Bulan Ramadhan dah berlalu, bulan Syawal pun dah nak habis...dah lama terbiar pula Blog Kebun Bahagia Bersama ni kan. Lagi 3 hari nak masuk Ramadhan lalu sempat juga kami sekeluarga sertai fun run di MAEPS Serdang. Quodtro Run ini ada 4 siri kiranya yang 12hb Mei 2018 ini siri pertama dan temanya adalah Sensation of Color.
Memandangkan kita pun jadi warna warni nanti, kami sekeluarga berpakat pakai baju yang dah lusuh atau dah tak berapa berseri lagi bertompok dengan kotoran degil. Organizer syorkan pakai baju warna putih untuk lebih bermakna. Yuran penyertaan hanya untuk orang dewasa sahaja, jadi anak-anak percuma. Ada harga promosi untuk berpasangan. Kalau tak nak pedih mata baik pakai goggles atau cermin mata.
Ini kali pertama kami sertai acara berlari pada waktu malam. Lagipun sebelum kami tiba di sini hujan turun agak lebat. Syukur Alhamdulillah hujan berhenti bila kami sampai tempat permulaan acara. Enjoy jugalah lari pada waktu malam sebab tak panas. Ada juga beberapa food truck untuk isi perut dulu sementara tunggu acara bermula. Surau pun ada bagi menunaikan ibadah wajib.
Sementara tunggu acara larian bermula pada pukul 8:30 malam. Ada juga beberapa hiburan disediakan untuk anak-anak bermain secara percuma. Senaman ringan seperti zumba untuk panaskan badan dahulu sebelum mula berlari.
Acara bermula dengan tembakan serbuk-serbuk warna. Rayyan je yang matanya termasuk pula serbuk warna ni jadi dia agak kurang selesa semasa permulaan larian. Adik beradik Rayyan yang lain seronok suka fun run ni cuma Rayyan je yang dah trauma sikit tak berapa gemar sebab serbuk warna termasuk mata.
Hujung tahun ni ada MAHA fair lagi di MAEPS rasanya. Kami yang berlari di dalam MAEPS ni dah sempat pusing laluan trek MAHA ni.
Antara yang berkesempatan dapat cuci mata pada malam tersebut ialah teratai putih kembang malam di dalam tasik. Lepas larian comot habis anak-anak. Kali ini takde dah sesi Mama kejar Abby hehehe Abby pula kena kejar Mama. Papa Abby kena teman Abby sementara Mama cuba habiskan trail 5km. Kali ini 5km dapat dekat sejam. Siri kedua untuk Quadtro Run adalah pada 8hb September 2018 dengan bertemakan Sensation of Music di Sepang International Circuit bagi yang berminat (more info click here).
Gardeners yang tiada ruang untuk bela pokok bunga teratai yang besar-besar, boleh bela bunga comel warna putih tanaman air Kidneyleaf Mudplantain. Di balcony juga boleh bela ni. Musim hujan yang banyak tahun ini Syukur Alhamdulillah muncul semula tanaman ini setelah lama menghilangkan diri sebab lupa nak top air terbiar lama dalam pasu yang kering. Nasib baik hasil biji benihnya yang mendap dalam tanah secara semula jadi biak dengan meriah semula. Cute Container Garden Waterplant.
More info on Kidneyleaf Mudplantain (CLICK HERE).
~ 2 moist bare-rooted Kidneyleaf Mudplantain plants RM10 ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan