No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Kedondong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kedondong. Papar semua catatan

Sabtu, 11 Julai 2020

Cuba Pertama Kali Pajeri Kedondong


Syukur Alhamdulillah musim kawalan pergerakkan Covid-19 rezeki buah kedondong tak putus-putus pula di Teratak Kiulu Lodge.  Terpaksalah memikirkan selain dari nak preserve dengan cara jeruk boleh preserve macam mana pula. Dengan bantuan YouTube terjumpalah resepi pajeri kedondong terasa teruja nak cuba. Pajeri Kedondong ni pun boleh tahan lama jika disimpan dengan baik di dalam peti ais, jika dipanaskan semula pun makin sedap rasanya. Kekadang ada sahaja hari yang tak sempat nak masak, bolehlah keluarkan lauk lebihan yang ada standby dalam peti ais untuk dipanaskan.

Video di bawah ni kenangan percubaan Tukang Kebun pertama kali cuba buat pajeri kedondong:



Bila mood malas masak untuk makan tengahari dan rasa-rasa macam belah petang nak hujan, biasanya Tukang Kebun masak sup tulang je. Sup tulang kan dah sediakan bahan masuk-masukkan bahan aje lepas tu biarkan sehingga daging di tulang tu sudah empuk. Sementara nak tunggu daging empuk boleh buat kerja lain. Kebetulan sambil ambil buah kedondong ada ternampak pokok-pokok mulberry yang ada daun pucuk muda kita petiklah sekali. Dah sup tulang hampir nak siap, cuci daun pucuk mulberry dan masukkan ke dalam sup. 

Macam video di bawah ini sambil masak sup tulang, ronda-ronda kebun.



Jika ada berminat untuk tanam pokok mulberry, Kebun Bahagia Bersama ada bekalkan keratan segar buah mulberry merah dan buah mulberry putih. Jika nak masuk sup, pucuk daun buah mulberry putih lagi enak ya. Yang pucuk daun buah mulberry merah juga boleh buat masakan seperti video di atas.

7 keratan buah mulberry merah RM10.00 .
4 keratan buah mulberry putih RM15.00  .
6 biji buah kelapa tua RM10.00 (self-collect only) .
5 biji kukur buah kelapa tua (fresh baru diparut) RM10.00 (self-collect only) .
1 beg tanah bakar RM5.00 (self-collect only).

Ahad (12/07/2020), Sabtu (18/07/2020), Ahad (19/07/2020) boleh self-collect pesanan di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor.

Penghantaran di area Bukit Jelutong, Shah Alam pada hari Isnin hingga Jumaat (13/07/2020 ~ 17/07/2020) untuk pesanan lebih dari RM50.00 .

Pesanan boleh wassup message (019-293-1340) .

Sabtu, 30 Mei 2020

Krup Krap Krup Krap Jeruk Kedondong Asam Boi

Hari akhir bulan Ramadhan tahun ni tak berapa sibuk nak siapkan juadah. Maklumlah Aidilfitri kali ni berbeza dari yang kebiasaannya. Tak perlu masak banyak sebab rumah tak open house dan tetamu tiada dijemput hanya ahli keluarga sahaja. Lagipun hari Jumaat dah hampir semua hidangan utama selesai buat dan testing masa berbuka puasa. Sehari sebelum Syawal tiba kali ni agak santai, boleh meronda-ronda di kebun tuan Teratak Kiulu Lodge. 

 Tahun ni kami beraya di Sabah sebab PKP kan bermula masa cuti sekolah. Kebetulan semasa last weekend sebelum partial lockdown di Malaysia bermula pada 18hb Mac 2020, ahli-ahli Kebun Bahagia Bersama sertai kali ketiga acara larian Borneo Ultra Trail Marathon 2020 yang bermula di Kiulu. Papa Abby dan Ilhan Mikhail tahun ni join larian 30km dan yang lain2 cuma 9km sahaja. 

Yang tak disangka Nenek Abby masuk top 3 untuk kategori wanita veteran 9 km...hehehe... Yang anak dan cucu pun tak pernah merasa. Nenek Abby pun dah lebih 60 tahun. Tukang Kebun pun sebenarnya tak terkejar dengan pace Nenek Abby. Walaupun banyak acara larian tahun ni terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan tapi yang Borneo Ultra Trail Marathon 2020 sempat dilangsungkan sebelum ada arahan jelas  yang acara ramai tidak boleh dilangsungkan. Walaupun begitu organiser dah standby dengan SOP ada hand sanitizer dan lain-lain. Sebab penganjur BUTM ni pun kebanyakkannya ada dari background asalnya ahli perubatan. Semasa PKP ni ada 2 larian yang sudah kami daftar telah ditangguhkan. 
Sehari sebelum Syawal ronda-ronda Kebun di Teratak Kiulu Lodge nampak meriah buah kedondong. Kebetulan ada bawa stok asam boi boleh lah buat jeruk kedondong asam boi. Sambil berborak dengan sanak saudara menerusi lawatan raya wassup video sedap snacking makan jeruk kedondong asam boi. 

Nampaknya tak boleh selalu Tukang Kebun buat stok jeruk kedondong asam boi ni sebab atuk Abby asyik menghirup air jeruk nya . Atuk Abby berebut air jeruk kedondong asam boi dengan cucunya Abby, siap tuang air jeruk masuk dalam cawan minum gitu. Bersilih ganti nenek Abby dan Tukang Kebun tegur jangan makan banyak sangat jeruk ni lebih-lebih lagi minum air jeruk. Dua bekas air jeruk atuk minum lepas isi jeruk dah habis.

VIDEO YouTube link di bawah berkenaan dari proses petik buah kedondong hingga selesai buat jeruk kedondong asam boi yang rakamannya di Teratak Kiulu Lodge :

https://youtu.be/JUcLx7ZJbp0





SELAMAT HARI KAAMATAN - HAPPY HARVEST FESTIVAL. 

KOTOBIAN TADAU TAGAZO KAAMATAN.