Halaman

Isnin, 26 November 2012

Musim Buah-Buahan End Nov

 Syukur Alhamdulillah bulan ini kami kaya dan murah rezeki dengan buah-buahan hasil titik peluh ibubapa kami yang tanam dan bela dah beberapa tahun sejak kami duduk sini 18 tahun lalu setelah berpindah dari Seksyen 11 Shah Alam. Mama tukang kebun ada tanya juga nak duduk kat rumah lama Shah Alam tak bila balik...mmm tak nak sebab duduk di sini lagi bahagia macam-macam ada...hehehe...Akhirnya siap sudah semua tanaman yang di bawa balik dari Adelaide sudah selamat dipindahkan dan buah-buahan di keliling rumahlah yang mengalas perut kerana asyik duduk luar rumah sahaja sampai Khamis lepas boleh demam menggigil pula tukang kebun mungkin terlampau berjemur. Rambutan kuning depan rumah ini dah puas kami makan.
 Pokok rambutan merah di hujung tanah rumah pun buah dengan lebat. Yang tak bahagia sekarang ialah di sebelah rumah kami banyak rumah sewa yang disewa oleh orang-orang pendatang. Jadi banyak kesan kulit rambutan didapati berlonggok di bawah pokok kesan manusia makan. Takkanlah tupai dan burung pandai ulas buah rambutan pula sampai banyak. Tukang-tukang kebun sebenarnya semalam semua hati rasa geram sebab banyak buah yang telah dicuri tanpa izin terutama buah yang kami sedang tunggu-tunggu. Semalam kami ada masa nak beronda petik-petik buah di belakang rumah yang kami biarkan nak tunggu masak minggu lepas. Aduh sakitnya hati bila durian belanda yang jarang berbuah 3 buah besar sudah diambil (sobsobsob kami tak dapat merasa), setandan pisang besar telah dipotong bawa lari (nampak sangat kesan kena potong), macam-macam lagi sudah diambil. Mungkin diambil masa kami ke MAHA jumaat lepas sebab tiada siapa di rumah. Dulu lagi teruk bertahun-tahun sampah-sampah mereka pun dicampak ke belakang tapi sebab unit polis masa itu pun rajin round dan telah ditegur banyak kali juga oleh rakan-rakan lain akhirnya tak dilakukan lagi. Tapi semenjak unit polis-polis baru bertukar dah tak nampak pula mereka beronda di sini dan bila tukang kebun Dany buat laporan tak dilayan pula. Bukan itu sahaja ayam-ayam pun dicuri. Lagi yang sedih sebab papa tukang-tukang kebun  dah tak tahan, kawannya bagi kami puppy untuk jaga dusun belakang rumah kena racun makanan oleh mereka mati puppy tu. Yalah anjing yang tak bersalah tu tentulah kejar penceroboh yang masuk ke dalam kawaasan rumah tak dialu-alukan oleh si pencuri. Tukang kebun pun dah meletup juga ni nak cari 2 puppy guard dog nak hantar training. Ada sesiapa kalau ada puppy German Shepard or Labrador Retriever extra please contact tukang kebun. Sebelum ada rumah sewa di sebelah kami tak de masalah macam ini cuma masalah pencuri malam-malam tapi rasa selamat sebab arwah 'BEAR' jaga rumah. Tukang kebun lepaskan perasaan sebab terkilan tak dapat makan durian belanda.
 Ini buah magenta tinggal sikit juga di atas pokok, yang ni pun favourite orang sebelah kampuchia ambil suka hati sahaja. Tukang kebun pun tak pernah merasa. Biarkan terlalu lama di atas pokok ada yang berkulat. Baru subuh pagi tadi, angsa-angsa bising di belakang rumah seakan bagi alarm, tukang kebun suruh Mr. Muscleman cepat-cepat check belakang rumah. Angsa-angsa kelihatan berkumpul di sudut hujung sekali corner kawasan belakang kebun kami.
 Pokok buah nangka juga rajin berbuah selalu, ini tengok rezeki samada kami punya ataupun tupai. Tapi tupai sekarang banyak makanan nak pilih, tukang kebun intai banyak tupai gemuk sedang bahagia menikmati buah-buah jambu jadi buah nangka tidak diusik lagi.
 Buah-buah ciku juga sedang lebat berbuah tunggu masak. Ini kegemaranan papa tukang-tukang kebun. 
Kelapa rajin berbuah. Tukang kebun teringin nak minum air kelapa muda tapi Mr. Muscleman tak sanggup jadi my hero nak panjatkan pula. Nanti tukang kebun ambik tangga pastu panjat baru tahu.
 Pokok buah pamelo ada buah tapi tak lebat sedang membesar tak tahulah pula kalau dah ada yang kena ambil. Daun pokoknya tak sihat macam kena serangan. Nanti ada masa tukang kebun nak prune pokoknya buang bahagian yang tak sihat.
 Pokok-pokok pisang ada juga yang berbuah cuma nak kena standby sebelum penceroboh pula yang ambil.
Ada sesiapa yang mempunyai skill memanjat pokok tinggi tak? Nak cari volunteer hehehe....

11 ulasan:

  1. Salam Diana,
    banyak betul pokok-pokok..berbuah plk tu semua...seronok nya dapat rumah berkawasan besar...senang hati tanam apa saja..a few years waiting..dapat hasil...suka lah..:D

    BalasPadam
  2. seronok dengan buah2 yang pelbagai kan...namun yg tak seronoknya pencopet yg merasa dulu...cepat2 cari anjing diana..biar gigit penceroboh2 yg tak berperi tu..

    BalasPadam
  3. Byknya pokok buah buahan..semua duk berbuah pula tu..nk mkn petik sja segar dari kebun.hehe.. :D

    BalasPadam
  4. tukang kebun tak leh memanjat bahaya. Upah monyet je panjatkan. :)

    Susah betul ada pencuri2 ni,bukan susah pun kalau nak, mintak la izin...ini mencuri pula. tak merasa la tukang kebun nk makan hasil tanam sendiri.

    BalasPadam
  5. dulu masa makcik dan pakcik ronda ronda kat kubu gajah nak cari White Brick Oven ada terlintas di fikiran kenapa begitu ramai orang asing kat Kubu gajah..yang haram ke yang halal tu?rasanya ramai pendatang haram.

    elok ada penjaga .dapatkan anjing penjaga yang garang sikit hehe.Durian belanda sangat mahal dan sukar didapati.

    selamat berkebun di kebun sg Buluh pulak ya..eh baju abby padan tak?

    BalasPadam
  6. selamat berkebun di Sungai Buloh, buat pengetahuan, saya masih belum terima benih yang telah di pesan minggu lepas, boelh bantu saya untuk dapakan terima kasih

    BalasPadam
  7. Zaman panjat pokok dah berlalu he he.. Dulu2 ada la panjat rambutan dan jambu. .melampau dia org ni..hati2 berkebun tu..selamat berkebun!

    BalasPadam
  8. Wah bestnya dapat makan rambutan gading. Nak tanya, buah mentega tu ada bau 'pelik' tak? Sebab salah satu namanya agak tak sedap dikata, dan dikaitkan dengan bau buah tersebut.

    BalasPadam
  9. Dusun kami dekat Maran sedang berbuah luar musim,menghadapi masalah yang sama.Selalu kena curi,tetapi lagi lebat ia berbuah.

    BalasPadam
  10. Nadia ~Kami menumpang je sekarang. Tapi bertuah dapat makan petik segar buah-buahan ni. Tengah fikir nak ada rumah kat mana sekarang.

    Ummuaidan~Diana tengok harga anjing yang selalu polis guna mahal juga nak kena simpan duit ni...hehehe...orang training ada kenalan, nak dapatkan puppy dulu.

    Hitomi~Alhamdulillah banyak pokok bulan ni rajin berbuah pula ada rezeki kami tak perlu beli buah.

    Indah~ Sungguh nikmat, banyak jatuh masuk kompos sudah.

    Ibu Qistina~ Mana nak upah monyet? Banyak pokok nak minta tolong panjatkan , galah pun tak sampai. Itulah kalau minta izin bukannya kami tak kasi mana yang tak termakan tu.

    Makcikmanggis~ Terima kasih baju Abby sangat padan boleh pakai lama, sangat comel...hehehe Abby suka :).
    Betul kat Kubu Gajah ni terlampau ramai sangat orang pendatang. Sampai isnin pagi ada pasar kampuchia tiap minggu lagi jual kain dan baju murah-murah harga borong kat korner jalan kampung kubu gajah ni. Sekarang ni saya rasa mungkin lagi ramai pendatang tanpa izin sebab tengok banyak dah tak buat serbuan suka hati mereka sahaja. Kita yang penduduk tempatan pula rasa takut.
    Anjing-anjing yang kami bela dulu semua warna hitam dan besar mereka tak beranilah nak masuk lepas dah kena sergah. Sebab anjing kami semua bukan jenis melalak tapi jenis sergah dari belakang. Awal-awal dulu kerap jumpa selipar sebelah tertinggal berlari kena kejar agaknya.

    Roslan~ Syukur alhamdulillah dah selamat sampai, Happy Gardening!

    Kak Mar~Saya pun berdebar rasa tak selesa kalau berkebun seorang, lagi-lagi kalau tinggal dengan anak-anak kecil sahaja. Ni yang nekad nak dapatkan puppy untuk keselamatan. Mereka ni berani sangat dekat negara orang.

    Sean~Buah mentega tak de bau pelik. Orang kampuchia sebelah suka sangat buah ni. Saya pun tak sempat ambik.

    SM Forestgarden~Curi tu satu hal, tapi sebenarnya saya takut juga kerana mereka berani ceroboh masuk kawasan kami. Risau bila tiada orang dewasa lelaki di rumah kalau terjadi apa-apa.

    BalasPadam