Halaman

Jumaat, 31 Ogos 2012

Bunga Lilium Tips Tanam

Beberapa tips atau nota untuk tanam Lilium Bulb:

~Elok ditanam bulbnya segera sebab bulb lilium ini suka cuaca di Malaysia sekarang (kalau semua requirementnya elok 2~4 bulan dah berbunga) terutama di kawasan lembah Klang yang tidak panas dan ada hujan. Kalau tak dapat tanam secepat mungkin simpan dalam crisper peti sejuk supaya bulb ini stay moist dan dormant. Bila dibiarkan di luar dan terdedah dengan cahaya matahari bulbnya akan mula sprouting dengan laju.

~Banyak bulb lilium dalam perjalanan sampai ke tuannya bercambah dan tunas tumbuh dengan cepat, lebih 10cm tangkainya pun adakan berwarna putih keseluruhan atau ada yang berwarna hijau sedikit. Tunas yang bercabang-cabang macam daun tapi warnanya putih sebab ianya tidak kena matahari. Tapi bila sudah ditanam lama-lama akan bertukar warnanya ke hijau. Bila tanam bulb ini dalam tanah, pastikan bahagian tunas daunnya tidak tenggelam dalam tanah, nanti batang akan cepat reput. Tanam bulb lilium dan batang sehingga sampai hampir daun yang pertama. Daun pertama atas dari paras permukaan tanah.

~Tukang kebun ada buat experiment sendiri, saya ada biarkan bulb lilium sehingga tunasnya naik 20cm baru tanam. Elok tumbuh tapi cuma nak pastikan bulb tu tak jadi kering sangat masa sebelum saya tanam. Berlainan dengan bulb gladiolus di mana untuk bulbnya tahan lama kita simpan di tempat cool, gelap dan kering supaya ianya tak bercambah, bulb lilium hendaklah berkeadaan moist (bukan rendam dalam air nanti reput pula). Tapi bulbnya jangan kering dan terlampau mengecut, sebab itu elok ditanam secepat yang boleh.

~Elok ditanam lilium bulb di kawasan yang menerima cahaya matahari sebelah pagi yang tidak seberapa panas berbanding sebelah petang.

Gambar di atas adalah bulb lilium ditanam setelah tunasnya lebih 10cm di mana setelah seminggu lebih daunnya yang putih telah bertukar berwarna hijau. Tengah pasu adalah round black radish yang baru bercambah.

Sabtu, 25 Ogos 2012

KohlRabi dan Sinaran Matahari

 Penjagaan tanaman sayur KohlRabi adalah amat mudah berbanding dengan sayur kubis. Cuma success membentuk batang yang bulat di dasar batang pokok KohlRabi sangat bergantung dengan penerimaan pendedahan sinaran matahari yang direct. Dalam gambar memberikan contoh bagaimana sinaran matahari (direct-sunlight) membawa peranan penting dalam pembentukan batang yang membulat di awal pertumbuhan pokok sayur KohlRabi. Seperti contoh, dalam gambar di atas kohlrabi yang sedang membesar bernombor 1~3 telah disemai dan dipindahkan ke dalam bekas ini pada hari yang sama beberapa minggu lalu tetapi pembentukan pertumbuhan batang KohlRabi adalah sangat berlainan disebabkan quantity penerimaan sinaran matahari adalah berbeza. Bekas ini terletak di lokasi di mana menerima sinaran matahari pada sebelah pagi sahaja dan arah matahari adalah seperti dilukis dalam gambar. Pokok sayur KohlRabi bernombor 1 menerima direct sunlight, manakala pokok bernombor 2 di belakang nombor satu menerima separa cahaya matahari dan batangnya adalah lebih kecil dari pokok nombor 1. Tetapi pokok nombor 3 terlindung dari menerima sinaran matahari menyebabkan batangnya memanjang dan tidak membentuk bulat.

Check benih stok Purple Vienna KohlRabi di laman ini.

Sabtu, 11 Ogos 2012

Radish French Breakfast

 Akar radish 'French Breakfast adalah memanjang tapi pendek di mana bahagian atas akarnya berwarna merah dan hujung bahagian akar berwarna putih. Panjang average akarnya adalah 2 inci. Jarak antara satu pokok 5cm pun boleh, jadi sesuai untuk gardener yang tidak mempunyai ruang yang banyak. Tuai akarnya bila dah sebulan. Radish ini tumbuh dengan cepat dan perlu dituai dengan segera sebab nanti akarnya cepat menjadi rasa pedas dan isi akarnya hilang juicy serta mencari bertambah keras dah tak crispy nanti.
 Kalau masa berkebun lapar, bolehlah buat radish ini sebagai fresh snack. Bagi yang suka kelainan masakan sikit bolehlah potong akar radish dan daunnya buat stir-fry atau saute dengan mentega. Daunnya boleh makan, ambil yang muda bagus sikit sebab yang tua dah ada rasa pahit-pahit sikit. Kesimpulannya, semua bahagian radish ni boleh dimakan, tiada pembaziran.

~Biji Benih Sayur 'French Breakfast' Radish~

Stok Ada.
RM1.00-satu pek (anggaran 50biji benih)

Pembayaran adalah melalui Bank CIMB atau RHB.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya (kebunkmg@gmail.com).


Jumaat, 10 Ogos 2012

Astral Stock (Matthiola incanas)

Patutlah si cabbage white butterfly yang suka bertelur di atas sayur kubis, broccoli atau kailan kami suka singgah di bunga astral stock di kebun kami, rupaya bunga stock atau juga dikenali dengan nama matthiola adalah tergolong dalam kumpulan brassicae bersama-sama juga dengan kubis. Bunga stock jenis astral ini ketinggian lebih kurang 30cm dan sesuai digunakan sebagai sempadan batas/garden edging bagi penyeri atau menarik perhatian si kupu-kupu/rama-rama dari singgah ke sayur daun. Benih generasi pertama/kedua yang kami kumpul dari kebun kami sekarang boleh hidup sepanjang tahun. Walaupun benihnya disemai serentak tapi ianya tidak berbunga serentak, suka hati setiap individual dari apa yang saya perhatikan.
Bunga stock astral ini yang biasa didapati adalah jenis single petal. Sesiapa yang bernasib baik dapatlah pokok yang berbunga double bloom. Kebarangkalian untuk mendapatkan bunga yang double bloom adalah 25% disebabkan genetik allelenya yang recessive (kalau nak faham lebih mengenai genetiknya bolehlah lawat laman posting sebelum ini di antara perbincangan saya dengan saudara Sean). Oleh kerana pokok yang berbunga double bloom tidak menghasilkan benih, masa bunganya sangatlah lama jadi saya berterima kasihlah dah banyak kali saya potong untuk hias dalam rumah. Pokok bunga double bloom yang saya tunjuk dalam gambar ini dah berumur setahun lebih dan sentiasa berbunga sejak bulan Januari lalu. Bunga-bunga yang di dalam gambar ini pun dah pernah mengharungi suhu lebih 40 degree Celsius dengan keadaan terbiar. Saya pun terkejut sebab lokasi yang saya tanam bunga ini adalah tempat paling panas masa musim panas, saya panggil my desert island. Selalunya bila mid-summer kebanyakkan pokok yang tumbuh di situ mati. Tapi pokok-pokok bunga ini masih hidup dan makin bahagia berbunga sekarang. 

~Biji Benih Organik Bunga Astral Stock (warna merah jambu)~

Stok Habis (Re-stock mungkin akhir tahun tukang kebun sedang tuai benih baru) .
RM3.00-satu pek (anggaran 50biji benih)

Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Pembayaran adalah melalui Bank CIMB atau RHB.
Nota: Benih akan dipos di bulan August dan boleh pre-order dengan tinggalkan comment atau mesej saya dengan email.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya (kebunkmg@gmail.com).


Khamis, 9 Ogos 2012

Celery 'Crisp & Tender'

 Biji benih celery dan daun saderi mempunyai mirip yang sama macam kembar. Biji benih celery baru aromanya sangat wangi dan kuat macam rempah. Ada juga masakan yang memakai biji benih celery untuk meningkatkan rasa dan ada juga campur biji benih celery dalam nasi. Oleh kerana biji benihnya halus jadi bijinya tidak perlu ditanam dalam lebih kurang 5mm (light sowing). Celery adalah tanaman yang sangat banyak keperluan airnya untuk pertumbuhan yang baik dan menghasilkan batang gemuk yang juicy. Disyorkan semai biji benih celery pada musim yang tidak panas ada banyak hujan. Biji benih celery memakan masa yang agak lama bercambah agak-agak 21 hari ke satu bulan. Semasa celery masih anak lagi pastikan tanah tidak kering dan moist supaya pertumbuhannya baik. Celery adalah makanan yang bagus bagi mereka yang berdiet kerana mempunyai hampir 0%kalori. Kandungan celery adalah hampir 100% air sebab itu ialah sayur yang sangat dahagakan air.
Sebelum mengalihkan anak-anak pokok celery, bagus sekiranya batas itu telah dibajakan dengan compost/manure untuk pertumbuhan yang baik. Celery sukakan tanah yang jenis 'Loamy' yang boleh simpan moisture tapi tak bertakung. Kalau tanah jenis terlampau poros macam pasir agak sukar baginya tumbuh dengan baik sebab air cepat kering (saya dah cuba pokoknya kontot walaupun menerima cahaya matahari full day). 
Di sini saya tunjukkan peringkat celery yang saya saja-saja testing tanam di kawasan yang teduh (shady) tidak menerima sinaran matahari secara direct. Pemindahan anak-anak pokok celery terlampau rapat di antara satu sama lain di gambar atas. Jadi saya tuai bagi spacing sikit.
Pertumbuhan celery perlahan di tempat teduh tapi adalah juga pertumbuhannya.
Perbezaan yang ketara di mana pokok celery yang di depan lebih tinggi kerana menerima pancaran cahaya matahari dan pokok yang belakang sekali paling pendek sebab tidak menerima cahaya matahari.
Bila peringkat ini bolehlah mula tuai batang-batang yang besar dan biarkan yang batang yang lain tumbuh. Tidak perlu tuai satu pokok, tuai setakat mana nak pakai sahaja. Tapi dari pengalaman tukang kebun, celery yang tumbuh di lokasi menerima lebih 6jam pancaran cahaya matahari dalam sehari secara direct tumbuh lagi cepat. 

Celery 'Crisp & Tender' boleh tumbuh dengan ketinggian 70~80cm dan batangnya sebesar ibu jari tukang kebun (lebih 3 cm) bila cukup segala keperluannya. Tukang kebun tak sempat nak ambil gambarnya masa matang penuh sebab masa tu Rayyan menginap di hospital untuk pembedahan pertamanya. Selalu bila kami menginap hospital, sayur-sayuran dan bunga-bunga di kebun yang ditinggalkan menjadi-jadi pula. Bersedia nak welcome kami balik kut.

Benih ni pernah Tukang Kebun kongsi dengan gardener lain di merata dunia, kalau nak baca pengalaman mereka mengenai benih ni lawatilah laman mereka:

On The Green Side of Life sister kepada pemilik blog Malaysia yang popular My Little Potted Garden.

Subsitence Pattern dari Amerika yang menjadi sumber inspirasi saya.

~Biji Benih Celery 'Crisp & Tender'~
RM3.00-satu pek (anggaran 100biji benih)


Rabu, 8 Ogos 2012

Florence Fennel

florence fennel
Florence Fennel adalah adik-beradik dengan herba fennel yang daunnya digunakan untuk masakan. Tetapi berlainan dengan herba fennel, Florence fennel mempunyai  ubi/bawang pada dasar pokoknya. Bahagian yang membesar bentuk bawang itulah yang dituai. Boleh dimakan mentah hiris digunakan sebagai ulam, salad atau pun dalam sup ikan dan macam-macam lagi. Rasanya 'liquarice', saya pun tak pandai nak menterjemahkannya atau nak describe mungkin ada sesiapa yang boleh tinggalkan di ulasan komen. Daunnya juga boleh dipakai dalam masakan. 
DSC01691
Saya syorkan semai biji benihnya pada musim yang ada hujan dan selain dari musim panas dan kering. Percambahan biji benih mengambil masa sekurangnya lebih 2 minggu, dan seperti carrot perlu tanah yang moist untuk peratusan percambahan yang bagus. Tetapi berlainan dengan carrot yang tak perlu banyak baja, elok sediakan tanah yang banyak compos/manure untuk pertumbuhan florence fennel. Benih florence fennel yang baru bercambah nampak macam anak rumput pun ada jadi jangan tersalah cabut pula ya. Florence fennel boleh ditanam secara direct-sowing atau dipindahkan ke tempat lain kemudian.
DSC00049
Keperluan air pada awal pertumbuhan anak pokok florence fennel adalah penting untuk pastikan mendapat bawang yang juicy. Kalau tidak nanti isi lapisan bawangnya rongak-rongak/berlubang. Cukup air, baja dan pancaran matahari bawangnya boleh tumbuh lagi besar dari tapak tangan anda. Kami lapiskan tanah dengan tahi kuda yang dah lebih berusia sebulan seperti yang dilihat dalam gambar.
DSC00033
Tiada masalah sangat dari segi penyakit atau serangan serangga terhadap pokok florence fennel. Cuma masa anak benih baru bercambah dan anak pokok masih kecil lagi, si siput sukalah makan baby-baby tu. Sedap agaknya yang muda-muda ni. Kalau siapa tak sabar selalunya saiz seperti gambar di atas pun dah boleh dituai.
DSC00011 (2)
Elok tanam florence fennel di kawasan yang menerima banyak direct pancaran matahari, kalau tak nanti bawang florence fennel tak membulat tapi jadi bentuk lonjong seperti gambar di atas. Gambar florence fennel di atas tumbuh di kawasan yang menerima separa cahaya matahari sahaja, masa tu terlampau banyak sangat lebihan anak benih florence fennel jadi kami saja-saja cuba tanam di kawasan yang kurang menerima matahari. Tapi bentuknya macam tu boleh juga makan.
Finocchio (1)
Florence fennel juga boleh ditanam di dalam bekas. Bekas di atas adalah lebih kurang dalam tanah yang diisi kedalaman 20cm. Daun florence fennel sangat cantik, very decorative.

~Biji Benih Florence Fennel~

RM3.00-satu pek (anggaran 30biji benih).

Selasa, 7 Ogos 2012

Lobak/Radish Crimson Giant

Radish berbentuk bulat, berwarna merah terang dan bersaiz diameter 2-3cm. Cepat tumbuh boleh tuai dalam masa sebulan kalau cukup baja, cahaya dan air. Disyorkan semai benih selain dari musim panas dan kering untuk pertumbuhan yang lebih baik dan rasa lebih crispy serta juicy. Memandangkan akar lobak ini pendek, pastikan tanah tidak kering, moisture tanah adalah penting. Amalkan 'succession sowing' tuai benih setiap 2 minggu untuk supply dapur berterusan daripada tanam sekali banyak tak termakan. Boleh juga cuba tanam celah-celah anak-anak pokok yang lambat tumbuh untuk menjimatkan ruang (inter-planting).

~ Biji Benih Sayur Crimson Giant Radish~

Stok Ada
RM1.00-satu pek (50biji benih)
Pembayaran adalah melalui Bank CIMB atau RHB.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya (kebunkmg@gmail.com).