No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label AIR TERJUN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AIR TERJUN. Papar semua catatan

Ahad, 18 Oktober 2020

Air Terjun Fukuroda, Ibaraki

 Semasa Jalan Jalan Jepun 2019 setelah selesai urusan kerja di Tokyo, ada saki baki 3 hari lagi boleh bersiar-siar di Jepun sementara tunggu penerbangan kembali ke tanahair. Bagi manfaat masa tu, kami cadang jalan-jalan negeri yang tak jauh dari Lapangan Terbang Narita yang berada di dalam negeri Chiba. Kami ambil keputusan untuk pusing dalam kawasan sekitar Kanto yang termasuk Tokyo dan 6 negeri lain iaitu Kanagawa, Gunma, Saitama, Tochigi, Ibaraki dan Chiba. Kali ini Jalan Jalan Jepun 2019 dalam kawasan Kanto tak jejak negeri Gunma sahaja yang lain ada kami rentas. Negeri Kanagawa hari pertama lagi kami singgah melancong sebaik mendarat di Lapangan Terbang Narita. 
  
  Sebaik keluar dari Tokyo dengan kereta sewa Mazda Demio kami merentas negeri Saitama dahulu. Mula-mula ingat nak singgah melancong negeri Saitama tapi bila tengok internery macam jarak detour tak berbaloi kerana tarikan utama nak singgah ialah kawasan Nikko di bahagian Tasik Chuzenji (related posting klik sini) yang kemudiannya berhenti menginap di resort penginapan hot spring, Yunishigawa (related posting klik sini) yang kedua-duanya masih dalam negeri Tochigi. 
Keesokkan harinya kami bergerak merentas negeri Ibaraki pula nak melawat air terjun Fukuroda. Hari ini lawat air terjun Fukuroda yang semalam pula melawat air terjun Kegon (related posting klik sini). Di Jepun mereka suka bagi ranking 3 TOP....apa-apa. Kalau Top 3 air terjun paling popular di Jepun adalah air terjun Kegon di negeri Tochigi, air terjun Nachi di negeri Wakayama dan air terjun Fukuroda di negeri Ibaraki. Macam tema air terjun pula Jalan Jalan Jepun 2019 , cuma kali ini air terjun Nachi tidak dilawati sebab terletak jauh dari perancangan kali ini.
Air sungai yang mengalir dari air terjun Fukuroda sangat jernih airnya walaupun cetek kita boleh lihat bayangan hiasan koi nobori yang tergantung banyak sepanjang sungai ini bersebelahan tempat letak kereta dan deretan kedai-kedai menjual cenderahati. Berdekatan dengan air terjun Ibaraki ada juga kebun teh kecil di lereng bukit ini bersebelahan sebuah kuil jika ada yang teringin nak lihat lebih dekat pokok-pokok teh di Jepun. Tetapi tidaklah seperti di negeri Shizuoka yang memang pengeluar besar teh di Jepun dengan pemandangan luas kebun teh nampak macam sawah padi pula dari jauh (related posting klik sini).
Jika diikutkan gambar yang diambil dalam papan tanda ini di sekitar kawasan Fukuroda pada musim sejuk di antara musim luruh dan musim sejuk mereka adalah tempat menghasilkan buah epal dan dari cara ikan tu naik lawan arus mungkin banyak ikan salmon untuk dipancing pada musim sejuk. Masa musim luruh macam sangat indah tempat ini dengan daun warna musim luruh yang bagi gambaran pemandangan bukit bukau kemerahan dan kekuningan.
Bagi melihat air terjun Fukuroda dengan lebih dekat dan dari paras tinggi yang berlainan kita akan melalui terowong. Siap ada lif lagi dalam terowong ini. Ada caj bayaran masuk untuk melawat air terjun Fukuroda ini.
Salah satu cara untuk menaikkan tarikan air terjun Fukuroda dari pelancong bukan sahaja dari tempatan tapi dari antarabangsa, ada yang kata ada love power spot di sini. Nak tarik orang-orang muda couple datang driving dating melawat sini.
Air terjun Fukuroda ini empat tingkat. Semasa kami lawat sini airnya tidaklah berapa banyak mengalir dan masih terdapat ketulan ais batu di beberapa tempat. Jika musim sejuk memang air akan membeku dan ada aktiviti mendaki air terjun ini panjat ais batu menggunakan peralatan yang memastikan keselamatan pendaki seperti ala-ala rock climbing bagi yang meminati aktiviti lasak.
Bagi menaikkan tarikan air terjun Fukuroda yang sekaligus menaikkan sumber pendapatan dari sektor pelancongan untuk penduduk sini, pembikinan lift tu yang memainkan peranan penting dalam menarik pelancong-pelancong ke sini. Bukan banyak tempat ya yang di kawasan air terjun di Jepun ada lift nak tengok dekat-dekat. Biasanya air terjun yang dalam kategori top 3 ni je ada lift. Tempat masuk dan tempat keluar dari tempat platform melihat air terjun berbeza. Bila nak balik kita akan exit melalui jambatan gantung. 
Pada hujung bulan Mac 2019, pokok-pokok bunga sakura dah mula berkembang di kawasan air terjun Fukuroda, Ibaraki.
Ada pelbagai warna bunga cherry blosson yang dapat diamati seperti warna merah jambu dan juga warna putih.
Tempat letak kereta awam yang di bawah pentadbiran air terjun Fukuroda kena jalan ada lebih 500 meter jaraknya yang tidak perlu dibayar. Ada juga disediakan kemudahan tandas awam di situ. Tempat letak kereta yang berada dekat dengan pintu masuk air terjun Fukuroda ada juga tapi di situ kena bayar dalam lingkungan 500 ke 1000 Japanese Yen.
Di antara perjalanan dari tempat letak kereta awam percuma hingga ke pintu masuk air terjun Fukuroda terdapat beberapa kedai menarik juga dan restoran. Ada satu restoran ini terdapat pelbagai patung dan haiwan awet yang dihiasi di depan kedai yang menarik perhatian anak-anak lelaki. Nasib baik anak-anak lelaki ini tak pandai baca bahasa Jepun lagi, kedai yang diorang khusyuk tengok perhiasan di luar tu adalah restoran makanan yang menjual daging exotic atau wild game seperti rusa/kijang, babi hutan, dan lain-lain. Ada juga yang menyediakan sajian makanan tumbuhan yang dipetik dari hutan. Selain dari itu ada restoran-restoran lain yang menyajikan mee soba.
Hiasan di atas kedai di gambar atas ini kalau malam-malam mengerikan macam rumah hantu pula. Hiasan di bawah ini kalau buat background atau template macam photobook atau powerpoint slide menarik pula bagi Tukang Kebun.
STAY SAFE.

Khamis, 8 Oktober 2020

Air Terjun Pliva, Jajce, Bosnia I Herzegovina

Di kawasan Bosnia, air terjun yang popular untuk dilawati oleh orang tempatan pada musim panas adalah air terjun Pliva di Jajce, manakala di kawasan Herzegovina pula adalah air terjun Kravice (related posting klik sini). Syukur Alhamdulillah sebelum kami berangkat pulang ke tanahair setelah selesai langsai kerja hakiki di Bosnia I Herzegovina sempatlah kami melawat air terjun indah di Jajce ini. Keunikan air terjun ini adalah ianya mengalir di tempat di mana sebuah pekan berkembang atau asas penempatan awal telah dibangunkan di kawasan ini sebelum zaman middle ages lagi menjadikan asas tamadun warisan budaya di kawasan ini.
Kawasan pekan berdekatan air terjun Pliva ini iaitu pekan Jajce sebenarnya adalah kawasan istana dan linkungan kubu zaman Medieval atau Middle Ages. Di sini kita boleh lihat penempatan baru blend bersama tembok bangunan peninggalan bandar purba semasa zaman Medieval ketika Bosnia Kingdom sebelum kedatangan penaklukan empayar Turki Ottoman.
Di kawasan bahagian bawah aliran air terjun ini ada platform di mana pelancong boleh rasa percikan air dari air terjun yang sedang dalam senarai tentatif untuk gazzette sebagai UNESCO World Heritage Site. Salah satu keunikan air terjun ini ialah ianya terbentuk dari aliran dua batang sungai iaitu pertembungan Sungai Pliva dan Sungai Vrbas.
Walaupun tempat ini lebih popular dilawati ketika musim panas kerana pelancong tempatan mencari tempat yang kurang panas untuk menikmati aktiviti air pada musim panas, pemandangan sekitar air terjun ini ketika awal musim luruh pun sangat indah bagi pelancong yang berasal bukan dari cuaca 4 musim seperti Tukang Kebun ini.
Sambil berjalan kaki menurun ke kawasan platform air terjun Pliva ini, ada beberapa tempat untuk ambil nafas berehat sambil menikmati pemandangan yang indah pada musim luruh.
Semasa Tukang Kebun lawat Air Terjun Pliva ini ada juga beberapa keluarga pelancong bangsa Arab yang melancong di sini. Menurut guide kami, ramai pelancong bangsa Arab suka datang kawasan ini dengan kereta sewa.
Lawatan kami ke Air Terjun Pliva ketika itu kedatangan pelancong tidak beberapa ramai jadi selesa dan tenang menikmati keindahan sekitar air terjun ini. Kuat juga percikan air terjun ini boleh basah jugalah baju jika berada berdekatannya lama.

Sabtu, 3 Oktober 2020

Alibaba Waterfall Fish Spa


Tukang Kebun dah lama nak kembara dalam kawasan Lembah Danum. Syukur Alhamdulillah berkesempatan kami Sekeluarga hujung bulan November 2019 untuk melawat kawasan Kawag, Lembah Danum di Lahad Datu. Salah satu tarikan di Lembah Danum adalah melawat air terjun yang diberikan nama Alibaba. 
Air Terjun Alibaba ini tidak dalam air nya jadi sesuai untuk kanak-kanak kecil bermain. Sebelum ini kami pernah melawat kawasan konservasi hutan di Lahad Datu iaitu Tabin Wildlife Resort yang tempat badak sumbu Sumatra Sabah terakhir diletakkan dahulu yang air terjun di sana dipanggil Air Terjun Lipad Berkembar (related posting klik sini). Air Terjun Lipad Berkembar di Tabin dalam airnya jadi Abby ketika itu main di siring-siring sahaja. Kasih seorang abang dipimpin adiknya enjoy sekali naik air terjun yang di level atas juga ada seperti terbentuk kolam untuk berendam. 
Selain dari mandi - manda tarikan sebenar air terjun Alibaba di kawasan Kawag ini adalah ikan-ikan yang datang jinak mengerumun kaki kikis kulit lama kita menjadikan air terjun ini natural fish spa. Yang bahagian kolam bertakung atas ikan dia kecil sikit jadi hisapannya tak kuat. 
Nampak sangat kaki siapa yang banyak sel kulit  kaki mati kan, papa Abby. Kaki budak-budak tak de pula ikan-ikan ni pergi sangat, pandai ikan-ikan ni cari pemilik kaki yang paling kena berus. Pertama kali dan kali terakhir Tukang Kebun cuba fish spa di kedai ialah semasa bawa anak-anak pertama kali ke Langkawi pada tahun 2014 (related posting klik sini). Bagi Tukang Kebun semasa trip di Kawag, Lembah Danum ini adalah salah satu pengalaman yang menyeronokkan dalam hutan ada natural fish spa bantu kasi haluskan kulit kaki semula. Kalau fish spa di shopping complex harganya memang fikir terlalu banyak kali. 
Features aliran sungai di air terjun Alibaba, Kawag dan air terjun kembar Lipad, Tabin lebih kurang sama cuma air terjun Alibaba Batu tak tajam tak sakit kaki nak Jalan. 
Sebelum sampai ke air terjun Alibaba kami jungle trekking dan menemui pelbagai jenis flora yang menarik. Ada pokok liposuk sedang berbuah lebat, tapau sikit ole-ole bawa balik. Pelbagai jenis Kulat bentuk menarik salah satu versi keluarga Bunga Rafflesia yang kecil seperti gambar di atas menurut guide. 



Selasa, 22 September 2020

Perjalanan ke kawasan Tasik Chuzenji

Selepas selesai amanah kerja di Shinjuku, Tokyo bolehlah teruskan saki baki hari cuti yang Tukang Kebun ambil peluang melawat kawasan di luar Tokyo pula. Hujung bulan March tahun 2019 dah mula musim peak mekarnya bunga sakura. Di dalam kereta sewa sepanjang perjalanan dalam Tokyo boleh kelihatan pokok-pokok sakura penuh bunga sakura sedang mekar di tebing sungai yang menyusuri Tokyo. 
Destinasi pertama kali ini keluar dari bandar Tokyo ialah ke negeri Tochigi melawati kawasan Nikko yang sememangnya sangat popular sebagai destinasi pelancong dalam negeri dan luar negara di Jepun ini. Ini adalah kali kedua anak-anak pergi ke kawasan Nikko ni, kali pertama semasa tahun 2017 pada musim luruh (related posting klik sini). Memang cantik kawasan ini pada musim luruh, memang ramai orang Jepun pun akan berduyun-duyun bercuti di kawasan Nikko pada musim luruh dengan pertukaran daun dari hijau ke kemerahan dan kekuningan mencantikkan keindahan alam semula jadi. Kawasan yang akan jadi jem masa musim luruh terutamanya pada hari cuti am dan hari minggu penuh dengan kenderaan ialah di Jalan Irohazaka. Jalan Irohazaka dalam kawasan lembah gunung ini juga merupakan kegemaran orang berlumba kereta sebab banyak selekoh tajam seperti yang digambarkan di skrin car navigation gambar di atas. Kawasan terkenal Initial-D lah, papa Abby pun feeling bawa kereta macam dalam Initial D, mama jeling-jeling lah mata sekali kala dekat dashboard. Irohazaka Winding Road ini jalan sehala sahaja.
Ketika kami ke sini baru nak musim bunga, kenderaan pun tidak banyak di sini. Pokok-pokok pun masih kering lagi belum tumbuh daun. Jika di kawasan pergunungan lambat panas walaupun di Tokyo pokok sakura dah mula kembang mekar, di Nikko belum lagi musim sakura dan masih sejuk lagi.
Berhenti seketika di tepi jalan supaya papa boleh streching kaki dan menikmati pemandangan di ketinggian paras laut 1173 meter ini.
Hmmmm....yang 3 kanak-kanak riang ni tak pandai lagi nak lompat tinggi kena kasi training ni. Jalan Irohazaka ini adalah di dalam kawasan Nikko National Park.
Selain dari menikmati pemandangan indah semulajadi di kawasan ini pada musim luruh, ada satu air terjun yang sangat popular di sini iaitu Air Terjun Kegon. Siap ada lif lagi kalau sesiapa nak tengok dengan lebih dekat di bahagian bawah. Kalau naik lif kena bayar, selain dari itu free lah jika tengok dari platform lain yang disediakan.
Kawasan ini masih sejuklah lagi sebab di bawah air terjun Kegon ini airnya masih beku banyak lagi. Kawasan ini memang hot tourist spot masa musim luruh. Dari carpark ke sini tak jauh pun berjalan kalau musim bukan peak tourist season. Air terjun Kegon ini pemandangan sekitar dia berubah-ubah mengikut peredaran pertukaran musim. Air terjun Kegon ini memang dalam kebiasaan di Jepun termasuk dalam senarai Top 3 air terjun paling popular di Jepun lah.
Di kawasan Nikko ni sememangnya terkenal dengan makanan yang diperbuat dari kacang soya iaitu Yuba. Belilah sikit yang deep fried tofu skin yang disaluti breadcrumbs. Rayyan suka juga makannya. Eh baru perasan si Rayyan ni bawa teddy baru dia berjalan-jalan keluar sekali ke time ni. Nak sangat Teddy Bear ni masa di Nippori, Tokyo tak nak bergerak keluar, terpaksalah papa top up belikan sebab duit pocket Rayyan dah tak cukup. Kali ni Rayyan bawa teddy bear jalan-jalan pula, biasanya ada tu benda dia bawa di tangan kekadang Tukang Kebun pun tak perasan mana dia sisip.
Selepas melawat Kegon fall, kami singgah menikmati pemandangan di Tasik Chuzenji. Semasa musim panas di Tasik Chuzenji ni ramailah buat aktiviti main bot. Musim sejuk ni yang tahan angin sejuk saja lah sanggup.
Pelancong pun tidak ramai masa musim ini, kami singgah picnic makan tengahari di sini dengan bentou makanan yang kami singgah beli di perhentian R&R highway. Tujuan asal berhenti R&R nak pergi tandas, tapi nampak sedap pula tengok rice ball vegetarian yang dijual di situ. Budget juga beli bentou dari nak mencari kemudian restoran yang for sure tak banyak pilihan dibuka kalau bukan musim peak pelancong datang kalau kawasan di sini masa musim sejuk ni. 
Selepas dah isi perut sambil menikmati pemandangan Tasik Chuzenji kami bergerak pula untuk melawat air terjun Ryuzu (related posting klik sini). Semasa pusing-pusing menurun Jalan Irohazaka ada patung dewa Jepun yang jenis Tengu diletak di atas lereng batu dengan peringatan pandu berhati-hati.
Sesiapa yang teringin nak cari bahan fresh daun kaduk Kebun Bahagia Bersama ada juga bekalkan dengan harga RM3.00 -100 gram atau nak cuba tanam sendiri 7 moist bare-rooted Daun Kaduk dengan harga RM5.00 .
Hujung minggu ini (Jumaat hingga Ahad) boleh self-collect pesanan di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh. Pesanan boleh contact wassup message Nizam (019-293-1340).

Sabtu, 19 September 2020

Air Terjun Ryuzu Nikko

Trip ke Jepun 2019 kali ini banyak juga kami singgah tengok air terjun spot terkenal di Jepun. Mungkin sebab kali ini naik kereta sewa lebih mudah nak jenguk kawasan air terjun berbanding dengan naik public transport. Lagipun kawasan air terjun ni biasanya masuk ke kawasan pergunungan nak tunggu public transport macam bas sehari tak banyak lalu jadi kena buat jadual betul-betul lah supaya tak tertinggal bas atau keretapi nanti nak kena tunggu yang next lama. Semasa kami melawat negeri Tochigi di kawasan daerah perlancongan terkenal iaitu Nikko pada tahun 2017 (related posting klik sini) kami melawat tempat-tempat dalam pekan sahaja dengan berjalan kaki. Kali ini dapatlah lawat kawasan yang di dalam kawasan Nikko tapi di luar pekan yang terkenal seperti air terjun Ryuzu. Air terjun Ryuzu amat sesuai untuk dilawati oleh kanak-kanak kecil dan warga emas atau orang kurang upaya sebab jarak dari pintu masuk hingga ke air terjun cuma 30 langkah sahaja seperti dinyatakan oleh papan tanda di gambar atas. Tiada bayaran masuk ke air terjun Ryuzu ini, free entrance.
Inilah air terjun Ryuzu dan ketika kami pergi adalah peralihan dari musim salji ke musim bunga. Airnya masih tidak banyak mengalir dan masih terdapat sedikit ais batu di celah-celah batu. Jika musim luruh pasti nampak cantik kawasan ini. Jika rakan-rakan kebetulan lawat kawasan ini pada awal Oktober, di sini adalah musim luruh yang cantik dengan daun-daun bertukar kemerahan. Ryuzu bermaksudnya naga. Air terjun ini ada rupa naga disebab itu dinamakan ia sebagai air terjun naga. Ada nampak bentuk muka naga di gambar atas?
Ada restoran berdekatan yang menghadap air terjun ini. Oleh itu, pelawat sambil minum air teh atau minuman panas dan kuih tradisional Jepun boleh menikmati hidangan sambil menikmati pemandangan air terjun ini. Makanan berat seperti juadah mee soba juga ada bagi yang ingin isi perut. 
Semasa kami berada di sini tidak ramai pelawat tapi kalau musim luruh boleh bayangkan ramai juga singgah di sini. Di sebelah restoran ada juga kuil kecil di sini. Yang menariknya di air terjun Ryuzu ini ada tangga yang landai boleh menyusuri air terjun naik ke atas. Jika kurang fit pun boleh enjoy perlahan-lahan naik sambil menikmati pemandangan indah.
Tukang kebun perasan ada juga kamera untuk rekod kehadiran binatang di kawasan ini bagi penyelidikan haiwan liar. Di sini kami ternampak seekor monyet Jepun yang punggung merah tu berjalan dalam celah semak. Ini mesti monyet jantan kalau jalan keseekoran ni, elok tidak diganggu sebab boleh jadi garang.
Naik naik tangga sampailah ke jambatan Ryuzu untuk menghubungi jalanraya di sini pun pemandangan cantik.
Dari sini kita boleh lihat kawasan pemandangan air terjun Ryuzu yang airnya mengalir hinggalah masuk ke Tasik Chuzenji. Banjaran gunung di sini pada akhir bulan Mac masih lagi ada salji di bahagian puncaknya.
Aliran air sungai kecil yang mengalir di celah-celah batu.
Minggu ini sales pokok tumbuhan Dove Tail untuk yang berminat cuba tanam pokok ini boleh rujuk cara penjagaan dan maklumat lanjut di posting sebelum ini (KLIK SINI). 

5 moist bare-rooted Dove Tail plants for RM10.00 (Sales valid until 31st October 2020). Selain dari Self-Collect boleh juga dipos. 
Pesanan boleh contact wassup Nizam (019-293-1340).