Halaman

Rabu, 28 November 2012

Relakah BerSukarela

 Ini adalah reality rupa veggie patch Kebun Bahagia Bersama setelah terbengkalai semenjak bulan September lalu sebab tiada tukang-tukang kebun dewasa yang menetap di Kebun Sungai Buloh kecuali Tukang Kebun Dany yang sibuk dengan studynya di UITM, Shah Alam. Ramai yang ingin melawat tetapi tukang kebun tak naklah mengecewakan expectation gardener yang berminat dalam tanaman sayur-sayuran. Tukang kebun pun yang ada lumayan sayur cuma kacang panjang dan petola yang menjalar-jalar tumbuh sendiri tidak terkawal. Ada jugalah sayur-sayuran yang tukang kebun jumpa celah semak samun ni tapi rasa tiada masa lagi mood nak masak selagi tak bersihkan kawasan untuk tanaman sayur-sayuran. Sayur yang renek-renek habis tenggelam dengan rumput macam halia, kunyit dan lain-lain. Yang banyak sekarang pula ialah buah-buahan yang mewah boleh dikongsikan bersama. Adui baru kena tinggal sekejap dah naik macam ini. Dulu kebun Adelaide lagi kecil dari kawasan yang ditunjukkan dalam 1st photo senang nak maintain...aiyo ini baru satu korner veggie patch belum lagi kawasan korner lain dekat Kebun Sungai Buloh.
 Zoom in sekejap satu korner, Tukang kebun biarkan bendi kampung tua sahaja nak kumpul benih. Ini bendi kampung dah banyak generasi tanam selalu di kawasan ini. Dalam semak ni tukang kebun intai ada macam pokok halia dan kunyit. Sudut kanan ada satu pokok tomatillo tukang kebun perasan baru berbuah dengan lebat.
 Pokok labu pun boleh tenggelam dalam semak ini. Tepi pagar ini pula pokok sayur manis kegemaran mama tukang kebun macam nak kena propagate baru atau trim je...nanti bos besar balik bising...huhuhu...
Wah ini sudah jadi hutan pokok keledek yang dah tak terkawal. Rasa nak tinggal satu kawasan untuk Abby bila dah mula makan puree keledek lagi sebulan yang akan datang ni. Hmmm...tapi musykil ada isi ke tak keledek ni takut ayam and the geng dah habis gali je ubinya makan. Harap ada bahagian rezeki Abby.
 Pagar ni pula dah bercampur macam-macam berebut nak menjalar seperti bunga telang, keledek dan peria yang dapat tukang kebun identify setakat ini. Banyaklah daun nak disapu bersihkan masuk dalam tong kompos atau boleh dicampakkan ke dalam bekas tangki air yang nak dijadikan untuk projek raise garden bed.
 Pokok limau lemon lebat buahnya terjatuh-jatuh tak terambil. Bagus kumpul buat cuci ikankan.
OK kembali pada asal tajuk posting ini 'RELAKAH BERSUKARELA'. Memandangkan tukang kebun sebenarnya tak cukup tangan sekarang nak kemas Kebun Bahagia Bersama, tukang kebun nak ajak gardener yang sukarela rasa nak tolong tukang kebun bersihkan 'Kebun Bahagia Bersama' samaada pada hari sabtu atau ahad ini dari pukul 9 pagi sampai 12 tengahari (3jam). Bolehlah juga kita berkenalan sementara gardening dan agih-agihkan kerja gotong-royong kutip buah kelapa, sapu daun-daun atau ranting masuk dalam tong kompos/raised bed dan weeding (cabut rumput). Kebarangkalian tukang kebun akan invite 3~5 orang sahaja untuk kali ini. Gardener yang dapat bersama-sama membersihkan Kebun Bahagia Bersama dengan tukang-tukang kebun, InsyaAllah tak pulang dengan tangan kosong. Kalau rajin bolehlah harvest apa yang teringin nak makan, bolehlah pilih rambutan, ciku, limau/ lemon, cili yang dah ranum, petai, kelapa dan lain-lain yang dapat kami kongsikan minggu ini bergantung dengan rezeki apa yang ada di kebun kami. Oh ya kena mentally prepared, kebun ni sekarang banyak nyamuk dan kena berani harungi semak yang telah ditunjukkan (baik datang pakai but tinggi kut). Invitation kali ini kalau ada gardener yang mempunyai skill memanjat sangat dialu-alukan sebab pokok petai berbuah tapi tinggi dan bolehlah kita minum air kelapa muda jika dapat capai buahnya. Sebenarnya tukang kebun yang teringin nak minum air kelapa muda tetapi tinggi sangat buahnya. Sesiapa yang berminat bolehlah tinggalkan komen atau email (kebunkmg@gmail.com). Tukang kebun akan confirm pada hari Jumaat yang rajin bertandang ke Kebun Bahagia Bersama untuk bergotong-royong.

Isnin, 26 November 2012

Musim Buah-Buahan End Nov

 Syukur Alhamdulillah bulan ini kami kaya dan murah rezeki dengan buah-buahan hasil titik peluh ibubapa kami yang tanam dan bela dah beberapa tahun sejak kami duduk sini 18 tahun lalu setelah berpindah dari Seksyen 11 Shah Alam. Mama tukang kebun ada tanya juga nak duduk kat rumah lama Shah Alam tak bila balik...mmm tak nak sebab duduk di sini lagi bahagia macam-macam ada...hehehe...Akhirnya siap sudah semua tanaman yang di bawa balik dari Adelaide sudah selamat dipindahkan dan buah-buahan di keliling rumahlah yang mengalas perut kerana asyik duduk luar rumah sahaja sampai Khamis lepas boleh demam menggigil pula tukang kebun mungkin terlampau berjemur. Rambutan kuning depan rumah ini dah puas kami makan.
 Pokok rambutan merah di hujung tanah rumah pun buah dengan lebat. Yang tak bahagia sekarang ialah di sebelah rumah kami banyak rumah sewa yang disewa oleh orang-orang pendatang. Jadi banyak kesan kulit rambutan didapati berlonggok di bawah pokok kesan manusia makan. Takkanlah tupai dan burung pandai ulas buah rambutan pula sampai banyak. Tukang-tukang kebun sebenarnya semalam semua hati rasa geram sebab banyak buah yang telah dicuri tanpa izin terutama buah yang kami sedang tunggu-tunggu. Semalam kami ada masa nak beronda petik-petik buah di belakang rumah yang kami biarkan nak tunggu masak minggu lepas. Aduh sakitnya hati bila durian belanda yang jarang berbuah 3 buah besar sudah diambil (sobsobsob kami tak dapat merasa), setandan pisang besar telah dipotong bawa lari (nampak sangat kesan kena potong), macam-macam lagi sudah diambil. Mungkin diambil masa kami ke MAHA jumaat lepas sebab tiada siapa di rumah. Dulu lagi teruk bertahun-tahun sampah-sampah mereka pun dicampak ke belakang tapi sebab unit polis masa itu pun rajin round dan telah ditegur banyak kali juga oleh rakan-rakan lain akhirnya tak dilakukan lagi. Tapi semenjak unit polis-polis baru bertukar dah tak nampak pula mereka beronda di sini dan bila tukang kebun Dany buat laporan tak dilayan pula. Bukan itu sahaja ayam-ayam pun dicuri. Lagi yang sedih sebab papa tukang-tukang kebun  dah tak tahan, kawannya bagi kami puppy untuk jaga dusun belakang rumah kena racun makanan oleh mereka mati puppy tu. Yalah anjing yang tak bersalah tu tentulah kejar penceroboh yang masuk ke dalam kawaasan rumah tak dialu-alukan oleh si pencuri. Tukang kebun pun dah meletup juga ni nak cari 2 puppy guard dog nak hantar training. Ada sesiapa kalau ada puppy German Shepard or Labrador Retriever extra please contact tukang kebun. Sebelum ada rumah sewa di sebelah kami tak de masalah macam ini cuma masalah pencuri malam-malam tapi rasa selamat sebab arwah 'BEAR' jaga rumah. Tukang kebun lepaskan perasaan sebab terkilan tak dapat makan durian belanda.
 Ini buah magenta tinggal sikit juga di atas pokok, yang ni pun favourite orang sebelah kampuchia ambil suka hati sahaja. Tukang kebun pun tak pernah merasa. Biarkan terlalu lama di atas pokok ada yang berkulat. Baru subuh pagi tadi, angsa-angsa bising di belakang rumah seakan bagi alarm, tukang kebun suruh Mr. Muscleman cepat-cepat check belakang rumah. Angsa-angsa kelihatan berkumpul di sudut hujung sekali corner kawasan belakang kebun kami.
 Pokok buah nangka juga rajin berbuah selalu, ini tengok rezeki samada kami punya ataupun tupai. Tapi tupai sekarang banyak makanan nak pilih, tukang kebun intai banyak tupai gemuk sedang bahagia menikmati buah-buah jambu jadi buah nangka tidak diusik lagi.
 Buah-buah ciku juga sedang lebat berbuah tunggu masak. Ini kegemaranan papa tukang-tukang kebun. 
Kelapa rajin berbuah. Tukang kebun teringin nak minum air kelapa muda tapi Mr. Muscleman tak sanggup jadi my hero nak panjatkan pula. Nanti tukang kebun ambik tangga pastu panjat baru tahu.
 Pokok buah pamelo ada buah tapi tak lebat sedang membesar tak tahulah pula kalau dah ada yang kena ambil. Daun pokoknya tak sihat macam kena serangan. Nanti ada masa tukang kebun nak prune pokoknya buang bahagian yang tak sihat.
 Pokok-pokok pisang ada juga yang berbuah cuma nak kena standby sebelum penceroboh pula yang ambil.
Ada sesiapa yang mempunyai skill memanjat pokok tinggi tak? Nak cari volunteer hehehe....

Rabu, 21 November 2012

Bye Bye Adelaide

 Tukang kebun sekarang dah selamat kembali ke tanahair tapi tak selamat habiskan PhD study lagi (sambung menulis di Malaysia tapi tak perlu pening nak fikir asyik kena supervisor suruh buat kerja makmal je dan tambah apa-apa lagi macam manalah nak fokus menulis serta baik dari mental depression + panic anxiety attack). Hari terakhir di Adelaide rasa sedih juga nak tinggalkan. Pastu dahlah semua tanaman agent rumah minta clearkan. Tengoklah tak de apa sangat sudah di keliling rumah. Yang ada dekat tepi depan pintu rumah pun bunga carnation yang dah 4 tahun hidup tanpa kerenah. Sebab sayangkan tumbuhan-tumbuhan yang kami dah lama bersama dari dicabut dan dicampakkan dalam compost bin, tukang kebun tekad (or gamble) transport mana yang boleh balik ke kebun Sungai Buloh. Ada lebih 2 kotak sederhana juga penuh dengan tumbuh-tumbuhan dari Adelaide yang tukang kebun bawa balik naik pesawat kapal terbang. Kami balik sehelai sepinggang sahaja, cuma bawa barang-barang Abbiyana sahaja naik pesawat sebab barang lain semua akan dihantar melalui seashipment. Syukur alhamdulillah tanaman semua lepas dan tiada excess baggage. Cuma sekarang dari balik tiap-tiap hari pulun nak tanam balik tumbuhan kami dari kebun Adelaide dari Jumaat lepas. Masih ada tinggal 20% nak kena tanam secepat mungkin, moga esok selesailah projek ini.
 
 Ini kotak kecil yang tukang kebun buka dulu untuk tanam (ini baru 10% dari yang dibawa balik). Dalam kotak ini ada rizom daylily, rizom iris, bawang hippeastrum, bawang bunga harum sundal malam dan lain-lain. Bawang bunga lilium dah bercambah sangat teramat payah nak lerai-leraikan satu persatu dan seakan bercantum akar bulb tersebut. Disebabkan itu kali ini tukang kebun tak dapat berkongsi bulb lilium.
 Ini yang mula-mula sekali tukang kebun tanam di Kebun Sungai Buloh jumaat lepas ~ bawang bunga harum sundal malam, bawang oriental lilium mix, dan tall bearded iris dari kebun Adelaide. Sekarang tiap-tiap hari ada hujan turun dan ternampak bawang-bawang bunga ini seperti melonjak keriangan.
 Semalam masih banyak lagi tanaman yang menunggu giliran untuk ditanam bergelimpangan atas meja di verandah rumah. Abbiyana baik dan serasi pula bila berada di Malaysia, dia suka tengok-tengok  keliling duduk di bawah verandah rumah dan selalu tertidur berjam-jam di luar, bolehlah tukang kebun habiskan masa sekurang-kurangnya 4 jam di luar keliling rumah mencari tempat nak tanam kembali tumbuhan-tumbuhan ini. Selalunya di kebun Adelaide, tidak ada peluang sangat tukang kebun nak ke kebun sebab Abbiyana sekejap dah merenggek nak kena ada depan dia. Mungkin di sini Abbiyana tak rasa sunyi sangat sebab banyak pet di rumah.
 Sekarang musim pokok bunga ini sedang kembang di keliling rumah. Tukang kebun tak berapa familiar dengan pokok bunga ini sama ada adik-beradik orchid atau iris. Ada gardener lain yang boleh tolong ID pokok bunga ini.

Tukang kebun sudah email kepada semua pesanan benih pre-order bulan November. Sekiranya belum menerima email dari tukang kebun, sila hantarkan email kepada tukang kebun (kebunkmg@gmail.com). Kemungkinan tukang kebun tiada email anda jadi tidak dapat menghantar email. Bagi gardener yang telah membuat pembayaran sampai selasa lepas, tukang kebun telah hantar pesanan benih-benih tersebut. Tukang kebun cuma check email masa waktu habis subuh sahaja sekarang sebab bila matahari dah terbit seharian di luar rumah.

Rabu, 14 November 2012

Water Lily

 Tukang Kebun sangat sibuk minggu ini  sebab sedang proses pindah rumah. Minta maaf kepada semua sebab tukang kebun akan membalas email dan comment lambat. Ini nota koleksi bunga waterlily yang tukang kebun akan cuba-cuba tanam bila pindah nanti.
Waterlily/Nymphaea - Gonnere/Snowball
Waterlily/Nymphaea - Yellow Lemon
Waterlily/Nymphaea - Apricot - Sioux

 Ini kali pertama tukang kebun cuba tanam waterlily sekiranya ada tips yang boleh gardener lain kongsi amat dialu-alukan.

Rabu, 7 November 2012

Daikon Freshest Seeds

 Hujung minggu lepas curi-curi masa habiskan proses tuai biji benih daikon di dalam rumah sebab cuaca tiba-tiba rasa mendadak panas dan kering di luar rumah. Boleh tahan keras juga seed pod daikon ni nak buka sampai rasanya isi kulit bawah kuku ibu jari pedih. Ini generasi kedua biji benih daikon yang kami kumpul di kebun kami.
 Kalau ada serpihan kulit seed pod daikon tercampur dalam beg plastik ziplock kecil tu tutup-tutup mata sebelah je lah ya. Lagipun ini bukan seed komersial tapi dari kebun kami yang cinonet ni. Tukang kebun pun tak cukup tangan sekarang banyak benih lain tunggu giliran nak kemaskan. Disebabkan itu tukang kebun pun lambat balas email dan komen sekarang, bayangkanlah sementara tunggu reply tukang kebun tengah tuai biji benih...hehehe...
 Kalau cukup keperluan baja, air, cahaya, cukup spacing dan lain-lain, ada rezeki akar daikon ni boleh tumbuh dengan cepat lebih 30cm. Tuaian daikon di atas tu, Tukang Kebun semai di atas tanah jenis clay itu sebabnya bermacam-macam bentuk dan saiz. Kalau ada batu dalam tanah, akar daikon jadi bercabang-cabang. Kalau tanam rapat-rapat sangat , kecillah akarnya ( tukang kebun kadang-kadang tamak). Sayur daikon ini mudah dan sesuai untuk dicuba bagi gardener beginners.

Tawaran biji benih segar daikon ini ready dispatch pertengahan bulan November dan ada 25 pek ( limited 1 pek untuk 1 gardener).
RM1.00 (anggaran 50 biji benih).

Tinggalkan mesej di komen box untuk tempahan.

Selasa, 6 November 2012

Sonatini Hippeastrum

 Ini pula koleksi bulb matang yang sudah bersedia untuk berbunga yang tukang kebun kumpul bulan lepas untuk kategori sonatini hippeastrum. Sonatini adalah baka hippeastrum yang tahan kepada bukan sahaja cuaca panas tetapi cuaca sejuk yang ada frost. Hippeastrum adalah tanaman yang sensitive dengan cuaca yang sejuk jadi bagi mereka yang duduk di cuaca yang ada musim sejuk terpaksa diangkat bulbnya sebelum cuaca makin sejuk dan tanam semula setelah cuaca kembali panas. Jadi baka baru sonatini hippeastrum ini boleh dibiarkan sahaja tumbuh di luar semasa musim sejuk dan tak perlu angkat simpan ke tempat yang tidak sejuk. Kalau tidak silap, bunga kategori baka sonatini hippeastrum saiz bunganya adalah lebih kecil berbanding dengan bunga biasa hippeastrum.
 Sonatini Hippeastrum Alaska.
 Sonatini Hippeastrum Ballentino.
 Sonatini Hippeastrum Lollypop.
 Sonatini Hippeastrum Swan Lake.
 Sonatini Hippeastrum Viridi Rascal.
Belladonna Lillies Pink (Amaryllis).

Rasanya kena disiplin diri buat seketika berhenti sekejap hippeastrum hunting.
Kesian tukang kebun Mr. Muscle Man asyik belanja tukang kebun bulb bunga banyak bulan lepas. Dari beli bunga hidup di kedai dihadiahkan pula pilihan bulb-bulb bunga untuk tukang kebun. Thank you very much dear.

Isnin, 5 November 2012

Hippeastrum

 Masa zaman remaja tukang kebun tak faham kenapalah papa tukang kebun bila ada satu masa semua jenis pokok jambu dicarinya yang dia jumpa ditanam dekat kawasan belakang rumah, sama juga dengan pokok-pokok betik macam-macam jenis dikumpulnya begitu jugalah tanaman lain bila dia minat sesuatu. Akhirnya like father, like daughter...hehehe...tukang kebun sama je...hah sekarang kemaruk bunga golongan hippeastrum pula bulan ni. Uncontrollable punya tahap banyak dah diborong bulb/seedlings pokok bunga jenis hippeastrum. Untuk tidak lupa dan dibuat reference apa yang dah ada, tukang kebun masukkan entry ini.
 Butterfly or Pappilion Hippeastrum (1 mature bulb and 12 months old seedling).
 Apple Blossom Hippeastum (mature bulb).
 10+ seedlings (2011 collection).
 Lucky dip hippeastrum bulbs (assorted colour and might include double bloom).
Olympia Hippeastrum.

Yang dalam memoriku sebelum lupa;
2 hippeastrum mature bulbs (red?)
4 X 18months old lucky dip bulbs

Kisah Hippeastrum hunting season.

Ahad, 4 November 2012

Heirloom Purple Dragon Carrot

 Masa pertama kali tukang kebun tuai akar pokok heirloom dragon carrot dan tunjukkan dekat tukang kebun Ilhan, Ilhan kata ini bukan carrot sebab dalam buku atau pasar kebanyakkannya yang biasa kita nampak ialah orange. Tetapi sebenarnya asal usul carrot adalah berwarna purple (klik sini untuk kisah asal-usuk carrot). Tukang kebun Rayyan pula beruntung sebab dari lahir memang kami sudah bercucuk tanam untuk bekalan sayur sendiri jadi dia sudah biasa melihat pelbagai warna akar pokok carrot. Masa tukang kebun Rayyan baby/toddler dia kuat hisap jari jadi jadi kami kasi dia pegang gigit carrot yang akarnya bantut buat macam puting sambil temankan masak di dapur. Kalau Rayyan mengekor tuai hasil di kebun tak sabar-sabar minta nak makan carrot yang ada di dalam bakul. Kulit dragon carrot berwarna purple tetapi apabila dibelah berwarna orange isi dalamnya. Ada setengah orang kata ada rasa pedas-pedas sikit carrot ni bercampur manis.
 Tukang kebun lupa yang ada campakkan benih dragon carrot di depan rumah dan lupa nak tuai sehingga akhirnya ada beberapa yang berbunga baru teringat. Ini generasi kedua benih dragon carrot yang kami kumpul semenjak tanam carrot jenis ini. Di belakang pokok bunga dragon carrot itu pula tumbuh meninggi pokok rainbow chard yang sedang berbunga. Kalau orang datang ketuk rumah, pokok-pokok inilah yang sambut tetamu. Silap-silap orang ingat itu bunga agaphantus warna putih.

 Biji Benih organik open-pollinated heirloom purple dragon untuk dispatch pertengahan bulan November tawaran stok dari Tukang kebun dah habis reserve. Mengambil masa nak proses yang sedang mula berbunga sekarang dan mungkin bulan Januari baru masuk stok lagi. 

Gardener yang berminat untuk cuba-cuba tanam purple dragon carrot boleh tinggalkan mesej di komen box.

RM3.00 satu pek anggaran 100 biji benih.

Tukang kebun ada simpankan untuk Sasha Tan. Terima kasih kerana menunggu.

Sabtu, 3 November 2012

Bellis Perennis (English Daisy)

 Bellis Perennis atau English Daisy semenjak tukang kebun tanam 3 tahun lalu tumbuh sepanjang tahun secara sukarela. Kalau dibiarkan ianya berbenih maka lahirlah anak-anak pokok keluar pada musim hujan nanti. Kalau baca buku kanak-kanak dari Eropah selalu diceritakan mengenai buat kalung bunga daisy. Walaupun bellis perennis ni nampak macam untuk bunga perhiasan, dikatakan daunnya dan bunganya boleh dimakan (tukang kebun tak pernah makan). Juga digunakan sebagai teh atau vitamin supplement (perlu tanya pakar). Selain itu, bellis perennis juga pada zaman Medieval Europe digunakan untuk membantu proses pemulihan luka atau selepas pembedahan. Pada zaman tamadun lama Rome, pakar bedah pada zaman itu mengerahkan hamba mereka untuk kutip bunga bellis perennis yang kemudiannya dibuat juice untuk dibasahkan kepada bandage untuk merawat luka-luka perang askar Rom pada zaman itu.

Forum perbincangan treatment menggunakan bellis perennis (Klik Sini).

"It is a princely remedy for old laborers, especially gardeners" ~ Burnett.

Anak pokok bellis perennis.
Semasa semai biji benih bunga bellis perennis elakkan semasa ada angin kuat sebab bijinya halus dan ringan senang kena terbang. Ketinggian pokok bellis perennis adalah rendah antara 15-20cm. Sesuai untuk dibuat barisan sempadan atau rockery garden. Pada musim panas, bellis perennis lebih bahagia duduk di kawasan partial shade untuk musim bunga yang lebih lama. Selalu pangkas bunga yang sudah layu bagi musim bunga yang lama.
Bellis Perennis juga boleh ditanam dalam bekas. Kadang-kadang kalau siput kebuluran, siput suka juga makan daun bellis perennis.

 Biji Benih Bunga Organik Bellis Perennis (English Daisy) yang baru dituai dalam bulan Oktober 2012 dispatch mulai pertengahan bulan November 2012. Tiada bilangan terhad pek biji benih bunga bellis perennis untuk dipesan lagi. Gardener yang berminat untuk cuba tanam bolehlah tinggalkan mesej di komen box. Bagi yang belum pernah membuat pesanan dengan Tukang Kebun jangan lupa tinggalkan alamat email sekali.

RM3.00 satu pek anggaran 50 biji benih.

Jumaat, 2 November 2012

LA Hybrid Lilium Indian Diamond

 Pada hujung minggu lepas, pertama kalinya bunga jenis lilium kembang mekar di kebun Adelaide. Pertama kali kami tanam bunga lilium sebenarnya di kebun Sungai Buloh tahun lepas. Bunga lilium yang kami tanam kali ini adalah LA hybrid 'Indian Diamond' iatu baka campuran antara longiflorum lilies dan Asiatic. Kami tanam bulbnya pada bulan Julai lepas yang mengambil masa lebih 3 bulan untuk kembang bunganya. Di Malaysia, mungkin lebih cepat bunga ini berkembang kerana tiada perubahan cuaca yang mendadak.
Untuk menjimatkan ruang, tukang kebun cuba gabungkan bunga lilium dengan tanaman lain dalam bekas yang sama. Seperti contoh pokok lilium ini tumbuh bersama-sama Radish black round Spanish. So-So rasanya gabungan ini.
 Ini gabungan yang fail sebab pokok bunga lilium agak terbantut atau rendah berbanding dengan pokok-pokok lilium lain. Pokok lilium tidak sesuai digandingkan dengan fennel/Florence fennel sebab fennel selalunya tamak zat nutrient. Menunjukkan tanda-tanda nak keluar putik.
 Pokok bunga lilium tumbuh bersama carrot dalam satu bekas. Masih tidak tahu result gabungan ini lagi. Carrot mungkin tiada isi lagi kut, masih muda. Carrot jenis 'Paris Market'.
 Besar average kuntuman bunga lilium ini.
 Putik bunga lilium mengambil masa lama juga nak tunggu kembang. Mungkin juga faktor cuaca di sini yang malamnya masih sejuk minggu lepas. Minggu ini cepat kembang sedikit sebab tiba-tiba panas pula minggu ini dan malam pun tidur pasang kipas.
Hai ada juga yang nak makan bunga ini jadi nampak tak perfect sangat. Tukang kebun senyum gembira tengok bunga lilium dah kembang tapi schedule yang sibuk tak dapat nak mengamati sangat.


 Bunga lilium ini jadi tarikan betul hujung mingu lepas ada orang yang baru balik dari sembahyang di kuil berdekatan di rumah berborak-borak dengan suami beriya-iya nak beli bekas bunga yang ada lilium. Tukang kebun tak merelakan nak lepas lilium lagipun kalau boleh nak disimpan bulbnya kemudian. Akhirnya cuma tukang kebun sanggup jual 2 pokok je kat orang tu pokok jenis aloe dan aeonium. Tak sampai hati pula rasanya kalau tamak sorang-sorang je, lagipun pokok jenis aloe dan aeonium ada beberapa pokok di halaman rumah. Pertama kali dalam sejarah hidup, orang datang rumah tiba-tiba nak beli pokok padahal tiada niat nak menjual.

Kak Mar, Cammier dan Lina Razi ~ reserve 2 Asiatic Lilium Mixed bulbs each maybe dispatched mid-November.