Halaman

Isnin, 15 Oktober 2012

Kacang di Kebun (Oktober 2012)

Syukur sangat-sangat pokok-pokok kacang panjang di kebun Sungai Buloh menghasilkan banyak buah kacang panjang tidak putus-putus. Sayangnya, cuma tak termakan sahaja sekarang sebab tukang-tukang kebun yang ada di rumah semuanya sibuk. Kadang-kadang dimasukkan menu kacang panjang untuk Sugar Glider. Jadi terbiar sahaja, mungkin dikumpul benihnya kemudian. Tukang kebun Dany nak tolong tuai benihnya.
 Ini barisan pokok sengkuang yang sama batch biji benih yang disemai dengan yang ditawarkan sekarang.

6 ulasan:

  1. Cm baru semai benih sengkuang tetapi habis ditimpa/hanyutkan hujan lebat waktu malam .Kena tanam lain.Seumur hidup tak pernah tanam sengkuang.Teruja nak lihat dia tumbuh.

    BalasPadam
  2. Biji sengkuang tanam 2cm dalam tanah pun tak mengapa sebab bijinya besar. Lagi kuat akarnya.

    BalasPadam
  3. Diana akak nak tanye pokok segkuang nie kalau berbuah, buahnye tu tergantung atau di atas tanah..baru nak cuba tanam..x pernah tanam lagi...k.haslinda..

    BalasPadam
  4. Kak haslinda buahnya dalam tanah. Ubi sengkuang ;).Jauh masuk ke dalam tanah.

    BalasPadam
  5. Klo nak ubi sengkuang cepat tuai toping dahan nya. Lakukan 4 kali. Ubi sengkuang boleh dituai dlm masa 3 hingga 4 bulan. Ni klo komersil la. Di kg sy ditoping pucuk n tunas. Jgn risau ia masih berbunga dan hasilkan benih utk bekalan tanaman musim berikutnya.

    BalasPadam
  6. Bagaimana maksudnya 'toping dahan' agak kurang faham sikit Carlz Jafran? Terima kasih berkongsi pengetahuan.

    BalasPadam