No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Padi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Padi. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Disember 2020

PKPB Mini Yellow Butterfly Gathering

Dah hampir sebulan kami tak keluar driving cuci mata pemandangan di area Pan Borneo Highway yang hubung daerah kecil Kiulu dengan Ranau. Maka hari ini rehatkan pemikiran dahulu dari tugasan-tugasan lain. Walaupun WFH tapi rasa lagi banyak masa digunakan dengan internet yang di luar rumah sahaja habiskan yang hakiki, kekadang sambil duduk berteduh bawah pokok dengan laptop. Kalau luar dapur belakang kekadang tengah online anjing jiran menyalak dekat kita pun ada sebab posisi bertukar-tukar cari coverage internet kawasan paling terbaik. Kalau di pejabat lebih efficient buat kerja sebab fokus 100% nak langsaikan kerja supaya tak dibawa balik. Di rumah walaupun WFH macam tak menang tangan pula dengan anak-anak pun nak kena urus serentak dengan nak bantu mereka kelas online lagi dan tidak mudah kalau anak-anak tahap sekolah rendah belajar secara online nak faham tugasan yang diberikan jadi kita pun kena ajar kasi fahamkan.
      Terasa sangat nak cari beras kampung padi bukit yang ditanam oleh orang tempatan dah muak makan beras beli di kedai. Suami pun mood driving sebab kereta dah lama tak bergerak jauh. Kali ini kami ikut jalan yang sama seperti kali terakhir ke arah Bundu Tuhan tempat nak beli stok sayur segar kawasan tanah tinggi dan ada juga jual beras kampung. Kalau beras kampung musim baru bila masak wangi dan ada rasa jadi selera makan. Harga beras kampung yang dijual di Bundu Tuhan dalam 1.5kg - harganya RM15.00 . Bundu Tuhan ni dekat sahaja dengan Taman Kinabalu starting point nak panjat Gunung Kinabalu biasanya inilah tempat pertama nampak kabus tebal bila ke Kundasang. 
       Semasa kami lalui Jalan Tomis Tiong Lokos ada satu range kawasan, papa Abby kata kenapa kali ini banyak betul sepanjang jalan ini kelihatan rama-rama kuning banyak berterbangan. Ada satu tempat ni sebelah air sungai yang deras kelihatan banyak di kawasan tanah beberapa tempat rama-rama kuning banyak berkumpul sesama mereka.  Bilangan rama-rama ni pun dah melanggar had berkumpul ramai-ramai SOP PKPB. Mungkin sedang musim mengawan rama-rama ini agaknya. Sebab ada species rama-rama mereka suka berkumpul ramai-ramai berdekatan dengan punca air seperti sungai ketika musim mereka mengawan. Seronok juga perhatikan rama-rama ini banyak berterbangan sambil duduk di tepi sungai enjoy the nature di kala PKPB ini. Jika pembaca nak lihat aksi rama-rama kuning berterbangan dan berkumpul di tepi sungai ini boleh tonton di video link bawah.


Abby lah paling seronok leka nak cuba tangkap rama-rama rasa di tangannya. Seronok juga sebagai ibubapa lihat anak-anak enjoy nature begini bermain-main dengan wild butterfly.

Kawasan padi bukit yang kami kongsikan sebulan lalu pemandangannya (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini) kini dah kuning sudah bijiran padinya. Dah mula musim mengetam. Tuannya ada di kebunnya sebab masa lalu ada anjing-anjing mengekor kereta di belakang semasa memandu perlahan ambil gambar di sini. Nasib baik Tukang Kebun tak keluar kereta. InsyaAllah awal bulan depan banyak stok beras kampung baru tuai ni sebab beberapa kawasan padi sawah dan padi bukit dah mula menguning.

Sabtu, 21 November 2020

PKPB Shortcut Kiulu - Kundasang Pan Borneo Highway turn Jalan Tomis Tiong Lokos

     Sejak PKPB bermula di daerah Tuaran Sabah, yang juga merangkumi daerah kecil Kiulu yang kami menghabiskan masa kehidupan sejak awal bulan Oktober 2020 ini, ada 2 kali suami Tukang Kebun ajak cuba jalan baru Pan Borneo Highway Kiulu - Ranau. Sekarang jika penduduk yang duduk di daerah kecil Kiulu jika hendak ke Kundasang tidak perlu lagi nak patah balik turun ke pekan Tamparuli dahulu kemudian naik ke Kundasang bila menaiki kenderaan darat. Dengan adanya Pan Borneo Highway ini penduduk yang duduk di lembah gunung ganang lembah Kiulu lebih mudah bergerak ke pekan-pekan untuk menjual produk pertanian mereka. 
Photo: Kenangan 2019 Rayyan Haniel (baju kuning) panjat Kinabalu.

Kalau kita berada di puncak Gunung Kinabalu awal pagi kita boleh melihat lembah-lembah gunung ganang diliputi kabus berlapis-lapis sehingga lebih dari Gunung ke-2 tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Trusmadi di daerah Tambunan. Di dalam lembah gunung ganang ini terdapat kawasan kampung-kampung terpencil yang masih tiada hubungan jalanraya yang baik. Bukan Kundasang sahaja berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat pelancongan sekarang seperti Cameron Highland. Tetapi pemandangan belah Pan Borneo Highway merentas daerah Kiulu ke Ranau ini juga sama sahaja cuaca dan panorama nya di Kundasang. Cuma di sini hubungan jalanraya agak lambat sekali membangun. 
Memandangkan papa Abby dah bosan hujung minggu tiada aktiviti nak dibuat sangat, maka diajak Tukang Kebun dating driving ala-ala initial D menikmati pemandangan pusing-pusing naik turun kawasan lembah pergunungan daerah Kiulu dan daerah Ranau. Kali ini papa Abby pilih shortcut masuk Jalan Tomis Tiong Lokos untuk ke Kundasang dari Kiulu-Pukak-Lokos ikut Pan Borneo Highway. Kekadang mungkin penduduk Semenanjung Malaysia terbayang "highway" tu macam lebuhraya Pantai-Timur atau lain-lain di Semenanjung Malaysia yang masuk dikenakan bayaran tol. Pan Borneo Highway bukan lebuhraya besar cuma projek jalanraya untuk hubungkan lebih banyak kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak. Jalan Pan Borneo Highway pun bukan semuanya jalanraya ada dua lane untuk memotong. Kalau Pan Borneo Highway Pukak (Kiulu) ke Pahu (Ranau) jalan satu lane sahaja tiada jalan untuk memotong. Di Sabah, Pan Borneo Highway memang tiada tol sebab tiada jalan alternatif yang banyak, itu je jalan utamanya.

Bila lalu Jalan Tomis Tiong Lokas, kelihatan ada juga padi bukit yang dah mula menghasilkan buah nak tunggu masa menuai. Gambar padi bukit yang Tukang Kebun ambil ini dalam keluasan setengah ekar bersebelahan dengan kebun getah betul-betul tepi jalanraya. Antara Jalan Tomis Tiong Lokos ini menghubungkan kawasan sekitar Lokos (Kiulu) dan berhampiran Pekan Nabalu ada Jambatan Bailey yang perlu dilalui.

Bila keluar dari Jalan Tomis Tiong Lokos menghala ke Kundasang, berhampiran Kundasang ada satu check point semasa PKPB. Jika ada yang rindu dengan pekan Kundasang dan nak tengok suasananya semasa PKPB yang teramat sepi berbanding masa musim pelancongan boleh tonton video di atas rakaman trip kami ke Kundasang semasa awal bulan ini melalui Jalan Tomis Tiong Lokos. 

Semasa PKPB ini kami tapau KFC dan makan dalam kereta sahaja di tepi jalan sambil menikmati pemandangan Kundasang. Punyalah jauh nak makan KFC hahaha...sejak PKPB baru 2 kali je sampai di Kundasang yang ambil masa kalau ikut route kali ini dalam sejam lebih (no traffic).  Kasihan kat anak-anak yang asyik telan air liur tengok iklan KFC. KFC di Kundasang pun tidak boleh makan di dalam hanya tapau sahaja.
Selain dari tapau KFC untuk kanak-kanak, kami mesti singgah restoran Kelisa yang ada jual Sinalau Sapi campur untuk yang dewasa pula. Nenek Abby memang dah lama mengidam nak makan sinalau sapi di restoran ini. Sepinggan Sinalau Sapi RM6.00. Hujung minggu kami ramai di rumah mak. Jadi masa PKPB ini kami tapau sampai 6 bungkus Sinalau Sapi Campur. Elok juga kami support restoran Kelisa yang kecil ini nanti tutup terus naya. Langsung dah tak dapat makan sinalau sapi yang rare ni  pula kan sebab kami kan tak boleh makan sinalau bakas yang banyak di tepi-tepi jalan ke Kundasang. Sup tulang dia pun sedap juga kalau ada yang nak cuba. Setakat ini kalau ke Kundasang, kami biasa singgah makan di restoran Kelisa ini sebab masuk tekak kami dan kebiasaannya memang ramai customers orang tempatan dia walaupun gaya kedai macam kedai kecil kopi cina lama je. Cuma kedai ini tutup awal, kalau dah senja biasanya dah tutup. Jika ada pelawat duduk homestay mungkin boleh tapau awal, kemudian panaskan semula untuk makan malam. Itu yang kebiasaan kami buat. Kebanyakkan homestay di Kundasang jauh dari pekan Kundasang tu. Pastu jalan pun berlubang-lubang kalau tak biasa pandu waktu malam yang makin sejuk makin rasa malas nak keluar. Elok tapau makan siap-siap sebelum balik ke tempat penginapan dah nak malam berehat.

Jumaat, 23 Oktober 2020

2019 CNY ketam padi bukit, Pirampangan

Syukur Alhamdulillah tahun lepas ada semangat nak pergi tolong makcik Tukang Kebun (adik perempuan mak) pergi mengetam padi huma atau padi bukit. Dah lama Tukang Kebun nak ikut makcik pergi ke tanah yang baru dibersihkan semula selepas lama terbiar tapi diorang semua macam tak yakin Tukang Kebun boleh sampai sebab dah tembam berganda-ganda dari zaman Sumandak. Ini jadi motivasi Tukang Kebun mula sertai acara larian pada tahun 2018 (related posting klik sini) untuk bagi keyakinan mereka bawa Tukang Kebun sekali ke kawasan pendalaman bernama Pirampangan ini di daerah Kiulu.
Perjalanan ke kawasan Pirampangan di mana padi bukit di tanam tahun lepas oleh makcik Tukang Kebun adalah tidak bersambung terus dengan jalan tar dan jalan merah. Dari kawasan dekat access jalan merah kena letak kereta kemudian jalan kaki ulang alik dalam 100 minit kalau tak berhenti langsung rehat. Ada jugalah lebih 10km sekurang-kurangnya kena cover dan phone coverage pun kurang baik, hilang-hilang. Sekiranya river crossing seperti gambar di atas tak lepas sebab hujan maka kenalah tambah lagi perjalanan 40 minit ulangalik jalan kaki dari jalanraya utama. Nasib baik setiap kali musim mengetam adalah musim kering jadi bolehlah kereta lintas river crossing seperti gambar di atas.
Kemudian kereta akan ditinggalkan di tepi jalan merah di mana lorong paling dekat untuk teruskan perjalanan jalan kaki. Kali ini mak pun semangat nak pergi Pirampangan semenjak zaman remaja mak tak ke sana nak tengok tanah adat yang ditinggalkan oleh nenek. Mak sedang dalam proses permohonan geran tanah tersebut yang ada keluasan lebih 50 ekar supaya boleh dibahagi-bahagikan. Arwah atuk Tukang Kebun dah apply geran masa dulu tapi malangnya meninggal dunia dalam usia muda 40 tahun lebih. Kemudian tiada siapa follow up, bila mak dah balik duduk di kampungnya buat permohonan refer balik permohonan dahulu. Awal pagi lagi mak dah bangun sediakan bekalan makanan yang untuk kami bawa dan untuk bahagian atuk (babysitter) yang menjaga cucu-cucu yang kecil tak ikut sekali di rumah.
Perjalanan ke Pirampangan masuk kawasan hutan jadi macam jungle trekking lah. Kalau musim hujan banyak aliran air akan jadi beberapa tempat macam air terjun dah. 
Naik turun bukit kami. Ada juga beberapa kawasan yang dah diteroka oleh tuan-tuan tanah sepanjang jalan tapi tak banyak. Rumah pun sepanjang perjalanan yang Tukang Kebun nampak adalah seperti gambar di bawah kawasan landai berdekatan sungai. Gambar ini Tukang Kebun ambil semasa berada di lereng bukit. Nak jalan lereng bukit ini pun kena hati-hati sungguh sebab kena jalan ala-ala model catwalk sebab jalan sempit yang sebelah tepi dah gaung. Mak pun komen ini kalau atuk Abby dan yang kanak-kanak kecil susah nak bawa ni bahaya kalau tergilincir. 
Berpeluh-peluh akhirnya sampai juga. Bila sampai ada rasa macam satu fasa hiking semula nak kena naik bukit pastu turun lagi kalau nak ke pondok rumah makcik. Naik turun bukit. Nasib ada pondok nak berteduh di atas dari kepanasan dan berehat.
Makcik Tukang Kebun kekadang kalau ada kerja berkebun atau mengetam di sini mereka tidur sahaja di sini. Anak-anak lelaki makcik gotong royong buatkan rumah pondok supaya tak perlu banyak masa setiap hari nak ulang alik. Nak bawa bahan atap zink dan papan kayu pun bukan kerja mudah kena mengangkat jalan kaki punya jauh.
Di sini tiada sumber elektrik. Jika masak pakai unggun kayu api sahaja. Sumber air pun dari aliran sungai kecil. Tandas kena faham-faham sendiri ya. Lain kali nak juga buat aktiviti cari ketam sungai. Lama tak tangkap ketam sungai. Yang dekat dengan kawasan perkampungan dah takde dah nak dapat mudah ketam sungai banding macam zaman kanak-kanak riang Tukang Kebun dulu. 
Dekat kawasan rumah pondok ada macam-macam jugalah jenis tanaman makcik Tukang Kebun. Di gambar bawah ini adalah pokok-pokok kacang tanah. Cuma di sini kalau tidak berjaga habis tumbuhan makanan yang berubi macam ubi keladi, ubi keledek dan lain-lain kena dibersihkan oleh babi hutan.
Hehehe...nak senang ketam padi buat dekat area yang tak berapa cerun dulu yang landai untuk warming up.
Kerja yang banyak guna tenaga yang kena banting padi asingkan bijirin padi dari tangkai pokok padi. Nak pukul-pukul kasi leraikan.
Kami punya kerja ragut-ragut pokok padi tu dan kumpulkan. Kemudian bawa ke tempat nak banting padi. Boleh nampakkan suasana kawasan padi bukit ini dikelilingi hutan.
Jika di kawasan cerun bukit kaki yang penat nak tahan dari tergelincir kena hati-hati ya sambil potong-potong pokok padi dah ranum bijirinnya.
Ilhan kita bagi kerja ambil-ambil tangkai yang masak je. Inipun dah cepat kepenatan berapa kali pujuk maknya nak balik dah. Mama Ilhan apa lagi ambil kesempatan berceramah, baru Ilhan rasa macam mana susahnya nak dapat makan nasi, lain kali jangan membazir nasi, itu suruh makan nasi kena licin , nenek kata nasi menangis nanti...Ilhan pun dah nak nangis kan ketam padi lama-lama.
Di atas tanah padi bukit ini ditanam anak-anak pokok getah. Sementara anak-anak pokok getah tak tumbuh tinggi lagi tahun 2020 ini juga ada tanam padi bukit ditanam di Pirampangan ini. Kalau ada rezeki musim menuai tahun depan, suami Tukang Kebun kata kali ini dia nak ikut pergi Pirampangan gotong-royong mengetam padi. Tahun 2019 papa Abby tak dapat ikut sebab pergi umrah.
Sebelah petang dalam pukul 3 dah mula hujan turun rintik-rintik jadi kami mula beransur balik. Seperti biasa dalam perjalanan balik sempatlah nenek Abby tapau tumbuh-tumbuhan hutan untuk ditanam balik di kebun nya.
Bolehlah mandi sungai bila dah balik rumah melayan lagi yang Rayyan dan Abby kena tinggal tunggu di rumah bersama Atuk.

Selasa, 29 Januari 2019

Kiulu Adventure Challenge 2018

 Seminggu selepas cuti akhir semester tahun 2018 bermula, Tukang Kebun, Big Boss dan papa Abby sertai Kiulu Adventure Challenge 2018. Ilhan kali ini tidak dapat serta sekali sebab tidak sampai seminggu baru lepas berkhatan. Jadi Ilhan dan adik-adiknya yang masih tidur lena di Teratak Kiulu Lodge 2 sementara parents sedang mula keluarkan peluh sudah merentas desa. Dari garisan permulaan boleh kelihatan kelibat puncak Gunung Kinabalu pada awal pagi. Acara berbasikal bermula dahulu kemudian diikuti dengan larian 13 km dan seterusnya Fun Run 5km. 
 Ini kali pertama nenek Abby (Big Boss) sertai acara ultra trail sejak lahir yang kini sudah lebih dari 60 tahun umurnya. Jadi nampak dari riak wajah agak nervous masa nak tunggu acara bermula. Biasalah tu Tukang Kebun pun masa awal-awal libatkan diri acara sebegini pun memang rasa nervous juga. 
 Cuma pada mulanya adik lelaki Tukang Kebun agak risau samaada nenek Abby mampu ke tidak nak habiskan trail ini jadi sebagai percubaan memberikan cadangan masuk 5km Fun Run sahaja dulu. Tetapi memandangkan Tukang Kebun pun akan teman ikut pace nenek Abby maka kita masuk lah acara 13km lagipun ni kawasan kampung nenek Abby masa dia kecik macam Abby biasa juga berjalan-jalan kawasan trail begini. Cuma semua bergantung kepada stamina dan level fitness. Cuma yang challenging-nya cut off time nak complete trail 13km diorang setting macam dalam 3 jam. 
 Cantik pemandangan di kawasan Kampung Ranau Ranau dengan bendang padi sawah yang padi dalam fasa sedang membesar. Ada juga Tukang Kebun perhatikan ada bendang padi sawah yang juga dah mula keluarkan buah. Seronok juga santai-santai teman mak buat ultra trail ini sambil dengar tempat-tempat yang dilalui mak bawa trip to memory lane. Macam ada kawasan perkuburan Kampung Ranau Ranau ni dulu tanah berhadapannya atuk nenek Tukang Kebun pernah usahakan buat sawah padi pada masa tu belum lagi ada geran-geran tanah ni masih consider hutan.
 Bukan sahaja lalu jambatan gantung panjang tetapi ada juga melalui titi dari bahan asli seperti buluh. Masa zaman sekolah rendah kan ada kita belajar kegunaan pokok buluh dan pokok kelapa. Susah dah budak zaman sekarang nak bayangkan pokok buluh boleh buat jambatan kan. Elok juga bawa anak-anak sertai aktiviti seperti begini jadi mereka boleh menambahkan pengalaman melalui kaca mata sendiri. Yang gambar atas lepas lintas titi tu bukan pokok lalang ya. Tapi bendang sawah padi yang sumber airnya adalah dari air hujan.
 Dalam 3km nak sampai kaki mak mula cramping pula. Sebelum mula run ada Tukang Kebun hulurkan gula-gula garam tak mau pula, ingatkan bagi gula-gula untuk suka-suka makan pula. Terlampau nervous tak ada mood nak makan-makan. Masa tu tak faham lagi kenapa Tukang Kebun dok menghisap-hisap gula-gula garam awal-awal lagi nak elakkan perkara begini berlaku. Lepas ni mak dah faham dah tips persediaan nak elakkan cramp kaki. Syukur Alhamdulillah kami sampai jugalah sebelum Cut Off Time 3 jam. 
 Selamat sampai ambil gambar kenangan mak dengan childhood friends mak bersama anak-anak mereka. Nenak Abby pun dah seronok nak cuba lagi aktiviti lasak sebegini. Next, Nenek Abby akan bersama-sama juga sertai Borneo Ultra Trail Marathon 2019 pada awal bulan Mac di Kiulu juga dengan jarak 9km. Jika dibandingkan trail route Borneo Ultra Trail Marathon 2018 (BUTM 2018) dengan Kiulu Adventure Challenge 2018, BUTM 2018 dua kali ganda lebih lagi susah itu sebab cut off time dia pun 6 jam. Teratak Kiulu Lodge 1 dan Teratak Kiulu Lodge 2 kedua-dua tempat semua bilik dah kena booking penuh pada minggu Borneo Ultra Trail Marathon 2019. Kecuali kalau sesiapa nak gunakan khemah. Sesiapa yang ada rancangan untuk bercuti di Kiulu, Sabah pada cuti sekolah semester pertama akhir bulan Mac masih lagi ada bilik/rumah yang kosong untuk penginapan di Teratak Kiulu Lodge.
 Mandian rebusan herba Serai Acheh dapat menyegarkan badan yang lesu. Senang sahaja seluruh pokoknya boleh direbus untuk buat home-made Spa Serai Acheh dan banyak manafaatnya.

  Sempena musim perayaan bulan February ini, Kebun Bahagia Bersama tawarkan harga pokok serai acheh dengan 5 pokok untuk RM10.00 (valid only for February 2019).

Info lanjut Serai Acheh (klik sini).

~ 5 moist bare-rooted Serai Acheh RM10.00 ~

Sabtu, 26 Januari 2019

The Most Beautiful Trail 2018

 Tak sangka dah masuk tahun 2019 dan tanpa disedari dah 2 bulan tak update blog. Jenguk juga tak kesempatan rasa tak cukup je sehari 24 jam mengurus kehidupan seharian. Anak-anak pun semua dah bersekolah termasuklah Abby yang tahun 1 sudah. Syukur Alhamdulillah banyak pengalaman baru diperolehi pada tahun 2018, moga tahun 2019 juga dimurahkan rezeki kesihatan dan lain-lain. Ini baru berkesempatan nak bercerita kisah kami bertiga - Tukang Kebun, papa Abby dan Ilhan menyertai Ultra Trail yang The Most Beautiful Trail 2018 (TMBT 2018) di Kota Belud awal September tahun lepas.
 Memandangkan kami bertiga pun baru mula berjinak-jinak dengan aktiviti sukan ultra trail ini awal tahun lepas, jadi kami masuk yang beginner level saja la dalam 12km. Starting point di Kampung Lingkubang, Kota Belud dan tamat di Kampung Tambatuon, Kota Belud. Oleh itu, kami menginap di Tagal Kampung Lingkubang (related posting klik sini) 3 hari 2 malam. Sementara kami buat ultra trail, Abby dan Rayyan duduk di bilik dan dipesan jangan ke sungai tunggu je sampai balik. 
 Sementara menunggu masa untuk bermula acara larian, orang lain buat warming up, Ilhan pula sibuk main-main dengan belalang yang jinak dengannya. Tukang Kebun pula kagum tengok banyak jenis dan bilangan lebah mencari makanan di kawasan belukar.
 Kali ini acara yang 12 km dan 30 km bermula serentak. Jadi sesak pula awal-awalnya semua bergerak jalan-jalan sama. Siapa yang laju mereka pecutlah ke depan dahulu. 
 Bila dah mula bahagian mendaki cerun mulalah semua terfikir siapa lah suruh seksa badan sendiri. Sudahlah kena bayar penyertaan mahal.Masa ni memang dah tak nampak kelibat si Ilhan. Papa Abby terpaksalah meneman mama Abby bagi dorongan.
 Sambil jalan-jalan seronok tengok kebun-kebun orang. Ni tanah baru dikemas dan dibakar untuk buka tanah mulakan pertanian. Subur tengok pokok ubi kayu jejari ni yang pucuk ubinya sedap dicelur dan dimakan dengan tempoyak atau buat gulai. Yang berminat untuk tanam pokok jenis ubi kayu ini, Kebun Bahagia Bersama ada bekalkan keratannya.

~ 7 keratan ubi kayu pucuk ubi jejari panjang RM5.00 ~

Self-Collect Day:

~ 26th/27th January 2019 or 2nd February 2019 10:00~ 10:30 AM morning in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh ~
 Awal-awal sampai check point satu banyak berjalan atas jalan tar, lepas check point satu dah mula masuk kawasan kebun orang atau jejak tanahlah. Banyak juga trail ni berjalan merentas sungai guna jambatan gantung. Termasuklah kena buka kasut merentas sungai kalau tak nak kasut dan stokin basah.
 Lama tak tengok pokok koko dengan buahnya bergayutan di pokoknya. Seronok berjalan dekat The Most Beautiful Trail ini macam-macam sudut Banjaran Crocker dan Gunung Kinabalu bersama gunung-gunung lain kelihatan.
Hahaha...kena bekerja keras kecilkan badan semula, semua ahli keluarga asyik komen. Cuma kali ini pertama kali rasa serik juga berlari masa musim panas kemarau ini. Di antaranya Tukang Kebun beberapa kali kena sengat dengan lebah sambil berjalan-jalan mungkin sebab tertarik dengan peluh-peluh yang keluar dari kulit Tukang Kebun ini. Lain kali kena pakai lengan panjang. Sakit gatal berdenuyut-denyut juga lah kena sengat beberapa dekat kepala lagi pun banyak tu.
 Geramnya tengok buah-buah durian ni boleh dicapai pegang dengan tangan sahaja dan lebat buahnya. Kalau sekadar nak jalan 12km tu rasa boleh tahan lagi cuma yang amat mencabarnya adalah bila dah matahari makin naik dalam cuaca baik boleh terasa panas teriknya juga di atas kepala ni. Boleh buat rasa nak muntah bila kepala dah overheating. Ramai jugalah peserta mengomel kenapa kick off mula tak buat lebih awal lagi. Tapi itulah bahagian cabarannya selain singkatan TMBT untuk most beautiful sebab pemandangannya ia juga nickname dengan The Most BRUTAL Trail (TMBT).
Pelbagai tanaman juga ditanam bersama-sama dengan pokok-pokok padi huma. Syoknya lah kebun orang ni boleh nampak puncak Kinabalu.
 Syukur Alhamdulillah selamat juga sampai di garisan penamat tanpa apa-apa kecederaan serius. Tukang Kebun sempat jugalah sampai setengah jam sebelum Cut Off Time (COT) bolehlah dapat finisher medal. Itu pun nak dekat 2km dekat garisan penamat, mental Tukang Kebun pun dah agak nak putus asa sebab rasa macam tak sempat je lagi nak habiskan rasa nak je suami kesayangan kasi tinggalkan je suruh dia sorang-sorang kejar sempat sampai sebelum COT. Itupun ada juga peserta veteran wanita yang jalan sorang kami terserempak dah macam Tukang Kebun dah terduduk rehat mau give up juga tak tahan dengan panasnya. Hubby Tukang Kebun ajak mari sempat lagi ni mari kita sama-sama jalan habiskan dalam kumpulan. Yang jadi lucu bila dah nampak dari seberang sungai nak sampai garis penamat. Kami tersilap gara-gara main ikut je yang jalan paling hadapan nak buka kasut terus seberang sungai. Yang nampak kesilapan kami nasib baik berteriakan, bukan sini, sana depan sikit seberang ada jambatan bukannya sungai...hahaha...kelam kabut pasang kasut balik mengejar baki masa yang ada.
 Di garisan penamat di Kampung Tambatuan, Kota Belud yang istimewanya ialah menghadap Gunung Nungkok. Kesian Ilhan dah lama sampai menunggu maknya 2 jam lebih, orang tertanya kenapalah budak ini lama benar masih menunggu yang dah lama sampai pun dah lama balik. Macam tu lah gayanya kalau acara larian ni speed Ilhan dua kali ganda dari maknya terpaksalah menunggu hehehe...badannya ringan senang nak membawa terbang berlari...maknya kena burn banyak lemak terkumpul beranak tiga hahaha...Papa Ilhan pun walaupun laju dari Ilhan terpaksalah rekod jadi buruk sebab meneman bini yang macam kura-kura.
 Gara-gara mama Ilhan punya pasal bila papa Ilhan nak register untuk 30km Borneo Ultra Marathon 2019 <BUTM 2019>(yang berminat klik sini for more info) kena pertikaikan larat ke tidak sebab tengok latest record Racematrix. Terpaksalah papa Ilhan bagi reference larian-larian lain punya rekod hahaha...Kali ini Ilhan juga akan sertai BUTM 2019 lari sama-sama dengan papa Ilhan jarak 30km. Pada mulanya 30km kena umur 15 tahun ke atas. Memandangkan Ilhan pun baru masuk tahun 6, lepas kami mohon berikan peluang berlari 30km dengan supervision parent, syukur alhamdulillah pihak penganjur bersetuju turunkan limit umur untuk 30km. Lagipun rekod larian Ilhan lari TMBT 2018 ok juga lah sebab dalam kategori Men Open bawah 40 tahun, Ilhan berjaya sampai orang yang ke-19. Kemudian keseluruhan peserta lelaki no. 25 dan overall jumlah peserta larian 12km no. 37. Next larian Borneo Ultra Marathon 2019, kali ini kami cuba sertai si Rayyan yang 9 tahun pula. Sebab tahun 2019 ini jaraknya singkat 9km berbanding tahun lepas 12km (related posting klik sini).
 Kisah lucu larian ultra trail kali ini bagi kes Ilhan ialah masa dia berhenti rehat tambah semula energy makan snack chocalate bar. Gigi susu Ilhan yang bergoyang jadi nak tercabut dah sebab gigit benda keras. Kebetulan ada orang dewasa muda berehat lari seiring dengan pace Ilhan masa tu nampak kenapa macam resah lain macam lak budak sekolah ni bertanya kenapa dik? 

Ilhan: Gigi nak tercabut
Adult Runner (@ tooth fairy): Semangat dik cuba cabut perlahan-lahan (sambil tepuk-tepuk belakang Ilhan bagi semangat)

Ilhan lepas berjaya cabut gigi susu sendiri, terus sambung lari semula.
Kalau Tukang Kebun jadi tooth fairy pun tak sangka dalam ultra trail ni ada kes juga kena teman budak sekolah cabut gigi susu sambil berlari dalam kebun orang. Lepas tu dahlah budak sekolah rendah ni yang sampai pula dulu kat garisan penamat.
Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang ambil berat peka dengan Ilhan yang berlari-lari maju ke depan sorang-sorang tolong tengokkan juga keadaannya, risau juga sebenarnya parents si Ilhan yang tak terkejar.

Isnin, 5 Mac 2018

Sinurambi Tambunan

 Pada hari pertama Tahun Baru Cina 2018, kami bawa anak-anak berjalan ke daerah Tambunan di Negeri Bawah Bayu. Salah satu tempat persinggahan ialah Sinurambi Tambunan yang rasa betul bayunya yang amat nyaman dirasmikan pada Disember 2016. Masih lagi persekitaran kawasan Sinurambi Tambunan ini sedang disiapkan fasa-fasa kemudahan lain walaupun ianya dibuka awal untuk pelancong-pelancong kerana tahun 2017 lepas adalah di Sabah, Tahun Melawat Tambunan 2017.
 Ramai juga pengunjung ke Tambunan Viewing Point ini bersilih ganti yang melawat pada hari sama dengan kami. Ada disediakan buku pengunjung untuk mereka yang ingin rekodkan telah selamat melawat di Sinurambi Tambunan ini. Ada juga yang separuh jalan sahaja naik menara ini kerana gayat. Syukur Alhamdulillah semua ahli kami berkesempatan naik hingga viewing point paling tinggi di Sinurambi Tambunan.
 Jika pelancong dari luar Sabah sudah ke Kundasang. Lain kali datang melancong ke Sabah lagi, lawatlah daerah Tambunan pula. Jarak perjalanan dari Kota Kinabalu nak ke Kundasang dan Tambunan lebih kurang sama sahaja. Di sini juga pemandangannya setanding dengan Kundasang, nak pergi pun sama je berliku-liku ikut Banjaran Crocker ni cuma arah yang berbeza, the other side of Kinabalu pemandangannya bak kata orang sini. Di mana Kundasang seperti Cameron Highland terkenal dengan tumpuan penanaman sayur-sayuran. Tapi bagi ethnic Dusun-Kadazan, Tambunan ini adalah seperti negeri Kedah iaitu salah satu rice bowl of Sabah. Diversity jenis baka padi kampung Sabah kebanyakkannya berasal atau bibitnya diambil di sini. Kalau Tukang Kebun tanya aunty Tukang Kebun mana dia ambil bibit--bibit padi, biasanya aunty ambil di Tambunan. Due to its unique geographical features, kedua-dua jenis category padi iaitu padi sawah dan padi bukit ditanam di sini. Orang Sabah panggil padi huma ialah padi bukit. Dilaporkan bahawa 80% Tambunan dapat dinikmati di Sinurambi Tambunan ini.

Jenis-jenis padi yang masih ada dalam stok Tukang Kebun (1 pek RM3.00 anggaran 100 biji benih):
Padi Bukit Taragang (Bukit)
Padi Bukit Gonsulak (Bukit)
Padi Bukit Bokilong (Bukit)
Padi Bukit Tomou (Bukit)
Padi Pandasan (Bukit)
Padi Pandasan (Sawah)
Padi Tarab Arab (Sawah)
 Salah satu keunikan Daerah Tambunan ini berbanding dengan kawasan Kundasang ialah terdapat beberapa gunung juga di dalam daerah ini. Sebagai contoh, Gunung kedua tertinggi di Malaysia juga adalah terletak di negeri Sabah iaitu Gunung TrusMadi di Tambunan. Walaupun ketinggian Gunung Trusmadi adalah cuma 2642meter jauh berbeza dengan Kinabalu (4,095m), lebih mencabar untuk panjat Trusmadi. Sebenarnya kami mula-mula dah tak pasti mana nak pergi, ingatkan cuba tengok je lah apa ada di simpang roundabout yang tunjuk ke arah Hutan Simpan Gunung Trusmadi. Sekali ternampak papan tanda Sinurambi Tambunan kami ikut sahajala.
 Mula-mula teragak juga kenapa lepas belok dari simpang utama, masih jalan kampung je ni tak tar. Tapi nasib baik bertembung dengan banyak kereta menambah keyakinan, jalan betul kut. Rasa macam ada 15 minit juga agaknya lepas belok dari simpang utama nak ke viewing point ni sebab bawa kereta perlahan sahaja. Berdekatan dengan Tambunan Viewing Point ini semasa lawatan kami sebuah resort ada feature ala Bali sikit sedang dibina. Jika project resort itu, berjalan lancar sesiapa yang melawat Tambunan bolehlah juga ada pilihan menginap di sana. Cuma agak aneh Tukang Kebun rasa bila nampak berderet pokok kelapa ditanam atas kawasan tinggi ni dalam persediaan landskap project resort tersebut. Pokok kelapa kalau resort pulau macam ngam la, but highland...rasanya another plant selection might be better.
 Lama tak nampak sarang lebah sebesar gini. Sebenarnya bukan satu sahaja sarang lebah ada dua bergayut pada pokok yang sama. Banyak makanan lebah tu agaknya di kawasan ini.
 Penggemar bunga putih wangi. Kebun Bahagia Bersama ada stok anak pokok kemuning semula jika berminat (1 pot RM10.00).

More info Kemuning (Click Here).