Halaman

Selasa, 1 Januari 2013

Percambahan Alpine Strawberry sambut Tahun Baru 2013

 Kebun Bahagia Bersama Team Members ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 dan moga makin hijau serta meriah tanaman kebun gardener-gardener semua ya. Terkejut kerana sekadar mencuba-cuba tukang kebun ada tabur sahaja biji benih alpine strawberry di atas tanah dalam bekas pasu tanpa special treatment apa-apa, belum 2 minggu berlalu ternampak percambahan halus biji benih alpine strawberry. Mula-mula tidak tukang kebun percaya tapi bila muncul daun yang benar confirm itu adalah anak-anak pokok alpine strawberry yang masih sangat fragile nampaknya di mata kasar tukang kebun. Semoga ianya bertahan dengan hujan yang masih lebat turun tiap hari. Tanah yang dipakai pun tanah recycle dari bekas yang kosong dan bukan halus banyak batu kerikil. Syukur alhamdulillah di antara batu-batu tersebut muncul anak-anak pokok. Bila dah at least 2 inchi mungkin baru akan dipindahkan ke tempat lain. Moga besar bagai juara.

12 ulasan:

  1. Selamat tahun baru...
    mudah jgak strawberi alpine nie tumbuh yer

    BalasPadam
  2. alhamdulillah, alpine strawberry saya pon telah bercambah. x buat treatment apa2. tapi saiznya sungguh lah fragile. harap dapat bertahan.

    BalasPadam
  3. senang nampak bercambah...nanti nak try if open order benih nya

    BalasPadam
  4. salam Diana,
    saya belum terima lagi...tak sabar nak tanam.

    BalasPadam
  5. Ummuaidan~ Selamat tahun baru juga. Strawberry alpine mudah tumbuh dari biji berbanding strawberry jenis lain.

    Zamzurina~Alhamdulillah bercambah mudah tak perlu buat treatment. Awal-awal percambahan memang nampak halus. Moga akan makin gemuk anak pokok tu.

    Nadia~InsyaAllah saya simpankan kalau ada rezeki nak kumpul benihnya.

    SM Forestgarden~ Saya baru pos hari ini . Harapnya cepatlah sampai dan bercambah benihnya.

    BalasPadam
  6. Kalau ade benih strawberry nie lagi saya nak tau....

    BalasPadam
  7. Nak sepeket biji benih strawberry nie yeee kalau open order

    BalasPadam
  8. Liza Hussin~ InsyaAllah bila ada rezeki lagi nak kumpul benihnya. Berbuah sekarang tapi saya biarkan anak-anak yang nikmatinya.

    BalasPadam
  9. sy baru dapat...nak tgu balik ofis ni..dah xsabar nak semai..

    BalasPadam
  10. Ratu ~ Good Luck and Happy Gardening!

    BalasPadam
  11. salam diana saya nak 1benih strabery ni, satu carnation, satu golden nugget goosberydan satu english daisy.

    BalasPadam
  12. Salam.

    Senarai biji benih tersebut tiada di dalam stok tukang kebun ketika ini.

    BalasPadam