Rasanya sudah hampir 10 tahun, tukang kebun tak pernah pergi ke Sunway Pyramid. Macam rusa masuk kampung terkejut tengok perubahan di sekitar kawasan Sunway. Padahal dari kebun dengan traffik biasa 20minit boleh sampai. Sempatlah nak tengok perhiasaan untuk sambutan Tahun Baru Cina yang masih ada lagi.
Tiba-tiba bila tengok settings itu, terlintas di kepala kalau ada jambatan macam ini di belakang kolam kebun tempat angsa bermandi-manda menarik juga. Kolam di belakang nothing special digali dengan digger begitu sahaja. Kalau musim kering, keringlah kolam jadi tempat pembakaran buangan kebun macam pelepah atau sabut. Tapi kalau ada jambatan nampak menarik sikit dan kalau musim kering boleh cuba tanam pokok memanjat di bawah macam bunga telang ke atau lain-lain pokok yang suka kawasan bertakung. Kebun kami bekas tanah sawah jadi tanahnya berair di bawah tidak perlu gali dalam kalau nak buat perigi. Dulu masa kecik musim kering kalau gali pun dalam ketulan tanah jumpa belut.
Nak simpan angan-angan ini dahulu .... kena kumpul material re-cycle.
Weekend ni tukang kebun dekat Port Dickson, InsyaAllah esok tukang kebun balas komen dan email.
