Minggu ini tukang kebun rasa seronok sangat sebab warna gladioli yang dah lama diingini akhirnya mengembang juga iaitu warna putih dengan mulutnya seakan bergincu merah. Memandangkan warna putih yang mengembang jadi minggu ini mari keliling rumah dan cari warna putih yang ada di kebun kami. Untuk limit, ini adalah 10 item putih yang dapat di Kebun Bahagia Bersama.
Bunga terung pipit.
Pokok terung pipit di rumah tidak ditanam tapi telah disebarkan dalam kawasan kebun kami oleh burung seperti juga dengan pokok cili burung. Pokok terung pipit diklasifikan sebagai notorious weed di kebun kami. Rasanya ada beratus anak-anak pokoknya di keliling rumah sentiasa dicabut dan sentiasa tumbuh dengan gagah perkasa.
Bunga ini lupa namanya tak terkeluar dalam kepala mungkin sebab gemuruh kilat pada petang ini sungguh bertalu-talu kuat. Jadi semua barang elektrik kena cabut wayarnya dari suis. Nasib laptop batery full.
Pokok Sabah Snake Grass yang suka menapak di tepi kolam. Apabila bunganya lebat berbunga bertambah ceria kawasan kolam ikan.
Minggu ini, syukur alhamdulillah hujan turun setiap petang dan tumbuh-tumbuhan nampak segar kembali sebab mereka tahu tak boleh nak harapkan tukang kebun bagi air. Jadi tumbuhan dalam gambar pun nampak titisan air. Bunga kemunting putih yang senang hidup dan tumbuh liar di kawasan rumah, pandai mencari tempat tumbuh sendiri di mana mesin rumput tak dapat lalu.
Rerambut baby buah mulberry dari keratan-keratan ibu pokok yang sama ditawarkan bulan ini.
Pokok bunga spider lily penghuni lama di kebun kami.
Pokok-pokok jambu air mula berbunga, dekat bawah tanah diselaputi penuh rambut-rambut dari bunganya macam winter sonata. Si tupai-tupai pasti gembira makanannya makin banyak, jadi lepas ni kami tak berebut sangat buah nam-nam.
Itik-itik mula bertelur balik minggu ini.
Buah asin-asin yang sudah ranum.
Gladioli putih suci disirami hujan.
eh telorrrr nanti nak pi kutip la hehe
BalasPadamakhirnya dpt gladioli putih. syukur alhamdulillah.
BalasPadamSeputih sesejuk mata memancang
BalasPadamalahai scroll sampai bawah ingatkan ada list order...diana 1st gladio sy bkn putih...heheh dah kuar bunga..colornya..jeng jeng...:D
BalasPadamp/s: kalau ada bulb ini nak..chop awal2
cantiknya kaler putih. suci bersih je. ada lg benih gladioli ni?
BalasPadamsuka tgk bunga2 putih, esp gladioli tu...
BalasPadambunga2 putih nie melambangkah suci dan berseri gitu kan...suka tengok...
BalasPadamMakcikmanggis~ Tunggu makcik nak kutiplah ni ;) .
BalasPadamZamzurina~ Syukur alhamdulillah. Yang menyusul lagi satu pun macam putih juga gayanya.
Nadia~ Warna apa bikin suspen hehehe....
Rini ~ Masih ada lagi stok bunga gladioli mixed.
@na~ Bunga-bunga putih rasa tenang di hati.
UmmuAidan~ Ya suci dan berseri :) .