Halaman

Selasa, 25 September 2012

Long Scarlet Radish Promosi


  Long Scarlet Radish tumbuh anggaran 6 inchi dan sedia dituai lebih kurang sebulan. Pastikan tanah tidak keras untuk menanam radish jenis ini. Pastikan tanah moist dan tidak kering masa pertumbuhannya supaya akarnya tidak bertukar menjadi keras 'woody' cepat. Sesuai semai semasa musim hujan. Warna akarnya yang merah dan pertumbuhannya yang cepat pasti dapat menarik perhatian anak-anak untuk berminat alam  berkebun.   Elok amalkan kaedah succession sowing semai setiap 1~2 minggu untuk supply dapur yang berterusan atau mengelak dari tidak termakan sebab cepat membesar.Radish ini makin tua akan rasa makin pedas kalau tidak dituai secepat mungkin. Daun radish ini boleh juga dimakan. Mama Tukang Kebun semai sekali banyak, cepat besar sampai tak termakan di Sungai Buloh. Syoklah si itik dan angsa dapat makan.


~Promosi Biji Benih Long Scarlet Radish~

Stok Habis .
RM1.00-satu pek (20biji benih).

9 ulasan:

  1. Ok nak satu ye :-) best macam carrot pulak. Panjang maximum dia berapa ye?

    BalasPadam
  2. simpan untuk makcik satu Diana..tetapi bagaimana nak membayarnya....Sapinahsan@gmail.com

    BalasPadam
  3. yg nie jenis panjang yer.sy pernah tanam yang kecil kulit merah isi putih..makan gitu jer gatal mulut sket..kena taruk garam sikit yer baru sedap..heheh

    BalasPadam
  4. Saya simpan seorang satu pek.

    Mama Pongkey~ Saya tak pasti panjang maximum berapa sebab kat Adelaide tak pernah tanam, tanam dekat Sungai Buloh je.

    Makcikmanggis~ Nanti Diana email ya.

    Ummuaidan~Saya pun tak pasti ada masa kekadang radish ni boleh jadi bergetah sikit tapi kadangkala tiada getah pula walaupun sama jenis. Tadi saya baru tuai Black Radish bergetah sikit. Bulan lepas tuaian semua jenis radish tak bergetah pula.

    BalasPadam
  5. saya nk 1 pek , email:roslan@property.1world.com.my

    BalasPadam