Halaman

Ahad, 14 Oktober 2012

Pembekal Manure Kami

 Penghuni tetap di kebun kami di Sungai Buloh banyak tak terbilang sebab ke sana sini mereka berjalan ada yang tak perasan. Tiap-tiap bulan banyak belanja dekat makanan untuk binatang-binatang perlihara sahaja. Bila fikir sekarang challenging juga nak menanam sayur-sayuran yang berdaun atau berubi, sebab pet yang tak makan saman ni kerjakan dahulu. Kami ada 2 jenis angsa belaan, pet ini juga bagi alarm kalau ada penceroboh di belakang rumah sama ada yang berkaki empat, berkaki dua atau tak berkaki. 
 Itik pun ada beberapa jenis, yang ni paling kuat mengorek tanah habis cabut sayur-sayur yang baru bercambah atau muda lagi. Ubi kayu pun kalau ada isi mereka berpesta dahulu. Ayam mutiara tinggal 2 ekor, ini paling susah nak control sebab boleh terbang tinggi masuk tempat yang dah berpagar untuk tanam sayur. Buah strawberry dalam pasu tinggi si ayam mutiara yang nikmati dulu.
 Ada juga turkey. Turkey jantan besar sangat anti dengan tukang kebun Ilhan. Pantang nampak Ilhan dikejar nak patuk,.Yang dewasa pun si Turkey berani datang patuk kalau dia tak puas hati. pandai pula tu curi-curi masa orang tak perasan. Ayam-ayam pun adalah bagi telur untuk dapur kami.  Free range daging dan telur. Tapi ayam asyik makin kurang sahaja sebab adakala musim musang datang curi makan ayam. Pernah juga tertangkap musang dan bela sebab tak tahan asyik serang ayam. Lepas beberapa minggu bela dilepas kembali dan dah tak datang melawat reban ayam. Inilah pembekal manure kami, melepas merata-rata penat juga nak bersihkan rumah. Suka busy body juga binatang perliharaan ni bila mana-mana tukang-tukang kebun Sungai Buloh buat kerja di kebun suka mengekor tahu ada habuan lah tu. Kadang-kadang ada juga bela burung puyuh tapi tikus cencurut mengganas makan burung puyuh. Anak-anak ayam pun si tikus cencurut kerjakan juga. Macam mana nak mengatasi masalah ini ya? Kucing kat rumah pun buat tak tahu sahaja dengan tikus tu.
 Kucing betina di rumah, dari depan gorum, goduk dan gelombon makan sama-sama.
Amboi kucing-kucing jantan di rumah sombong nak makan dalam bekas persendirian, macam ada level status pulak. Yang tengah makan meja depan tinggi ni Si Putih penghuni paling lama di rumah kami, di belakang Si Jack yang berumur 6 tahun. Kucing jantan dan betina di rumah tak ngam, kucing jantan conquer duduk dalam rumah yang betina hanya berada di luar sahaja.
Tupai-tupai pun rajin makan free dekat rumah. Biasanya kucing-kucing tutup mata sahaja tengok tupai-tupai besar melompat dalam kebun. Tapi dalam gambar ni Si Jack nak tunjuk dekat tukang kebun Rayyan masa pertama kali dia balik ke Malaysia. Kami anggapkan Si Jack ni abang kepada Ilhan dan Rayyan sebab tukang kebun yang perlihara Jack dari baru lahir sampai kena duduk di perantauan buat sementara waktu.
 Ikan-ikan koi berenang-renang dalam kolam, kena pasang jaring sebab banjir tahun lepas banyak ikan yang hanyut terlepas. Untuk safety juga setelah tukang-tukang kebun kecil kami tinggal di Sungai Buloh. Nak elakkan juga si Angsa bermandian dalam kolam depan rumah bila angsa-angsa dibenarkan masuk kawasan depan rumah untuk makan rumput.
 Sugar glider pet baru tukang kebun Dany, nama Ponyo dan Totoro. Manja pilih makanan, strawberry, mulberry, blueberry dekat rumah reserved untuk 2 ekor ni. Pandai pula tahu mana yang home-grown organik food atau yang beli. Makanan beli dekat kedai tak selera nak makan.
Pasangan sugar glider ni baru dapat baby lebih kurang sebaya dengan Abby.

Penghuni rumah selalu tak ke mana hujung minggu banyak program dekat rumah.

7 ulasan:

  1. Alamak comelnya semua haiwan kat KSB ni. Geram rasa nak peluk Jack, nampak macam badan dia kental dan sedap dipeluk. Goduk rupa macam Bubu dan Gelombon pula rupa maca Toshirou si Kambing.
    Terkejut juga tengok mata bulat si gourmet lovers sugar gliders ni. Matanya bulat seperti mata kongkang (Slow Loris).

    BalasPadam
  2. Wah seronok ada binatang belaan..saya suka benar suasana kampung ngan ayam itik begini..meriah..untung jugak tak payah beli daging ayam, telur pun dibekal..nak makan panggang angsa ker turkey semua tersedia...aaahh..jeleslah saya..nanti bila tua2 nanti sy nak jgk ada kebun ayam itik mcm nie..:)

    BalasPadam
  3. masyallah..sukanya Cm baca N3 ni..tinggal di kl tetapi dapat bela semua ni..terkenang masa kanak kanak dulu...macam ni lah Diana..dapat makan telur ayam kampung dan segalanya tanam sendiri...beruntungnya Diana dan keluarga...

    BalasPadam
  4. Patutlah sugar glider tu comel-comel belaka, makan berry je. Really spoilt for choice, hehe.

    BalasPadam
  5. amboi sugar glider tu memilih betul makanan ye. nak yang mahal-mahal jer.;)

    BalasPadam
  6. Mama Pongkey~ Jack ada sweet tooth suka sangat makanan manis macam chocolate itu sebab badan makin berisi. Sugar glider tu nampak macam squirrel but tak related sangat, belongs to group marsupial not placental mammal sebab baby born undeveloped duduk dalam kantung maknya.

    Ummuaidan~Kami kadang-kadang tak sempat nak makan ayam, mahluk lain yang makan dulu macam musang. Turkey tu dah tak sodap kut dah tua liat...hehehe...

    Makcikmanggis~Tapi kami ni terperap je dekat rumah, hujung minggu tak ke mana banyak sangat kerja di dalam dan di luar rumah. Ayam selalu hantar sembelih dan bersih dekat dengan sebelah masjid Kampung Kubu Gajah.

    Sean~Sugar glider tu taste tinggi sangat. Banyak buah nak kena tanam too many mouth to feed.

    smRose~Zoo lagi kemas kut kawasannya...hehehe...

    hijaudaun~Betul Sugar glider tu memilih sangat...pastu nak yang fresh aja. Makanan dalam tin dicampak sahaja. Kadang-kadang nak kena suap makan.

    BalasPadam