Minggu ini banyak sudah bunga Alpine Strawberi kembang dan ada yang telah membentuk buah strawberi. Bila belek-belek ada juga ulat bulu yang berkenan melekat kat buah yang masih hijau tu. Cepat-cepat dijentik jatuh ke tanah untuk selematkan buah strawberi itu. Bakul gantung ni pun sudah selamat digantungkan ke dahan pokok untuk elakkan binatang perlihara dari makan dulu buahnya.
Gugur sudah kelopak bunga Alpine strawberi dan kelihatan buahnya terbentuk. Ada tak nasib si tukang kebun kecil Ilhan dan Rayyan untuk merasa strawberi tak lama lagi ini. Tukang kebun Rayyan hari ni beriya-iya tolong mamanya kemaskan biji benih watermelon radish dari seed podnya, kuat juga tangan si kecil ni. Nanti ada rezeki mama upah tukang kebun Rayyan strawberi ya.
salam diana,
BalasPadamstrawberry alpine ni tahan panas ke?
Teringin nak merasa dan alpine strawberyy nie...mesti sedap kan
BalasPadamSalam..apa cara terbaik memyemai benih ni?
BalasPadambesar juge pokok dia
BalasPadamPokok subur dan cantik......tak sabar menunggu benih Alpine strawberry.
BalasPadamNadia~ Alpine strawberry ini tahan panas masa saya duduk Adelaide dulu masa heat wave jenis ini paling bertahan.
BalasPadamUmmuAidan~ Kalaulah buah strawberry ni tahan lama boleh ku kirim kepada mu.
Kak Mar~ Mmmmm...saya tabur saja tumpang pasu lain benihnya tapi mungkin Kak Mar boleh cuba tanpa pre-chilling benihnya dan yang sudah simpan dalam peti ais. Kalau gali masuk tanah takut terdalam sangat. Benihnya perlu cahaya untuk bercambah.
Nitesky~Standard pokok strawberry sahaja.
SM Forestgarden~ Moga minggu depan sampailah benihnya.
kalau tahan panas..sy nak try tanam jugak lah..ada benih simpankan yer
BalasPadamsaya tengah tungu benih alpine strawberi ni bercambah semai hari jumaat minggu lalu..tak tau lah jangan2 dah diangkat semut juga benih tue....main tabur ja tanpa ada buat pre-chilling benih...mudah-mudahan tumbuh juga tu dapat lah merasa strawberi tanam sndiri...
BalasPadamNadia~ InsyaAllah kalau ada benihnya nanti.
BalasPadamIvy~ Saya tak perlu buat pre-chilling dan bercambah.
ya bagus lah kn rasanya dah serasi sangat lah dgn cuaca malaysia alpain strawberi ni...saya ada periksa bekas semaian pagi buta tadi masih belum nampak kalibat c warna hijau keluar...:(...sang semut pls bagi balik benih yg kamu p angkut tuuu...
BalasPadamIvy~ Anak pokoknya halus bila baru bercambah saya pun kadang-kadang ndak perasan. Si Semut rajin betul angkat benih, kawasan kami pun sama.
BalasPadamdiana,
BalasPadamkalau guna strawberry yang dah busuk masa kita beli di pasaraya tu, boleh guna ke biji benihnya?
Habibah Mohamed
Habibah~ Kebiasaanya strawberry besar yang jual di pasarraya tu diorang tanam melalui runners bukan dari biji benih.
BalasPadammana nk dapat anak pokok painberi ni saya brminat nk beli
BalasPadamHalimah ~ Boleh membuat pesanan biji benih alpine strawberry di (kebunkmg@gmail.com)
BalasPadam