Halaman

Rabu, 13 Mac 2013

Leek Musselburgh

Leek Musselburgh

Antara tanaman makanan, leek adalah sayur yang jarang sekali diserang oleh serangga-serangga perosak. Leek juga banyak membantu jiran-jirannya kurang mendapat serangan musuh. Tetapi antara tanaman, leek adalah di antara sayur yang lambat sangat membesar. Tetapi leek boleh dituai dalam apa-apa saiz setelah batangnya mula mengemuk. Cuma kalau nak tunggu batangnya capai satu inchi diameter gemuk mangambil masa. Leek adalah adik beradik kepada garlic dan bawang-bawang lain.
Leek Seedlings

Anak pokok leek boleh dipindahkan apabila saiznya seperti gambar di atas. Elok bukan sahaja pindahkan dengan mengambus akarnya sahaja tetapi boleh kambus tanah kesemua batangnya yang putih itu dalam tanah dan tinggalkan bahagian daunnya hijau di permukaan tanah. Sebab kita lebih nakkan batangnya yang manis berwarna putih itu.
Leek and Sweet potato growing together

Leek juga boleh ditanam dalam bekas. Cuma sekadar cadangan elakkan dari menanam leek berhampiran dengan pokok ubi keledek yang suka melemaskan pokok leek. Nanti asyik kena ambil masa nak alih-alihkan daun keledek dari mencerobohi kawasan leek. Leek tumbuh elok dengan penerimaan cahaya matahari yang banyak. Leek tidak tumbuh elok di kawasan yang tidak terkena cahaya matahari secara langsung (shade). Tanah yang air bertakung tidak beberapa sesuai menanam leek kerana boleh mereputkan batangnya.
Musselburgh leek flower

Bunga Leek Musselburgh sangat digemari oleh si Lebah.
~Biji Benih Leek Musselburgh ~
Anggaran 50 seeds satu pek (RM3.00).

Pembayaran adalah melalui bank RHB, CIMB atau Maybank.






19 ulasan:

  1. nak satu...tq, fahizah_ahmad@yahoo.com

    BalasPadam
  2. Salam diana, simpankan eila 1 yerk.tq

    BalasPadam
  3. gemoknya batang leek ni...baru tahu family leek ni nak kan cahaya yg banyak....patut la daun bawang n etc yang sy tanam kurang subur...sy ingatkan ada shaded membantu pertumbuhan nya...

    BalasPadam
  4. Salam..

    Diana pakcik nak tempah.. 1 pek

    teenine@gmail.com

    TQ

    BalasPadam
  5. Diana akak nak satu pek ye...k.haslinda

    BalasPadam
  6. Salam diana, nak satu set benih leek.

    Bib mohamed

    bibummuhamzah@gmail.com

    BalasPadam
  7. Saya nak satu.. nadim_s7@yahoo.com

    BalasPadam
  8. Salam diana avia nak satu yer.thanks

    BalasPadam
  9. Salam diana avia nak satu yer.thanks

    BalasPadam
  10. Tukang kebun ada simpankan untuk Fahizah, Eila, Pakcik Riza, Kak Haslinda, Bib, Dr.H, Zamzurina, Avia, Mama Pongkey, dan Ivy.

    Nadia ~ Family leek atau bebawang (Allium) memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk pertumbuhan yang baik.

    BalasPadam
  11. Tinggal 1 last pek, will keep for Aida.

    BalasPadam
  12. Mcm mn saya nak beli benih?email saya hayat2128@yahoo.com

    BalasPadam
  13. Salam Bahagia.

    Biji benih leek out of stock.
    Tapi biji benih lain ada (kebunkmg@gmail.com).

    BalasPadam
  14. Salam. Ada lagi benih leek? Mcmne nk kontek tuan@puan selain melalui emel?

    BalasPadam
  15. Salam Bahagia Amatullah.

    Biji benih leek tiada ready stock sekarang.

    BalasPadam