Halaman

Rabu, 12 Disember 2012

Lobak Long Scarlet Restocking (Radish)


  Long Scarlet Radish tumbuh anggaran 6 inchi dan sedia dituai lebih kurang sebulan. Pastikan tanah tidak keras untuk menanam radish jenis ini. Pastikan tanah moist dan tidak kering masa pertumbuhannya supaya akarnya tidak bertukar menjadi keras 'woody' cepat. Sesuai semai semasa musim hujan. Warna akarnya yang merah dan pertumbuhannya yang cepat pasti dapat menarik perhatian anak-anak untuk berminat alam  berkebun.   Elok amalkan kaedah succession sowing semai setiap 1~2 minggu untuk supply dapur yang berterusan atau mengelak dari tidak termakan sebab cepat membesar.Radish ini makin tua akan rasa makin pedas kalau tidak dituai secepat mungkin. Daun radish ini boleh juga dimakan. Mama Tukang Kebun semai sekali banyak, cepat besar sampai tak termakan di Sungai Buloh. Syoklah si itik dan angsa dapat makan. Sesuai sebagai tanaman inter-cropping untuk menjimat ruang menanam yang ada.



Promosi biji benih Radish long Scarlet ini adalah untuk bulan Disember sahaja dan akan ready dispatch selepas 20hb Disember.
$1.00 satu pek  dengan anggaran 30 biji benih (limited 1 pek untuk seorang tukang kebun).
Flat postage cost RM2 untuk penghantaran biji benih Disember 2012.
Tinggalkan pesanan di kotak komen jika berminat hendak cuba menanam radish ini.
Stok tinggal 20 pek.

10 ulasan:

  1. saya berminat. simpankan satu untuk saya ya. Nanti saya email tempahan biji benih yang lain.

    BalasPadam
  2. salam, saya nak 1 pek, aslina272@gmail.com.Tq.

    BalasPadam
  3. Eila nak juga 1 pek. Tq :)

    BalasPadam
  4. Salam kenal...br pertama kali singgah ke blog ini.Bestnya...mcm2 tanaman ada kat sini & info2 setiap tanaman pon ada juga.
    Yg paling best..blh dptkn biji benih tanaman dr blog ini jg.

    BalasPadam
  5. Stok untuk Zamzurina, Nudabuffy, Eithusa, Kertinah, SM Forestgarden, Eila, Avia dan Kak Mar.

    Total - 8 reservekan.

    AzatieSayang~Salam perkenalan. Sama-sama berkongsi pengalaman berkebun :).

    BalasPadam