Semasa membuat posting pertama mengenai pokok bunga mayang sari (related posting klik sini), salah satu perkara yang menarik perhatian Tukang Kebun semasa membuat research bacaan mengenai pokok ini ialah kegunaannya popular sebagai kayu untuk membuat alat permainan muzik. Kerana itu nama am bagi pokok bunga mayang sari juga dikenali sebagai 'Fiddlewood'. Kemudian terserempak pula research paper mengenai ketahanan struktur komponen kayu dari pokok bunga mayang sari dan mulberry putih (Morus alba) dari serangan fungus secara semulajadi (related research article klik sini).
Pokok mayang sari memang jenis pokok yang pertumbuhannya cepat besar dan meninggi. Lebih rajin dipangkas, lebih cepat merumpun pokoknya. Kadangkala sebab dah tinggi, bila musim bunga kelihatan bergugusan bunga putih kecik moleknya berjurai macam air. Kadangkala ada musim daunnya bertukar berwarna kemerehan macam musim luruh di negara 4 musim.
~ Pokok Mayang Sari (grafted) 1 bekas RM10.00 ~
Yang menarik perhatian juga lihat bagaimana permukaan batang pokok kayu mulberry cantik juga dibuat perabot atau alat dari kayu seperti dalam documentary Begin Japanology (Sashimono woodwork) di bawah.






