Baru-baru ni tukang kebun Muscleman bantu kemaskan biji benih sayur mustard red giant untuk stok bulan ini punya setelah bulan lepas stoknya habis. Lepas kemas dan sorting biji benih mustard red giant tersebut, tukang kebun jatuhkan hampasnya dan yang reject ke pasu yang ada tanam pokok strawberry. Syukur alhamdulillah memberangsangkan percambahannya dan ada rezeki seperti kawan-kawan gardeners doakan. Tukang kebun selalu perhati bagi sayur daun yang warnanya special sikit atau terutamaya yang keungguan/maroonish, faktor cuaca akan menentukan nada cair atau pekat warna ungu/maroon tersebut. Pada mulanya anak pokok yang baru bercambah tersebut berwarna hijau. Tetapi setelah beberapa hari bertukar seperti warna di atas. Memandangkan cuaca dan musim di negeri dalam Malaysia ini berlainan, mungkin ada perbezaan warna daunnya walaupun di tanam serentak dalam satu Malaysia ini.
Stok makin terhad.
Biji benih Organik Heirloom Red Giant Mustard~
$3.00 satu pek dengan anggaran 50 biji benih.
Disebabkan masalah pos biasa yang dialami dalam bulan Disember 2012, postage pesanan benih bagi bulan January di bawah RM10 adalah flat RM2.
Tetapi bagi pesanan jumlah biji benih lebih RM10 akan dihantar dengan pos laju dan kos penghantaran flat RM5.
Assalam diana
BalasPadamSaya nak 1pek
Jika ada lebih saya nk satu pack
BalasPadamassalam..terima kasih benih dah dapat..tapi dapat 2..nak kna pos balik ke?huhu..dr kulim
BalasPadamSelamat tengahari Diana,
BalasPadamSaya nak order 1 pek benih Heirloom Red Giant Mustard.
Thanks and have a great weekend.
(Samiah- red_888_soul@yahoo.com)
InsyaAllah reserve untuk SMForestgarden, Zamzurina dan Samiah.
BalasPadamBicara Harianku~Oh jangan kurang biar lebih dari kami. Yang extra terimalah sebagai complimentary gift dari kami.
salam. . Ada lg x? Saya nk satu pek. . Pas2 blh email list bnh yg msh ada skang. . Sb nt sy nk ckpkn list bru bnk in duit. . Email saya norhuzaimatam@gmail.com
BalasPadamMasih ada stock. Saya dah hantar email untuk list yang terbaru.
BalasPadam