Halaman

Rabu, 31 Oktober 2012

Celery Crisp & Tender sedang berbunga

Lawati laman previous posting Celery 'Crisp & Tender' untuk more info (klik sini).
  Untuk berjaya mendapat batang celery yang juicy, faktor-faktor ini hendaklah diambil kira:

~Persediaan tempat tanah untuk sebelum menanam celery kaya dengan kompos atau manure.
~Elakkan dari menggunakan tanah yang berpasir (terlalu poros) sebab mudah hilang air dan tanah yang keras sebab celery perlu banyak akar untuk serap air jadi terhalang pertumbuhan akarnya. Loamy soil paling baik.
~ Pastikan semasa pertumbuhan awal celery tidak kekurangan air. Nanti batangnya daunnya berlubang disebabkan kekurangan air.
~Tanah tidak dibiarkan kering sentiasa ada moisture.

Gambar di atas adalah celery yang tumbuh sendiri tidak diberi penjagaan makan dan minumnya langsung tumbuh di tanah yang tidak banyak zat, itu nampak kurus sahaja batangnya walaupun tinggi melampai.
Bunga Celery 'Crisp & Tender'.

RM3.00 satu pek anggaran 50 biji benih.
Ready dispatch mid-November.

Boleh tinggalkan pesanan di dalam komen box sekiranya nak booking dahulu.

Spaghetti Squash

 Labu spaghetti squash makin popular ditanam di kalangan gardener beginner atau amateur di benua Amerika dan Australia.  Buah labu ini boleh simpan dengan baik sekurang-kurangnya 6 bulan di tempat yang kering dan nyaman setelah dikeringkan beberapa hari. Tukang kebun simpan lebih 6 bulan dan masih elok lagi untuk digunakan dalam masakan. Isi spaghetti squash bila diraut-raut dengan garpu seakan pasta noodle yang halus. Boleh saja tumbuh di Malaysia, sudah kami tanam pun di Kebun Sungai Buloh dengan benih yang dikumpul di Kebun Adelaide dan hasilnya dah selamat dimakan oleh Tukang kebun Ilhan. Tukang kebun pernah bela pokok-pokok spaghetti squash dengan cuaca lebih panas dari Malaysia 35-40 degree masa pertumbuhan awal spaghetti squash ini. Sekarang ni kalau berSkype dengan Tukang Kebun Dany di Kebun Sungai Buloh kalau dikatakan cuaca di Malaysia panas akan segera ku bidas habis tu sini lagi panas dan kering hidup saja pokok tu. Saya kagum dengan gardener di sini dan pelajari dari mereka bagaimana mereka tackle masalah nak menanam bila cuaca sangat panas dan kering pada musim panas. Tiada istilah 'tidak boleh' dalam diary kebun mereka, ada saja cara yang mereka cuba supaya boleh menanam sepanjang tahun. Di sini juga tukang kebun pelajari perkataan 'mulching' iaitu tutup permukaan tanah dengan straw kering pea atau sugar cane (tebu) setebal sekurang-kurangnya 5 cm supaya air tidak mudah tersejat dan membantu menurunkan suhu tanah sedikit supaya tak sengsara akar-akar pokok. Ada juga kenapa tukang kebun gemar pakai bekas polystyrene putih pada musim panas dan sejuk kerana insulation yang bagus begitu juga tidak serap haba...hehehe bukan sebab free saja. Pot-pot plastik warna hitam serap haba jadi makin panaslah akar pokoknya bila terdedah dengan cahaya matahari tapi sesuai pula bila musim sejuk. Kalau heat wave nak datang bersedialah gardener di sini pasang kain shade untuk tanaman mereka supaya tak melecur atau habis terbakar daunnya.
 Bunga labu kebiasaannya buka satu hari sahaja. Jadi kalau takde kawan si lebah kena cepat-cepat kahwinkan si bunga betina dan bunga jantan. Tukang kebun tak de guna apa-apa alat fancy untuk tutup bunga betina setelah disentuhkan dengan bunga jantan supaya tiada cross-pollination terjadi. Tukang kebun sekadar bagi bunga betina dan bunga jantan untuk dating dengan kudupkan kelopak bunga betina dengan batang bunga jantan untuk privacy mereka.

Selasa, 30 Oktober 2012

Labu sesuai untuk ruang kecil

 Gambar jenis labu di atas dari yang besar hingga kecil ialah ~ Small Sugar Pumpkin, Spagetthi Squash dan Thelma Sanders Sweet Potato Squash. Ini adalah jenis labu yang sesuai untuk mereka yang mempunyai kawasan terhad untuk berkebun. Ketiga-tiga jenis labu ini juga sesuai untuk tanam di dalam container (tukang kebun pernah sudah cuba tanam dalam bekas). Labu jenis ini pun pernah ditanam di Kebun Sungai Buloh.

 Tawaran limited biji benih labu bagi dispatch bulan November kali ini adalah labu 'Small Sugar'.
 Lawati laman 'Small Sugar' Pumpkin sebelum ini.

Biji Benih Organik Heirloom labu 'Small Sugar' limited 1 pek untuk setiap gardener.
RM3.00 satu pek anggaran 15 biji benih.
Stok Habis.

Gardener yang berminat boleh tinggalkan pesanan di komen box posting ini ya.

Ahad, 28 Oktober 2012

Cili Italian Heritage Tondo Piccante

Cili Italian Heritage Tondo Piccante bentuknya bulat dan bersaiz average 3-4cm. Kepedasannya sangat mild.
 Pokoknya sangat compact dan produktif serta sesuai untuk tanam di dalam bekas. Buahnya bertukar dari warna hijau ke merah apabila masak. Pokok cili ini adalah jenis yang tahan panas dan kemarau setelah dewasa. Ianya juga boleh adapt dengan pelbagai perubahan cuaca. 

STOK HABIS.
 (RM3.00- anggaran 20 biji benih).

 Yang berminat, sila tinggalkan pesanan di dalam komen box ya

Sabtu, 27 Oktober 2012

Organic Purple Top Turnip

 Turnip adalah adik beradik dengan kubis (brassica). Walaupun rupanya seiras dengan radish ianya adalah species yang berlainan. Purple Top Turnip bukan sahaja akarnya boleh dimakan tapi daunnya juga boleh dimakan. Tapi sekiranya hendak akar yang besar elakkan dari memetik daunnya yang membantu pembesaran akar turnip.  Orang Jepun semasa masak juga menggunakan daun muda sayur turnip dalam masakan jenis bersup ataupun menggoreng. Daun turnip rasanya lagi kuat berbanding dengan sayur daun (Asian green). Semasa mama tukang kebun datang melawat kami di Adelaide, saya tak perasan yang mama ada gunting daun turnip dan campurkan dalam mix veggie stir-fry. Patutlah rasa pelik mula-mula sayur daun apa yang rasanya  kuat ini. Akar jenis turnip ini lebih berair berbanding dengan turnip snowball yang pernah tukang kebun tanam juga. Warna isi akar purple top turnip berwarna putih. Lagi muda dituai lagi enak rasanya untuk dimakan sama macam radish. Turnip rasanya tak seperti radish yang kadangkala pedas atau tidak berbau seperti radish. Tukang kebun selalu masukkan dalam tom yam ataupun masakan yang bersup.
 Tukang kebun tak pernah tanam di Sungai Buloh lagi kecuali di kebun Adelaide. Tapi sifat penjagaannya sama dengan radish juga. Moisture air penting dalam memastikan akar turnip membentuk bulat dengan baik. Sekiranya tidak cukup airnya, akarnya tidak membulat tapi menjadi panjang sahaja.Sediakan tanah dengan compost atau manure sebelum direct-sow biji benih tapi jangan pula tanah mempunyai excess nutrient Nitrogen nanti daun je banyak, akarnya tiada sangat. Elakkan semai biji benihnya masa musim kemarau. 

                   Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai purple top turnip lawat laman ini
.
 Bagi gardener yang teringin nak cuba tanam jenis sayur ini tinggalkan komen dalam komen box dibawah dan benihnya dispatch akhir bulan November. Bagi yang tidak pernah berhubung dengan tukang kebun lagi jangan lupa tinggalkan email ya.

Stok Habis.

Jumaat, 26 Oktober 2012

Selamat Hari Raya Haji


Kami Keluarga Kebun Bahagia Bersama ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Haji kepada semua. Berhati-hati di jalan raya kepada mereka yang berjalan jauh. Pokok bunga foxglove putih kami yang dah satu setengah tahun kami menanti akhirya berbunga meriahkan raya orang-orang di perantauan ini. 
Urusan seekor biri-biri untuk aqiqah Abbiyana Ariel berharap berjalan lancar.

My little lamb Rayyan dan abangnya Ilhan beraya bersama-sama atuk dan nenek di Sabah.

Khamis, 25 Oktober 2012

Biji Benih Open-Pollinated Red Romaine Lettuce tahan lama

 Bulan Julai lalu tukang kebun terjumpa biji benih Red Romaine lettuce terlupa terselit dalam sandal croc tukang kebun Ilhan yang tersadai dekat sebelah tingkap luar berjemur. Rasanya dah ada 6 bulan lebih kut biji benih lettuce red romaine lettuce tu tersadai di luar terdedah tanpa perlindungan dari nature cahaya matahari dan hujan. Sebab rasa sayang dan curious, tukang kebun ambik lah ke semua benih lettuce tu dan semai secara kaedah 'direct-sowing' sangat rapat-rapat kerana ingat percambahannya mungkin tak elok. Banyak biji benih dalam sandal croc tu sampai lebih 5 bekas jugalah dipenuhi semaian lettuce ni. Rasanya ada lebih 1000 biji benih, Tukang kebun tak sangka percambahannya almost 100% sebab biji benih tu tak disimpan dalam tempat yang ideal untuk memastikan percambahan lettuce tidak terjejas, Sebab percambahannya sangat bagus, lihatlah bekas dalam gambar di atas sudah jadi over-crowded. Itupun tukang kebun sudah tuai banyak nak kasi jarak tapi tak dapat dikejar pertumbuhannya. Sebab terlampau banyak sampai kawan-kawan yang datang, tukang kebun bagi bekas-bekasnya sekali, petiklah bila nak makan dari membazir masuk dalam kompos tukang kebun sahaja. Biji benih lettuce kalau disimpan dengan keadaan yang elok di dalam bekas yang kering, gelap dan sejuk boleh tahan bertahun-tahun lamanya.
 Ini pula pokok red romaine lettuce yang tumbuh sendiri suka-suka dalam bekas yang baru dituai biji benih hon tsai tai baru-baru ini. Disebabkan tak termakan red romaine lettuce batch semaian bulan July tempoh lalu, banyak pokoknya sedang berbunga dan tak lama lagi biji benihnya dapat dituai.

More posting on Red Romaine Lettuce (Click Here).

1 pack Organic Open-Pollinated Red Romaine Lettuce RM3.00 (approximate 50seeds)

Gardener yang berminat nak tanam lettuce ini tinggalkan komen ya. Order unlimited pack.
Order dispatch End November.

Rabu, 24 Oktober 2012

Heirloom Early Long Eggplant

 Sejak terjebak dalam alam berkebun, setiap tahun tak sah kalau tak tanam beberapa pokok heirloom early long eggplant. Buah terung ini jenis yang panjang antara 15~20cm.  Heirloom terung 'early long' adalah favourite terung yang ditanam di seluruh benua Australia dari kawasan yang beriklim tropika hinggalah Mediterranean. Penjagaan dan performance pokok terung jenis ini lebih baik dan mudah. Satu pokok menghasilkan banyak buah terung. Ini adalah jenis terung yang pertama kali tukang kebun tanam seumur hidup. Tahun pertama tanam pokok terung ini dengan semangat berkobar-kobar ada lebih 6 pokok jumlahnya. Tak termakan hasilnya, termasuklah jiran-jiran pun dah muak dengan terung yang saya selalu kongsi dengan mereka agaknya. Syukur Alhamdulillah beginners luck kut. Pokok terung ini nak hidup dalam 'full sun' sahaja. Dia tak suka partial shade nanti terbantut dan sedikit sahaja buahnya. 
Pokok terung ini sangat heat and drought-tolerant setelah usianya matang (well-established). Antara pokok yang boleh bertahan hidup dekat full sun di lokasi kebun saya spot paling panas, saya panggil my gurun sahara sebab kawasan tu terima full sun dan hanya certain pokok sahaja dapat hidup di situ masa musim panas. Masa musim panas mungkin ada dekat 40 degree Celsius suhu tanahnya tak boleh pijak kaki ayam. Kalau heat wave entahlah lagi melecur kut. Masih gagah hidup bila suhu extreme setelah dewasa.
Biji benih terung perlu banyak haba dan cahaya untuk sukses percambahan dan moist. Terung tergolong dalam keluarga 'Nightshade' sama-sama dengan tomato dan chilli. Bila bandingkan antara terung, tomato dan chilli bila saya nak semai bijinya. Saya tengok terung paling sensitive nak suhu yang dah panas baru nak bercambah berbanding dengan biji benih cili dan tomato. Kalau saya semai terlampau awal sangat sebab tak sabar selalunya terung tak nak cambah kalau cuaca tak beberapa panas lagi. So kesimpulannya, terung adalah pokok yang heat-lover dan sukakan cahaya matahari.

Kebetulan tukang kebun kumpul benihnya baru-baru ini untuk stok persendirian bulan lepas. Lepas ini nak cuba tanam terung heirloom jenis lain, jadi tukang kebun tak pasti bila stock up kembali benih ini bila dah habis tawaran benih ini kali ini.

Stok Habis.

Selasa, 23 Oktober 2012

Tuaian baru biji benih hon tsai tai

 Hon tsai tai adalah sayur choy sum yang batang dan urat-urat daunnya berwarna ungu. Ini bukan sayur hybrid, sayur heritage dekat Vietnam lebih terkenal sayur hon tsai tai ini. Ini kali ketiga kami kumpul benih organik open-pollinated hon tsai tai di kebun kami. Gambar sayur hon tsai tai yang tumbuh dalam bekas polystyrene sudah selamat daun-daunnya dicorakkan oleh ulat bulu atau siput semasa ketiadaan kami di rumah dekat 3 minggu sebab nak temankan Rayyan di hospital Royal Children Hospital, Melbourne. Mentang-mentang tukang kebun tiada di rumah. Disebabkan bila balik dari Melbourne rezeki sayur-sayuran di taman banyak tak termakan pula hon tsai tai dalam bekas ini sampai dah sarat berbunga-bunga. Seronoklah si labah-labah dan bantu menghasilkan biji-biji benih hon tsai tai yang menjadi.
 Pokok bayam merah pun sibuk menyelit antara pokok hon tsai tai. Kalau nak tengok gambar sayur hon tsai tai lebih jelas dan more info pergi ke posting ini (click here). Tukang kebun dah testing biji benih hon tsai tai batch fresh ini, percambahan baik dan tiada cross-pollination true type. 


Isnin, 22 Oktober 2012

Japanese Iris dan Louisiana Iris

 Japanese Iris dan Louisiana iris adalah jenis iris yang sesuai ditanam di kolam atau kawasan yang agak berpaya (boggy). Semasa musim kemarau hendak dipastikan akarnya tidak kering atau 'mulch' supaya air tidak mudah tersejat dari tanah. Tapi setelah pokoknya matang, ianya boleh tahan cuaca kemarau dan kering seketika waktu. Ini nota koleksi yang ada dengan tukang kebun sementara ingat sebab selalu lupa apa yang dah ada. Masa saya merantau belajar di Jepun, selalunya bunga iris ni berbunga bulan June  (early summer) berdekatan kawasan saya berhampiran kawasan yang berair. Bunga iris dipanggil 'Ayame' dalam bahasa Jepun. Berkenan juga nama ayame nak bagi ke anak perempuan kalau duduk Jepun.
 Japanese Iris 'Facsination'
 Japanese Iris 'Gusto'
 Japanese Iris 'Rose Queen' (3 bulbs tanam di Sungai Buloh Ogos 2012)
 Louisiana Iris 'Geisha Eyes' (1 rhizome tanam di Sungai Buloh Ogos 2012)
Louisiana Iris 'Teacup Chatter' (1 rhizome tanam di Sungai Buloh Ogos 2012)
Louisiana Iris 'Even handed'
Louisiana Iris 'Dancing Vogue'
Louisiana Iris 'Colorific'
Louisiana Iris 'Anne Chowing'

Kawan-kawan suka yang mana?

 Mmmm....ikutkan hati nak tambah lagi koleksi. Berapa lama agaknya nak tunggu di Sungai Buloh berbunga. Tanya tukang kebun bongsu yang ambil peranan siram pokok keliling rumah di Sungai Buloh , katanya dah bagi semua pokok siram air optimum apa yang disiramnya jangan tanya tak tau (sigh). Kalau jenis iris yang Tall Bearded Iris, tukang kebun tahu dan yakin yang ni tak payah siram sangat dan kuat panas. Minggu ni nak hunting Louisiana Iris lagi.

P.S: Buat masa sekarang, tukang kebun hanya boleh tawar pisahkan diri dengan Louisiana Iris 'Colorific (1 rhizome), Louisiana Iris Even-handed (1 rhizome) dan Louisiana Iris 'Geisha Eyes' (2 rhizome).

Ahad, 21 Oktober 2012

Tall Bearded Iris

  Minggu ini setiap hari pergi sekolah lambat gara-gara asyik dengan pokok-pokok bunga iris yang bunganya mula kembang satu persatu merpersonakan. Itulah padan muka sampai sekolah dah petang dan balik sekolah paling awal pukul 8 malam. Tapi tenang buat kerja masa ini sebab ramai dah balik dan tak berebut nak pakai alatan di dalam makmal, bermaharajalela dalam lab waktu ni. Minta maaf minggu ni lambat membalas komen atau email, malam balik sibuk dengan Abby mata pun dah tak boleh nak buka tengok laptop.
 Setelah 2 tahun menunggu rhizome yang ditanam ini nak berbunga, barulah nampak bunga warna apa sebab ini pemberian kawan seed-saver group. Tukang kebun dah ketagih nak tanam dan buat koleksi iris semenjak cuba menanam pokok iris. Pokok iris jenis tall bearded iris sungguh mudah sekali untuk dijaga (sebenarnya tak jaga langsung), mudah lupa akan kewujudannya di dalam kebun kecuali bila dah sampai musim bunganya. Pokok iris adalah tanaman jenis yang drought-tolerant. Heat-wave hentam banyak kali pun gagah selamba berbanding dengan kawan-kawan jenis lain sekelilingnya. Pokok iris lagi kuat tahan panas dari gladioli apabila sudah matang (well-established).  Bila blog-walking pun ramai setuju yang iris merekalah paling bertahan semasa musim panas kemarau dan lawatan heat wave berulang-kali. Jiran rumah sebelah saya tak pernah siram pokok-pokok iris dia, musim panas pokok jiran tu menghilang tapi bila musim hujan tumbuh balik daun hijaunya.
Tall bearded iris kuning ni belum lagi berbunga...masih ku tunggu (gambar tahun lepas).
 Tall bearded iris warna maroon ini baru kembang hari Jumaat semalam. Nampak janggut iris? Itu sebab dipanggil Tall bearded iris. Ketiga-tiga jenis warna tall bearded iris ini sudah selamat tukang kebun bawa balik satu rhizome setiap satu tanam di Sungai Buloh. 
 Setiap tahun satu rhizome matang iris dapat berikan sekurang-kurangnya 2 anak rhizome yang baru beranak-pinak. Jadi bila bertahun-tahun menanam dapatlah makin banyak rhizome. Ini bagaimana permulaan rupa tall bearded iris yang berwarna maroon dah mula nak berbunga.
Makin meninggi batang bunga iris dan bertambah bilangan putik bunga.
Yahoo kembang sudah bunga iris maroon tukang kebun semalam.
 Mari kita gunakan Abby sebagai model nak tahu besar mana kuntuman bunga iris dan tinggi average pokok tall bearded iris. Model look grumpy sebab mama buat dia menunggu-nunggu nak dapat susu. Sampai hati pijak bunga iris mama Abby baru kembang tu. Tahulah hidung mama kembang kempis tengok pokok iris berbunga. Tukang kebun langsung tak jaga pokok iris ini, dan ianya pun tumbuh di atas jenis clay. Happy go lucky plant. Easy to grow. Sebab tu bulan ni Tukang kebun jadi addicted pula nak grow iris and add new collection. Iris hunting mode.

Sabtu, 20 Oktober 2012

Cape Gooseberry Golden Nugget (Physalis peruviana)

 Seronoknya petik buah Cape gooseberry golden nugget makan terus dalam kebun sekarang. Yang dah betul-betul masak emas kekuningan buahnya rasa sangat manis dan yang di perantaaran hijau bertukar ke kuning pula masam masam manis. Sedap juga kalau dicincang campur dalam sambal ataupun ala Mexican salsa. 
 Pokok Cape gooseberry boleh ditanam di dalam pasu dan boleh tumbuh melebihi 70cm tinggi. Satu pokok cape gooseberry menghasilkan buah yang banyak macam Chinese lantern tergantung. Buah yang masak selalunya boleh diketahui apabila ianya mudah tanggal dari batang semasa dipetik. Pokok cape gooseberry golden nugget boleh hidup sekurang-kurangnya 3 tahun.
 Bunga pokok cape gooseberry golden nugget.

Bilangan offer biji benih Cape Gooseberry Golden Nugget tukang kebun tak pasti ada berapa pek dapat sebab tengah sambil-sambil menuai dah banyak buah dah masuk perut Tukang kebun. Tukang kebun lagi motivate nak makan buahnya dari tuai benih hehehe....

Untuk gardener yang berminat nak cuba tanam Cape Gooseberry Golden Nugget and nak booking please write in the comment box please. Pada siapa yang tiada blog pun boleh leave booking in the comment box as well by leaving your name and gardener yang belum pernah in contact dengan tukang kebun don't forget to leave your email. Untuk pre-order November biji benih Cape Gooseberry Golden Nugget kali ini, tukang kebun terpaksa terima booking by leaving comment sahaja dan bukan melalui email <sorry> sebab I might forget. Senang juga nak tahu siapa yang book in first.

~Pre-Order Fresh Organic Open-Pollinated Cape Gooseberry Golden Nugget~
Approximate 30seeds per-pack (RM3.00).

Jumaat, 19 Oktober 2012

Kenangan Kampung Poturidong Lama

 Minggu lepas mama dan tukang-tukang kebun kecil balik ke Kampung Poturidong Lama di Kiulu, Sabah. Mama tukang kebun gembira lihat pokok jambunya sedang berbunga dan kelihatan banyak yang sedang membentuk buah. Tukang kebun nak kena catit bila agak-agak musim buah jambu ni mula di kampung sebab ini adalah kegemaran kami. Lepas tu balik kampung nanti tak perasan ada pokok jambu dekat dengan rumah. Nampaknya bulan November ni puaslah mereka dapat makan jambu dan rajin balik kampung hujung minggu. Masa zaman kecil dahulu setiap hujung tahun musim cuti sekolah panjang kami balik ke Kampung Poturidong Lama duduk di sana. Setiap kali balik pokok jambu di kebun nenek selalu dah penghabisan musim buah jambunya. Moga bila papa balik Sungai Buloh hujung bulan depan dapatlah bawa kami jambu dari kampung.
 Tukang kebun Rayyan pertama kali balik ke Kampung Poturidong Lama .....hahaha...kena paksa jalan tak boleh dukung meniti jambatan nak menyeberang balik rumah nenek di Kiulu. Pegang si Teddy Rayyan kuat-kuat nanti jatuh ke bawah hanyut di bawa arus sungai tak dapat nak selamatkan. Kalau terjatuh selit dengan batu bolehlah kut pakcik-pakcik di sana ambikkan.
 Sungai dekat kampung mama tukang kebun adalah popular spot rafting bagi pelancong-pelancong. Teringat zaman kanak-kanak dulu arwah nenek tukang kebun resah tak boleh duduk diam kalau nampak awan hitam menunjukkan hujan kalau tak nampak batang hidung cucu perempuan citygirl-nya menghilang tidak ada di rumah lagi. Risau kalau saya ada di sungai takut hanyut sebab air sungai naik cepat dan deras bila hujan. Selalu dipesan dulu kalau hujan atau awan mendung hitam di kawasan hulu sungai jangan ke sungai. 
 Gambar kenangan lama masa tukang kebun masih kecil belum bersekolah lagi bersama sepupu dengan semua adik-beradik mama. Papa tukang kebun was the cameraman, mama tengah dukung baby (anak saudara) duduk sebelah Uncle Michael dan tukang kebun the only little girl dalam photo duduk dekat dengan Uncle Sikul. Pondok dalam gambar tu kalau sana kami panggil 'sulap' tempat simpan beras sebab arwah atuk dan nenek dulu pesawah padi. Sebelah belakang dekat sulap dulu ada jamban, dulu takut nak membuang malam-malam sebab jamban jauh dekat tepi hutan dan tak de lampu pakai lampu suluh je. Masa ni takde lagi elektrik pakai generator lagi. Selalunya abang saudara yang tua setahun dari Diana, Freddy jadi mangsa kena temankan.
 Rindunya nak balik Kiulu dah nak dekat 5 tahun tukang kebun tak balik sana.


Khamis, 18 Oktober 2012

Alpine Strawberry (Fragaria vesca)

 Alpine strawberry adalah juga dikenali sebagai wild strawberry. Saiznya amat kecil kalau berbanding dengan strawberry yang biasa dijual di pasaraya. Tetapi cili-cili padi pun saiznya, rasanya sangat manis berbanding dengan strawberry yang bersaiz besar. Tukang kebun selalu perhatikan masa tukang kebun kecil Ilhan dan Rayyan masa mereka masih toddler mereka lebih gemar makan alpine strawberry berbanding dengan jenis-jenis strawberry saiz lebih besar lain yang ada di kebun kami ini. Seronok tengok perkembangan anak-anak ini, semasa mereka masih kecil tidak menilai sesuatu dengan pandangan mata bentuk saiz atau rupa, mereka nilaikan dengan deria rasa mereka. Masa ni paling best mereka jadi taste tester dulu sebab jawapan spontan mereka. 
 Sejak empat tahun lalu kami tanam Alpine Strawberry dari biji benih, pokok-pokok generasi pertama kebun kami dah beratus-ratus anak pokok diberikan dari kami tumbuh dengan sendirinya. Tugas tukang kebun cuma alihkan anak-anak pokok dan makan saja buahnya. Pokok-pokok Alpine Strawberry di kebun kami kerap berbuah boleh dikatakan setiap bulan merasa buahnya. Gambar di atas pokok Strawberry Alpine yang sedang berbuah di kebun kami sekarang tumbuh di tepi driveway kereta atas tanah clay.
 Pokok strawberry sesuai juga tanam bersama-sama tumbuhan dari keluarga allium (bawang). Gambar di atas barisan pokok strawberry bersebelahan dengan pokok herba chives dan garlic di belakangnya.  Di belakang garlic pula barisan beetroot. Tahun lepas banyak pokok strawberry saya ingat dah arwah disebabkan heat wave yang datang banyak kali. Tapi bila heat wave tak datang lagi, pokok yang diingati arwah sudah tiada daun terbakar sebab heat wave, naik balik anak-anak daun dari 'crown' strawberry yang tinggal. Sangat kuat pokok Alpine Strawberry rupanya. 
Kawasan ini banyak juga Alpine Strawberry tumbuh sendiri dari biji-biji yang terjatuh sendiri.
Pokok Alpine Strawberry yang sedang berbuah sekarang selesa tumbuh bersebelahan pokok serai Wah rupanya serai good companion dengan Alpine Strawberry.
 Ini pula pokok-pokok Alpine Strawberry dalam pasu tepi kolam yang tumbuh di kebun Sungai Buloh baka yang dibawa dari kebun Sungai Buloh sejak 3 tahun lalu. Dah banyak beranak-pinak pun pokok-pokok Alpine Strawberry di Sungai Buloh juga dipindah-pindahkan ke tempat lain dan ada juga telah diberikan kepada ibu mertua yang duduk di Terengganu. Pasu di hujung sana pun penuh dengan pokok-pokok Alpine Strawberry.

 Bulan Disember akan datang ini tukang kebun ada buat tawaran biji benih Alpine Strawberry yang segar baru mula dituai bulan Oktober ini. Bilangan biji benih yang ditawarkan kali ini sangat terhad sebab kebetulan sekarang tiada tukang-tukang kebun kecil yang nak makan buah strawberry yang sedang lebat berbuah di kebun Adelaide sebab mereka di Malaysia sekarang. Tukang kebun pula sibuk kadang-kadang lupa nak pergi jenguk strawberry bila tengok minggu ni banyak yang dah kering boleh buat benih dah. Jadi tukang kebun ambil kesempatan simpan benih-benih Alpine strawberry. 
Dekat kebun Sungai Buloh tak mungkin sempat nak buat benih pun, buahnya banyak peminatnya tak cukup. Tukang kebun Dany pun dah beri hint banyak kali dekat tukang kebun Diana yang berry kat rumah tak cukup untuk supply pet sugar glidernya. Jadi projek bila balik ni pun nak kena tambah-tambah banyak pokok-pokok jenis berry dekat kebun Sungai Buloh untuk tukang-tukang kebun kecil dan pet.

 Bilangan offer biji benih Alpine Strawberry pun tukang kebun tak pasti ada berapa pek dapat sebab tengah sambil-sambil menuai dah banyak buah dah masuk perut Tukang kebun. Tukang kebun lagi motivate nak makan buah strawberry dari tuai benih hehehe....

Untuk gardener yang berminat nak cuba tanam Alpine Strawberry and nak booking please write in the comment box please. Pada siapa yang tiada blog pun boleh leave booking in the comment box as well by leaving your name and gardener yang belum pernah in contact dengan tukang kebun don't forget to leave your email. Untuk pre-order benih Alpine Strawberry kali ini, tukang kebun terpaksa terima booking by leaving comment sahaja dan bukan melalui email <sorry> sebab I might forget. Senang juga nak tahu siapa yang book in first.

~Pre-Order Fresh Organic Open-Pollinated Alpine Strawberry Seeds~
50seeds per-pack (RM3.00).

Note: Mungkin elok buat pre-chilling treatment biji benih (about a month) sebelum semai dapat membantu percambahan yang baik (break seeds dormancy). Biji Benih disemai bukan pada musim panas dan kemarau. Masa percambahan biji benih random 7hari ~ 6 minggu. Biji benih elakkan timbus dalam (light sowing). Perlukan bantuan cahaya untuk bercambah.

Rabu, 17 Oktober 2012

Topweight Carrot

 Tukang kebun dah pernah tanam lebih 10 jenis carrot. Antara pengalaman menanam lebih 10 jenis carrot, tukang kebun dapati carrot topweight adalah yang paling versatile sekali dengan ciri-ciri adaptasinya dari segi dalam perubahan cuaca yang mendadak, jenis tanah dan keperluan cahaya mataharinya. Topweight carrot adalah carrot yang sesuai ditanam sepanjang tahun kecuali kalau cuaca lebih 36 degree tak digalakkan semai biji benihnya. Percambahan biji benih boleh mengambil masa antara 14~21hari dengan tanah yang moist. Kalau cuaca 20~27 degree Celsius percambahannya cepat sedikit dan kalau lebih 27 degree Celsius mengambil masa sedikit untuk bercambah. Pastikan tanah tidak kering untuk percambahan biji benih carrot yang baik. Salah satu ciri yang tukang kebun suka dengan topweight carrot ialah ianya juga boleh ditanam dalam tanah jenis clay yang agak keras. Akarnya kuat menembusi tanah jenis clay. Carrot kebiasaannya memerlukan tanah yang tidak keras supaya mudah bagi pertumbuhan akarnya. Begitu juga memerlukan banyak matahari supaya pertumbuhannya tidak terbantut. Tetapi carrot topweight masih dapat menghasilkan pertumbuhan akar di kawasan yang mendapat separa cahaya matahari (5-6jam cahaya matahari dalam sehari) /partial shade walaupun agak perlahan pertumbuhannya berbanding dengan yang menerima cahaya matahari penuh. Bagi gardener yang tidak mempunyai banyak ruang yang menerima cahaya matahari penuh, ini adalah carrot yang sesuai untuk anda. Gambar di atas daun carrot yang dituai nampak kekuningan disebabkan cuaca ketika itu kerap mengalami 'heat wave' lebih 40 degree Celsius beberapa kali , our summer carrot. Gambar carrot dalam bakul yang ditanam dalam jenis tanah keras clay. Dalam bekas tanah untuk tanam carrot lebih 30cm sebab carrot ini jenis panjang.

 Permulaan berjinak dalam alam berkebun mungkin pada masa itu ingat carrot adalah sayur yang tak tahan panas. Tapi tidak lagi setelah tukang kebun selidik pencarian heirloom carrot yang heat-tolerant telah berakhir dengan results yang memberangsangkan. Dugaan setiap kali musim panas di sini dengan kunjungan kerap heat wave 45 degree Celsius setiap hari lebih seminggu masih gagah lagi carrot topweight memberi bekalan kepada anak-anak. Bila musim panas dan kering, tukang kebun selalunya hanya tanam carrot di lokasi yang menerima cahaya penuh matahari di sebelah pagi sahaja, itulah rahsia tukang kebun tanam carrot tiada rahsia lain. Carrot yang ditanam sebelah pokok Italian heirloom pepper di atas adalah carrot yang survive heat wave beberapa kali dan tumbuh di atas tanah jenis clay, dapat siraman air selang 2 hari terbiar di belakang pagar rumah awal tahun ini. Tak disangka ia survive dan tumbuh memanjang akarnya. Mungkin dahagakan air sangat dan instinct untuk survive mencari air yang masih ada di paras dalam memandangkan yang belah atas habis kering tersejat. Syukur alhamdulillah boleh semai dan tuai carrot sepanjang tahun. 

~Biji Benih Topweight Carrot~

Stok ada .
RM3.00-satu pek (anggaran 200biji benih).


Pembayaran melalui bank RHB, Maybank atau CIMB.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya (kebunkmg@gmail.com).

Selasa, 16 Oktober 2012

Buah Menanti

Jalan-jalan cari buah...
 Pokok nangka yang manis benihnya dari Thailand rajin berbuah yang untung binatang-binatang peliharaan sebab tukang-tukang kebun tak termakan. Buah-buah ni dekat tanah syokla pet tu makan.
 Pokok Markisa yang sentiasa berbuah dah menjalar dan bertenggek atas ampaian baju. Perlu ubahkan susah nanti nak jemur baju dan potong rumput.
 Pokok Mahkota Dewa banyak buahnya dah masak jatuh-jatuh. Tukang kebun baru tahu ada pokok ni mama tanam dekat rumah. Apa rasa agaknya.
Pokok buah salak pernah berbunga tapi tiada buahnya lagi, Pokok betik tinggi berbuah nak kena jolok.