Tukang kebun sekarang dah selamat kembali ke tanahair tapi tak selamat habiskan PhD study lagi (sambung menulis di Malaysia tapi tak perlu pening nak fikir asyik kena supervisor suruh buat kerja makmal je dan tambah apa-apa lagi macam manalah nak fokus menulis serta baik dari mental depression + panic anxiety attack). Hari terakhir di Adelaide rasa sedih juga nak tinggalkan. Pastu dahlah semua tanaman agent rumah minta clearkan. Tengoklah tak de apa sangat sudah di keliling rumah. Yang ada dekat tepi depan pintu rumah pun bunga carnation yang dah 4 tahun hidup tanpa kerenah. Sebab sayangkan tumbuhan-tumbuhan yang kami dah lama bersama dari dicabut dan dicampakkan dalam compost bin, tukang kebun tekad (or gamble) transport mana yang boleh balik ke kebun Sungai Buloh. Ada lebih 2 kotak sederhana juga penuh dengan tumbuh-tumbuhan dari Adelaide yang tukang kebun bawa balik naik pesawat kapal terbang. Kami balik sehelai sepinggang sahaja, cuma bawa barang-barang Abbiyana sahaja naik pesawat sebab barang lain semua akan dihantar melalui seashipment. Syukur alhamdulillah tanaman semua lepas dan tiada excess baggage. Cuma sekarang dari balik tiap-tiap hari pulun nak tanam balik tumbuhan kami dari kebun Adelaide dari Jumaat lepas. Masih ada tinggal 20% nak kena tanam secepat mungkin, moga esok selesailah projek ini.
Ini kotak kecil yang tukang kebun buka dulu untuk tanam (ini baru 10% dari yang dibawa balik). Dalam kotak ini ada rizom daylily, rizom iris, bawang hippeastrum, bawang bunga harum sundal malam dan lain-lain. Bawang bunga lilium dah bercambah sangat teramat payah nak lerai-leraikan satu persatu dan seakan bercantum akar bulb tersebut. Disebabkan itu kali ini tukang kebun tak dapat berkongsi bulb lilium.
Ini yang mula-mula sekali tukang kebun tanam di Kebun Sungai Buloh jumaat lepas ~ bawang bunga harum sundal malam, bawang oriental lilium mix, dan tall bearded iris dari kebun Adelaide. Sekarang tiap-tiap hari ada hujan turun dan ternampak bawang-bawang bunga ini seperti melonjak keriangan.
Semalam masih banyak lagi tanaman yang menunggu giliran untuk ditanam bergelimpangan atas meja di verandah rumah. Abbiyana baik dan serasi pula bila berada di Malaysia, dia suka tengok-tengok keliling duduk di bawah verandah rumah dan selalu tertidur berjam-jam di luar, bolehlah tukang kebun habiskan masa sekurang-kurangnya 4 jam di luar keliling rumah mencari tempat nak tanam kembali tumbuhan-tumbuhan ini. Selalunya di kebun Adelaide, tidak ada peluang sangat tukang kebun nak ke kebun sebab Abbiyana sekejap dah merenggek nak kena ada depan dia. Mungkin di sini Abbiyana tak rasa sunyi sangat sebab banyak pet di rumah.
Sekarang musim pokok bunga ini sedang kembang di keliling rumah. Tukang kebun tak berapa familiar dengan pokok bunga ini sama ada adik-beradik orchid atau iris. Ada gardener lain yang boleh tolong ID pokok bunga ini.
Tukang kebun sudah email kepada semua pesanan benih pre-order bulan November. Sekiranya belum menerima email dari tukang kebun, sila hantarkan email kepada tukang kebun (kebunkmg@gmail.com). Kemungkinan tukang kebun tiada email anda jadi tidak dapat menghantar email. Bagi gardener yang telah membuat pembayaran sampai selasa lepas, tukang kebun telah hantar pesanan benih-benih tersebut. Tukang kebun cuma check email masa waktu habis subuh sahaja sekarang sebab bila matahari dah terbit seharian di luar rumah.
Selamat kembali dan selamat berkebun di Sg buluh pula, semoga semuanya menjadi-jadi...hehehe
BalasPadamSelamat kembali ke Malaysia. Bila boleh lawat kebun di Sg. Buloh, hehehe.
BalasPadamJom gi MAHA 2012. Even though it won't be like agri shows over there, tapi ada jugak benda nak lihat
BalasPadamtukang kebun yang berpindah.... mesti sibukkan, anyway welcome back hu hu...
BalasPadamWelcome back Diana and selamat berkebun di Malaysia semula =)) tgk rumah di adelaide mmg bare. Boleh bayang kesedihan diana. Takpe aida doakan kebun di Malaysia subur dan menjadi2. Ada rezeki dapat kami tumpang merasa sama seperti biasa :))
BalasPadamselamat kembali diana...sedihkan pulak nak tinggalkan adelaide, namun apa yg ada didepan much better inshaallah...kesian pokok2 kat adelaide kena clear..dpt bygkan perasaan diana... anyway..selamat menyambung warisan disungai buloh pula. Abby nampak makin comel dan montel...good luck ya....take care
BalasPadamTak sempat juga K Mar nak wish Diana 2-3 hari ni..balik kerja asik meeting, kejar dateline akaun,appt suami di hospital lagi..tgk entri kawan2 semasa subuh, dlm kereta, dan semalam semasa tunggu suami jalani prosidur ambil sampel darah dari bone marrow dan ulang-alik ke farmasi hospital he he.
BalasPadamSo Selamat Kembali Ke Tanahair ..Abby macam tau-tau tempat asal dia ya..serasi la tu duduk sini.. K Mar pula terasa sedih bila baca tajuk Selamat Tinggal tu.. oh ya baru minggu ni carnation hari tu bercambah.. dari 3 seedlings dah tinggal 1..harap2 yg satu tu survive ..
Selamat pulang ke Malaysia dan happy gardening.
BalasPadamselamat pulang diana :)
BalasPadambunga kuning tu klu x silap namanya walking iris.
Selamat kembali Diana...:D
BalasPadamTetibe tengok umah di adelaide tu suram tanpa bunga kan..takpe boleh serikan lagi umah di Malaysia ni..
welcome back...sekarang kan musim hujan, cuaca pun tak berapa panas, tu yang baby syok tidur tuuu hehe.. meriah la kebun sg buloh nanti
BalasPadamWelcome back Diana..meh ler datang MAHA..saya bertugas dekat sana setiap hari..:)..boleh ler jumpa..pekebun-pekebun lain pun dijemput datang.. mana tau boleh rembat harta rampasan di MAHA nanti...XoXo
BalasPadamSo Diana confirm gi saturday? Jom kita buat 'perjumpaan' pekebun blogger kat saner, hehehe
BalasPadamselamat kembali ke kebun sungai Buloh pulak ya..eh kenapa Cm rasa sangat sedih bila baca n3 Diana kali ini sepatutnya mesti sangat gembira sebab akan ada peluang untuk jumpa Abby...
BalasPadamkagum dengan kesungguhan Diana berkebun..semoga segala benih dari Adelaide akan tumbuh dengan subur dan Diana akan dapat menyiapkan pengajian dalama masa yang ditetapkan.....
Berkebun merupakan terapi untuk hilangkan stress...all the best to u dear :)
Semoga semakin bersemangat menulis di tanah air kak diana.
BalasPadamsmRose~ Terima kasih moga projek kebun sayur baru di Sungai Buloh menjadi-jadi macam kebun awaknya.
BalasPadamSeanL~ Dah pergi Jumaat lepas MAHA. But will be going again on weekdays. Bolehlah datang visit once we settled down atau you nak volunteer jadi tukang kebun on weekends juga hehehe....All the veggie patches dah terbiar since August penuh weed sampai lutut dah tak nampak apa.
Hidayah Salim~Dah seminggu lebih pun barang tak unpacking lagi ni.
Aida~Sedih tinggalkan kebun di Adelaide. Ambil masa balik nak prepare veggie patch balik.
UmmuAidan~Balik ni musim buah banyak melantak buah makin montel ada tapi nanti susah nak agile climb tree.
Kak Mar~Hope suami Kak Mar feel much better and will know the cause soon. Abby serasi betul kat Sungai Buloh ni tak banyak kerenah, suka duduk di verandah luar rumah ni sambil dengar bunyi pet keliling rumah agaknya.
BalasPadamsmforestgarden~ Terima kasih. Tengah enjoy makan-makan je banyak sekarang ni hehehe...
Rini~ Ya walking iris. Kat Australia biasanya yang common warna ungu dan putih, jadi Diana teragak-agak.
Nadia~ Thank you dear. Sekarang ni selit-selit je tanaman yang dibawa balik dari Australia dulu dekat mana-mana.
Mat Jon~ Cuaca sekarang sedap duduk luar rumah Abbiyana suka. Kat Adelaide dry jadi kalau tak berangin masa musim panas seksa.
Farhani~ Bertugas dekat mana di MAHA bolehlah jumpa nak pergi lagi ni nak tengok auction rusa.
Cikmanggis~ Marilah jumpa ABBY. Bergetar juga pergi lapor diri dekat UM sebab tak habis PhD , syukur alhamdulillah diberikan masa untuk menyiapkan jadi kurang rasa stressnya.
Indah~ Thank you dear...nak kena motivation up up up ni ;-). Ameen.
Ah. Bila dah tertekan link ke blog ni, couldn't help myself from reading backwards to see what I had missed during the time I was away. Insha Allah dipermudahkan semuanya. Tak sabar nak tengok hasil tanaman ni.
BalasPadam