Saudara saudari pasti teramat maklum bahawa negara kita menanam padi dengan banyak tapi masih belum dapat memenuhi bekalan untuk rakyatnya. Jadi kita terpaksa mengimport beras dari negara-negara jiran. Saya tengok sekarang jarang dan sukar untuk mendapat beras-beras padi tradisional tempatan (indigneous rice) yang pelbagai bentuk dan warna ditanam oleh petani tradisional. Generasi ibubapa mama tukang kebun pekerjaannya dahulu adalah petani tradisional padi sawah atau huma/bukit. Tapi malangnya mula dari generasi saya, sepupu saya dan termasuklah adik-beradik saya tiada seorang pun lagi yang 'petani' adalah seorang juga yang sekarang ni penoreh getah yang ada sijil ijazah muda. Pokok-pokok getah itu pun dah tua, arwah atuk yang tanam masa mama tukang kebun kanak-kanak lagi. Yang sayangnya, ilmu-ilmu mereka dalam pertanian organik lenyap begitu sahaja.
Masa zaman kanak-kanak seronok juga kami dapatlah merasa beras bukit merah tradisional merah yang macam berpulut sikit dari saudara-mara lepas musim menuai. Manis rasanya macam letak gula je tapi sebenarnya itulah rasa aslinya. Sekarang tak mudah nak dapatkan beras ini, dah tak banyak petani jual walaupun di pasar tempatan lepas musim menuai. Petani tanam pun cukup untuk diri sendiri sahaja. Kalau keluarga kami terjumpa di pasar tempatan selalunya kami ambil sahaja tak berfikir panjang, tengok harga tutup mata sajalah. Sebab faham bukan senang nak dapat dan terima kasih di atas keringat mereka masih tanam beras ini walaupun mereka juga under pressure disuruh tanam beras komersial macam petani moden lain.
Baik di pantai timur, utara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak saya pasti kawasan-kawasan ini juga mempunyai beras tradisional tempatan. Tetapi adakah usaha oleh kerajaan kita untuk pastikan beras tradisional tempatan ini akan kekal untuk generasi masa datang kita?
Dapatkah anak dan cucu kita rasa beras tradional tempatan masa depan seperti moyang mereka?
Adakah asyik nak rely on beras hybrid yang kononnya tahan penyakit dan serangan serangga?
Tetapi mengapakah kita asyik nak cipta hybrid baru?
Penulis tak nak celoteh panjang tetapi harap kita semua dapat membuka mata dan mengambil iktibar dari tempat orang lain.
salam Diana.Teringat masa kecik kecik dulu bila baca tulisan ini.Bau harum beras yang ditanam secara organik sungguh harum....walaupun biji berasnya sungguh kecil dan pendek tapi sangat sedap.Manis nasi dari beras tersebut.
BalasPadamMakcikmanggis~Memang manis beras tradisional kita ya. Diana masa mengandung Ilhan dan Rayyan tak tahan bau beras yang sedang tanak kalau beras bukan Supergred punya. Jadi pening. Terpaksalah hubby keluarkan duit lebih sebab orang rumah dia nanti tak makan.
BalasPadamsaya dulu pun ada saudara di kampung sg. manik perak, yang mana beras ditanam ada dua jenis, satu ada kekuningan sikit dan satu kemerahan. dua duanya sedap ada rasa manis. semua tu tinggal kenangan je
BalasPadamMat Jon~Sedih semua tinggal kenangan.
BalasPadamI absolutely love your blog and find a lot of your post's to be precisely what I'm looking for. Would you offer guest writers to write content for yourself? I wouldn't mind composing a post or elaborating on a lot of the subjects you write regarding here. Again, awesome blog!
BalasPadamYou are very welcome to compose a post as a guest writer anytime you like to. You can send the post to my email (kebunkmg@gmail.com)and a little bit of self-introduction. Feel free to leave comments as well to elaborate any subjects in our blog or if you prefer to have a separate post. Working together and sharing knowledge with many is better than one brain ;-). This coming few months, I have little time to write as I have to finish up writing my thesis. So you are most welcome to become our blog guest writer. Happy to know that some of my postings make sense.
BalasPadamHi, can I share the web link of this article written by you on Facebook group: https://www.facebook.com/groups/1018338948338799/
BalasPadamThis Facebook group is mainly about to recognize and ask the plants' name.
Hi, can I share the web link of this article written by you on Facebook group: https://www.facebook.com/groups/1018338948338799/
BalasPadamThis Facebook group is mainly about to recognize and ask the plants' name.