Tahukah anda bahawa warna asal carrot sebenarnya bukan berwarna oren?
Nenek moyang carrot sebenarnya dikatakan berasal dari Afghanistan tumbuh liar dan berwarna ungu, kuning dan putih. Carrot berwarna ungu dan putih masih lagi tumbuh liar di Afghanistan dan penduduk tempatan di sana membuat minuman air keras/tapai? dengan akarnya. Lukisan di kuil-kuil yang dibina pada zaman tamadun firaun Mesir menunjukkan sayur berbentuk seperti carrot berwarna ungu. Pada zaman tamadun awal manusia ketika itu bukan memakan akarnya tapi mengumpul bijinya untuk perubatan dengan perjumpaan rekod lama yang mencatit kegunaannya pada zaman waktu itu. Carrot pada mulanya lebih dikenali untuk sumber perubatan sebelum ianya berubah menjadi terkenal sebagai sumber makanan.
Jangan keliru carrot berwarna putih dengan parsnip yang juga berwarna putih walaupun rupa bentuk mereka sama. Walaupun mereka tergolong dalam keluarga sama iaitu 'Apiaceae' yang juga keluarga untuk celery, parsley dan ketumbar, rasa parsnip berbeza dengan carrot dan bentuk biji benihnya dan struktur daun pun jauh berbeza. Parsnip dan carrot putih adalah dalam genus yang berlainan. Jadi kena hati sedikit kalau nampak istilah lobak putih sebab saya lihat ramai yang tersalah menterjemahkan 'parsnip' sebagai lobak putih atau sebaliknya. Lobak putih kebiasannya di Malaysia kita panggil untuk 'mooli' atau Japanese radish/daikon. Bila nak buat penterjemahan memang susah juga bila saya fikir. Lobak merah/ karot- carrot, Lobak putih-daikon, tetapi bagaimana pula dengan carrot berwarna putih, parsnip atau turnip kan? Jadi saya selalu elak memanggilnya dalam bahasa sebab ini adalah sayur yang bukan biasa lagi didapati selalu di Malaysia untuk mengelakkan kekeliruan. Lobak putih dan carrot pula bukan adik-beradik mereka tergolong dalam keluarga sayur lain. Lobak putih adalah dari keluarga 'brassica' yang termasuk dengan bunga kubis putih dan brokoli.
Afghanistan Carrot
Dalam padang liar yang tumbuh pelbagai carrot di padang dari Afghanistan ke Turkey beribu tahun dahulu pasti banyak pokok carrot yang berbunga terkahwin dengan pelbagai warna (ungu, putih dan kuning) jadi mungkin benih kacukan ni memberi warna akar carrot yang pelbagai. Sebagai contoh gambar di atas adalah 'Afghanistan carrot' yang saya perolehi dari seed-saver Alice Spring. Lihatlah macam-macam warna. Afghaniston carrot ini saya tanam di atas tanah jenis 'clay' jadi rupa bentuk banyak tak lurus sebab ada batu dalam tanah. Tapi saya tak berapa kisah dengan bentuk, sebab bentuk tiada kena mengena dengan rasa. Afganisthan carrot kalau dibiarkan tumbuh membesar lebih lama bentuknya sangat besar, gemuk dan panjang tapi tukang kebun selalu tak sabar nak tarik. Rasanya lain dari carrot yang berwarna orange tu, ianya tak juicy sangat tapi berlemak. Sangat sesuai untuk dimasak dalam sup sebab lembut dan creamy dalam mulut. Kami asyik buat sup saja bila masak Afghanistan carrot ni dan anak saya yang bongsu masa tu tak dapat makan makanan solid sangat sebab masalah jantungnya, boleh jadi ketagih makan carrot. Terpaksalah kami semai carrot setiap bulan nak pastikan Rayyan ada supply carrot organik berterusan.
Bila pula timbulnya carrot berwarna oren?
Carrot berwarna oren yang kita biasa tengok tu adalah 'carrot moden'. Carrot berwarna orange asalnya adalah dari hasil mutasi yang diusahakan jadi baka baru oleh hortikulturis Belanda pada kurun ke-17. Disebabkan zaman tersebut salah satu pemerintah putera raja mereka ada gelaran 'William of Orange', carrot warna oren jadi boom dan ditanam dengan lebih meluas walaupun carrot berwarna kuning ada juga ditanam pada masa itu. Warna carrot orange adalah hasil dari banyak kandungan beta-carotene. Dengan carrot berwarna orange dapatlah kita akar yang 'juicy'. Akar berwarna lain tak sejuicy yang berwarna oren, tapi bagi saya masing-masing mempunyai rasa yang sedikit berbeza antara satu sama lain. Kandungan carrot yang warna-warni ini pun mungkin memberi kandungan zat yang sedikit berbeza disebabkan pigment warna isinya.
Stok carrot yang ada sekarang adalah bukan baka hybrid semuanya 'pure' yang boleh dikumpul benihnya kelak bagi siapa yang berminat. Stok carrot ada sekarang adalah terhad dan kalau kehabisan pun paling awal saya akan re-stock bulan September.
Stok carrot yang ada sekarang adalah bukan baka hybrid semuanya 'pure' yang boleh dikumpul benihnya kelak bagi siapa yang berminat. Stok carrot ada sekarang adalah terhad dan kalau kehabisan pun paling awal saya akan re-stock bulan September.
Carrot Rainbow Blend (100biji benih setiap pek)
(Stok Habis)
Campuran benih heirloom carrot yang berlainan warna seperti ungu (cosmic purple), yellow (solar yellow), white (luna white) dan lain-lain. Ini moyang-moyang orange carrot.
Carrot 'Early Scarlet Horn' (200biji benih setiap pek)
(Stok habis)
Informasi untuk carrot ini klik (Early Scarlet Horn)
Carrot Topweight (200biji benih setiap pek)
(Stok ada)
Carrot Heirloom 'Dragon' (100biji benih setiap pek)
(Stok-habis
Kulitnya berwarna ungu gelap. Bila dibelah isi tengahnya berwarna oren. Mudah untuk dibezakan dengan carrot yang lain kerana daun yang berdekatan dengan akarnya berwarna ungu. Carrot yang sangat cantik ditanam di taman anda. Pokok carrot ini tumbuh akar yang bersaiz panjang.
Carrot Heirloom 'Paris Market' (100biji benih setiap pek)
(Stok-habis)
Carrot yang berbentuk bulat dan kecil seperti gasing. Besar akar carrot ini bila matang adalah di antara 2.5cm ke 4cm. Sesuai untuk di tanam di dalam pasu bagi gardener yang berkebun di balcony. Ini adalah carrot heirloom dari France yang ditanam semenjak kurun ke-19.
bagusnya info ni.teringin nak tanam karot ni. boleh ke kat malaysia?hmm...
BalasPadamHerny~Boleh. Mama tukang kebun dah pernah tanam dragon dan topweight dekat kebunnya dekat Sungai Buloh. Dari perkongsian pengalaman dengan kawan blogger dari merata-rata dunia dengan pelbagai cuaca, kami dapati carrot senang tumbuh dan cuma untuk beginner selalunya sukar untuk mendapatkan benihnya bercambah. Ini kerana sukses percambahan carrot adalah cuma ianya nak tanah yang moist sampai . Carrot kekadang boleh mengambil masa lebih 21 hari untuk tunggu dia bercambah, ini bergantung kepada moisture tanah dan suhu. Kalau semai masa cuaca kering lama sikitlah nak tunggu dan mungkin germination low sebab moisture dalam tanah cepat hilang. Dekat kebun kami sini pun masih ada carrot yang hidup lepas kena heat wave suhu 40 degree musim panas lalu. Carrot kalau nak yang besar lama juga kena tunggu untuk harvest takes at least 16 weeks.
BalasPadamMoisture,moisture,moisture tanah penting.
terima kasih atas info ni ya...
BalasPadammacamana nak order...kena hubungi dulu ke?
BalasPadamHerny~Sama-sama kita berkongsi pengalaman berkebun ya.
BalasPadamKak Marlina~Saya ada terima email. Nanti malam saya balas ya. Ada urusan sikit petang ni.
Saya pun dah pernah try tanam carrot benih dari pasaraya. Alhamdulillah tumbuh. Saya semai dalam bekas lapik dengan tisu basah, bila dah bercambah agak tinggi saya alih ke pasu. cuma hasilnya taklah sama macam carrot diana. :> Jeles betul tengok carrot tu. Lepas ni boleh la order dengan diana especially carrot purple tu.
BalasPadamHijaudaun~ Bagus idea letak tisu basah tu. Saya tengok ramai blogger di North America semai benih atas tisu atau lekat benih carrot atas tisu buat seed tape sendiri supaya senang nak semai dia lurus je kat batas nanti. Percambahan benih pun dikatakan bagus sebab moisture ada. Tapi Diana belum cuba buat carrot seed tape lekat kat tisu lagi...hehehe...saya pemalas. Carrot ni memang uji kesabaran nak tunggu besar ambil masa lama. Carrot kami masih ada lagi dari bulan Septemnber/October tak harvest lagi di kebun tu.
BalasPadamIngatkan saya punya carrot sahaja yang lambat membesar. Saya punya disemai bulan November tahun lepas, hari tu ada cabut sedikit tapi alangkah kurusnya carrot saya. Diana ada petua untuk menggemukkan carrot tak?
BalasPadamMama Pongkey~ Saya cuma perasan kalau musim kering perlahan sikit pembesaran carrot. Tapi bila ada hujan atau tanah tak kering carrot cepat membesar sikit. Cuma kena hati-hati juga dalam tanah tu ada baja apa. Kalau banyak nitrogen nanti carrot fokus kat daun je. Saya selalu agak at least 16 minggu nak ada pertumbuhan akar dengan sayur karot ni. Bila saya perhati kawan-kawan blogger yang lain kat tempat sejuk pun selalunya diorang tanam waktu spring tapi autumn baru harvest. Kira untuk diorang pun ambil masa lama juga lebih 4-6 bulan kalau nak carrot besar. Tapi beza rasa home-grown dan commercial carrot besar sekali.
BalasPadamSalam...dh ada stok ke carrot rainbow blend?
BalasPadamSalam...dh ada stok ke carrot rainbow blend?
BalasPadam