Halaman

Sabtu, 30 Jun 2012

Pre-Order Biji Benih Organik Herba Chives

DSC00208

Pokok herba Chives mudah dijaga kerana ianya tidak mempunyai banyak musuh serangga ataupun terkena panyakit. Cuma proses percambahan benih sukar dan perlu banyak kesabaran. Peratusan percambahan benih chives adalah amat rendah di bawah 25%. Setakat ini, di antara biji benih allium yang saya pernah semai, saya dapati benih chives paling challenging. Chives adalah tergolong di dalam genus/species ‘allium’ yang juga sebahagian dari ahlinya adalah seperti bawang merah, bawang putih dan juga leek. Benih-benih dari ahli keluarga ‘allium’ selalunya peratusan percambahan benihnya cepat menurun mengikut masa, ianya bukan seperti benih yang lain kalau disimpan elok boleh disimpan bertahun-tahun. Benih-benih allium yang baru dituai digalakkan untuk dipakai secepat mungkin bagi percambahan yang bagus.
Walaupun benihnya sukar untuk bercambah, chives yang tumbuh di kebun sendiri dari benih dan bukan pokok chives komersil yang dibeli cantik di nursery mempunyai tempoh hayat yang lebih panjang dan tidak remeh penjagaanya. Pernahkan saudara-saudari beli pokok herba dari pembekal komersil di nursery nampak segar-bugar tapi bila kita pindahkan ke kebun kita, ianya tidak beberapa tahan lama dan perlu penjagaan rapi? Saya ada baca artikel penyelidikan yang menarik beberapa bulan lalu. Satu penyelidikan dibuat mengenai anak-anak pokok yang disemai dan dijaga di satu lokasi nursery di North Amerika dan kemudian dipindahkan ke lokasi-lokasi lain di mana mempunyai keadaan cuaca yang sikit berlainan. Dari penyelidikan mereka disimpulkan bahawa anak-anak pokok ini perlu banyak masa untuk menyesuaikan diri di alam persekitaran baru dengan cuaca yang berlainan dari tapak semaian mereka. Tetapi anak-anak pokok tidak menghadapi masalah apa-apa bila dipindahkan ke alam persekitaran yang sama seperti tempat asal penyemaiannya walaupun jauh beribu kilometer. Pokok-pokok dari pembekal komersil dimanjakan dengan penjagaan rapi setiap hari dan kita pekebun suka-suka cuma ada sedikit masa sahaja untuk luangkan masa setiap hari nak belek-belek pokok di kebun. Jadi pokok yang sesuai dan ideal adalah yang boleh jaga diri dan hidup bahagia di kebun sementara tuannya sibuk dengan urusan kerja atau rumah.
DSC00280

Bunga pokok herba chives sangat cantik berwarna ungu dan ianya juga boleh dimakan. Saya ada kadang-kadang terbaca semasa blog walking, ada pekebun buat jeruk bunga chives.  Pokok herba chives juga cantik untuk dibuat border di tapak sayur-sayuran ataupun lanskap. Pokok herba chives juga elok digabungkan dengan sayur-sayuran lain sebagai companion planting. Cuma elakkan gabungan chives atau ahli keluarganya allium dengan keluarga dari sayur kacang, tidak berapa serasi gabungan ini. Pokok herba chives sukakan matahari, tidak beberapa gemar di kawasan yang kurang mendapat cahaya matahari. Pokok herba chives sangat lasak dan tahan di dalam keadaan suhu gap cuaca yang besar (tahan panas dan sejuk). Saya ingat masa heat wave awal tahun ini habis chives saya yang dilokasi tak dijaga dan tak disiram dah habis mati kekeringan. Tetapi bila cuaca dah mula nyaman kembali, pokok-pokok yang ingat dah mati itu mengejutkan saya kembali hidup pula dan cantik kembali pokoknya. Bak kata orang putih very ‘hardy plant’.
DSC00051


~Benih Segar Organik Herba Chives (anggaran 50 seeds satu pek)~

Boleh pre-order (reserve) dahulu sebab bulan August 2012 baru dipos ke miliknya.
Stok terhad sebab tukang kebun packing sikit je tengok permintaan macam mana (alasan tukang kebun sebab dia tak rajin nak kumpul benih ni, leceh sikit…hehehe)
Stok Habis.
RM3.00- satu pek (~50 biji benih).
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih berharga RM3.00 adalah percuma.
Nota: Benih akan dipos di bulan August dan boleh pre-order dengan tinggalkan comment atau mesej saya dengan email.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.

Jumaat, 29 Jun 2012

Benih Open-Pollinated Organik jenis ‘Red Hot Long Cayenne’ Cili

DSC01882

Buah cili pokok ‘Red Hot Long Cayenne’ ini average panjangnya 10cm. Bau buahnya harum. Level kepedasan- pedas untuk penggemar makanan pedas. Tangan saya 2 hari berdenyut-denyut kepedasan bila saya guna cili ini dalam masakan tanpa pakai sarung tangan dan seksa juga nak pasang contact lens berair mata.
Benih cili yang kami dapat offer kali ini adalah jenis ‘ Red Hot Long Cayenne’ dari generasi kedua yang kami kumpul dari benih yang dituai di kebun kami. Dari observation saya lihat benih generasi kedua jenis cili ini lebih produktif dan tahan dengan serangan penyakit atau serangga. Pokok-pokok cili jenis ini tidak dibelai langsung di kebun kami dan telah menempuhi cuaca yang extreme lebih 40 degree Celsius dan juga cuaca sejuk. Oleh itu, cili ini sudah biasa dengan perubahan cuaca yang mendadak dan masih gagah tumbuh di kebun kami semenjak generasi pertama. Pokok jenis cili ini sesuai tumbuh di pasu untuk pekebun yang tidak mempunyai kawasan yang banyak untuk berkebun atau balcony garden kerana pokok cili ini cuma ketinggian yang sederhana dan renek. Tetapi pokoknya sangat compact dan membentuk seperti payung atau canopy yang besar apabila cukup baja, cahaya dan air memberi buah cili yang merimbun. Ada pokok cili jenis ini yang kami tanam di tanah bukan dalam pasu dan canopynya lagi 3 kali ganda besar. Saya rasa di Malaysia, pokok cili ini mungkin tumbuh lagi tinggi dan rimbun memandangkan cuaca di Malaysia lebih digemari oleh pokok cili.
DSC01427

~Benih Segar Organik Open-Pollinated ‘Red Hot Long Cayenne’ Cili (anggaran 30 seeds satu pek)~


Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.

Rabu, 27 Jun 2012

Oriental Lilies (Lilium X auratum X speciosum) Pre-Order Mungkin

photo (2)

Bulan Ogos tahun lepas saya ada belikan pemilik kebun MKG di Sungai Buloh @ mama satu Oriental Lilies bulb di Royal Adelaide Show sahaja suka-suka nak tengok sama ada senang ke tidak bunga ini tumbuh di tanahairku. Saya beli satu sahaja dahulu sebab nak testing dan harganya pun boleh tahan exclusive juga kena fikir banyak kali sambil boring tukang-tukang kebun lain berlegar menunggu kat tapak tu nak tunggu saya buat keputusan.  Ialah banyak lagi attraction nak pergi tengok dan masa tu shopping benih-benih tak masuk dalam budget hari ke Royal Adelaide Show.
Seronok juga tengok bila mama tukang kebun hantar gambar dan tunjukkan bunga Oriental Lily ni mula nak berbunga di kebun mama tahun lepas. Bunga Oriental Lily yang ditanam serentak dengan benih gladiolus mula berbunga bersama-sama, jadi sesiapa yang tertanya-tanya berapa lama masa agaknya nak tunggu kalau ada pengalaman tanam gladiolus mungkin boleh agak-agak berapa lama ambil masa nak berbunga. Faktor cuaca pun barangkali ambil peranan juga untuk pembesaran bunga ini sampai ke tahap ianya mula berbunga. Oleh itu, sebagai nota ibu saya tanam Oriental Lily bulb ini pada bulan September (cuaca kawasan Lembah Klang) dan mudah dijaga serta elok pertumbuhannya.
Sepokok Oriental Lily memberi beberapa kuntuman bunga yang boleh dipotong dan buat hiasan di dalam rumah. Saya selalu geram je tengok bunga Oriental Lilies yang dijual oleh florist dan harganya pun boleh tahan juga.

Benih Fresh Organik Sengkuang (Sungai Buloh Production)

yam bean (3)

Dalam bulan ini ada tukang kebun tulis dalam posting bahawa di kebun kami di Sungai Buloh sedang menuai benih sengkuang. Tukang-tukang kebun di Sungai Buloh dah testing percambahan benih-benih sengkuang yang baru dituai ini dan peratusan percambahannya sangat baik. Pokok sengkuang adalah jenis pokok yang separa memanjat tetapi pada awal pertumbuhannya perlu ajar batang lembutnya untuk memanjat. Bagi mendapatkan ubi sengkuang yang cepat dan besar, bunga-bunga di pokok sengkuang disyorkan potong supaya pokok ini akan menumpukan banyak energy pertumbuhannya di ubinya. Kacang-kacang sengkuang mempunyai kandungan racun dan tidak boleh dimakan. Pokok sengkuang berasal dari Mexico dan ianya gemarkan cuaca yang kelembapan (humidity) tinggi dan tidak beberapa gemar cuaca yang kering.  Pastikan pokok sengkuang disiram semasa cuaca kemarau. Tukang kebun biasanya menggunakan kaedah direct-sow bila menyemai benih-benih sengkuang.
Kacang sengkuang
Pokok sengkuang boleh tumbuh di dalam bekas. Pokok sengkuang boleh juga ditanam bersama-sama sayur kailan ataupun pokok bendi di dalam bekas yang sama dari pengalaman tukang kebun. Kalau nak tanam bersama-sama pokok jagung boleh juga dalam andaian saya. Ubi sengkuang perlu sekurang-kurangnya dinantikan selama 6 bulan sebelum dituai. Akar ubi sengkuang dapat menjalar jauh ke dalam tanah. Nak kena gali dalam juga kekadang nak dapatkan ubinya.
Yam bean (4)

~Benih Segar Organik Sengkuang~
Stok Ada.
RM3.00 satu pek (15 biji benih).
Biji benih sengkuang dituai pada June2012 di kebun kami (Sungai Buloh).
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15 pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15 pek untuk apa sahaja jenis benih adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Pembayaran melalui bank deposit pada Bank RHB atau CIMB.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya  (kebunkmg@gmail.com).

Selasa, 26 Jun 2012

Benih Bunga Organik Sweet Pea (Bau Harum)

sweet pea (5)

Bau bunga sweet pea sangat harum dan benih yang dikumpul adalah 2 warna jenis bunga iaitu merah dan ungu gelap. Ini adalah jenis bunga sweet pea yang memanjat dan boleh memanjat dengan ketinggian sekurang-kurangnya 2 meter. Selalunya ianya akan berbunga dari bahagian atas dan kemudian ke bawah. Pokok sweet pea memberi bunga yang lebat tapi mesti rajin trim bunga yang dah mati dan elakkannya berbuah sebab akan mengurangkan produksi bunga dan panjang hayat pokok. Kacang atau bijinya tidak boleh dimakan. Potongan bunga sweet pea sangat cantk menghiasi rumah dan juga memberi bau yang harum.
sweet pea (7)

Tukang-tukang kebun sudah testing percambahan benih bunga sweet pea organik batch ini di kebun Sungai Buloh dan dapati percambahannya elok. Komen tukang-tukang kebun ialah tumbuh dengan baik pokoknya tapi tak suka bila musim panas dan kering sebab pertumbuhannya jadi terberhenti dan pokoknya nampak sedih sikit. Pendapat tukang kebun kena cari masa yang sesuai untuk tanam bunga sweet pea ini di Malaysia hendaklah musim selain dari musim panas dan kering serta perlu beri perhatian dan penjagaan rapi pokok bunga sweet pea bila musim panas dan kering.

Tips untuk penanaman pokok bunga sweet pea (dari pengalaman tukang kebun, but saya mungkin silap):
~Direct-sow biji benih sweet pea di kawasan yang menerima cahaya matahari sebelah pagi (sebab masa ni sinaran matahari tidak terik).
~Elakkan menanam sweet pea dekat dinding rumah atau pagar rumah (bahan yang menyerap haba) sebab dinding serap cahaya akan memberi pantulan haba kepada pokok.
~Elakkan penggunaan baja yang mempunyai kandungan nitrogen tinggi seperti tahi ayam sebab sweet pea adalah tergolong dalam keluarga kekacang mampu fix nitrogen kembali ke dalam tanah. Kalau diberi baja kandungan nitrogen tinggi dikhuatiri akan banayak daun je tapi tak berbunga sangat.
~untuk bunganya berkembang masa cuaca panas ialah renjis atau spray gently dekat putik (bud) bunga untuk rangsangkan putik bunganya berkembang.
sweet peas development

Untuk pekebun yang teringin nak cuba tanam bunga ini dan up for the challenge Smile with tongue out:
~Benih Bunga Organik OP Climbing Sweet Pea (anggaran 15 seeds satu pek)~
Sold Out (6 sold/reserved).
RM3.00- satu pek (~15biji benih).
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Pembayaran melalui bank deposit ke bank RHB atau CIMB.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya (kebunkmg@gmail.com).

Rabu, 20 Jun 2012

Jalan-jalan jumpa Platypus

Saya minat sangat tengok bunga jenis protea tapi saya tak pasti ianya senang hidup atau tidak di Malaysia. Teringin juga nak bawa balik anak-anak pokok protea pelbagai jenis ni, tengah fikir banyak kali. Pokok bunga jenis protea ni kebanyakkannya berasal dari Africa dan ada juga berasal dari Australia. Ada sesiapa boleh berkongsi pengalaman mengenai penanaman pokok jenis protea di Malaysia?
Bunga yang sedang berubah menjadi biji benih? Saya rasa yang bulat-bulat tu nampak macam benih. Besar biji benih ini lebih besar dari duit syiling 50 sen.
Awal bulan Mei lepas ada kami pergi berjalan-jalan ke Warawoong Platypus sanctuary. Black swan ni icon South Australia.
Adik perempuan saya yang melawat kami di Adelaide tempoh hari. Adik perempuan saya yang tolong kemaskan dan packing benih-benih yang saya tak terbuat dari bulan Mac sampai bulan Mei lalu.
Seronok sangat akhirnya dapat tengok platypus dalam persekitaran semulajadinya di Waroowong platypus sanctuary. Setiap tahun kami ke sini tapi tak pernah nampak kelibat platypus. Nak dekat 4 tahun saya buat penyeledikan genetik binatang platypus ni, dapat jugalah tengok dengan mata sendiri.
Tukang kebun Rayyan puas berjalan hari itu, tertidur dalam kereta dalam perjalanan balik sambil makan buah epal. Saya minta maaf buat sementara waktu ini saya tidak dapat membalas comment, email atau blog walking dengan secepat mungkin disebabkan saya berada di Royal Children Hospital, Melbourne untuk pembedahan jantung (open heart surgery) Rayyan sejak hari rabu minggu lepas. Pembedahan Rayyan berjalan dengan lancar Jumaat lepas dan dalam proses recovery. Kali ini nampak Rayyan begitu cepat recover dari pembedahannya. Staff dari ward untuk sakit jantung yang dikenali dengan nama 'Koala Ward' ada yang masih ingat Rayyan dan komen Rayyan dah besar tak baby lagi seperti 2 pembedahan yang lalu masih bayi lagi. Rayyan kalau bosan dia nakal tarik keluar wayar dari badannya dan letak di teddy bearnya buat monitornya berbunyi pelik.

Selasa, 12 Jun 2012

Kebun Sebelah Sungai Buloh Benih Production

Setelah lama memujuk tukang-tukang kebun di sebelah Sungai Buloh untuk tangkap gambar progress pokok-pokok atau benih yang saya pindahkan dari Adelaide ke Sungai Buloh bulan May lalu, saya terimalah gambar-gambar ini dari adik lelaki saya hari ini. Walaupun rasa tiada tenaga sudah malam ini, teruja sangat nak berkongsi gambar ini. Untuk mengelakkan kekeliruan saudara/saudari yang baru berkenalan dengan tukang kebun dan mengikuti blog kami, kami ada 2 kebun, satu di Adelaide yang dalam proses beralih perlahan-lahan beberapa tanaman ke kebun di Sungai Buloh yang milik ibubapa saya. Dahulu ahli tukang kebun di Adelaide adalah 5 orang dan sekarang tinggal 3 orang. Tukang kebun lagi 2 orang dah berada di Sungai Buloh dan bilangannya bertambah dengan ahli baru iaitu adik-adik saya. Yang menolong pos benih-benih ialah adik lelaki saya. Dulu, saya dan sepupu saya Lenay yang kumpul benih-benih di Adelaide. Sekarang ini, benih dari Adelaide dikumpul oleh saya dan benih dari Sungai Buloh dikumpul oleh Lenay dengan bantuan anak-anak murid dia bermula baru-baru ini. 
Pertengahan bulan May lalu, kami ada bawa balik bulb gladiolus untuk kebun kami dan juga peminat bunga yang lain. Sekarang bulb gladiolus di kebun kami semuanya telah bercambah dan meninggi seperti di dalam gambar bawah.
Bulan lepas ada juga dibawa balik pokok-pokok strawberry (jenis 'Sweetie') dari kebun kami pindah ke kebun Sungai Buloh. Pokok strawberry sudah berbuah tapi si ayam mutiara je yang puas makan. Ada juga bawa balik pokok saya tak ingat sama ada blackberry atau blueberry, katanya dah berbunga sekarang. Tapi adik perempuan saya kata macam ayam mutiara je yang target awal-awal lagi buahnya nanti. Pokok bay leaves yang dibawa balik pun mereka report makin cantik. Saya juga ada bekalkan beberapa rhizome bunga iris dari kebun kami di Adelaide dan nampaknya gagah tumbuh juga di kebun Sungai Buloh seperti gamber di bawah.
Bawa balik juga 2 pokok bunga gerbera yang saya sayangi sebab pemberian hadiah Mother's day 2 tahun lepas dari anak-anak. Lenay bahagikan ke beberapa pokok (by division) dari 2 pokok tu dan katanya sekarang ni galak tumbuh baik. Masa di bawa balik, di Adelaide makin sejuk jadi pokok gerbera tu dah mula dormant dan nampak sedih sangat, sekarang sebab agaknya tumbuh dekat Malaysia seronok dapat banyak haba kembali.
 Bulan January lepas saya ada balik Malaysia 6 hari. Saya ada bawa balik buah spaghetti squash yang baru dituai dari kebun kami di Adelaide. Lenay simpan bijinya dan semai. Hujung minggu lepas, kebun di Sungai Buloh telah tuai spaghetti squash buat pertama kalinya dan Lenay ada tunjuk buahnya di Skype. Kalau Lenay bagi lampu hijau, baru kami akan promosikan benih organik heirloom spaghetti squash.
Semasa di Malaysia January lepas, saya ada semai benih sengkuang di kebun Sungai Buloh. Sekiranya nak ubi sengkuang yang besar, bunganya hendaklah dipotong supaya pokok itu fokus tenaganya untuk menghasilkan ubi sengkuang yang besar dan tidak terbantut. Tetapi kali ni saya pesan dengan Lenay supaya biar je pokok sengkuang itu berbunga untuk kumpul benih. Mereka berjaya kumpul benihnya dengan penuh kesabaran. Setiap kali berSkype, Lenay saja mengusik saya tunjuk benih sengkuang yang mereka kumpul. Kebun kami adalah organik, jadi jangan pelik tengok daun yang habis berlubang dan kena makan tu. Keadaan pokok-pokok sengkuang itu sekarang.

Bila nak tambah benih organik open-pollinated sengkuang dalam list?
Lenay tak bagi lampu hijau lagi. 
Dia kata tunggu dulu nak testing benih dulu.
Protokol nak dapat kelulusan benih dalam kebun kami...hehehe....
Saya gembira dan bangga dengan tukang-tukang kebun di sebelah Sungai Buloh sebab dah berjaya mula buat koleksi benih tempatan mereka sendiri. Tukang-tukang kebun di sebelah Sungai Buloh sekarang adalah anak-anak muda yang berusia antara 25 tahun dan 5 tahun. Ilhan yang baru masuk 5 tahun masa menetap di Adelaide jarang sekali dapat makan kacang panjang. Sekarang menu sayurnya tiap hari ialah kacang panjang dari kebun Sungai Buloh kami. Dekat Sungai Buloh sekarang musim kacang panjang.

Isnin, 11 Jun 2012

Red Romaine Lettuce

Sebelum saya merantau ke negara orang, ilmu saya mengenai sayur-sayuran teramatlah cetek. Saya tak tahu yang sebenarnya sayur lettuce banyak jenisnya. Bila saya tengok katalog benih sayur syarikat di Australia pening juga nak memilih jenis lettuce kekadang ada lebih dari 20 jenis pilihan. Benih Red Romaine lettuce asalnya saya terima hadiah surprise dari kawan gardening blogger yang duduk di North America setahun lalu dan telah 2 kali dengan mudah saya berjaya kumpul benihnya pada musim bunga dan luruh yang lalu .Red Romaine lettuce juga dikenali sebagai Red Cos lettuce.
Pada musim panas, tanam lettuce di tempat yang mendapat separa cahaya matahari atau menerima pancaran cahaya matahari di sebelah pagi sahaja. Lettuce tidak beberapa gemar dengan sinaran matahari yang terik dan rasanya juga mudah berubah menjadi pahit. Tidak beberapa digalakkan tanam masa musim kemarau, kalau tidak disiram selalu. Gambar di atas, anak pokok Red Romaine lettuce yang tumbuh terlalu rapat kerana saya tabur banyak dalam sebaris. Nanti nak tuai beberapa anak pokok sebagai 'baby lettuce' sambil meratah bagi jarak kepada yang lain untuk membesar. Sayur daun berwarna hijau yang dalam gambar itu adalah dari benih kailan yang kami kumpul akhir tahun lepas. Banyak pula rumpai yang tumbuh nak kena cabut dalam bekas tu.
Bekas sebelah kanan adalah Red Romaine lettuce yang sedang membesar. Kalau tak tahan nak rasa bolehlah gunting 2~3 daun paling tua yang sebelah luar itu sikit.
Pokok-pokok Red Romaine lettuce yang sedang nak berbunga. Tukang kebun tak sempat ambil gambar masa dia dah matang (bolehlah google red romaine lettuce image). Sebenarnya tak cadang pun nak bagi dia berbunga tapi masa tu banyak sangat rezeki sayur-sayuran di kebun nak tuai jadi tak sempat nak tuai semua satu pokok sayur lettuce ni. Jadi kami biarlah dia berbunga jadi tuai benih pula.

Stok ada.
RM3.00 satu pek (50 biji benih).
Benih segar organik open-pollinated dari kebun kami.


Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih dengan jumlah bilangan kurang 15 pek (kecuali bulb) adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15 pek untuk apa sahaja jenis benih (kecuali bulb) adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Pembayaran melalui RHB atau CIMB bank.

Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.
Email: kebunkmg@gmail.com


Isnin, 4 Jun 2012

Organik Heirloom 'Watermelon' Radish

Heirloom 'Watermelon' radish adalah lobak putih yang berbentuk bulat, berkulit putih tapi isinya bila dibelah adalah berwarna merah. 'Watermelon' radish adalah adik beradik dengan lobak putih (mooli/daikon/japaneses radish) yang kebiasaannya didapati di pasar yang berbentuk panjang itu . Mungkin 'watermelon' radish mendapat namanya kerana isinya yang berwarna merah. 'Watermelon' radish adalah radish heirloom yang mula mendapat perhatian kembali di kalangan peminat berkebun. Kadang-kadang 'watermelon' radish mudah dikelirukan dengan turnip. 'Watermelon' radish adalah bersaiz besar dari turnip.
'Watermelon' radish boleh tumbuh dalam kontainer. Saya tuai benih organik yang dikumpul dari kebun sendiri beberapa bulan lepas dan semai benihnya untuk pastikan benih saya tidak cross-pollinate dengan sayur lain. Adik-beradik 'brassica' mudah cross-pollinate. Walaupun saya tahu kebun saya tiada brassica yang berbunga tapi saya tak tahu pula apa yang ada di kebun jiran saya. Benih yang kami kumpul dari kebun kami adalah organik dan open-pollinated. Saya berpuas hati dengan benih tuaian saya kali ini kerana hasil pertumbuhan akarnya amat memberangsangkan dan ianya benih yang pure breed. Semalam kami tuai akar 'watermelon' radish paling besar dari kebun kami. Biasanya saya tak biarkan radish tumbuh lama sebab rasanya akan makin pedas. Tapi kali ini tidak pula, sedap rasanya. Suami saya masak 'watermelon' radish ini dengan tomyam ayam, sebiji besar watermelon radish ini cukuplah kami bertiga makan dengan campuran sayur lain. Setiap kali, kalau kami nak testing rasa sayur, kami bagi tukang kebun kami berumur 2 tahun lebih itu rasa dahulu. Sebab budak tak pandai menipu dan deria rasa mereka lagi sensitif dari kami yang dewasa ini. Wah, banyaknya si tukang kebun kecil kami makan 'watermelon radish' dengan tomyam, meratah sayur. Patutlah selama ini bila saya tuai sayur ni, saya sendiri tak pernah merasa sebab budak-budak dekat rumah kasi habis dulu semasa saya di sekolah.
Rasa radish kekadang ada pedas-pedas sikit. Tapi kali bila makan 'watermelon' radish tiada rasa pedas-pedas sikit pun, patutlah anak-anak saya suka dan tak fussy. Suami kata tak pedas pula radish 'watermelon' ini. Biasanya yang lobak putih panjang itu pun ada rasa pedas-pedas sikit. 
Inilah cross-section 'watermelon' radish segar dari kebun kami semalam.



RM3.00 satu pek (25 biji benih).