No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Night-Blooming Jasmine. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Night-Blooming Jasmine. Papar semua catatan

Sabtu, 5 September 2015

Al-Fatihah untuk Arwah Atuk Adnan

  Didoakan semoga arwah Atuk Adnan yang telah kembali ke Maha Pencipta pada tengahari Jumaat tadi bersama golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

  Panggilan telephone diterima dari Mama (Big Boss) setelah baru sahaja menghantar Ilhan ke sekolah kebangsaan tidak dapat terus Tukang Kebun sambut sebab masih membonceng motosikal on the way balik ke rumah. Tapi melalui jenis ring tone sudah jelas bahawa Mama yang telephone. Lepas parking motosikal terus telephone Mama dan mendapat khabar berita arwah Atuk (sebelah papa Tukang Kebun) baru sahaja meninggal dunia. Setelah dearest husband balik kami bergegas ke masjid Desa Jaya, Kepong. Jenazah baru sahaja tiba di masjid dan akan dimandikan tidak lama lagi. Dapatlah suami bersama-sama mandikan arwah atuk. Pukul 6 petang tadi dikebumikan di perkuburan Islam di Taman Botani Kepong. Elok sahaja separuh tanah sudah ditimbus, hujan rahmat turun selebatnya. Pukul 7 malam sudah selesai uruskan jenazah arwah atuk.

  Kenangan tuaian Tukang Kebun hari ini pada waktu tengahari, agak-agak ketika ini mungkin arwah atuk kembali ke Maha Pencipta. Rancangannya untuk makan malam ingat nak buat masak lemak cili api telur itik. Masa memetik belimbing buloh terlintas juga di kepala, belimbing buloh depan rumah arwah atuk dan setiap kali ke sana Mama pesan bawakan telur-telur itik. Kali terakhir kami melawat arwah atuk pun Jumaat minggu lepas.
  Terima kasih kepada Gardener Suryani dari Terengganu menceriakan pagi jumaat Tukang Kebun dengan perkongsian hasil-hasil pembesaran anak-anak pokok yang dipos dari Kebun Bahagia Bersama. Bolehlah juga jadikan panduan kepada gardeners lain samaada pokok-pokok ini sesuai ditanam dalam pasu atau tidak. Terutamanya pokok akar dani, ramai balcony gardeners tanya sesuai ke tanam dalam pasu. Gardener Suryani dah buktikan boleh tanam akar dani dalam pasu dan dah berbunga pun anak pokok akar dani yang dipos Oktober tahun lepas. Pokok lemon Tahiti yang diposkan bersama juga dah berkali ganda saiznya membesar dalam pasu.
  Anak pokok bunga susun kelapa yang diposkan pada bulan April tahun ini juga dah meriah berbunga dan banyak putiknya hidup di dalam pasu.
  Tidak ketinggalan juga pokok bunga Queen of the Night sudah merimbun tumbuh dalam pasu dan berbunga yang dipos bulan April tahun ini. Terima kasih banyak-banyak Gardener Suryani berkongsi hasil pembesaran pokok-pokok tersebut, terhibur hati team members Kebun Bahagia Bersama menjamu mata.
  Update juga diterima dari Terengganu beberapa hari lalu dari Gardener Huda mengenai pembesaran sayur Red Ruby Swiss Chard yang biji benihnya dibekalkan oleh Kebun Bahagia Bersama. Geram tengok batang-batang sayur warna merah itu. Kalau Gardener Huda dah tak sabar, saiz macam ini pun dah boleh makan juga.
  Awal jumaat pagi pula dapat gambar yang memeranjatkan dari Big Boss. Tragedy di Kingfisher Sabah, habis anak-anak ayam dan ayam mutiara Big Boss kena makan dengan ular sawa. Ular sawa dah kenyang sangat tak boleh keluar dari sangkar. Dah 4 ekor selamat masuk dalam perut. Kena panggil bomba. Tengok tu dah berapa ekor dalam badan Ular Sawa tu berbonjol-bonjol. Tamak pula tu siap yang tak termakan semua dibunuh juga. Kalau ko boleh keluar hidup ular sawa memang no mercy Big Boss akan pancung ko tau. Alahai sayangnya ayam-ayam tu dah nak saiz spring chicken. Beberapa bulan lalu biawak yang santap anak ayam Big Boss. Ini pula Ular Sawa. Dugaan Big Boss nak bela unggas-unggas di kawasan perumahan corner lot. Will it stop Big Boss from trying again? We don't think so.

Selasa, 25 Februari 2014

Jasmine Queen Blossoming

 Setelah musim kemarau melanda Kebun Bahagia Bersama dah berminggu-minggu masuk tahun kuda ini berterusan, minggu ini kelihatan banyak jenis pokok buah atau bunga sudah mengeluarkan putik-putik bunga yang banyak luar biasa dibandingkan dengan musim lain. Ya, ada juga hikmahnya musim kemarau ini, pokok-pokok bunga jenis yang dah lama tidur tak nak berbunga-bunga tu dah dipaksa oleh mother nature untuk bangun menonjolkan potensi berbunga mereka. Bukannya selama ni mereka tak cukup baja selama ini, agaknya terlebih dimanjakan atau dibelai. Dari desakan mother nature memberikan cuaca yang sebegini sekarang, maka barulah mereka mula nak bangun dari tidur. Tambahan pula, tukang kebunnya pun tak de kuasa nak keluar panas-panas cuaca sekarang. Dari minggu lepas, Queen of the night memberikan bergugusan kuntuman bunga sangat meriah. Apabila waktu malam bunganya kembang kalau dah banyak begini dari jauh pun kalau hidung tersumbat pun memang boleh hidu bau harumannya yang sangat kuat. Mabuk, overdose kalau lama-lama dekatnya begini hehehe....Daun yang kering tu takpe dibiarkan gugur jadi kompos, kitar semula biasanya musim kering sebegini.
 Semalam, Fanciful Finery memberikan kembangan bunga N0. 4 , tiada kalah dengan kakak-kakaknya sebelum ini.
 Ingat tak kisah, tukang kebun kasar sangat berus-berus dengan jari sendiri nak hilangkan bena -bena ada satu pokok Fanciful Finery terpatah pula 3 bud bunga yang terbesar. Bena dah tiada selepas tukang kebun hanya jirus-jirus air sambil kasi buang bena pakai jari je. Itulah kaedah tukang kebun lupuskan bena-bena tak perlu nak buat resepi organik spray apa-apa. Pakai spray dengan air je sambil buang-buang bena yang bertapak di pokok tersebut. Siapa geli boleh pakai sarung tangan, setelah bertahun tukang kebun dah immune. Bila dah pegang-pegang tu make sure cuci tangan dulu ya supaya tak transfer pula si bena tu kat pokok lain. Cuma nak hati-hati janganlah kasar pula dan tergopoh-gapah sebab dah senja macam tukang kebun. Cara yang cepat nak hilangkan bena-bena yang mula menapak.
 Kembang serentak dengan pokok lagi satu semalam, merasalah juga tengok kembangannya dari pokok lagi satu ini. Yang pokok daylily di sebelah sini pun tak pernah beri baja sebab selalu daun dari pokok pink guava (tak ingat nama dalam Bahasa Malaysia?) luruh di bahagian sini dan dibiarkan mereput jadi baja. 
 Semalam tak posting bukan sebab Monday blues sebab nak selesaikan penghantaran Pos Laju dan regular postage sudah selesai diproses semua semalam. Sekarang sudah ada di tangan Pos Malaysia dan tracking no. untuk penghantaran Pos Laju sudah dimaklumkan.

Khamis, 14 November 2013

Queen of the Night

 Salah satu pokok bunga yang mengembang di waktu malam mengeluarkan bau harum yang sangat kuat pada sebelah malam sehingga subuh boleh membuatkan seseorang terhenti langkahnya telah digelarkan 'Queen of the Night' di dalam bahasa Hindi 'Rat ki rani' (Cestrum nocturnum).  Apabila pada waktu malam jika tukang kebun lalu di sudut 'Queen of the Night' di mana ianya berdiri megah boleh bezakan antara bau bunga-bunga putih yang sedang kembang lain. Intoxicating seperti permaisuri kuat megah baunya jika tukang kebun buat review pasal haruman bunga bau malam kuat lah. Boleh dibezakan bau bunga harum sundam malam (mysteriously spooky eerie), cempaka putih (sweet, innocent, serene) dan Queen of the Night (Intoxicating, Strong, Attention), kalau berada di luar pada waktu malam. Pokok 'Queen if the Night' ataupun juga dikenali 'Night-Blooming Jasmine' boleh juga ditanam dalam pasu. Kalau nak enjoy baunya pada waktu malam, letakkan pokok ini pada lokasi di mana selalu anda beristirehat pada waktu malam bersama keluarga seperti sebelah luar tingkap dining room, TV room ataupun bilik tidur. Kadangkala "Queen of the Night" menghasilkan buah berwarna putih sangat kecil seperti saiz buah sayur meranti. Buahnya tidak boleh dimakan kerana jika dimakan banyak takut badan tidak dapat menampung level toksik yang terkumpul. Ada report mengatakan ada spesis burung yang menjamah buahnya tapi mungkin certain spesis sahaja sudah adapt dengan level toksik yang rendah pada buahnya. More info mengenai "Queen of the Night", bacaan seterusnya di previous posting (klik sini).  

 Pokok bunga "Queen of the Night" ready available again this month selagi stok masih ada ( 1 bekas RM10.00) . Pesanan boleh ditinggalkan di kotak komen (tinggalkan email address anda) ataupun email pesanan ke (kebunkmg@gmail.com) .

Rabu, 18 September 2013

'Raatraani' Night Blooming Jasmine

 Bagi penggemar bunga-bunga yang berbau harum, bunga night blooming jasmine (Cestrum nocturnum) adalah salah satu bunga yang boleh dibuat koleksi di taman. Bunga ini semerbak pada waktu malam, jadi elok ditanam berdekatan kawasan yang kebiasaannya beristirehat pada waktu malam. Siang pun ada bau tapi tak semerbak seperti waktu malam. Bila tengok dari sudut bawah seperti bintang-bintang dari langit.
 Pokok bunga night blooming jasmine pada tahun 2013 di Kebun Bahagia Bersama mula berbunga bulan Julai tahun ini sehinggalah bulan ini masih banyak menghasilkan bunga-bunga. Dah banyak kali tanya big boss apa pokok yang tepi sudut tempat adik lelaki selalu lepak malam-malam dekat verandah rumah. Big boss kata dia tak ingat tapi bunganya malam-malam wangi. Pokoknya adalah jenis bushy. Boleh trim pokoknya sesuka hati nak bentuk bulat ke bila dah mula bushy. Lepas habis musim bunganya bagi hard pruning pun tidak mengapa nanti naik tumbuh kembali. Bila tanam pokoknya pastikan siram selalu sehingga ianya dah sesuaikan diri. 
~ Night Blooming Jasmine ~

1 bekas RM10.00