No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 20 Oktober 2018

Tagal Kampung Lingkubang

 Cuti Hari Merdeka 2018 lalu, kami sekeluarga beriadah menginap di Rumah Penginapan Pelancongan Tagal Kampung Lingkubang, Kota Belud selama 3 hari 2 malam. Perjalanan ke Tagal Kampung Lingkubang dari Kota Kinabalu hanya mengambil masa dalam sejam. Ikut arah perjalanan ke arah Kundasang atau Nabalu. Cuma sebelum sampai Pekan Nabalu, masuk simpang Jalan Kota Belud - Ranau bypass. Apa yang menarik melalui Jalan Kota Belud- Ranau (Jalan Ranau Bypass) ini ialah kita boleh lihat dua gunung tinggi adik beradik yang mengapit Gunung Kinabalu, yang salah satunya dipanggil Gunung Nungkok.
 Di kawasan Tagal Kampung Lingkubang ini banyak kemudahan juga disediakan untuk pelancong-pelancong yang datang perkelahan balik hari. Ada disediakan tandas awam (contoh gambar no. 1) dan pondok-pondok berehat (contoh gambar no. 2). Boleh juga sewa pelampung tayar besar warna hitam itu juga dan tempat untuk barbecue. Ada tempat barbecue memang dikhaskan untuk hanya panggang daging halal sahaja bagi pelancong muslim. 
Ada juga koperasi kecil untuk beli minuman atau snacks. Juga sebelum simpang masuk ke tempat perkelahan ini di sebelah jalan utama ada gerai-gerai kecil tempat menjual produk tempatan kampung. Ada juga menjual makanan tradisional orang dusun yang nasi masak bersama ubi keladi kemudian dilenyek-lenyek semasa panas yang kemudian dibalut dengan daun tarap (linopot). Tukang Kebun recommend cuba beli petai kacuk di kawasan ini, buahnya besar-besar dan kurang pahit. Rayyan pun boleh suka makan petai kacuk ini berebut dengan Tukang Kebun. Boleh nampak dengan mata sendiri pokok-pokok petai kacuk ini di tepi jalan bergayutan buahnya masa musim bagi gardeners yang curious macam Tukang Kebun ni.
 Semasa kami beriadah di Tagal Kampung Lingkabung ini sedang musim kemarau. Jadi air sungai tidaklah dalam dan deras. Anak-anak pun boleh seberang sendiri dari satu tebing ke tebing sana dengan mudah. 
 Main-main bola pun kalau hanyut, sempatlah lagi abang Ilhan tolong kejar sebelum kena hanyut lagi jauh. Bagi abang Ilhan training kaki kasi lari laju lasak sikit untuk ultra trail marathon.
 Kami buat reservation melalui internet dengan gunakan AirBNB untuk menginap 2 malam di rumah penginapan Tagal Kampung Lingkubang ini. Semalam harganya dalam RM80. Memang rasa betul suasana duduk kampung. Rindu sungguh sebab rumah di kampung pun sekarang bukannya dari papan dan buloh macam rumah asal nenek, sudah renovation jadi rumah batu. Rumah penginapan di Tagal Kampung Lingkubang adalah lantai dan dindingnya menggunakan sumber semulajadi iaitu buluh. 
 Di luar pintu bilik ada tempat duduk santai-santai sambil boleh menikmati pemandangan sungai di sebelahnya. Tukang Kebun perasan ada sarang kelulut di batang pokok ini. Cuba detect di mana? 
Salah satu bagus Tukang Kebun perhatikan dengan kerjasama koperasi kawasan Tagal ini ialah dengan penanaman banyak pokok buah tradisional bagi orang Dusun Kadazan supaya generasi akan datang juga kenal rupa pokok-pokok yang banyak digunakan oleh kehidupan harian dulu sebelum kita bergantung kepada ubat sintetik.
 Setiap bilik ada bilik mandi dan tandas sendiri berlantai jubin. Berlimalah kami tidur satu tilam ni. Nostalgia masa zaman kanak-kanak Tukang Kebun dulu bila balik kampung. Cuma zaman Tukang Kebun masa tu tandas dan bilik air masih di luar rumah lagi kena jalan beberapa meter. Nak buang air besar malam-malam, gemuruh juga rasa nak pergi gelap gelita. Lantai buluh ada lubang-lubang hehehe....Dinding antara bilik adalah nipis jadi bolehlah dengar sesiapa yang berdengkur. Macam duduk rumah panjanglah agaknya.
 Dapur kongsi bersama tetamu lain beramai-ramai. Boleh berkenalan buat kawan-kawan baru lebih-lebih yang kongsi hobi sama bertukar pengalaman. Malam pertama kami menginap di sini, semua bilik penuh sebab ada event ultra-marathon berdekatan kampung ini.
 Anak bertiga ini kena puji dengan nenek yang menyertai ultra marathon bersama kami sebab tak fussy duduk penginapan basic seperti ini. Yalah katanya zaman sekarang anak-anak mentality dah lain biasa comfort nak hotel ada swimming pool je. Syukur Alhamdulillah kami kata anak-anak ni dah biasa dengan baru balik dari trekking masuk hutan di Bilit, Kinabatangan masa cuti sekolah bulan Ogos lalu. 
 Antara tanaman menjadi perhiasan di pintu gerbang turun ke Tagal Kampung Linkabung ialah pokok garlic vine yang sedang berbunga semasa kami menginap di sini. Bagi yang berminat untuk dapatkan pokok garlic vine yang banyak kegunaannya sebagai herba juga boleh kami bekalkan selagi stok masih ada.

~ 1 pot garlic vine RM8.00 ~

More info on garlic vine (Click Here). 

3 ulasan:

Unknown berkata...

assalamualaikum Diana, wah best bercuti dapat rasa suasana kampong gitu
kaknoor pun puji jugak kalau tengok anak2 Diana tu kalau anak lain memang dah merungut kalau dah biasa hotel kalau bercuti kan

meintheswim berkata...

Dikampung yang ada sungai mengalir adalah perfect playground for boisterous kids. Anak anak TK beruntung dapat experience suasana kampung begini.

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam Kak Nor,

Seronok bercuti di suasana kampung hilang rasa stress.
Kalau kat bandar ni rasa asyik terkejar je masa macam tak aman kepala fikir macam-macam nak selesaikan.
Syukur Alhamdulillah anak-anak pun flexible mudah adapt dengan macam-macam ruang untuk tidur.
Bagi main puas-puas, malam senang nyenyak tidur badan berehat.

Waalaikumsalam Aunty meintheswim,

Ya berpengalaman main sungai mesti ada untuk setiap kanak-kanak rasai.
Nature is the best teacher.