Halaman

Sabtu, 5 Januari 2013

Rumah Baru Nasturtium Jewel Mix

 Kalau di kebun lama tukang kebun tidak perlu lagi nak semai biji benih nasturtium kerana sepanjang tahun ada biji benih yang jatuh bercambah sendiri. Semoga pokok-pokok nasturtium yang telah bercambah suka di tempat baru mereka. Percambahan masa biji benih tidak sekata random dari 1 minggu ke  1 bulan. Tukang kebun tak de buat treatment apa-apa, sumbat dalam tanah terus sahaja. Seed coat nasturtium sangat keras kadangkala disyorkan rendam dalam air suam beberapa jam dulu sebelum semai.


Bulan ini biji segar Nasturtium cuma ada 4 pek sahaja tukang kebun tawarkan.
Tapi dari permintaan gardener Zamzurina (1) dan Mat Jon (2) yang telah menunggu lama lagi, tukang kebun akan tunggu confirmation dari mereka sampai hujung bulan ini sekiranya mereka masih berminat. Kalau tidak tukang kebun beri second chance offer kepada gardener lain nanti.
Jadi cuma ada 1 pek sahaja yang belum kena cop. Siapa cepat dia dapat.

RM3 .00 satu pek (anggaran 12 biji benih).
Tinggalkan komen sekiranya berminat ya.

7 ulasan: