Setelah terlihat bunga gerbera merah menyala cantik menghiasi opis bench Gardener Zamzurina barulah tukang kebun teringat gerbera di depan rumah ada yang keluarkan kudup. Beberapa hari ni, sorang-sorang anak demam dan batuk. Semalam pula giliran tukang kebun pula demam. Sebab demam, lewat petang sajalah boleh curi-curi keluar rumah. Gerbera atau African daisy ini bunganya berwarna putih dan ada jaluran merah jambu yang tukang kebun terima di Australia dari Kak Zara yang selamat pulang ke Malaysia. Sudah 3 tahun pokok gerbera ini hidup bersama kami di Australia dahulu dan bulan May tahun lepas tukang kebun Dahiyah ada tolong tukang kebun bawa beberapa pokok gerbera kembali ke tanahair dengan selamatnya. Bila tukang kebun balik bulan November lepas dah merumpun pokoknya, jadi tukang kebun pisah-pisahkan serumpun untuk dapatkan pokok-pokok baru (lawat laman ini untuk cara bahagikan pokok gerbera). Cepat sungguh pertumbuhan pokok gerbera di tanahair baru beberapa bulan dari satu pokok tukang kebun dah bolehkan dapat 3 anak pokok. Satu anak pokok pun dah mula berbunga sejak tukang kebun bahagikan January lepas.
Cuma yang tukang kebun hairan, masa berbunga di Adelaide jaluran pink sangat banyak dan terang tapi bunga kali ini dah jadi gerbera putih suci pula. Mungkin faktor cuaca jadinya begitu. Apapun tukang kebun tetap bahagia tengok pokok gerbera ini sebab pokoknya dah adapt dengan pelbagai cuaca, cuaca panas lebih dari 45 Celsius pun dah dialaminya, mestilah tukang kebun sayang. Bila hujan turun kembali nak kena upah baja kompos.
Ada rezeki juga minggu ini, syukur alhamdulillah gladioli yang bersebelahan dengan gladioli putih minggu lepas pun kembang memberikan warna putih yang sama dan berjalur pink di bibirnya, double happiness.
Jaga kesihatan musim demam ini.
4 ulasan:
diana tanam gerbera di rumah di kawasan yg full sun ke. saya risau nak tanam gerbera di full sun area. minggu lepas red red capsicum saya melecur dek krn cuaca panas. syukur alhamdulillah, minggu ni dah nampak buahnya :)
cantik2 nanti nak try tanam daisy pulak..
putih bersih je :) gladioli ni mekarnya lama ke?
Zamzurina ~ Gerbera yang ini kawasan full sun. Gerbera suka matahari. Selalunya masa musim panas dia dormant, pastu masa musim hujan nanti tumbuh daun baru. Masa dekat Adelaide dulu, gerbera kami berbunga masa musim spring dan autumn ketika cuaca dah sederhana mild. Masa musim panas daunnya tak banyak, jangan ingat mati cuma dia dormant sahaja,tapi akarnya masih bernyawa.
Nadia~ Tanam bersama tanaman sayur mesti lebih menarik veggie patch.
Atie@ejay~ Ikut keadaan cuaca, gladioli ni kebiasaannya mekar untuk 1~2minggu.
Catat Ulasan