Radish dikatakan asalnya berasal dari China dan mula dibuat sebagai tanaman untuk dimakan sekurang-kurangnya 3000 tahun dahulu lagi. . Radish liar yang pertama mula ditanam pada zaman tamadun awal di Egypt dahulu adalah radish yang kulitnya berwarna hitam. Radish mula popular di benua Eropah selepas kurun ke-16 century. Berbanding dengan jenis radish yang lebih moden atau jenis baru, radish hitam ini baunya sangat kuat dan juga rasanya lebih pedas. Bagi sesiapa yang minat makan ulam-ulaman mungkin sesuai dengan cita rasa. Tapi saya rasa mungkin rasanya terlampau kuat untuk kanak-kanak. Heirloom round/long black Spanish radish kulitnya berwarna hitam dan isinya berwarna putih. Radish heirloom jenis ini hanya saya galakkan tanam ketika musim hujan. Perlukan banyak air sebab jika dibiarkan tanahnya kering mungkin mudah akar bulatnya merekah, Tukang kebun tak siram manual langsung cuma harapkan air hujan sahaja jadi ada sebiji akarnya merekah seperti gambar di atas. Pada musim kering pertumbuhan radish heirloom jenis ini mungkin lambat atau terbantut. Kekurangan air juga boleh menyebabkan proses pertumbuhan akar bulat yang hendak dinikmati itu tak sempurna.
Benih radish yang baru bercambah. Anak pokok radish yang baru bercambah kalau tanam rapat-rapat dan ingin bagi ruang untuk pertumbuhan, thinnings anak pokok radish bolehlah makan mentah letak dalam sandwich atau kerabu. Sayang kalau dibuang yang rapat-rapat tu, daun radish boleh makan. Orang barat kata 'sprouts' yang baru bercambah atau anak pokok mudanya dan makan mentah dalam salad atau letak dalam sandwich.
Tukang kebun semai benih radish ini dalam pasu bersama-sama bulb lilium bulan Julai lepas.
Kalau bukan si siput dah makan sikit akar radish ni, tukang kebun tak perasan yang pokok heirloom round long radish dah menghasilkan akar sebab warna kulit akarnya sama dengan tanah. Bila kuis-kuis tanah baru perasan dah ada isi rupanya.
Oleh kerana dah padat pasu ni dan nak beri ruang kepada 2 pokok lilium tukang kebun tukang kebun pun cabutlah black radish selepas 2 bulan semai benihnya.
Sebagai pengajaran, jangan ikut jejak langkah tukang kebun pemalas ni yang tak siram. Tapi syukur alhamdulillah tak de lah gagal sangat hasilnya, walaupun tak dijaga, tak diberi minum dan makan dekat radish ini. Lasaklah juga tak menerima layanan dari tukang kebun. Ini eksperimen tukang kebun, sebenarnya kalau selalu tukang kebun semai radish atau turnip lepas bulan May tak menjadi terus bagi bunga sahaja walaupun diberi air setiap hari. Masa untuk semai biji benih radish dan turnip yang paling sesuai untuk tukang kebun di kebun Adelaide ialah bulan March-May.
~Biji Benih Organik Heirloom Round/Long Black Spanish Radish (RM1.00-anggaran 30 seeds satu pek)~
Pembayaran melalui bank Maybank, RHB atau CIMB.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya (kebunkmg@gmail.com).
salam Diana..nak tambah order satu lg ya..Heirloom Round Black Spanish 1 pek ya:) sapinahsan@gmail.com
BalasPadamtaste dia macam red radish ker atau lebih sedap?
BalasPadamHeirloom Round Black Spanish Radish 1pek.
BalasPadamHeirloom Long Black Spanish Radish 1pek
Makcikmanggis~Ok Diana simpankan.
BalasPadamUmmAidan~Banding dengan semua jenis radish yang saya dah rasa, radish ni very pungent. Tak pernah rasa radish sekuat ni lagi. Agaknya macam ni lah ancestor radish dulu rasa kut. Cultivator radish yang baru semua rasa mild sahaja rasanya jauh beza.
Nak 1 of each ye :-)
BalasPadamorder 1 each,ini tak termasuk dalam pre-order
BalasPadamMama Pongkey-Hait~~~.
BalasPadamsm forestgarden~ Sorry yang round dah habis, jadi saya reservekan yang long sahaja.
Thanks Mama Jack :-) Ni bagus idea tanam dengan lillium. Nak selit celah gladiolus jugaklah...
BalasPadam