No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Pontederiaceae. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pontederiaceae. Papar semua catatan

Rabu, 11 Julai 2018

Quadtro Run Chapter 1: Sensation of Colour

 Bulan Ramadhan dah berlalu, bulan Syawal pun dah nak habis...dah lama terbiar pula Blog Kebun Bahagia Bersama ni kan. Lagi 3 hari nak masuk Ramadhan lalu sempat juga kami sekeluarga sertai fun run di MAEPS Serdang. Quodtro Run ini ada 4 siri kiranya yang 12hb Mei 2018 ini siri pertama dan temanya adalah Sensation of Color.
 Memandangkan kita pun jadi warna warni nanti, kami sekeluarga berpakat pakai baju yang dah lusuh atau dah tak berapa berseri lagi bertompok dengan kotoran degil. Organizer syorkan pakai baju warna putih untuk lebih bermakna. Yuran penyertaan hanya untuk orang dewasa sahaja, jadi anak-anak percuma. Ada harga promosi untuk berpasangan. Kalau tak nak pedih mata baik pakai goggles atau cermin mata. 
 Ini kali pertama kami sertai acara berlari pada waktu malam. Lagipun sebelum kami tiba di sini hujan turun agak lebat. Syukur Alhamdulillah hujan berhenti bila kami sampai tempat permulaan acara. Enjoy jugalah lari pada waktu malam sebab tak panas. Ada juga beberapa food truck untuk isi perut dulu sementara tunggu acara bermula. Surau pun ada bagi menunaikan ibadah wajib. 
 Sementara tunggu acara larian bermula pada pukul 8:30 malam. Ada juga beberapa hiburan disediakan untuk anak-anak bermain secara percuma. Senaman ringan seperti zumba untuk panaskan badan dahulu sebelum mula berlari.
 Acara bermula dengan tembakan serbuk-serbuk warna. Rayyan je yang matanya termasuk pula serbuk warna ni jadi dia agak kurang selesa semasa permulaan larian. Adik beradik Rayyan yang lain seronok suka fun run ni cuma Rayyan je yang dah trauma sikit tak berapa gemar sebab serbuk warna termasuk mata.
 Hujung tahun ni ada MAHA fair lagi di MAEPS rasanya. Kami yang berlari di dalam MAEPS ni dah sempat pusing laluan trek MAHA ni.
 Antara yang berkesempatan dapat cuci mata pada malam tersebut ialah teratai putih kembang malam di dalam tasik. Lepas larian comot habis anak-anak. Kali ini takde dah sesi Mama kejar Abby hehehe Abby pula kena kejar Mama. Papa Abby kena teman Abby sementara Mama cuba habiskan trail 5km. Kali ini 5km dapat dekat sejam. Siri kedua untuk Quadtro Run adalah pada 8hb September 2018 dengan bertemakan Sensation of Music di Sepang International Circuit bagi yang berminat (more info click here).
 Gardeners yang tiada ruang untuk bela pokok bunga teratai yang besar-besar, boleh bela bunga comel warna putih tanaman air Kidneyleaf Mudplantain. Di balcony juga boleh bela ni. Musim hujan yang banyak tahun ini Syukur Alhamdulillah muncul semula tanaman ini setelah lama menghilangkan diri sebab lupa nak top air terbiar lama dalam pasu yang kering. Nasib baik hasil biji benihnya yang mendap dalam tanah secara semula jadi biak dengan meriah semula. Cute Container Garden Waterplant.

More info on Kidneyleaf Mudplantain (CLICK HERE).

~ 2 moist bare-rooted Kidneyleaf Mudplantain plants RM10 ~

Sabtu, 22 Oktober 2016

Giant Pickerel

  Di antara jenis tumbuhan air adik beradik pickerel , yang species jenis Pontederia lanceolata  adalah yang saiz paling besar. Pokok ini juga ada beberapa panggilan umum dengan dikenali juga sebagai "Giant Pickerel", "Pickerel Rush" ataupun "Lance Leaved Pickerel". Berbanding dengan pickerelweed (Pontederia cordata), pickerel rush daunnya lebih besar tetapi bukan tumbuhan air yang boleh dimakan seperti pickerelweed. Jika dibandingkan warna bunganya juga berlainan boleh dibezakan di mana Pickerel Rush warnanya ungunya lebih cair ke arah lavendar atau mauve kebiruan dan pickerelweed warna bunganya ungu lebih gelap. Kedua-dua jenis bunga tumbuhan air ini juga menarik serangga untuk datang hisap madunya. Mata kuning dekat kelopak matanya itu menjadi tarikan penggemar madu. Misai bunganya yang panjang itu pun menarik.

  Untuk info lebih lanjut mengenai pickerelweed (Pontederia cordata) boleh refer ke posting lama (klik sini).
 Gambar di atas dan di bawah perenggan ini kelihatan perkembangan kudup bunganya membesar dan menggemuk. Daun giant pickerel rush berjalur-jalur dan lebih bentuk bulat lebar, berbeza dengan daun pickerelweed. Biasanya daun pickerelweed lebih digemari oleh serangga perosak berbanding dengan giant pickerelweed. Tambahan pula angsa-angsa tak pernah ganggu pokok giant pickerel kalau diberikan berjalan-jalan ke halaman depan. Kalau pickerelweed sekelip mata sahaja angsa-angsa tersebut meratah. Dari pemerhatian situ kita bolehlah buat assumption yang daun pickerelweed tu lebih edible dari giant pickerel.
  Sebut pasal Angsa, Syukur Alhamdulillah awal bulan Oktober ini, gabungan si Lady (Ibu) dan si Kuning (Bapa) berjaya dengan pengeraman semula jadi dari lima telur yang tinggal tak hilang darinya dua biji berjaya menetas. Telur angsa menetas dalam 28hari bermula dari pengeraman oleh si Ibu. Kali ini nampaknya si Lady dah lebih pandai, tak perlu Tukang Kebun guna pelbagai helah nak kena suruh dia mengeram telurnya sendiri. Nampaknya tempat si Lady suka mengeram telur menggunakan kandang 6.
 Suatu petang si Lady terus volunteer duduk mengeram telurnya sendiri tak perlu Tukang Kebun campur tangan. Tapi sekarang sudah merajuk tak berapa nak manja dengan anaknya sebab beberapa jam lepas menetas terus diambil anaknya. Walaupun sekali kala dipertemukan juga dengan anak-anaknya bermain di halaman depan. Terpaksa sebab takut kejadian berulang kena makan dengan mahkluk predator lain ataupun dipijak-pijak oleh angsa-angsa jantan yang lain. Moga dalam dua ekor anaknya semua berjaya membesar dengan baik dan ada betina. Memandangkan si Lady seekor je betina yang lagi 3 ekor tu Jantan. Beranak pinak banyak dulu Lady, InsyaAllah suatu hari nanti boleh membesarkan anak-anak sendiri. 
  Anak-anak angsa ini diberikan nama si Chuck dan si Wolf oleh adopted mother diorang iaitu adik  perempuan Tukang Kebun. Anak-anak angsa ini lebih manja dengan adik Tukang Kebun yang sedang tahun akhir pengajian farmasi di UiTM ulang-alik dari rumah sebab adik yang jaga dan sambut masa baru menetas. Memandangkan kami balik kampung di Sabah semasa telurnya menetas. Siap masuk dalam Google Calendar tu bila telurnya menetas as reminder mohon adik tolong tengokkan dah menetas ke belum. Kebetulan anak-anak angsa ini pun lahir sama hari dengan adik, the adopted mother. Manja dengan adik sebab dah imprinted dekat otak 2 ekor ini.
  Hujung minggu lepas, sambil-sambil mengemas pruning pokok-pokok sekitar pergola yang dah mula semak dan gelap ditemani oleh anak-anak angsa dan Rayyan. Syukur Alhamdulillah Isnin lepas setelah setahun bawa Rayyan check up keadaan kesihatan jantungnya tiada apa-apa masalah luar biasa. Jadi next appointment pun Oktober tahun depan, lepas setahun.
 Berbalik kepada kisah Giant Pickerel, sempatlah hujung minggu lepas Tukang kebun dengan suami kesayangan kemas beberapa tumbuhan-tumbuhan air yang dah padat sangat dalam pasu. Antara tumbuhan yang dikemas ialah si Giant Pickerel. Gambar di atas adalah Giant Pickerel yang bunganya satu persatu baru sahaja nak berkembang belum mula tunjukkan mata kuningnya itu.
 Gambar yang mengapit perenggan ini, baru kelihatan lebih terang warna dan bentuk bunganya berserta daunnya yang berjalur-jalur itu. Giant pickerel sukakan keadaan tempat yang banyak dapat cahaya matahari. Separa matahari juga boleh tapi bunganya tak semeriah dari yang mendapat cahaya yang banyak. Pokok tumbuhan air seperti Giant Pickerel ini tak perlu bekas air yang dalam. Asalkan jenis tanah yang bertakung air ataupun ditanam dalam bekas ada takungan air dan paras ketinggian air dari '0' hingga '30'cm sudah memadai dengan tanah yang ditanam pokoknya.
 Giant Pickerel boleh juga ditanam dengan pokok-pokok tumbuhan air cetek yang lain seperti pokok bunga air sagittaria. Ambil kesempatan nak maklumkan yang pokok bunga air sagittaria berbunga putih seperti di gambar bawah juga sudah ada stok kembali.

~ 1 bekas pokok bunga sagittaria RM7.00 ~

Info lanjut mengenai pokok bunga air sagittaria boleh rujuk ke posting sebelum ini (klik sini).
  Seperti pokok pickerelweed, pokok Giant pickerel juga berizom atau berubi besar. Yang hitam-hitam di atas tanah seperti gambar di bawah sebenarnya rizom giant pickerel. Jadi pokok pickerel giant ini sebenarnya pokok yang mudah untuk dijaga untuk gardener yang baru berjinak berkebun. Anak-anak pokok akan muncul keluar dari mata-mata tunas yang terletak di rizom. Pokok ini juga cepat membiak. Pernah masa musim kemarau terlupa nak tambah air sampai tanah belas atas pun dah kering kontang. Syukur Alhamdulillah bila diberikan air tumbuh semula kerana rizomnya bangun bertenaga semula mengeluarkan pucuk tunas semula.

~ 1 pot/rhizome Giant pickerel/ Pickerel Rush (Pontederia lanceolata)  RM10.00 ~

Yang berminat nak tengok koleksi lain keluarga Pontederia boleh juga intai page 'Pontederiaceae' Tumbuhan Air (klik sini).

Jumaat, 28 Ogos 2015

Pickerelweed Goreng Belacan

  Hujung minggu lepas, dalam hujan bergegas Tukang Kebun menuai apa bahan untuk masak yang dapat dicapai dari kebun untuk makanan tengahari kami sekeluarga. Bergegas tuai asparagus, beberapa tangkai daun kari dan daun pickerelweed. Dah lama nak mencuba rasa masak tumbuhan air exotic pickerelweed akhirnya tercapai juga Ahad lepas sebab hujan turun jadi tak lama dalam kebun.

Apakah dia tumbuhan air 'Pickerelweed'?

Boleh ulangkaji di archives nota tukang kebun label 'Pickerelweed' (klik sini).
 Tumbuhan air yang menghasikan bunga berwarna ungu ini boleh menjadi sumber makanan untuk dapur kita juga. Nak bela pun mudah sebab tak perlu siram sebab pokoknya boleh hidup dalam bekas yang bertakung air. Disebabkan daunnya boleh makan jadi ternakan pun suka juga makan (sekelip mata je boleh dikerjakan). Nasib baik walaupun pokoknya sudah menjadi botak, cepat sahaja ianya menghasilkan daun-daun yang baru.
   Pokok pickerelweed ini juga menghasilkan rizom/tuber di dalam tanah yang membuatkan tumbuhan ini menjadi lebih lasak. Pada musim kemarau, pokok yang terabai walaupun kelihatan tiada apa-apa yang tinggal tapi bila hujan basahkan rizom/tubernya akan hidupkan semula pokok menghasilkan pucuk-pucuk baru. Begitu mudah untuk tanam, tanam sahaja ubinya tidak perlu dalam setakat timbus dengan tanah , asalkan tak tercabut kemudian isi air dalam bekas.
  Ahad lepas cubalah petik daun-daun yang muda untuk masak style goreng belacan. Kena ambil yang jenis baby leaf, yang muda-muda kecil sebab ia mudah berserat apabila sudah mula membesar.
  Apabila sudah dimasak nampak macam kangkung sahaja batang-batangnya. Bolehlah dianggap macam kangkung bila keadaan ekonomi makin teruk, bolehlah alternative sumber makanan. Pickerelweed adalah tanaman air yang bukan sahaja sekadar menjadi hiasan tapi sumber makanan.

~ Pickerelweed (Pontederia cordata) ~
1 bekas RM10.00 .
  Sebab makan tengahari Ahad dah ada sayur dari kategori tumbuhan air, maka alang-alang main dish seperti ketam pula haiwan hidup dalam air. Mood rasa nak makan ketam goreng telur itik masin.
  Pickerelweed pun nama asalnya 'pickerel' adalah jenis ikan air tawar yang selalu dijumpai hidup bersamanya di tempat asalnya dan 'weed' kaitkan sifatnya yang sangat mudah tumbuh. Jadi jangan dibuang dalam parit takut jadi invasive, masa kemaskan jadikanlah ia sebagai bahan kompos.
  Ikan pickerel takde stok di rumah, jadi kami menggunakan ikan jenis guppy untuk hidup bersama-sama tumbuhan air dalam pasu untuk mengelakkan jentik-jentik. Selalu tugasan menangkap ikan guppy diberikan kepada Tukang Kebun kecil Ilhan Mikhail. Kemudian kami sama-sama ronda dalam kebun mencari bekas ada takungan air untuk diisi dengan ikan guppy.

Sabtu, 24 Januari 2015

January Purple Parade

  Minggu ini antara warna yang menceriakan Kebun Bahagia Bersama ialah bunga berwarna ungu. Pokok Garlic Vine yang ada setinggi lebih 4 meter berjurai-jurai bunganya meriah menghiasi pagar depan Kebun Bahagia Bersama.
 Pokok bunga keembung juga tak putus-putus berbunga ada banyak pengganti di Kebun Bahagia Bersama.
 Pokok keladi bunting juga seperti keembung rajin sungguh berbunga bulan ini wakil jenis waterplant.
  
 Bahagia hati tukang kebun bila Kak Ani kongsikan gambar pickerelweed yang ditanam di rumahnya di Kuala Pilah. Tumpang seronok tengok pembesaran pantas pickerelweed Kak Ani yang sudah berbunga-bunga. Kebun Bahagia Bersama pos ubi pickerelweed hujung bulan November 2014 dan belum sampai 2 bulan sudah bahagia pokoknya menetap di rumah baru.

Review pickerelweed dari Kak Ani : "Sangat cepat pembesarannya, mudah penjagaannya dan rajin berbunga".

Jumaat, 11 Julai 2014

Adik-Beradik Keladi Bunting

 Nampak serupa bila masa bunganya masih belum kembang semua tapi tak sama. Yang bertanda kuning di belah atas kelopaknya untuk menarik si lebah menghampirinya. Si lebah kan tertarik dengan warna yang terang-terang. Kedua-dua mereka adalah dalam keluarga yang sama iaitu 'Pontederiaceae' yang sangat mudah dijaga pada musim panas dan kering ini sebab tak perlu siram kerana mereka selesa duduk dalam air yang bertakung. Gambar di atas dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai 'Pickerelweed' manakala gambar di bawah dikenali dengan 'Water Hyacinth'.

Jenis-jenis tumbuhan dalam keluarga 'Pontederiaceae' boleh lawat tab pagenya (Klik sini). 

 Mari kita hayati nama dalam bahasa kebangsaan pula, yang atas adalah unik jadi belum lagi dijumpai namanya dalam bahasa kebangsaan, gambar di bawah pula sangat dikenali dengan 'Keladi Bunting'. Water Hyacinth tak pula menghasilkan ubi seperti ubi keladi tetapi rajin beranak-pinak, membunting sahaja sambil boleh terapung di atas air tanpa akarnya duduk dalam tanah. Manakala 'Pickerelweed' pula hidup tidak terhanyut sebab ianya berubi macam ada rizom atau tuber seperti ubi keladi jadi tidak ke mana-mana di air yang cetek dan mudah bunting juga keluar anak-anak di sisi ubinya. Jadi maka bolehlah gelarkan kedua-duanya 'Keladi Bunting'.

 Apa beza kedua mereka ini yang jelas dan nyata:
~ Struktur daunnya berbeza.
~ Apabila dilihat dalam gambar kudup bunga Pickerelweed kelihatan berbulu manakala Water Hyacinth tidak.
~ Saiz bunga juga amatlah berbeza
~ Daun Pickerelweed boleh dimakan maka Water Hyacinth tidak
~ Biji benih Pickerelweed yang seperti kacang boleh dimasak atau dipanggang untuk dimakan manakala Water Hyacinth tidak.

Info mengenai Pickerelweed (klik sini).
Info mengenai Water Hyacinth (klik sini).

 Teringat pula cerita kanak-kanak dulu bila tengok katak ni duduk atas daun Water poppy. Ringan betul ya katak, tak tenggelam langsung daun water poppy ke dalam. Bulan puasa ni panas-panas main air je lah kan.
 Katak oh Katak, kenapa engkau tak panggil hujan, 
 Macam mana aku nak panggil,
 Rumput panjang sangat,
 Rumput panjang sangat.

 Rumput dah kena potonglah walaupun kerbau tak makan, pendek benar rumputnya sekarang.

Isnin, 24 Mac 2014

Radar Hujan Si Tukang Kebun

 Masuk minggu ini yang mula merungsingkan Tukang Kebun adalah "Adakah hujan akan membasahi Kebun Bahagia Bersama minggu ini?" Memandangkan hujan baru-baru ini adalah bukan secara 'semulajadi' kena 'Induce'. Tambahan pula beberapa biji benih yang disemai minggu lepas sudah pun muncul dan memandangkan kami hanya weekend gardener akan tertanya-tanya nasib anak-anak baru di kebun yang baru timbul. Hujung minggu lepas cuaca panas terik kembali dan tiada titisan hujan di KBB. Lega apabila pagi ini keluar dari rumah ternampak banyak bunga mekar 'Pigeon Orkid' di atas pokok mangga hari ini. Bila tukang kebun pandang langit cuaca panas sejak awal pagi dan tiada pun awan cerah benderang. Tetapi disebabkan keliling Kebun Bahagia Bersama tiba-tiba hari ini menjelma Si 'Pigeon Orkid' di pelbagai lokasi dan semerbaknya boleh tahan, tukang kebun yakin hujan akan melawat Kebun Bahagia Bersama minggu ini. Rasanya hujan lebat yang akan datang ni, tengok gaya meriah Si Pigeon Orkid kembang. Pigeon Orkid adalah antara radar hujan yang memberikan maklumat hujan akan ada kepada tukang-tukang kebun di kebun sendiri yang telah dibincang di posting lepas (klik sini).
 Tiba-tiba hari ni banyak kembangan Pigeon Orkid yang bergayut di atas pokok mangga. Pergi ke arah nak kasi makan binatang perliharaan jenis avian di belakang pun yang bergayut di atas pokok pinang juga meriah Pigeon Orkid berbunga.
 Selepas sidai baju di ampaian pergi ke pagar depan nak keluar buang sampah pun yang bergayut di Pokok Bunga Susun Kelapa juga meriah berbunga.
 Pokok Bunga Susun Kelapa juga sepanjang musim kemarau tidak putus-putus memberikan bunga menyerikan laman. Jadi Double Happiness hari ini di atas pokoknya ada bunga di area bawah juga berbunga.
 Dekat lagi dengan pagar depan, Pigeon Orkid yang bergayut di atas pokok belimbing buloh yang berbuah tempoh hari (klik sini) juga mekar berbunga.
 Di atas pokok kemboja Bali Kuning picotee white juga baru tukang kebun perasan ada Pigeon Orkid juga berbunga kembang hari ini apabila pulang dari menghantar pesanan-pesanan untuk gardeners lain petang tadi (Transaction yang complete semalam sudah dipos).
 Pokok Pigeon Orkid tidak perlu tanam dengan pasu. Boleh sahaja ikat akarnya di dahan-dahan pokok lain seperti contoh-contoh pokok yang telah ditunjukkan di atas.
 Batch anak-anak pokok Pigeon Orkid yang tukang kebun ikat di ranting-ranting pokok lain tanpa disedari yang pokoknya dah membesar boleh hasilkan bunga dah hari ini. Seronok tengok hasil saja cuba-cuba seronok syok sendiri dah mekar hari ini.
 Awal tahun ini, ada juga yang telah diikat sana sini pakai kitar semula ribbon ataupun kain perca. Yang belum ada dan berminat nak buat trial tanam pokok pigeon orkid di atas pokok boleh juga dapatkan di Kebun Bahagia Bersama. Tanam atas pokok tidak pakai ruang. Bila kembang baunya pun harum.

~ 1 Bare-Rooted Pigeon Orchid for RM8.00 (hantar pesanan kepada email kebunkmg@gmail.com)~
 Hari ini tiba-tiba warna bunga kembang putih mekar dominasi di Kebun Bahagia Bersama. Antaranya:

 Yang menjadi kegemaran pelbagai serangga adalah Bunga Sakura Putih atau ShiroHanaSakuraTade. Siapa boleh nampak dalam gambar di bawah sekurang-kurangnya ada 3 jenis serangga melepak atas bunga sakura putih ini.
 Bunga Kidneyleaf Mudplantain juga sangat meriah berbunga hari ini.
 Tumbuhan air je lah tukang kebun rajin nak dekat sebab rasa cooling sikit berbanding dengan lokasi lain. Main-main air.

Sabtu, 8 Februari 2014

Pickerelweed (Pontederia cordata)

 Pokok pickerelweed ini kalau diberikan tanah yang lembap atau air yang bertakung dengan tanah tidak melebihi aras 1 kaki boleh hidup dengan mudah. Suka air yang cetek kurang 1 kaki dalam dan perlukan cahaya matahari. Apa yang menarik mengenai tumbuhan air pickerelweed ini ialah tumbuhan edible boleh makan buat sayur atau salad. Tambahan lagi, bunganya bukan kembang serentak sehari seperti ahli tumbuhan air Pontederiaceae yang lain yang dibekalkan oleh Kebun Bahagia Bersama untuk setakat ini. Bolehlah enjoy tengok bunganya kembang beberapa hari. Sebagai contoh, gambar di atas di mana ada bud bunga di bahagian atas masih belum kembang. Pickerelweed berasal dari benua Amerika. Kalau di kawasan asalnya pickerelweed ni bolehlah dianggap sebagai sayur kampung atau foraging food. Macam orang kitalah bila stok sayur tak de bolehlah mencari sayur apa yang ada macam pucuk ubi kayu ke, bunga betik ke, pucuk daun asam gelugor ke, pucuk gajus ke di kebun untuk menjadikan sumber makanan. Dikatakan rusa liar suka makan daun pickerelweed. Macam FebbieKU pun suka je ni, bahaya gak bila leher dia makin panjang nak kena letak jaring untuk original plant bila dibawa main ke frontyard. Untuk dikongsikan, sedangkan daun-daun pokok waterlily tukang kebun pun selalu ditogelkan oleh angsa-angsa KBB bila tuannya balik bawa masuk ke frontyard konon-kononnya nak kasi makan rumput. Bukan rumput yang rakus dimakan, waterlily/tumbuhan air tukang kebun yang togel. Nasib baiklah kalau yang waterlily togel pun tak pe lagi sebab rizomnya dah besar nanti tumbuh daun baru. 
 Daun muda pickerelweed yang masih bergulung boleh dimakan mentah dibuat ulamlah kalau orang kita, orang putih buat salad. Batang dan sayurnya boleh masak dibuat sup, masak lemak cili api, tumis berlada, tumis belacan, tumis bawang dan macam-macam ikut creativity chef di dapur. Kalau orang putih boleh ikut style macam masak spinach. Seeds atau biji benihnya yang dah matang boleh makan mentah atau masak macam nasi. Orang kata sedap snacking seeds dia ada rasa kacang-kacang buat roasted seeds pun enak persediaan tengok World Cup nanti. 
 Pickerelweed dinamakan sempena ikan pickerel yang hidup selalu bersama-samanya, weed tu biasalah rumpai dah senang sangat tumbuh. Manakala nama botani 'cordata' pula diberikan kerana daunnya yang berbentuk 'heart'. Untuk mereka yang selalu outstation dan nak ada tumbuhan edible di kebun, eloklah tanam pickerelweed tak perlu siram, pastikan sahaja sebelum bertolak air banyak dalam bekas InsyaAllah seminggu~dua lebih balik dari outstation masih segar bugar lagi tak perlu risau selagi air dalam bekas ada. Tak perlu nak cari bekas canggih-canggih pun pakai je besen besar buat basuh baju untuk sementara waktu bela di kebun. Bila dah ada modal bolehlah cari bekas yang berkenan dengan hati. Sesuai juga bela di edible balcony garden. Tukang kebun suka selit-selit tumbuhan air di merata-rata dalam KBB sebab nak bagi rasa cooling effect di sekitarnya. Syukur Alhamdulillah, untuk memastikan dalam bekas tumbuhan air sentiasa ada ikan guppy sudah boleh tukang kebun delegate task tersebut kepada tukang kebun Ilhan untuk membantu bagi memastikan tiada jentik-jentik yang bermaharajalela. Tukang kebun Ilhan lebih tangkas menangkap ikan guppy dari main source dari tukang kebun.

~ Pickerelweed (Pontederia cordata) ~

1 moist pot with plant for RM10.00 .

Pilihan jenis-jenis tumbuhan air dari keluarga 'Pontederiaceae' boleh lawat page-nya (klik sini) .