-cungap (salah sendiri tak stay fit). Kemudian Tukang Kebun kata tengok apa yang bertaburan di tanah. Barulah mereka seronok mula beroperasi mencari serpihan tembikar dan cengkerang binatang laut yang juga bersepah di sekitar Bukit Tengkorak ini dari sumber makanan orang dahulu kala. Bolehlah perasan sekejap jadi ahli arkeologi dalam setting semulajadi.
Mustahil cangkerang hidupan laut yang berada di sekitar puncak ini ada secara semulajadi kecuali ada fenomena tsunami yang hanyutkan cangkerang sampai ke tempat tinggi. Jadi ini ternyata orang-orang zaman purba mereka turun di persisiran pantai dan membawa makanan seperti hidupan laut bercangkerang naik ke tempat perlindungan mereka. Ini jadi sebab kukuh kenapa dikatakan Bukit Tengkorak ini suatu masa dahulu memang manufacturer terbesar tembikar di kawasan Asia Tenggara . Malahan memang serpihan tembikar ni merata-rata atas tanah. Kita boleh kutip sendiri bawa balik sebagai cendermata pernah hiking di Bukit Tengkorak ini.
Tiada bayaran masuk dikenakan untuk ke Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak. Cuma tulis daftar nama je di buku log pintu masuk galeri muzium. Malahan masa kami sampai di muzium tiada seorang staf rasmi muzium ada di sana kerana semua ada tugasan rasmi di tempat lain. Mereka memberikan kepercayaan kepada orang tempatan untuk membantu tengok-tengokkan muzium. Ada kanak-kanak yang menjaja di gerai kecil depan muzium panggil wakil tersebut maklum ada pelancong datang. Wakil tersebut pun boleh kita ambil sebagai guide untuk hiking di Bukit Tengkorak (tiada paksaan bagi tips atau honorium, bergantung kepada keihklasan hati kita).
Sepanjang trail hiking official tersebut ada beberapa pondok rehat dan pemandangan indah sekitar Bukit Tengkorak menjamu mata. Tidaklah susah trail tersebut cuma jangan lupa bawa air botol masing-masing. Mungkin boleh pakai topi atau payung untuk teduh kepala dari terlalu panas terik. Tukang Kebun dan anak-anak pun pakai slippers je hiking Bukit Tengkorak ni. 
Ada juga kami terserempak seekor ular kecil bergayut di ranting pokok masa naik tangga. Ular tu nampak kami nak skodeng. Ular dia pun jadi malu terus menyusur pergi sorok. Tapi pelancong dinasihatkan jangan ganggu atau memukul binatang-binatang liar. Monyet pun kekadang ada tapi masa kami di sana tak terserempak. Jika dengar perkongsian cerita bersama guide, dia bercerita hidupan liar di kawasan Bukit Tengkorak ini elok jangan dianiaya sebab ada yang memukul ular terserempak semasa hiking menemui kecelakaan selepas balik. Begitu juga kisah-kisah kecelakaan lain yang dihadapi oleh pelawat yang dikatakan buat aniaya dengan hidupan liar yang mereka terserempak semasa hiking di sekitar Bukit Tengkorak.
Apa yang uniknya kawasan sekitar Bukit Tengkorak ini adalah ianya bekas gunung berapi. Disebabkan itu bagi Tukang Kebun formasi landskapnya sangat indah sekali seperti kita rasa bukan berada di Malaysia. Ini kita dapat lihat di mana kesan tinggalan jenis-jenis batu yang terdapat di atas kawasan lapang di puncak Bukit Tengkorak menunjukkan ianya adalah jenis mineral batuan gunung berapi. Mimic seperti kawasan Gunung Berapi di Jepun yang terletak di persisiran pantai. Cuma yang uniknya di Jepun tiada paya bakau. Tapi di Bukit Tengkorak kita boleh lihat di sekitar kawasan rendah bersebelahan pantai terdapat hutan paya bakau.
Dari puncak Bukit Tengkorak ini kita boleh lihat banyak pulau berdekatannya. Bentuk mukabumi pulau ini pun macam dalam cerita animasi Disney Moana. Bahkan kita boleh lihat juga fenomena semulajadi perubahan iklim dunia iaitu peningkatan paras air laut. Seperti gambar di bawah kita boleh lihat sebuah kawasan dah jadi terpisah macam pulau dengan daratan tanah besar. Beberapa dekad lepas, kampung seberang telah terpisah tersebut masih lagi bercantum dengan kampung yang bersama daratan tanah besar boleh naik pengangkutan darat sahaja. Sekarang peningkatan paras air laut yang berlaku di bumi ini menjadikan pengangkutan air digunakan sebagai kaedah perhubungan.
Bila ada bersama guide di tempat yang kita tak berapa kenal, kami berkesempatan juga mencuba off-trail hiking, selain dari hiking menggunakan kayu platform yang telah disediakan untuk mengelakkan dari sesat. Agak menarik juga bila tengok jenis tumbuhan (vegetation) yang ada di sini, agak berlainan dari tempat lain disebabkan jenis mineral batuan gunung berapi yang membentukkan tanah di sini.
Ada sebuah pokok tinggi di sini yang boleh jadi tempat berehat teduh sambil hiking yang buahnya guide kata ada nilai perubatan. Katanya ada orang Cina kekadang ambil buah ini untuk dibuat ubat. Kapsul buah macam bentuk jering dan biji di dalamnya besar macam buah kurma.
Dari tempat abang Ilhan berdiri tu kami turun dari canopy walk dan mula hiking off-trail. Pokok buah gambar di atas pun jelas kelihatan dari situ sebagai landmark. Ada kawasan jenis pokok lalang ni tinggi dari ketinggian Abby ketika itu. 
Cantik pemandangan di puncak Bukit Tengkorak ini. Mesti keadaan di sini agak berbeza zaman purba dahulu semasa zaman gemilang komuniti sini menjadi pembuat tembikar terbesar di Asia Tenggara. Jika ikut imaginasi Tukang Kebun pasti banyak juga penempatan rumah dibuat atas ini. Tapak yang ditinggalkan mesti ada sebab musnah tiada peninggalan. Apatah lagi dah jadi macam grassland, di mana kebiasaannya kalau di tempat kawasan lembap tropika ini tanah terbiar boleh menjadi hutan sekunder dengan begitu pantas sekali. Tambahan pula tanah asal dari bahan gunung berapi biasanya lebih subur kerana mempunyai lebih nutrient dari tanah merah di Malaysia. Malangnya tidak banyak kajian dijalankan untuk mengetahui kisah komuniti zaman purba di puncak Bukit Tengkorak ini. 
Kalau kita lihat peninggalan tamadun bandar lama di kawasan tinggi di Amerika latin pun yang dikelilingi hutan tebal macam di Malaysia juga, kawasan penempatan tamadun lama ni tumbuhan tak berapa tumbuh atas tapak lama bandar utama dia. Ada yang kekal macam grassland juga. Andaiannya yang boleh Tukang Kebun buat hypothesis memang gah juga komuniti zaman purba buka penempatan di sini dahulu sehinggakan ianya masih kekal tapaknya walaupun pembinaan struktur pembangunan penempatan tersebut tidak sudah kelihatan kerana tumbuhan belum mampu ambil alih lagi kawasan tersebut secara bermaharajalela. Sejarah begini patut dikaji supaya rakyat dapat berbangga dengan warisan tanahair kita dan memupuk sifat patriotik yang mendalam. Ini kita asyik tengok tamadun purba rantau lain. Walhal tamadun purba di nusantara pun tidak tertinggal amat hebat sekali. Faktor utama kebiasaannya kajian tidak dapat dilakukan adalah kerana kekangan kewangan untuk penyelidikan seperti ini.
Jangan lupa kalau di Semporna bila pergi island hoppings untuk menikmati kecantikan lautnya singgahlah juga sokong Tapak Warisan Arkeologi, Batu Tengkorak yang kurang dilawati pelancong. Kenalilah warisan semulajadi kita. Sayang Malaysia. 

24 ulasan:

  1. Tengok tajuk saya bayangkan banyak tengkorak.seram pulak. Tapi tengok keindahan bukit tengkorak ni rasa macam best pulak kalau hiking kat sini. Menarik betul trail papan tu. boleh berjalan sambil ambil gambar. Unik lah buah tu, dalam buah ada buah lagi. Orang dulu dulu banyak ilmu perubatan mereka.
    mungkin ada kisahnya disebalik cerita tu. Haiwan liar kat sini dah biasa dengan habitat mereka. memang tak elok kita kacau atau bunuh mereka. Kita pun masuk tempat mereka kan.
    Satu tempat yang sangat menarik. Ada rezeki dan berkesempatan nak juga hiking di sini :)

    BalasPadam
  2. cantik pemandangannya, dengar nama tempat tadi sekali imbas kak ana baca macam terpijak artifak serpihan tengkorak pula haha :) rupanya serpihan tembikar. Kalau ikut kata orang tua2 kalau di atas bukit ada banyak cengkeram tu menandakan kawasan penempatan orang bunian ada situ, waallahu a'lam mungkin sekadar mitos tanpa bukti kan TK :)

    BalasPadam
  3. Wah, tempat yang sesuai untuk hiking. Cantik pemandangan, laut dan pulau pun boleh nampak. Lagi la kuat rasa hati nak pergi sabah satu hari nanti. :)

    BalasPadam
  4. free jer masuk museum ni? bestnya.. huaa nanti klu nak ke sana mmg kena study blog kak balik ni ... haha

    BalasPadam
  5. lama tak hiking, activity yang seru sehat hebat.. sudah dewasa malah malas kemana mana hehe

    BalasPadam
  6. Cantik sangat view, terima kasih atas info tsntang tempat ni juga

    BalasPadam
  7. cantik view atas bukit tengkorak tu.. teringin nak pegi juge :)

    BalasPadam
  8. Tahu masa belajar sejarah sekolah menengah. Tapi tak pernah pergi lagi sini.

    BalasPadam
  9. Wah macam best!! Hiking sambil melihat bukti2 sejarah. Rasa teringin nak ke sana!!

    Part haiwan liar tu memang betul. Jangan diganggu. Bukan sebab nanti mungkin akan kena kecelakaan, tapi secara nilai moralnya mereka tak perlu diganggu. Apa lagi kalau pukul atau aniaya. Kesian mereka.

    BalasPadam
  10. Pemandangan alam kawasan bukit Tengkorak terlihat memikat.

    Ada satu hal yang menarik perhatian saya diperbolehkannya pengunjung membawa serpihan artefak kuno dari lokasi untuk dibawa pukang sebagai oleh-oleh ..., apakah lama kelamaan tidak habis sisa artefak tersebut seiring banyaknya pengunjung disana ?.

    BalasPadam
  11. Kalau saya nmpk ular, mmg confirm menjerit! Saya blm berkesempatan utk melawat Tapak Warisan Arkeologi, tapi rasa2 badan mesti mau fit dulu baru blh ke sana. Hihihi....

    BalasPadam
  12. Seronok baca entri Tukang Kebun ni. Cantik view di sana.

    BalasPadam
  13. Cantik sungguh pemandangan sekeliling Bukit Tengkorak. Mungkinkah tempat ini dipenuhi dengan tengkorak tengkorak di satu ketika dulu, sesuatu kejadian ngeri telah berlaku hingga memusnahkan komuniti purba itu?
    Setuju dengan TK bahawa ketiadaan kajian kerana kekangan kewangan. Tidak hairanlah raayat Malaysia lebih tahu tentang cerita warisan purba asing seperti Maya civilisation tu dari peninggalan warisan di negara sendiri.

    BalasPadam
  14. Cantiknya tempat ni.
    Happy New Year Diana.

    BalasPadam
  15. Wah cantiknya.. memang dekat dengan jiwa hijau malar saya. Kalau dekat tu teringin juga nak hiking.. Cuma saya baru hari ni tahu ada tapak warisan arkeologi bernama bukit tengkorak. harap-harap pihak yang berwajib dapat mempromosikan tapak warisan arkeologi bukit tengkorak ni serta tempat-tempat yang lain. Lebih-lebih lagi di zaman canggih medsos ini.

    BalasPadam
  16. Cantiknya view dari atas bukit tengkorak ini. Seronok boleh bawak anak-anak buat aktiviti camni. Boleh buat diaorang dekat dengan alam semulajadi dan menghargainya :)

    BalasPadam
  17. Selalu lalu lalang di kawasan itu tapi tak ada kudrat nak mendaki.

    BalasPadam
  18. dgr tengkorak terus feel seram kak ^_^
    cantik view dia..hijauuuu je tenang mata :)

    BalasPadam
  19. Wooww seronok trip ni.. Kami singgah Semporna sebelum ke Mabul, next time kena visit Tapak Warisan ni pulak..

    BalasPadam
  20. teringat dekat sis..lamanya tak update. harap semua baik2 saja :)

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum kak, how's life? Lama tak nampak akak update blog :)

    BalasPadam