Halaman

Selasa, 12 Mac 2013

Stok baru Radish Cherry Belle and Watermelon (Banding)

Radish Cherry Belle and Watermelon

Bulan lepas radish cherry belle dan Watermelon sudah kehabisan stok dan stok baru dimasukkan kembali. Sebelah kiri warna merah bulat kecil ialah cherry belle radish dan di sebelahnya yang bulat putih ialah saiz average watermelon radish.
Perbandingan antara Cherry Belle Radish dan Watermelon Radish (pendapat tukang kebun dan Rayyan sahaja):
~ Pertumbuhan radish cherry Belle adalah lebih pantas dari radish watermelon (variable).
~Radish cherry belle bila akarnya makin tua makin pedas dan kehilangan juicinessnya. Tetapi radish watermelon rasanya tidak pedas dan lebih digemari oleh tukang kebun dan Rayyan.
~ Radish cherry belle setelah sampai saiznya yang optimum perlu dituai segera kerana cepat tua dan radish watermelon tak cepat tua.
~Radish watermelon lebih juicy atau berair berbanding dengan radish cherry belle.
~ Radish cherry belle tidak mengambil ruang dan masa menanam dan sesuai sebagai tanaman yang boleh diselit-selit dengan tanaman lain (inter-planting). Watermelon radish tidak sesuai ditanam sebagai inter-cropping plant.
~ Radish cherry belle ubi akarnya cepat merekah jika moisture tanah tidak consistant, pertukaran kering atau terlampau basah semasa pembesarannya.

10 ulasan:

  1. salam diana :)
    sy nk 1 cherry belle radish.
    diana, nnti email yer.

    BalasPadam
  2. Tukang kebun dah hantar email kepada eithusa.

    BalasPadam
  3. salam, tak penah rasa radish ni..lps ni ingat nk cuba tanam lah

    BalasPadam
  4. ada tak benih stinging nettle,thyme & sage? nasturtium bila nak ada stok?

    BalasPadam
  5. @na~ Yang ni cepat tumbuh cuma sensitive kalau pakai baja nitrogen tinggi.

    Husni97~ Biji benih thyme baru sahaja kehabisan stok. Stinging nettle tukang kebun dah serik sebab kebun dulu banyak sakit tangan nak mencabut bila dah jadi invasive. Nasturtium tak pasti bila tengok mood pokoknya bila nak berbunga.

    BalasPadam
  6. ni pun sia mau 1 pek Diana...tq

    tiada berry benih baru kumpul ka? 1 biji pun teda yg tumbuh berry yg saya beli hari tu....mungkin habis di makan semut dan serangga lain...
    :(...

    BalasPadam
  7. Avia ~ Noted dear.

    Ivy~Saya simpankan. Biji benih baru ndak saya kumpul tahun ni. Semut sini betul menakutkan habis dimakan anak pokok baru bercambah.

    BalasPadam
  8. Hi..reservekn sy 1 pek..tq..nk survey benih lain pulak..:)

    BalasPadam
  9. sori lupa pulak..cherry belle yer 1 pek

    BalasPadam