Akar dani atau Rangoon Creeper juga dikenali sebagai Drunken Sailor adalah satu pokok yang suka sangat cahaya matahari dan kuat memanjat. Pokok akar dani juga cepat membesar. Kalau dipangkas sampai ke lutut pun tanpa disedari dah mula memenuhi ruang kembali. Tetapi keharuman bunganya dan kecantikan gugusan bunganya yang lebat pasti menarik perhatian dan menggembirakan hati. Gugusan bunga akar dani juga memberikan pelbagai rona warna. Walaupun akar dani nampak seperti bunga ornamental atau hiasan je terutamanya di pergola, ianya telah digunakan sebagai ubat tradisional sejak kurun lama. Dalam ubatan herba Cina, buah/biji akar Dani (Shi Jun Zi) yang sudah dikeringkan berbentuk seperti badam dikatakan boleh menghilangkan parasit. Itu juga sebab ada fakta yang menyatakan minyak biji (buah) akar dani boleh menghilangkan cacing. Tetapi perlu berhati-hati mungkin ada yang tidak sesuai dengan perubatan ini dan mungkin akan dapat side-effect seperti cirit-birit, sedu atau sakit dada (elok dapatkan nasihat pakar). Daun akar dani bila ditumbuk dan diletakkan di tempat yang bisul atau ulcer adalah salah satu cara untuk menolong memulihkan sakit kulit tersebut. Kalau sakit kepala boleh cuba ambil daun akar dani, baring dan letak di kepala. Rebusan air akar dani yang disediakan seperti teh dikatakan boleh mengurangkan sakit membuang air kecil. Mereka yang ingin mendapatkan anak mungkin lebih baik tidak menghadam sebarang bahagian pokok akar dani disebabkan di Papua New Guinea, penduduknya samada perempuan atau lelaki menggunakan pokok ini sebagai ubat 'birth control' untuk menjarakkan kelahiran anak. Bila fikirkan secara theory mungkin betul sebab kalau perempuan mengandung tidak boleh makan ubat cacing.
Akar dani di pergola depan rumah ini baru di pangkas sampai ke paras lutut oleh Tuan Kebun Bahagia Bersama minggu lepas tanpa belas kasihan. Tuan Kebun Bahagia Bersama mungkin dah faham sangat perangai pokok ni, kejap je naik balik tamak tempat jika dibiarkan. Pokok akar dani memang tahan lasak dengan cuaca tropika tanahair kita. Sekarang pokok akar dani yang tengah berbunga di bekas reban belakang kawasan kebun terselamat dari dipangkas sebab Tuan Kebun Bahagia Bersama tak sempat nak kacau sebab dah balik ke Sabah. Tukang kebun jumpa banyak pokok-pokok akar dani ditanam berhampiran bekas kawasan reban yang sekarang dijadikan tempat bercucuk tanam. Natural perfume di udara masa berbunga bila badan berpeluh-peluh dekat reban.
Bulan lepas, tukang kebun mengemas kawasan bawah pergola dan dapati banyak pula anak-anak pokok kecil akar dani menceroboh zon pokok lain. Jadi telah tukang kebun selamat pindahkan dalam bekas recycle. Kebiasaannya pokok akar dani dibiakkan melalui keratan batang di nursery bunga. Tapi yang tukang kebun scoop dari tanah untuk batch ini memang dah tumbuh akar. Tawaran batch ini bukan dari keratan batang. Anak pokok akar Dani ini juga telah tumbuh daun yang baru setelah tukang kebun bagi hair cut dan banyak akar baru juga telah tumbuh setelah dipindahkan seperti gambar di bawah. Batch akar dani ini sudah sesuai untuk pindah ke rumah baru.
1 pokok (RM8) + Kos penghantaran (RM10) = RM18.
Sekiranya ada pesanan bulb atau biji benih tiada penambahan kos penghantaran.
Gardener yang berminat boleh hantar email ke (kebunkmg@gmail.com).
Salam Tukang Kebun, kalau diposkan besar mana saiz packagingnya ya? sy nak satu dan diposkan ke pejabat,kalau besar sgt segan pula rasanya hehe
BalasPadamBanyak khasiatnya akar dani nie kan...
BalasPadamsalam diana, apa khasiat akar dani nie..saya pun dh ada tanam jgk sepasu..
BalasPadamsaya nak sepokok
BalasPadamWah, besarnya anak-anak pokok dani Diana. Kalau dari keratan akar memang cepat membesar dan berbunga berbanding dengan dari keratan batang. A must buy...too bad I don't have place for a creeper in a small balcony, sigh.
BalasPadamWanie~ Selalunya kalau sepokok besar kotak kasut tukang kebun pos. Jadi takde office mate terkejut pula nanti hehehe...jika minat nanti email tukang kebun ya.
BalasPadamUmmuaidan~ Jimat sikit dari nak beli ubat cacing dekat kedai ;) .
@na~ Pokok Akar Dani lebih digunakan sebagai ubat dari supplement.
Zamzurina~ Ok tulis nama dekat bekas sudah ada tuan ;) .
Sean~ Takdelah besar, anak pokok saiz biasa je dalam gambar nampak besar kut. Musim-musim hujan ni kalau keratan batang propagate takut reput. Nasib dah transplant sebelum my mother balik, nanti dia kelam-kabut cabut je.Kena cari rumah baru ada tempat ;) .
kbb, 1 benih ni dan leek m. tk
BalasPadamlinna_linn@yahoo.com
Biji benih leek dah habis, tapi pokok akar dani masih ada lagi.
BalasPadammasih ada lagikah?
BalasPadamPokok ini masih ada lagi.
PadamAssalamualaikum sy nk satu akar dani...email saya d nezalyna@yahoo.com
BalasPadamTerima kasih
Waalaikumsalam.
BalasPadamSudah saya email.
salam..bagaimana saya nak beli anak benih pokok akar dani multi-petal..boleh berikan info lengkap kepada saya..email shafnas72@gmail.com.my
BalasPadamsalam..saya berminat untuk membeli benih pokok akar dani multi-petal..bagaimana caranya..tq
BalasPadamSalam Bahagia Shafinaz, kami ada email tapi mail delivery error untuk detail lanjut email ke (kebunkmg@gmail.com).
BalasPadamsalam.
BalasPadamsaya sedang buat kajian berkaitan chlorogenic acid dari honeysuckle @ akar dani.jika puan tidak keberatan, boleh saya dapatkan sedikit sample bunga,daun,akar,dan batang pokok honeysuckle dari puan?tq.
email saya: zakiah_mhd@yahoo.com
Nizarbarvin81@gmail.com
BalasPadamSalam Bahagia.
BalasPadamPokok akar dani kami sekarang belum tengah berbunga baru hendak naik kembali setelah dipangkas.
Salam Bahagia.
BalasPadamPokok akar dani kami sekarang belum tengah berbunga baru hendak naik kembali setelah dipangkas.
as salam tukang kebun..bagaimana saya nak dapatkan anak benih akar dani ni...
BalasPadammacam mana saya nak dapatkan
BalasPadamakar dani ni terima kasih..
Akar Dani kami boleh pos dalam Semenanjung Malaysia via Pos Laju Malaysia. Pesanan boleh dibuat ke (kebunkmg@gmail.com).
BalasPadamAssalamualaikum. nak tanya, anda masih guna email kebunmg@gmail.com. saya ingin membuat tempahan
BalasPadamWaalaikumsalam sheilateyla.
BalasPadamEmail yang betul adalah (kebunkmg@gmail.com).
Kami masih menerima pesanan-pesanan seperti biasa.
Kebun dekat mana
BalasPadamSalam Bahagia.
BalasPadamKebun di Klang Valley.
As Salam Tukang Kebun, benih pokok akar dani masih ada lagi tak?
BalasPadamSalam Bahagia Rosddi Rosli.
BalasPadamYa anak pokok akar dani masih ada ready stock.
Boleh buat pesanan ke (kebunkmg@gmail.com).
assalam ada lagi x pokok akar dani, kalau ada tlg wassup sya (0177626288)
BalasPadamSalam Bahagia Ahmad Faiz,
BalasPadamPokok akar dani ada ready stock.
Boleh email pesanan ke (kebunkmg@gmail.com) for further details.
Salam Tukang Kebun.
BalasPadamSaya menanam pokok bunga akar dani - jenis single dan
juga double petel. Saya bina pergola untuk membolehkan
pokok-pokok ini memanjat.Pokok-pokok ini tumbuh dengan
subur dan dalam tempoh dua bulan, sudah berbunga dengan
lebat sekali.
* Soalan saya ialah, setelah bunga-bunga ini gugur,
adakah tangkai-tangkainya akan berbunga kembali..???
* Atau, adakah kita perlu memangkasnya barulah boleh
berbunga kembali.....???
* Bila pangkas, adakah kena buang semua batang yang
menjalar, atau hanya cabangan daunnya sahaja dengan
meninggalkan batang yang menjalar, bogel......????
Selamat pagi.
BalasPadamSaya berminat dan nak buat tempahan anak pokok.