Halaman

Ahad, 30 September 2012

Musim apa di Bamboo River

 Kebun di belakang rumah Sungai Buloh sudah sebulan lebih terbiar sebab tukang-tukang kebun semua sibuk. Kebetulan tuan rumah @mama tukang-tukang kebun balik sekejap beberapa hari minggu ini. dari Kota Kinabalu. Jadi kebun Sungai Buloh adalah kena inspection dan dapatlah gambaran apa yang boleh dituai bulan ini dengan gambar-gambar yang mama upload letak dekat FB semalam yang tukang kebun kumpulkan. Bagi yang mula berkebun, elok juga rekod tiap bulan musim apa yang sesuai menanam atau apa yang dapat dituai dengan elok, jadi bolehlah agak-agak musim nak tanam. Sebagai contoh, hasil jagung yang diperolehi sekarang adalah elok walaupun telah dibiarkan untuk survive sendiri sebulan lebih, jadi bolehlah tolak 100 hari untuk agak masa sesuai semai benihnya.
 Dalam wheelbarrow yang tenggelam dengan herba (daun kesum?) yang tumbuh bermaharajalela ada buah rambutan, betik, jambu, buah mentaga (Tukang kebun pun pertama kali dengar buah ini dan tak tahu pun ada pokoknya wujud kat belakang rumah). Syoknya musim buah dekat sana tapi tak de siapa nak makan. Buah betik memang all year round selalunya dekat kebun Sungai Buloh selalunya tumbuh sendiri dan terlampau tinggi nak ambik. Petua orang Asia untuk susu badan yang banyak ialah makan sup betik muda. Burung dan tupailah selalu kenyang makan buah betik yang ranum kat atas pokok tu. Pokok petola pun buahnya selalu terbiar masak yang dah memanjat tinggi menumpang di atas pokok lain. Banyak bekalan sponge semula jadi kalau rajin nak koyakkan kulitnya.  Telur-telur ayam dan itik juge bersepah di dalam kebun.
 Buah lemon banyak dah jatuh di atas tanah dan ianya selalu beri bekalan dapur berterusan dari zaman remaja tukang kebun lagi. Kacang panjang juga dah lama menghasilkan kacang sejak awal tahun lagi kalau tak silap dan sebab tak terambil banyak dah makin tua. Mama kata jagung sedang elok masak di belakang rumah sekarang. Buah Africa pun sudah ranum sejak kali terakhir mama pulang baru berbuah (tukang kebun pernah rasa sekali tapi tak tahu yang mama ada tanam dekat belakang rumah). Labu pun ada. Sayur dan buah-buahan yang tak termakan ni selalunya papa sugar glider @ tukang kebun Dany  (yang selalu pos pesanan benih-benih) beri makan sugar glidernya. Sugar glider pun pandai juga memilih, kalau bagi sayur beli tak selera pandang nak yang fresh home-grown baru nak makan banyak. Selalunya buah mulberry dan strawberry kat rumah kalau si ayam mutiara tak dapat dulu, sugar glider yang makan. Tukang Kebun Dany sekarang sedang gembira menyambut kedatangan anak pertama couple sugar glidernya.
Kelapa tua yang mama tukang kebun kemas dan kumpul di belakang rumah kebun Sungai Buloh. Macam dah boleh buat kenduri nak kumpul santan. Penat juga nak mengoyaknya kalau banyak macam ini.
Tukang-tukang kebun si kecil Ilhan dan Rayyan kadang-kadang hujung minggu balik ke Kiulu (Sabah) kampung asal nenek mereka, bolehlah menolong nenek kutip-kutip daun atau kelapa tua sekarang. Mereka duduk dengan atuk dan nenek sekarang di Telipok, Sabah sejak awal bulan September.
Happy Gardening!

11 ulasan:

  1. Wah tukang kebun, banyak hasil tuaian nampak, kebun kat sungai buloh msti besar kan..kelapa banyak2 tu untuk dijual jugak ker? anyway bertuah awak ada byk kebun dan rajin menanam...

    BalasPadam
  2. Seronok tengok hasil tanaman ni. Yang bunga dalam wheelbarrow tu, bunga amaranth ke?
    Kelapa banyak macam ni, zaman dahulu biasanya sekampung akan bergotong-royong untuk mengumpul kelapa banyak-banyak dan masak untuk hasilkan minyak kelapa, yang kemudiannya akan dikongsikan sesama seluruh penduduk kampung. Bekalan minyak tu lebih kurang untuk setahun. Jadi macam pesta menuai juga, anak-anak main dengan pelepah kelapa, buat pedang mainan, dan sebagainya. Ni ada kawan yang ceritakan.

    BalasPadam
  3. Ummuaidan~ Kebun belakang rumah Sungai Buloh takde lah besar ada setengah ekar nak tanam pokok-pokok buah. Cuma masa dan tangan je tak cukup nak membantu bersihkan belakang rumah tu. Tukang kebun cuma menumpang je main berkebun di kebun mama, semuanya titik peluh mama dah lama menanam sejak pindah situ.Kelapa banyak-banyak tu terbiar je melonggok kecuali kalau nak pakai santan. Tapi kalau ada sesiapa nak beli wholesale itu tompok kelapa bolehlah...hehehe...selalu si bongsu dapatlah top up credit handphone dia kalau rajin petik cili pada di belakang rumah. Tapi sebab macam hutan terbiar dekat belakang rumah, dia takut nak pergi memetik mana tau nampak ular.

    Mama Pongkey~Yup, bunga amaranth. Mungkin mama nak simpan benihnya. Menarik idea buat minyak kelapa tu. Tapi saya tak tau lah nak buat macam mana. Mungkin kita boleh buat pesta juga tapi kena ada tok guru. Terfikir juga kalau boleh buat open day kemas belakang kebun sungai buloh dan sama-sama tuai share hasil ok gak. Tak cukup tangan nak kemas belakang.

    BalasPadam
  4. penuh kereta sorong. buah mentega dah lama tak jumpa. dulu aunty duduk woodlands selalu bawa bila balik malaysia. rupanya boleh tanam ye kat sini. tapi for sure yang tak boleh tanam cuma pokok pokok telur ayam/itik. LOL

    BalasPadam
  5. wah, really a good harvest. But a lot of work too right. Memang kena kerja, baru ada harvest kan

    BalasPadam
  6. Apa rasa buah mentega Wani?
    Ayam, itik tu tak pandai mengeram lagi agaknya.

    Olive~Awal-awal lots of work masa starting kebun. But once the plant well-established they can somehow thrive on their own.

    BalasPadam
  7. Wah banyaknya buah-buahan di Sg. Buloh. What is that orange coloured fruit below the petola? Diospyros blancoi aka Mabolo?

    Btw, the King Fabiola dah berbunga despite me neglecting it - just posted it here.

    BalasPadam
  8. Tukang kebun....saya ada emel utk beli biji benih minggu lepas. Harap dapat balasan :)

    BalasPadam
  9. best la ilhan dan rayyan tolong nenek bersih kebun. mesti anak2 teruna diana rindu kat mama dia. :)

    BalasPadam
  10. wah kebun sg buloh begitu produktif sekali..daun kesom boleh tumbuh begitu banyak?

    Betik pun ada?elok lah boleh buat masak lemak dengan udang nanti hehe.

    Rayyan dan Ilhan dah balik duduk Malaysia rupanya..pastinya Mama Rayyan dan ilham merindui tukang kebun cilik tu...

    BalasPadam
  11. Sean~I am not sure either what fruit it is, have to ask mama. So happy will come and visit. Today first day back to school after maternity leave, lots to catch up with supervisor.

    Zamzurina~Sorry lambat balas, lupa nak check email blog ni sebab nak kena sorting homework sekolah.

    Shiro82~Kecik-kecik nak kena bagi training...hehehe...diorang tak sibuk pun cari mamapapa bila dah duduk Sabah ni.

    Cikmanggis~Boleh tumbuh banyak daun kesum, kadang-kadang dah macam rumput dekat belakang. Betik tak pernah putus-putus tumbuh sendiri dekat belakang rumah sebab bila tumbuh tinggi tak ambik buahnya si tupai dan burung rajin makan jadi bijinya bertaburan di bawah. Adik lelaki baru telephone tadi mama balik bising kawasan rumah bersepah tak jaga hehehe...Ilhan dah balik sejak April dan Rayyan sejak Ogos lepas Abby lahir.

    BalasPadam