Halaman

Khamis, 13 Disember 2012

Promosi Kailan Hujung Tahun untuk Novice Gardener

 Sayur kailan sangat terkenal untuk buat masak dengan ikan masin. Kailan adalah adik beradik dengan tanaman brokoli dan kubis bunga. Bila tanaman kailan sebesar sama seperti gambar di bawah pokoknya sangat mirip dengan tanaman brokoli dan kubis bunga, begitu juga rasanya apabila campur dengan style goreng dengan ikan masin. Kenapa tukang kebun kata begitu? Dari pengalaman tukang kebun sebab tidak labelkan pokok-pokok brokoli, kailan dan kubis bunga yang ditanam merata-rata atau campur pokok dalam satu lokasi adalah kisahnya sepupu pergi tuai sekali kubis bunga dan brokoli ingatkan semuanya kailan yang di petak sayur tu. Lepas 2 hari barulah tukang kebun perasan yang ada pokok kubis bunga dan brokoli hilang rupanya dah selamat dalam perut. Inter-cropping punya pasal habis sayur yang lama nak tunggu pun kena crop sekali...huhuhu....Tukang kebun selalunya bab-bab kasi ruang antara pokok amat malas sekali, jadi saiz di bawah boleh mula tuai untuk beri sayur kailan ruang untuk membesar bagaikan juara.
 Setelah 3 tahun lebih menanam sayur kailan untuk supply dapur kami, sudah 2 tahun tidak beli biji benih sayur kailan lagi. Setiap tahun sekurang-kurangnya 2 kali ada rezeki hendak kumpul biji benih kailan di kebun. Sayur kailan tidak suka sangat cuaca yang sejuk, cepat sahaja ianya mula berbunga dengan lebat jadi kami kumpul sahaja benihnya. Biarkan 2 pokok berbunga pun sudah memadai untuk stok benih bagi setahun. Tukang kebun tak pernah tanam kailan hybrid jadi tidak dapat komen apa bezanya rasa atau jagaan bagi kailan yang open-pollinated atau hybrid. Tukang kebun berpuas hati dengan biji benih yang banyak generasi telah kami kumpul dan puas melantak dengan benih baka kailan yang kami ada jadi belum pernah cuba kailan jenis lain.

Tukang-tukang kebun bahagia bersama bagi penutup tahun 2012 ini, ingin membuat promosi benih kampung yang sesuai dan mudah untuk gardener yang baru hendak berjinak di alam perkebunan. Kami Kebun Bahagia Bersama team members ingin menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk bercucuk tanam menghasilkan makanan di taman sendiri tidak kisahlah berapa besar saja kawasan yang kita ada kerana 'Malaysia Boleh' dan membantu menghijaukan alam serta mengurangkan perjalanan makanan atau 'cut food-mile'. Benih-benih kampung sayur-sayuran yang ditawarkan telah bergenerasi tanam di Kebun Bahagia Bersama dan amatlah sesuai tanam di kawasan kita yang beriklim tropika ini.

Promosi biji benih kailan ini adalah untuk bulan Disember sahaja dan akan ready dispatch selepas 20hb Disember.
Biji benih yang ditawarkan adalah fresh tukang kebun tuai bulan ini.
$1.00 satu pek  dengan anggaran 50 biji benih kailan (limited 1 pek untuk seorang tukang kebun).
Flat postage cost RM2 untuk penghantaran biji benih Disember 2012
Tinggalkan pesanan di kotak komen jika berminat hendak cuba menanam sayur kailan.

13 ulasan:

  1. Can I get 2 packs. Nak makan kailan muda, so use up a lot of seeds.

    BalasPadam
  2. salam, saya nak 1 pek, aslina272@gmail.com. Tq.

    BalasPadam
  3. Salam diana, Eila pun nak juge 1 pek benih kailan yerk. Tq

    BalasPadam
  4. nak satu pek...thanks, fahizah

    BalasPadam
  5. Simpan untuk Zamzurina, Aku P@aN, Kak Mar, Sean, Kertinah, Nadia, Eila, Avia, Fahizah & SM Forestgarden.

    Note: 11 pack reserved.

    BalasPadam
  6. Cik Tima biji benih kailan tiada stok.

    BalasPadam