Halaman

Rabu, 24 April 2013

April Musim Gladioli Peach (Shipment Order April ready dispatch)

  Minggu ini juga beberapa bunga gladioli yang ditanam  dalam jarak masa berlainan mula kembang memberikan bunga berwarna peach dan mulutnya bergincu kuning (dwi-warna). Dalam permerhatian, samalah yang dikatakan dengan kawan-kawan yang biasa tanam gladioli, walaupun ditanam serentak warna yang berbeza jarang sekali berbunga dengan serentak. Kebiasaanya warna bunga bawang yang sama akan mempunyai masa kembang dekat-dekat walaupun ada gap di antara hari/minggu ditanam bawangnya. Bulan ni di Kebun Bahagia Bersama musim gladioli berwarna peach. Bulan lepas musim warna gladioli putih
 Tukang kebun cuba tanam bawang gladioli serumpun tapi tak berapa gemar dengan resultnya lebih lagi musim hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat di setengah kawasan dalam Lembah Klang. Pokok gladioli yang subur boleh tumbuh ketinggian 70-80cm jadi bila hujan lebat sujud rempah ke tanah, elok bagi support. Satu juga sebab tak beberapa berminat, menindan pokok di sebelahnya terpenyek-penyeklah antara sendiri bila dekat sangat sukar juga pasang support. Bunga-bunga yang tinggi jika tanam secara clumping kalau hujan atau angin kuat sedikit sukar nak maintain ayu. Tukang kebun pernah alami dengan pokok bunga imperial larkspur yang boleh mencecah 1 meter juga lebih elok ditanam secara barisan(deretan) mudah nak bagi support. Kalau pokok bunga rendah 40cm senang nak maintain dalam pelbagai cuaca bila tanam serumpun (clump) dan nampak nenarik.
 Komen pasal support, lemah semangat tengok trellis yang dipasang secara emergency oleh tukang-tukang kebun on duty di Kebun Sungai Buloh ( have to bear with it for the moment).  Antara bunga kembang gladioli peach di kawasan ini masih ada yang belum berbunga walaupun tanam serentak.  Itu bila tukang kebun bayangkan kalaulah tiba-tiba semua berbunga habisla tolak- menolak dan leceh nak selit support yang memerlukannya. Warna musim gladioli apa pula agaknya bulan May nanti?

Pesanan biji benih untuk bulan April adalah ready untuk dispatch, bagi gardeners yang belum menerima email dari tukang kebun. Boleh mula enquiry.

7 ulasan:

  1. seronok tiap-tiap bulan ada gladioli yang berkembang.

    BalasPadam
  2. nanti lynn email.. nak mula mengumpul utk ditanam di FH

    BalasPadam
  3. diana....masih belum dpt emel invoice

    BalasPadam
  4. salam, nak order 1 set.invoice pls. tq.. activemind82@gmail.com

    BalasPadam
  5. Mmg rezeki sy dpt gladioli merah..pokok yg lain makin hari makin menuju ke alam lain..
    By the way...parcel dah sampai ari rabu ptg...tak sempat nk inform...Buah tu thanks a lot...hehehe at least dapat tunjuk pada suami...dia tak pernah makan...heran betul...benua mnr dia duduk ntah...

    BalasPadam
  6. seronok tul tengok keindahan bunga glad nie..bestnya kan bila tanam yg pelbagai warna berbeza...

    BalasPadam
  7. SriKota Garden ~ Syukur alhamdulillah succession sowing dapat nikmati gladioli setiap bulan.

    Lynn~ Cuaca di Fraser Hill lagi mudah nak tumbuh.

    Zamzurina~ Nanti Diana email sebab asyik di luar rumah.

    Naja ~ Boleh.

    Nadia~ Dapatlah juga suami merasa ada rezeki buahnya.

    UmmuAidan~ Seronok tengok surprise apa lepas ni warna apa nak keluar.

    BalasPadam