Gembiranya hati tukang kebun minggu ini setelah melihat akhirnya bulb Oriental lilium yang ditanam pertengahan bulan November yang lalu kembang mekar di dalam taman. Walaupun beberapa hari ni kurang sihat badan tapi gagahkan diri juga keluar sekejap-kejap nak melihatnya bagaikan orang mabuk bercinta...hehehehe...sebab tidaklah letak harapan tinggi dan banyak accident berlaku dalam pertumbuhannya dan tiada dapat dijaga dengan baik sebab banyak kerja lain perlu diuruskan. Jadilah terbiarlah pokoknya sehingga bunga pertamanya pun tukang kebun tak perasan kalau bukan hubby yang beritahu.
Terlampau lama tukang kebun simpan dalam tandas bulb Oriental lilium ini di Adelaide untuk elakkannya dari kering sebelum dapat di bawa pulang sehingga begitu sukar untuk dileraikan satu persatu bulb tersebut sebab berselirat masing-masing sudah bercambah. Lihatlah betapa banyak sudah pertumbuhannya sehingga bulb tersebut dah lebih besar dari penumbuk tukang kebun (sebab tukang kebun tidak dapat berkongsi bersama). 2 bulb yang berwarna putih di dalam kertas coklat itu ialah asal bulb LA Hybrid Lilium Indian Diamond yang ada tukang kebun tanam lalu, alhamdulillah tumbuh juga.
Setelah tukang kebun tanam bulb dan timbus sehingga pangkal daun yang pertama, hari demi hari bertukar ke warna hijau selepas mendapat cahaya matahari.
Kecil sahaja pada permulaan saiz putik bunga Oriental lilium ini. Ambil beberapa minggu juga menunggu putik-putik ini besar sehingga ke saiz gambar bawah.
Ketika ini tidak menunjukkan tanda warna apa bunganya...tetapi apabila putik ini bersedia untuk berkembang bileh teka sudah apa warnanya.
Bunga pertama Oriental Lilium yang mekar semasa sedang hujan...uhuks kesian tengok. Tukang kebun pun redah hujan nak ambil gambar.
Kesian yang ini pun kena mandi hujan lebat.
Kelopak bunga saiznya boleh tahan besar juga.
Disebabkannya tumbuh tinggi bagi support dengan pelepah sekejap nanti tersembam ke bumi. Belakang gambar yang ada bentuk "heart" pun ada lagi pokok bunga Oriental Lilium sedang mekar.
Komen minggu ini lambat sedikit reply ya sebab nak selesaikan projek tanam bulb-bulb baru yang sampai.
Salam,
BalasPadamMasyaallah cantik sungguh bunga ni!
cantik nya...nak tanya pokok2 jenis bulb ni semua tahan panas kan..mcm nak tanam sepanjang pagar tepi rumah je
BalasPadamMemang cantik sangat Diana...mustahil tak jatuh cinta kalau tgk bunga mcm ni =)) btw barang dah sampai..tq Diana!
BalasPadamwah cantiknya.
BalasPadamSalam Ummu Madihah, hijaudaun ~ Hati berbunga-bunga melihat kecantikan bunga ini, baunya pun harum walaupun hidung agak tersumbat kerana selsema.
BalasPadamNadia~ Nak kena well-drained soil, kalau tanah terlampau basah nanti bulbnya mudah reput. Alhamdulillah setakat ini ok je bunga ni dengan cuaca sekarang.
Aida~Syukur alhamdulillah barangnya dah sampai.
cantik sekali warnanye..mesti semerbak baunye....-k.haslinda..
BalasPadamwow! cantiknya bunga dia ni...:)
BalasPadamlilium yg saya tanam dah saya pindahkan ke bawah pokok sejuk sikit. hari tu d tengah taman panas sangat kali tu lah pertumbuhan terbantut...daripada 3 bulb termasuk 1 bulb saja yang sempurna..yang dua lagi tu dah kojol! sakit hati tingu o....
Kak Haslinda~ Tukang tanamnya hidung tersumbat pula tapi ada juga baunya masuk hehehe....
BalasPadamIvy~Kenapa kojol? Ada binatang makan ke?
Cantiknya, saya ada tanam tahun lepas tapi lepas tumbuh 5 cm dah tak nak membesar pulak dia, akhirnya mati tak sempat nak berbunga.
BalasPadamTahun ni tunggu bulbs yg saya order sampai.
sang semut lah yg suka betul kacau tanam ni...2 daripada 3 bulb hari tu tumbuh dengan baik tapi yg satu tu tiba2 ja kojol sebab semut berumah dibawah batang lilium tersebut....mudah2an yg tinggal tu tidak diusik oleh sang semut lagi (sudah pindah rumah baru)....
BalasPadamharap2 menjadi lah...
As Salaam...
BalasPadamSaya nak beli benih semua jenis lilium yang Puan ada..., boleh? Cantik cantik nya... nak matahari ke teduh?
As Salaam.
BalasPadamSaya berminat nak beli benih benih lilium yang ada dan Sundal Malam juga. Ada stok ke? Penjagaan nya bagaimana?Tempat teduh ke?
Gardener~ Good Luck, senang tumbuh InsyaAllah.
BalasPadamIvy~ Semut pun tidak mau mengalah pula kena cari tempat baru kan.
Mabeles eGojez~Bulan ni dan bulan depan saya belum buka lagi untuk jualan lilium. Saya tengah set up dulu kebun saya dan projek propagation anak-anak baru lilium. Lilium nak matahari.
cantiknya bunga lily ni...
BalasPadamCT Aju~ Memang mengasyikkan :).
BalasPadamSaya nak beli.... Jangan lupa info saya nanti ya.
BalasPadamMabeles eGojez~ InsyaAllah bila ada dan saya akan buat posting bila dah available.
BalasPadam