Halaman

Selasa, 15 Januari 2013

Alpine Strawberry ranum untuk dipetik

 Akhirnya dari minggu lepas dapatlah selang 2~3 hari tukang-tukang kebun kecil Rayyan dan Ilhan makan kegemaran Alpine Strawberry mereka seorang sebiji satu hari. Pada mulanya Rayyan cakap nak lagi, tukang kebun kata ini bukan macam kebun kat Adelaide yang dah banyak pokoknya tumbuh merata 'wild'. Dekat sini baru ada berapa pokok je yang matang mama dapat bawa balik, kesian Rayyan tiada cakap banyak mengikut sahaja, mungkin faham sebab dia kenal rupa pokok alpine strawberrynya memang ada berapa pokok sahaja. Moga anak-anak pokok alpine strawberry akan tumbuh dengan baik tanpa banyak dugaan atau kemalangan. Tapi dalam firasat tukang kebun kena semai lagi ni, takkan cukup. 
 Yang ini pula pokok strawberry yang dah lama dibawa balik mungkin dah setahun-dua lepas asal dari kebun Adelaide tapi dah banyak menghasilkan "runners' atau anak-anak pokok baru yang penuh duduk dalam satu pasu. Jadi tukang kebun pindah-pindahkan dalam pasu lain sekitar akhir November atau asal Disember lalu. Wah seronok tengok ada yang mula berbunga minggu lepas.
 Minggu ni nampaknya dah mula berbuah dan ada juga bunga strawberry baru yang berkembang. Parent asal pokok-pokok ini pernah berbuah cuma buahnya selalu 'pet' di rumah terkam dahulu. Moga kali ini terselamat dari mata-mata 'pet' di rumah.

 Pokok-pokok strawberry yang sama dipindahkan dan disusun dalam pasu-pasu ini tahun lepas.

6 ulasan:

  1. assalam diana,
    harap dapat subur macam ini.....

    BalasPadam
  2. bestkan kalau dpt tanam byk2 strawberry nie..

    BalasPadam
  3. tanah tuk tanah stoberi ni guna tanah pe? lg satu cantik la rumah pokok tu..de jual x?

    BalasPadam
  4. seronoknya tgk buah yg merah tu. rini punya baru semai ptg tadi. harap2 hidup subur mcm diana punya.

    BalasPadam
  5. SM Forestgarden~ Moga sama-sama subur strawberry kita.

    UmmuAidan~ Tulah cita-cita nak tanam lagi banyak ni.

    Ratu~ Rich soil and well-drained. Tanah kaya kompos/zat dan tak bertakung. Rumah pokok tu tak de jual.

    Rini JY~ Moga cepat bercambah.

    BalasPadam
  6. Geram tengok pokok strawberry Diana...mudah-mudahan aida pun ada rezeki macam ni..banyak dah germinate takut dry out je...

    BalasPadam