No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Pisang Bunga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pisang Bunga. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Ogos 2016

Berbunga-Bunga Pisang Bunga

  Celaru pula kepala Tukang Kebun dari petang semalam memandangkan tanggungjawab diriku sebagai ibu kepada Ilhan kurang prihatin membuatkan aku terlepas pandang kali ini. Apatah lagi bila anak-anak ditampar kuat oleh ustaz mengajar bahasa Arabnya tidak wajar dilakukan kepada anak-anak yang masih lurus dan tidak upaya lagi berakal sendiri dibuat sekian rupa hingga meninggalkan bekas. Ilhan pula ketakutan nak mengadu kepada ibunya sendiri perihal tersebut. Sementara diriku nak kawal perasaan yang macam-macam emosi ini, biarlah ketenangan dicari dalam kebun yang kecil ini.
  Kadangkala Tukang Kebun suka mengekori perkembangan dari mula jantung pisang muncul di celah pelepah hinggalah buahnya membesar. Satu persatu kulit jantung pisang akan gugur apabila munculnya sesisir buah pisang yang masih kecil dan ada bunga di hujungnya.
 Seperti tumbuhan lain, pokok pisang pun berbunga dan bunga sebenar terletak di hujung buah pisang yang masih kecil. Jika nak lihat bunganya yang lebih jelas boleh lihat di posting sebelum ini (klik sini) untuk jenis pokok pisang bunga ini dengan nama botani musa ornata. Pokok pisang ini jenis jantungnya tumbuh menegak dan berwarna merah jambu. Dalam gambar ini, jantungnya berwarna pucat sedikit dari biasa kerana kurang cahaya matahari. Buahnya walaupun kecil seakan tak berisi dimakan juga oleh makhluk Allah yang lain seperti burung. Gardeners yang berminat untuk dapatkan sulur pisang bunga (musa ornata) ada stok.

~ 1 sulur pisang bunga (musa ornata) RM10.00 (boleh dipos) ~
  Syukur Alhamdulillah genap sudah usia Rayyan Haniel 7 tahun semalam. Setelah ambil anak-anak dari sekolah, Tukang Kebun belum masak lagi jadi tanyalah nak balik kita goreng telur kicap je ke atau nak makan Pizza. Ilhan kata takpe Mama masak je telur kicap, Birthday Boy kata nak makan pizza. Jadi kami singgahlah makan Pizza Hut. Sambil menyuap makanan ke mulut Abby yang kurang selera makan, Ilhan mula bercerita dekat Tukang Kebun dia kata dia gementar tiba-tiba kena panggil ke bilik guru disiplin hari ini. Memandangkan Ilhan mula asyik bercerita pengalaman kena panggil cikgu disiplin beberapa orang, cikgu ni garangnya terkenal begitu begini, nada Tukang Kebun normal sahaja tanya sepatah gitu melayan. Dalam hati apalah kena warning nakal sangat agaknya.
  Tiba-tiba hairan pula rasa Ilhan kata cuma panggil kena Interview sahaja dengan cikgu disiplin sebab ada ibubapa buat aduan. Dalam hati eh anak aku ini ada buat anak orang ke. Barulah supaya Ilhan tak takut, Tukang Kebun tanya dengan nada normal, kenapa ibubapa buat aduan? sambil suap pizza dalam mulut Abby. Lalu Ilhan kata sebab kawan-kawan Ilhan kena tampar kuat dengan ustaz Bahasa Arab sampai ibubapa bawa pergi hospital dan klinik. Kawan Ilhan ada seorang tu leher bengkak kena tampar kat leher kena bawa pergi klinik bayar RM50 ambil ubat. Seorang lagi kena tampar kuat dekat pipi, bapa bawa pergi Hospital. Kami lima orang kena tampar dengan ustaz Bahasa Arab sebab gelak-gelak. Abang Ilhan kena tampar dekat pipi dekat dengan gigi. Terkejut Tukang Kebun baru tangkap yang Ilhan pun antara yang kena tampar. Our Ilhan ini kan a bit special mild autism ada language disorder jadi memang susah nak faham kena korek-korek pusing soalan bagi dia faham dan mudah jawab.
  
  Masih lagi Tukang Kebun control nada normal lagi. Kenapa Ilhan gelak-gelak buat ustaz tampar? Kami satu kelas tengok cerita Bahasa Inggeris lucu dalam makmal komputer. Tukang Kebun pula mula pelik kenapa pula murid-murid ini waktu pelajaran Bahasa Arab duduk dalam makmal komputer tengok cerita Bahasa Inggeris di skrin projector. Ilhan kata sebab ustaz "KASIHAN" kami kalau duduk dalam kelas dibiarkan bisang sangat jadi dibawa pergi makmal komputer. Ilhan kata ustaz sibuk nak selesaikan kertas peperiksaan akhir tahun dalam makmal komputer jadi kami tengoklah cerita Bahasa Inggeris dekat projekter. Tapi cerita tu lucu Mama, kami satu kelas gelak-gelaklah. Tiba-tiba Ustaz marah, dia kata siapa gelak-gelak tu? Ustaz kata kalau tak mengaku siapa gelak, nanti ustaz tampar. Jadi kami berlima sekawan mengakulah kami ada gelak-gelak. Lepas tu kami berlima Ustaz tampar. Abang Ilhan kena tampar giliran No. 3. Yang giliran kawan-kawan kena tampar No. 1 dan No.2 itulah ibubapa dia buat aduan. 

  Bergegar jantung Tukang Kebun bila realized what did happened on last Wednesday at school? Sebenarnya lepas ambil Ilhan dan Rayyan dari sekolah pada hari tersebut, lepas sampai rumah sementara tunggu anak-anak nak bermandi. Ada Ilhan datang dekat bertanya dekat Tukang Kebun, Mama ada tak kesan merah kat muka Ilhan ini? Tukang Kebun pun hairan juga kenapa ditanya begitu, belek-belek juga pipinya. Rasa macam ada satu line tapi warna coklat pastu Ilhan keadaannya kotor berdaki berpeluh-peluh, jadi Tukang kebun suruh dia mandi bersihkan diri. Sebab anak-anak ini memang lasak, jadi Tukang Kebun pun tak tanyalah pula sebab Ilhan pun tak cakap apa-apa. Tukang Kebun hanya anggapan mungkin dia ada tergesel atau terjatuh sambil main lagipun hari tersebut ada pendidikan jasmani. Ilhan pun balik dalam keadaan kusut comot semacam.Selalunya duduk bermanja dulu nak kena ingatkan cepat tido esok sekolah baru nak pergi tido, bila diingatkan kembali memang hairan sebab dia kata Abang Ilhan nak tidur awallah dulu Mama (pukul lapan malam). Rupanya masih kepedihan dan menyorok-nyorok dari Tukang Kebun.

  Jadi tak sangkalah kenapa mukanya begitu comot kerana katanya mereka berlima tak berani nak menangis semua menahan kepedihan bila balik sekolah beresak-esak di luar perkarangan sekolah. Kebetulan pula hari itu, Tukang Kebun terlambat ambil hero berdua ini dari sekolah jadi nyanyuk lepas ambil Abby di daycare biasanya terus ambil mereka. Ini tidak, terbalik ke rumah dulu pula sebelum ambil mereka berdua di sekolah. Kepala penat agaknya, itu sebab Ilhan pun tengok Tukang kebun tak sampai hati nak kasi peningkan kepala maknya. Bila duduk santai di Pizza Hut baru membuka cerita. Bila dah cool kepala sikit, bolehlah Tukang Kebun bayangkan yang kawan Ilhan giliran No.1 dan No. 2 agaknya lebih teruk kena awal-awal, walhal Ilhan pun yang ketiga kena tamparan kuat orang dewasa pun berbekas. Ilhan pun mengadu tak pernah abang kena tampar sesakit ini Mama pedih sangat.

  Ilhan kata anak ustaz ini sesama kelas dekat sekolah agama Mama. Tetapi anak ustaz ini seminggu 2 kali je datang sekolah dan keputusan Bahasa Arab ujian hari itu dapat kosong. Tak elok Tukang Kebun syak wasangka tapi dari ini macam ustaz ini ada masalah peribadi ini terbawa-bawa ke tempat kerja. Tak wajar anak-anak murid ini berumur 9tahun ditampar begitu sekali sebab gelak-gelak tengok cerita lucu walhal ustaz tak amanah buat kerja lain yang sepatutnya adalah masa dia mengajar murid-muridnya ketika itu. Macam meroyan ustaz ni. Antara yang Tukang Kebun terkilan bila Ilhan cakap Ilhan jujur Mama, Ilhan dan kawan mengaku kami gelak sebab ustaz kata kalau tak mengaku ustaz tampar, jadi Ilhan mengakulah. Kawan-kawan lain ada 25 orang tu pun gelak juga tapi tak mengaku tak kena tampar pula. Ilhan jujur Mama tapi kena tampar kuat dengan ustaz. This is not good. This shows that adults lie lain kali anak-anak tak percaya. Dahlah Ilhan ini memang jenis lurus bendol. Yang terkilan juga Ilhan kata ada juga cikgu-cikgu lain dalam bilik makmal computer tu Mama. Why is there other adults in the same place, tapi tak ditegah dan lindungi anak-anak yang masih tak berdosa ni?

  Tengok cerita lucu memanglah anak-anak akan gelak sepontan. Kita dewasa pun tak mudah nak control gelak.

  Berdosa besar Tukang Kebun rasa, mohon maaf dekat Ilhan sebab Mama tak perasan. Lepas balik dari dinner, suruh anak-anak mandi terus Tukang kebun hubungi dearest husband yang jarang dapat bersama dengan anak-anak tahun ini memberitahu kisah Ilhan kena tampar dengan ustaz dengan sebab tak munasabah. Pagi ini dearest husband menelefon sekolah nak bercakap dengan Guru Besar. Nasib baik kerani terus sambung sebab husband kata panggilan dari Kuala Lumpur mungkin dia ingat dari Jabatan Pendidikan related kut. Papa Ilhan kata Guru Besar pun tak tahu yang ada kes aduan dari ibubapa mengenai kes murid berlima ini kena tampar dengan ustaz belum lagi sampai ke telinganya. Lalu Papa Ilhan pun kata ini aduan sepatutnya dah diterima dari ibubapa 2 murid ini ada buat lawatan Pesakit Luar lepas kena tampar ini ke sekolah dan parents pun ada buat aduan datang semalam. Mula-mula Guru Besar seakan macam tak nak melayan, suruh datang face to face tapi suami kata dia outstation, jadi boleh juga nak hantar wakil bapa mertua saya (jual nama bapa mertua sebab satu ketika dulu namanya terkenal aktif dalam NGO hak asasi manusia). Terus dilayan aduan suami di telephone.

 Suami pun ada bagi hint kami pun tak nak lah nama sekolah tercemar sebab satu incident ini jadi nak diselesaikan secara elok-elok kalau leak ke suratkhabar. Papa Ilhan pun ada cakap memang anak saya nakal tapi rasanya tindakan kali ini tak wajar dibuat sampai kena tampar sebab gelak-gelak melihat adegan lucu. Kalau mencubit, pukul di tapak tangan ke biasalah tu memang kami maklum anak-anak kami ni nakal selalu kena. Tapi ini perkara tindakan hukuman luar biasa pada murid yang tak bersalah. Malahan setiap kali jumpa cikgu anak-anak pun, Tukang Kebun yang minta maaf dan ucap terima kasih layan perangai anak-anak yang aktif sangat nakal ini. Cuma kali ini kami tak dapatlah terima sebab menampar anak sehingga tinggalkan kesan dan dia tidak melakukan kesalahan.

  Yang Tukang Kebun sayu sangat bila tanya Ilhan kenapa Ilhan tak beritahu Mama cepat-cepat, Ilhan kena tampar dengan cikgu. Ilhan yang salah Mama, sebab tu Ilhan tak beritahu Mama. Ilhan takut tak mau papa mama marah Ilhan sebab Ilhan buat salah kat sekolah. Anak pun jadi keliru mereka salah walhal mereka innocent. Kalaulah Tukang Kebun tahu awal-awal memang terus dibawa ke hospital dan buat laporan polis memang berbekas ada satu line masa dibelek-belek mukanya.

Rabu, 11 November 2015

Potensi Pokok Pisang

  Antara yang menarik perhatian Tukang Kebun dan tercetus bayangan konsep container gardening untuk mereka yang mempunyai ruang terhad dan hanya berkebun di dalam bekas di Ekspo Pertanian dan Konvokesyen 2015 UPM ialah apabila terpandang batang pisang dalam keadaan menegak sedang ada daun bawang tumbuh di atasnya dikitar semula. Sudah maklum yang batang pisang boleh digunakan untuk menanam tumbuhan-tumbuhan yang menghasilkan makanan yang cepat seperti sayur daun hijau. Biasanya contoh gambar yang dilihat adalah dalam posisi melintang atau horizontal boleh juga bertingkat-tingkat. Tapi tak terfikir pula batang pisang dalam kedudukan vertical atau menegak.
  Salah satu aspect dalam berkebun yang Tukang Kebun gemar ialah memanfaatkan ruang yang ada dan keseluruhan pokok dari lahir hingga habis riwayat. Jadi terfikir pula dalam minda, jikalah suatu hari duduk di atas rumah kayangan dengan balcony garden. Salah satu jenis pisang yang boleh dimanfaatkan ialah seperti jenis pokok hiasan pisang bunga yang tangkai buahnya ke atas dan bukan ke bawah ikut gravity. Dah alang-alang duduk rumah kayangan nak jugalah ternampak bunganya apabila orang lalu lalang di bawah mendongak ke balcony kita. Mesti orang terkejut, wah balcony pun ada pokok pisang tumbuh.

  Pokok jenis pisang bunga boleh tolerate light shade dan boleh ditanam dalam pasu. Posisi pokok pisang elok letak di bahagian belakang sekali di dinding supaya tidak menghalang cahaya untuk pokok renek yang lain lebih memerlukan cahaya. Salah satu criteria ianya sesuai ditanam dalam pasu juga ialah batang pokoknya tidak besar. Jadi mudah nak manage, bila mereput tidak dapat dipakai lagi selepas guna batangnya untuk menanam seperti gambar No. 1. Boleh sahaja potong-potong ke saiz yang kecil dan bubuh ke keliling pokok lain dalam pasu jadikan baja. Untuk gardeners wanita, batangnya mudah nak dipotong-potong takdelah macam pokok pisang jenis yang lain nak memakai kudarat macam pisang abu dan pisang nangka. Batangnya lebih lembut dari jenis pokok pisang lain. Pokok pisang bunga bila tanam dalam pasu, takdelah tinggi macam tanam dalam tanah, dia jadi dwarf size tapi masih mampu nak berbunga. Diameter batang pun tak besar macam purata size average smartphone. 
  
 Apa yang menariknya madu dalam bunga pisangnya juga adalah kegemaran sejenis species burung. Buahnya boleh makan tapi banyak biji jadi tak mudah sangatlah nak makan. But looking at a bright side, sekurang-kurangnya masa riwayat hidup pokok pisang bunga ini bolehlah dapatkan daun pisang segar untuk sekali kala buat lapik nasi lemak atau bungkus kuih sambil pruning kalau rasa daunnya lebat sangat atau mengganggu tumbuhan lain. Kemudian bila dah nak dekat habis kitaran riwayat pisang ini, batangnya boleh buat menanam. Di situ dah jimat nak beli tanah dan baja dari batang pisang. Batang pokok pisang multi-purpose.
 Maklumat lanjut boleh buat pembacaan di posting sebelum ini mengenai pokok pisang bunga (klik sini).

  Special offer untuk sulur anak pokok jenis pisang bunga dari 11hb November 2015 sehingga 22hb November 2015 (Self-collect sahaja).

~ 3 anak pokok pisang bunga RM10 ~
 Minggu ini juga available buah pisang kadau yang bila ranum berwarna kuning seperti gambar di bawah. Pisang kadau ini adalah kalau tak tersilap variety sama dengan pisang raja udang/tembaga cuma yang jenis bila masak berwarna kuning bukannya warna merah (related posting klik sini).

~ Buah Organik Pisang Kadau Kuning sesisir RM5 ~
 Selain dari itu masih juga available minggu ini dan minggu depan untuk self-collect atau dipos ialah buah organik pisang nangka sesisir RM5.

~ Special offer dari 11hb November hingga ke 22hb November (self-collect sahaja) untuk 3 sulur anak pokok pisang nangka for RM10.00 ~
  Selain dari itu yang namanya buah nangka juga available untuk buah nangka yang muda untuk dibuat sayur.

~ 1 biji buah nangka muda RM3 ~
 Self-Collect minggu ini :

~ 11hb November 2015, Rabu malam antara pukul 8:00PM~8:30PM di kawasan Putra Medical Centre, Sungai Buloh.


~ 14hb November 2015, Sabtu petang antara pukul 5:30PM~6:00PM di kawasan Putra Medical Centre, Sungai Buloh.


~ 15hb November 2015, Ahad pagi antara pukul 10:00AM~10:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, Guthrie Corridor Highway).


~ 15hb November 2015, Ahad petang antara pukul 5:00PM~5:30PM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

Selasa, 7 April 2015

The Real Bunga of Pisang Bunga

  Antara jenis pokok pisang yang cepat tumbuh dan berbunga ialah jenis pisang bunga. Pisang bunga dengan jantungnya berwarna pinkish lebih popular sebagai tanaman hiasan. Bila terbuka kelopak demi kelopak jantungnya seperti gambar No. 1 terbayang bunga lotus pun ada. Kekadang ada yang ingat jantung pisang itu adalah bunga pisang. Tetapi sebenarnya bunga pisang yang betul terselit dalam kudupan kuning seperti gambar di bawah. Kalau pendebungaan menjadi akan bertukarlah kemudian membentuk buah pisang.
  Panjangnya pula kali ini terjadi jantung pisang pokok pisang bunga ini naik ke atas seperti obor yang dibawa lari oleh atlit. Obor pun tak panjang ini macam kepala nagalah. Kelihatan di bawah tangkai tersebut ada buah-buah pisang yang boleh dimakan kalau teringin. Kalau darurat ini juga boleh dijadikan sumber makanan.

~ 1 anak pokok pisang bunga moist bare-rooted RM10.00 ~

 Info pisang bunga boleh juga dibaca di posting sebelum ini (klik sini).
  Daunnya juga seperti pokok pisang yang lain boleh untuk dibuat bekas atau alas nasi lemak juga boleh. Hujung minggu lepas kami gunakan daun pisangnya untuk bungkus ayam dara kami yang dagingnya telah diperam untuk dipanggang dalam oven.
 Macam rupa peking duck pun ada. Anak-anak suka betul makan ayam dara panggang bela dari kebun sendiri.
   Antara tuaian kebun awal bulan April ini.
  Asparagus rajin muncul sebab malam-malam pun dingin agaknya. Terung pipit satu pokok pun boleh hasilkan buah yang banyak. Petik dari sepokok pun selalunya dah mencukupi (malas nak pergi petik lain).

 Self-Collect Schedule This Week :

~ 8th April 2015, Wednesday at Sungai Buloh 8:30PM~9:00PM.

~ 11th April 2015, Saturday at Sungai Buloh 5:30PM~6:00PM.

Isnin, 16 Februari 2015

CNY SALE~ Lobster Claw, Guyana, Pisang Bunga

  Hujung bulan January lalu ada promosi Asian Greens kick off berkebun untuk petik sayur sendiri pada Tahun Baru 2015. Memandangkan tanahair kita ini berbilang bangsa, jadi bulan February ini Kebun Bahagia Bersama buat sale sempena Chinese New Year bulan ini antara 16hb February 2015 hinggalah 28hb February 2015. Seperti biasa syarat adalah reservation dan pembayaran complete sebelum 28hb February 2015. Boleh pesan more than 1 set no problem.
  Syoknya sesiapa dapat makan lobster masa makan besar nanti. Tak dapat makan lobster bolehlah jamu mata di kebun sendiri kemudian dengan pokok heliconia hanging lobster claw.

Info Heliconia Hanging Lobster Claw (klik sini).

Harga Asal : 1 moist bare-rooted rhizome RM8.00 .
CNY Sale : 3 moist bare-rooted rhizome RM10.00 .
Save: RM14.00 .
 Lagi pilihan tema Chinese New Year dan dalam keluarga Heliconia juga ialah jenis 'Guyana'.

 Info untuk Heliconia Guyana (klik sini).

Harga Asal : 1 set rhizome RM12.00 .
CNY Sale : 2 set rhizome RM10.00 .
Save : RM14.00 .
  Pisang bunga yang sesuai disusun di tembok menjadi hiasan dan memberikan privacy. 3 pilihan tumbuhan untuk Chinese New Year sale kali ini sesuai ditanam bersebelahan pagar bukan semata hiasan mewarnai sudut tersebut tapi tidak memudahkan orang hendak ceroboh atau lompat masuk ke kawasan rumah kita.

Info mengenai pisang bunga (klik sini).

Harga Asal : 1 moist bare-rooted anak pokok pisang RM10.00 .
CNY Sale : 2 moist bare-rooted anak pokok pisang RM10.00
Save : RM10.00 .

Minggu ini tiada Self-Collect day.

Minggu depan Self-Collect Day:

~25th February 2015 Wednesday at Sungai Buloh from 8:30PM ~ 9:00PM.

~ 27th February 2015 Friday at Sunway Pyramid from 10:00PM ~ 10:30PM.

Ahad, 1 Februari 2015

Pisang Bunga

  Hari ini celoteh ringkas tukang kebun sambung mengenai keluarga pisang lagi. Tapi kali ini jenis pisang yang lebih dibuat sebagai hiasan/landscape dari untuk dimakan. Pisang ini am-nya dikenali sebagai pisang bunga dan nama botani-nya ialah Musa ornata. Berlainan dengan jantung pisang yang biasanya berwarna merah pekat keungguan dan tandannya menghadap ke bawah. Pokok pisang bunga ini jantungnya berwarna seakan lavendar yang tandannya menegak.
 Pokok pisang bunga juga menghasilkan buah. Tapi buahnya tak besar dan terkandung banyak biji benih. Boleh makan tapi sebab biji yang banyak tak mudah nak makan jadi 'unpalatable' atau leceh nak makan. Kalau anda pencinta haiwan bolehlah tanam untuk sumber makanan mereka. Tukang kebun perhati burung suka juga cari makan di pokok pisang bunga ini. Seperti pokok-pokok pisang yang buahnya boleh buat makan macam biasa, daun pokok pisang bunga juga boleh diambil untuk buat bekas kuih atau alas nasi lemak. 
  Pokok pisang bunga boleh hidup di kawasan full sun hinggalah light shade. Kalau di full sun pokoknya boleh tumbuh tinggi 2~3 meter. Bolehlah jadi natural pagar nak privacy atau tutup aurat penghuni rumah. Kalau di tempat kurang cahaya matahari atau terlindung pokoknya tak tumbuh tinggi kekadang kurang 1 meter tapi mampu berbunga seperti tukang kebun perhatikan di deretan tembok depan rumah yang dalam light shade. Jadi ikut kepada tukang kebunnya nak pokoknya tinggi bagaimana, kalau nak tinggi mencapai langit di full sun, nak renek-renek nampak comel macam dalam cerita Hobbit letak di light shade. Boleh juga tanam dalam pasu. Kalau dalam pasu biasanya akan jadi saiz yang renek.

~ Pokok pisang bunga (Musa ornata) ~

Moist bare-rooted anak pokok pisang RM10.00 .

Landscaper atau Gardener yang nak supply instant garden dengan ketinggian sepokok lebih 2 meter, self-collect Dig Your Own RM30.00 .