Halaman

Isnin, 14 Januari 2013

Fennel 'Di Firenza' for increasing EBM

 Tukang kebun terkejut bulan lepas semasa pergi Cold Storage di Ikano rasa nak beli bulb fennel, bila tengok harga bulb dah kena potong suku pun mencecah RM10. Itu pun suku dari yang saiz kecil (<4cm?)...sobsobsob...sendiri tanam 3 kali ganda saiznya dulu. Ada sebab kenapa tukang kebun nak sangat makan bulb fennel, bukan untuk diri sendiri tapi untuk baby Abbiyana. Hasrat hati si ibu untuk penyusuan supaya dengan makan fennel makin bertambah susu badan. Sebab masa awal balik terlampau penat badan pelbagai perkara hendak diuruskan jadi bila ibu stress, susu pun makinlah rasa kurangnya. Ia bulb fennel mampu naikkan production susu badan dari pengalaman tukang kebun. 
 Tukang kebun pada mulanya tidak tahu yang bulb fennel mampu  menaikkan hasil susu ibu. Tapi pada suatu hari/minggu, bulb fennel di kebun tu perlu dituai cepat sebelum berbunga, jadi hubby yang kena jaga makan minum ibu berpantang buatkan pasta cream campur fennel (macam tiada pantang sahaja). Bila orang lelaki masakkan bukan untuk makan sekali bolehlah makan 2-3 kali nak habiskan je. Tukang kebun rasa pelik kenapa pula bila express milk boleh dapat 2 kali ganda lebih dari biasa untuk buat stok bila ke sekolah dalam keadaan stress. Fikir punya fikir baru terlintas dalam kepala menu yang berbeza ada bulb fennel. Kalau rajin google di wiki mengenai fennel dan ada fakta di dalamnya menyatakan bulb fennel membantu penghasilan susu ibu. Sekadar berkongsi pengalaman untuk ibu yang menyusu dan bakal ibu. Sebab tukang kebun pernah juga cuba pelbagai makanan untuk banyakkan susu tapi buat setakat ini antaranya bulb fennel sesuai sekali yang menunjukkan kesan untuk tukang kebun. Kalau tukang kebun tahu lebih awal, 3-4 bulan sebelum due bersalin sudah mula tanam florence fennel. Jimat duit dan selamat tanam sendiri. Fresh from the garden.


Anak Benih Fennel 'Di Firenza' baru bercambah.


STOK HABIS.
Biji benih Organik  Heirloom Florence Fennel Di Firenza~
$3.00 satu pek  dengan anggaran 30 biji benih.

Disebabkan masalah pos biasa yang dialami dalam bulan Disember 2012, postage pesanan benih bagi bulan January di bawah RM10 adalah flat RM2.
Tetapi bagi pesanan jumlah biji benih lebih RM10 akan dihantar dengan pos laju dan kos penghantaran flat RM5.



25 ulasan:

  1. rasa nya macam mana? macam bawang ke?

    BalasPadam
  2. OOhh..fennel ni mmg bagus utk milk production yer..baru tau..thanks for sharing diana..

    BalasPadam
  3. Salam Tukang Kebun,

    Semacam mengantuk disorongkan bantal, Mak Aji insya-Allah akan sambut cucu ke-3 awal Julai nanti. Jadi, perlu tanam fennel ni utk menantu dan juga utk buat salad nanti insya-Allah. Mak Aji kat Sg. Buloh je, boleh Mak Aji gi ambik je benihnya??

    BalasPadam
  4. Salam Diana..

    Pakcik tempah 1 pek ya...

    teenine@gmail.com

    Riza

    BalasPadam
  5. assalam diana, dari pengalaman dan nasihat doktor untuk banyakkan susu badan...diana cuba rebus halba dan minum airnya, biji halba kalau boleh telan sekali tapi pahit.
    murah je tapi berkesan untuk saya ... fahizah

    BalasPadam
  6. Brp lama nk bercambah ye diana?

    BalasPadam
  7. Simpanan untuk Aida (2), Aku P@aN (2), Kak Mar (1), Ummu Madihah (1), Pakcik Riza (1).

    Nadia ~ Rasa tak macam bawang. Orang Eropah kata rasa liquorice. Tak reti nak translate dalam BM. Mmmm... minty rasanya sikit?

    Ummuaidan~ Bagus untuk milk production.

    Ummu Madihah ~ Kalau nak lawat rumah boleh:). Tapi transaksi biji benih semua saya buat melalui online sahaja. Mak Aji duduk dekat area mana? Kalau kami kebetulan lalu-lalang area tu bolehlah masukkan dalam peti surat Mak Aji.

    Fahizah~ Saya pernah cuba rebusan air halba tapi tak berkesan pula dengan saya masa dengan Rayyan. Air rebusan betik muda pun tak berkesan dengan saya. Walaupun betik muda stok sentiasa banyak di rumah. Hairan juga kadang-kadang ada yang mujarab ada yang tidak.

    Zamzurina~ 2-3 weeks kut. Yang ni cambah nak dekat 2 minggu.

    BalasPadam
  8. Salam Tukang Kebun,

    Mak Aji kat Sg. Pelong, Jln SMK Bkt. Gading, rmh no. 12, sepagar dgn balai polis Sg. Pelong (pagar belakang).

    BalasPadam
  9. Zamzurina~ InsyaAllah ada.

    Ummu Madihah~ Dekatnya rumah Mak Aji dengan kami. Boleh ke kami lawat taman rumah Mak Aji dan hantar benihnya sekali.

    BalasPadam
  10. Kalau ada lebih stoknya nanti saya simpan untuk Ivy kih.

    BalasPadam
  11. Salam Diana,

    Benih Diana dah pos tp boleh aja datang rumah, kan dekat tu. Mak Aji dok cari no. akaun Diana utk transfer duit, tolong gmailnya.

    BalasPadam
  12. Salam Mak Aji, InsyaAllah nanti saya mai tapi bulan ni agak sibuk sedikit.

    BalasPadam
  13. Ratu yang ni dah kehabisan stoknya.

    BalasPadam
  14. salam fennel ni melayu dia apa ye?

    BalasPadam
  15. Yaati Nor~ Fennel dalam bahasa Melayu tiada sebab ini bukan makanan asal Asia Tenggara.

    BalasPadam
  16. Ada lagi stok? Boleh order lg? :)

    BalasPadam
  17. Nabilah stok limited ada, jika berminat boleh email ke (kebunkmg@gmail.com) .

    BalasPadam
  18. salam boeh saya beli 2 pek
    ini email saya
    email saya eastprincez@gmail.com

    BalasPadam