Bila tanam kohlrabi saya suka kohlrabi berkawan dengan beetroot. Ini adalah gandingan kesukaan saya kerana kohlrabi dan beetroot adalah sahabat yang akrab (Companion plants). Hasil dari gandingan dua tanaman ini selalu tukang kebun puas hati. Cuma perlu ingat yang batang kohlrabi tidak terlindung dari cahaya matahari untuk menjadikan batang bawahnya membulat. Gandingan tanaman ini adalah lebih kepada kawasan yang menerima banyak pancaran cahaya matahari (full sun) lebih 6 jam expose.
Jarak antara tanaman juga penting, jangan terlampau rapat sekiranya ingin dapat hasil yang bersaiz besar. Elok terdapat ruang supaya tiada pokok-pokok yang terlindung dari mendapat cahaya untuk pertumbuhan. Di bawah adalah barisan tanaman Florence Fennel, Kohlrabi dan Beetroot yang tumbuh di atas tanah yang telah dilapik dengan tahi kuda.
Batang kohlrabi yang membulat perlu terima pancaran cahaya matahari terus.
Kohlrabi cepat membesar dan dapat tuai hasilnya lebih cepat berbanding kubis.
BalasPadamkohirabi yang saya tanam daun panjang dan belum membentuk bulat. saya lihat di internet mereka tuai kohirabi bulat
Bagus,dapat refresh balik bersabit dengan companion planting.
BalasPadamYeay boleh tiru teknik ni :-)
BalasPadambanyak ilmu bertani bila baca blog Tukang Kebun ni:)terima kasih.Boleh tiru ni.
BalasPadamNitesky~Batang bawahnya yang membulat untuk dimakan. Tapi nak pastikan masa awal pertumbuhan sedang membesar menerima direct light bagi ianya membentuk membulat.
BalasPadamSM forestgarden~Seronok experiment companion planting tengok mana ngan mana tidak.
Mama Pongkey~ Kebetulan masa first time tanam, ngam pula mereka sampai sekarang digandingkan.
Makcikmanggis~Sama-sama kita berkebun. Nota tukang kebun makin pelupa bila bilangan jenis tanaman bertambah.