No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Itik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Itik. Papar semua catatan

Rabu, 25 November 2020

PKPB Rayyan Peranan Pengembala Itik

Sejak PKPB salah satu tugasan Rayyan adalah membantu jaga anak-anak itik yang menetas dengan bantuan incubator yang tiada ibunya untuk menjaga. Maka kenalah Rayyan ambil alih jadi ibu itik semasa 1 ke 2 minggu awal pertumbuhan itik selepas baru-baru menetas dari telur. Jika nak kepastian samaada telur itik tersebut adalah telur yang menjadi boleh check telur tersebut setelah 1 minggu lebih diletakkan di dalam incubator. Telur itik memerlukan pengeraman selama 28 hari. Jika dah hampir 3 minggu lebih kita boleh lihat perkembangan pertumbuhan embryo itik di dalam telur dan pergerakkan jantungnya berdegup. Boleh lihat dalam video link di bawah embryo itik berdegup-degup semasa Tukang Kebun bagi hands on konon-konon subjek Alam dan Manusia kepada kanak-kanak riang di rumah ni.

Jika ada anak-anak itik yang baru menetas keluar mesti ralit si Rayyan asyik belek-belek buat main bawa ke sini sana. Kekadang banyak juga aktiviti anak-anak ni secara spontan dapat juga kita belajar benda baru sama-sama. Sebagai contoh, Tukang Kebun mohon kanak-kanak riang ni kupas kelopak luar isi buah roselle untuk buat versi air ribena mereka. Si Rayyan sengaja lepaskan anak itik baru hari kedua menetas kat atas upih ada buah-buah roselle. Rupa-rupanya itik instinct dalam usia begitu muda pun dah jadi pest exterminator yang baik. Kalau jenis buah roselle yang jenis kelopak besar-besar ni permasalahannya serangga perosak menyorok di dalamnya. Bila kopek maka keluarlah serangga perosak ni. Cekap pula anak itik baru lahir 2 hari menyerang serangga perosak tersebut (boleh tonton telatah itik 2 hari serang serangga di video link atas). Itik memang salah satu pengawal serangga perosak yang baik untuk penanaman secara organik. Semasa pertengahan tahun ni banyak negara luar yang telah diserang sejenis species belalang yang dipanggil locusts. Salah satu yang membantu membasmi masalah serangan belalang ini adalah melepaskan itik-itik di tempat yang kena serang. Masalah serangan locust amat teruk seperti di Afrika, India, China dan lain-lain. Serangan belalang species locusts ini juga menyebabkan banyak bekalan makanan tidak mencukupi sekarang termasuklah jenis tanaman bawang. Tambahan pula bencana banjir yang berlaku selepas serangan belalang melanda beberapa bulan lalu yang menyebabkan tanaman musnah. Banyak permasalahan petani tahun ni untuk mengeluarkan hasil dengan pergerakkan terhad Covid-19, serangan belalang locusts dan bencana banjir, satu demi satu dugaan mereka yang bakal mengganggu bekalan makanan kita.

Sekarang ni pun di Malaysia musim tengkujuh banyak kawasan dah dilanda banjir. Di sini pun banyak dah kawasan berlopak dengan air. Yang seronoknya ialah itik-itik lah yang sedang membesar ni. Masa hujan termenung tengok itik-itik berenang dalam lopak air. Batch atas kelahiran antara pertengahan September dan awal Oktober.

Sabtu, 11 Julai 2020

Cuba Pertama Kali Pajeri Kedondong


Syukur Alhamdulillah musim kawalan pergerakkan Covid-19 rezeki buah kedondong tak putus-putus pula di Teratak Kiulu Lodge.  Terpaksalah memikirkan selain dari nak preserve dengan cara jeruk boleh preserve macam mana pula. Dengan bantuan YouTube terjumpalah resepi pajeri kedondong terasa teruja nak cuba. Pajeri Kedondong ni pun boleh tahan lama jika disimpan dengan baik di dalam peti ais, jika dipanaskan semula pun makin sedap rasanya. Kekadang ada sahaja hari yang tak sempat nak masak, bolehlah keluarkan lauk lebihan yang ada standby dalam peti ais untuk dipanaskan.

Video di bawah ni kenangan percubaan Tukang Kebun pertama kali cuba buat pajeri kedondong:



Bila mood malas masak untuk makan tengahari dan rasa-rasa macam belah petang nak hujan, biasanya Tukang Kebun masak sup tulang je. Sup tulang kan dah sediakan bahan masuk-masukkan bahan aje lepas tu biarkan sehingga daging di tulang tu sudah empuk. Sementara nak tunggu daging empuk boleh buat kerja lain. Kebetulan sambil ambil buah kedondong ada ternampak pokok-pokok mulberry yang ada daun pucuk muda kita petiklah sekali. Dah sup tulang hampir nak siap, cuci daun pucuk mulberry dan masukkan ke dalam sup. 

Macam video di bawah ini sambil masak sup tulang, ronda-ronda kebun.



Jika ada berminat untuk tanam pokok mulberry, Kebun Bahagia Bersama ada bekalkan keratan segar buah mulberry merah dan buah mulberry putih. Jika nak masuk sup, pucuk daun buah mulberry putih lagi enak ya. Yang pucuk daun buah mulberry merah juga boleh buat masakan seperti video di atas.

7 keratan buah mulberry merah RM10.00 .
4 keratan buah mulberry putih RM15.00  .
6 biji buah kelapa tua RM10.00 (self-collect only) .
5 biji kukur buah kelapa tua (fresh baru diparut) RM10.00 (self-collect only) .
1 beg tanah bakar RM5.00 (self-collect only).

Ahad (12/07/2020), Sabtu (18/07/2020), Ahad (19/07/2020) boleh self-collect pesanan di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor.

Penghantaran di area Bukit Jelutong, Shah Alam pada hari Isnin hingga Jumaat (13/07/2020 ~ 17/07/2020) untuk pesanan lebih dari RM50.00 .

Pesanan boleh wassup message (019-293-1340) .

Isnin, 1 Januari 2018

Geibikei Gorge

 Destinasi pelancongan yang pertama kami singgah di Negeri Iwate, Jepun tahun lepas ialah Geibikei Gorge. Dah masuk tahun 2018 dah hari ini.
Selamat Tahun Baru 2018.
Apa perkataan sesuai 'Gorge' dalam Bahagia Kebangsaan? 
Bolehkan dikongsi bersama? 
Tukang Kebun tak dapat fikir yang paling sesuai. 
Gaung?
Jurang?
 Berlari-lari kami dari Stesen Geibikei (related posting klik sini) ke tempat naik bot di Geibikei ni dengan salji pertama turun di kawasan ini. Dah lama Tukang Kebun tak berlari gara-gara nak dapatkan waktu naik bot pukul 10 pagi. Disebabkan salji turun di luar jangkaan biasa seperti tahun-tahun lalu, pekerja-pekerja pusat pelancongan ini pun jadi kelam kabut nak sediakan bot yang ada atap. Biasanya jika belum musim salji, bot terbuka begitu sahaja tanpa atap supaya pelancong boleh enjoy pemandangan sekeliling.
 Biasanya musim Salji dalam bulan Disember ke Februari, bot yang disediakan adalah bertutup kaca dan ada meja dengan pemanas (kotatsu). Memandangkan salji yang turun pun agak meriah, pekerja-pekerja sedang berusaha untuk menyediakan bot yang beratap dan bertingkap supaya nanti penumpang dia tak jadi snowman pula. Tapi kotatsu tu takde la lagi tak sempat.
 Memandangkan Geibikei ini terletak di kawasan pergunungan jadi dah penghujung musim luruh, kebanyakkan pokoknya dah botak. Kalau pergi musim bunga dan musim panas, hijaulah pemandangannya. Kalau peak winter, semuanya diliputi salji.
 Bot ride ini ambil masa dalam 90 minit ulang alik dengan jarak lebih kurang 2 kilometer. Bot ini kena dayung secara manual oleh pemandu bot dia ya bukan pakai motor. Gerakkan bot pakai segalah kayu panjang. Tradisional boat ride with nature. Harga ticket untuk orang dewasa 1600 Japanese Yen, Sekolah rendah 860 Japanese Yen dan belum sekolah lagi 200 Japanese Yen macam Abby. Jangan lupa bawa minuman dan snack kalau yang dijangka akan lapar.

 Itik-itik dekat sini jinak-jinak mengekor bot minta belas kasihan bagi makanan. Makanan dia boleh dibeli juga dekat tempat naik bot. Cuma Tukang Kebun pun tak tahu ada jual makanan itik atau ikan kat tempat tunggu tu. Tak tau pula banyak itik dan ikan kat sungai ini jinak minta makan. Ada 2 Japanese ladies yang duduk sebelah Tukang Kebun bagi makanan itik kat Tukang Kebun kata biar anak-anak tolong bagi makanan kat itik-itik yang mengekor. Pengalaman pergi Jepun kali ini terasa sangat betapa pemurah orang-orang Jepun terhadap anak-anak, macam-macam anak-anak ni dapat bila singgah mana-mana dari sampai Airport Narita hinggalah hari terakhir.
 Tengok itik-itik ni mengekor je, rasa rindu pula dengan itik dan angsa di kebun. Masa kami naik bot ni bot penuh dengan penumpang tetapi kebanyakkannya pelancong domestik.
 Naik bot ni tak perlu pakai jaket keselamatan kerana airnya terlampaulah cetek dan arusnya tenang sahaja. Dasar sungai ini berpasir. Sungai Satetsu ni airnya tak lah meradang macam Sungai Daiya (related posting klik sini).
 Lagipun rasanya tempat ini ada masalah 'sedimentation' juga ni sebab tu air sungainya makin cetek. Ini satu masalah untuk kekalkan kawasan ini sebagai geotourism dengan naik bot. Masa musim panas kekadang penduduk kena ambil initiatif gali keluar sedimen yang mendap di sungai ini.
 Masa kami sampai di penghujung tempat berhenti, bot yang berlepas pukul 9AM mula bertolak balik. Yang bot pukul 9AM masih cuma ada atap sahaja, belum dikelilingi dengan tingkap kaca macam kami. Maknanya memang tak sangka salji akan turun dengan meriah pada hari ini.
 Salji pun sekejap turun lebat, sekejap berhenti.
 Ada jugalah sepokok maple yang masih merah menyala manakala pokok-pokok lain semua dah luruh daunnya. Maknanya jika yang nak aim musim luruh peak di Gebikei macam end of October to early November.
 Jika Batu Caves cuaca jadi negara empat musim, macam ni lah juga agaknya permandangannya. Batu Caves kena panjat banyak tangga good exercise. Di sini naik bot menyusuri sungai cari ketenangan. Masing-masing dengan keunikannya.
 Geibikei Gorge ini termasuk dalam best 100 Japan beautiful landscape scenary. Geibikei Gorge ini ada official website dia.
 Siapa yang perlukan luck boleh cuba nasib baling bongkah kayu masuk ke dalam lubang. Bongkah kayu tu kena beli jugalah.
Makin mula meriah balik salji turun.

Pemandu bot pelancong di sini biasanya akan mendendangkan sebuah lagu untuk penumpang-penumpang. Cuma katanya kalau dia nyanyi open air lagi sedap dengar dengan gema dinding-dinding gaung semulajadi ni. Hari ni dalam bilik kaca lah sebab cuaca tak mengizinkan.

Maskot Geibikei nama dia Geibi dekat dah bunyi Abby.
Geibi and Abby.
Gigih betul itik-itik ni masih mengekor sahaja.
 Lepas turun dari bot, teringin pula nak makan ikan salai 'Ayu' salut dengan garam. Ikan sungai ini memang orang Jepun panggil 'Ayu'.
 Salji pertama turun di Gaung Geibikei ini mengingatkan kepada bunga-bunga kemuning yang semerbak baunya apabila gugur. Pokok bunga kemuning ni kan bunga dia meriah dan mekar serentak, bila gugur banyak kelopak-kelopaknya macam salji atas rumput. Anak pokok kemuning ada semula dalam stok Kebun Bahagia Bersama.

~ 1 pot anak pokok kemuning RM10~

Boleh dipos.

Info lanjut pokok kemuning (Orange Jessamine) (klik sini).

 Self-Collect InsyaAllah boleh on 6th/7th January 2018 Saturday/Sunday morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (please confirm first before self-collect.

Selasa, 12 Mei 2015

Bekalan stock pisang nangka

  Hari ini Tukang Kebun buat catatan kisah untuk kerja-kerja yang dilakukan di belakang kebun pada hujung minggu lepas. Seperti biasa pada hari Ahad akan kami menuai hasil dari belakang atau di keliling rumah. Antara tuaian pada Ahad lepas adalah seperti buah kuning telor, ciku, katak puru, lemon Tahiti, limau kapas, terung pipit, asparagus, mulberry dan kacang kelisa. Kacang kelisa yang melilit pokok mangga di kebun belakang, Tukang Kebun tak perasan yang ianya ada menghasilkan kacang-kacang sebelum ini, jadi banyak dah kacang tua di atas pokoknya. Jadi adalah fresh stock biji benih kacang kelisa dari Kebun Bahagia Bersama minggu ini.

~ Kacang Botor / Kelisa ~
Anggaran 12 biji benih 1 pek RM1.00 .

 Penghantaran Isnin semalam untuk Pasar Online Kebun Bahagia Bersama ialah buah Kuning Telor, buah Katak Puru, buah limau kapas, lemon Tahiti dan terung pipit. Jika ada yang berminat slot Pasar Online Kebun Bahagia Bersama Buah Kuning Telor untuk penghantaran minggu depan available dalam kawasan Semenanjung Malaysia sahaja (1 pek goodies hampir 2 kilogram termasuk kos penghantaran RM21). Dalam pek goodies tersebut biasanya sekurangnya 1 kilogram buah kuning telor dan hampir 1 kilogram tuaian segar dari Kebun Bahagia Bersama (pesanan email kebunkmg@gmail.com).

  Syukur Alhamdulillah dari minggu lepas itik-itik yang kami bela lahir bulan November lepas dah 5 bulan lebih umurnya dan mulalah musim bertelurnya hampir setiap hari. Itik telur setelah umur 5 bulan ianya akan mula bertelur. Yang di gambar bawah (No. 3) baru 2 bulan lebih umurnya dikeluarkan dari kandang pada hari dearest hubby tak berkerja. Tapi semalam terlepas masa Tukang Kebun masuk kandang nak kasi makan maka bebaslah mereka juga. Yang masih muda ni masih liat nak masuk kandang petang-petang kena main kepong-kepong, tak leh kalau sorang-sorang. Kebelakangan ini stok telur itik nampaknya mencukupi untuk dapur Kebun Bahagia Bersama, maka minggu ini yang extras Tukang Kebun offer untuk yang berminat nak masak telur itik hujung minggu ini. Yang berminat nak dapatkan telur itik dari Kebun Bahagia Bersama boleh booking untuk self-collect pada pagi Ahad minggu ini di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam antara pukul 9pagi hingga 11 pagi. Nak self-collect biji benih dan anak-anak pokok pun boleh pada pagi Ahad ini. Cuma Pasar Online tak dapat self-collect sebab Sabtu busy jadi Tukang Kebun takde masa free nak menuai.

~ Telur itik Kebun Bahagia Bersama sebutir 70sen ~
  Ahad lepas kami pindahkan beberapa anak pokok pisang nangka di kawasan ini sebab dah banyak cahaya matahari yang boleh diterima setelah pokok-pokok buah-buahan besar di keliling sudah diberikan hard-pruning pada Hari Buruh lalu. Bibit kelapa gading yang Tukang Kebun tanam pada hujung tahun lepas yang kurang mendapat cahaya pun dah nampak perbezaan pertumbuhannya (related posting klik sini). Sekarang lagi dapat sinaran matahari, moga lebih cepat pertumbuhannya. 

 Yang berminat untuk tanam kelapa gading boleh juga self-collect bibit kelapa gading di Shah Alam Ahad ini (Promosi bulan Mei 2015; 2 bibit kelapa gading RM5.00). Bolehlah fikir buat guerilla gardening dengan pokok-pokok kelapa jenis rendah di kawasan perumahan. 
  Jika saiz anak-anak pokok pisang nangka yang masih rendah seperti dalam kereta sorong ni, tak bolehlah ditanam di tempat terbuka sedap diratah oleh angsa dan itik. Sekarang ni dah makin meriah dengan ayam dan itik suka sangat mereka meratah anak-anak pokok pisang yang baru je keluar. Batang pisang pun sebenarnya adalah satu sumber bahan makanan yang sihat untuk ternakan. Kalau batang-batang pisang yang baru kena belah-belah lepas ambil tandan pisangnya, ternakan pun suka makan. Jadi tanam pisang ni tak rugi, Tukang Kebun boleh tuai buah pisang, batang-batangnya jadi sumber bahan makanan untuk ternakan atau untuk biar reput sebagai mulching merangkap baja kepada pokok-pokok lain. Kalau Tukang Kebun on holiday biasanya tak risau bab-bab kasi makan beberapa hari jika dibiarkan ternakan lepas, pandai AVIAN pets ni cari makan (habis banyak anak-anak pokok pisang diratah).
  Jadi yang anak pisang nangka masih rendah, dearest hubby tolong tanam di tepi tembok bahagian depan kebun sikit sementara Tukang Kebun sediakan bibit-bibit keladi untuk ditanam berdekatan. Kalau berbuah berat nanti, tembok boleh jadi sandaran nak tampung. Kawasan dalam gambar ini memang pokok kaduk sentiasa naik tumbuh dengan meriah tanpa dibela. Ada juga kami tanam bibit-bibit pisang kadau dekat dengan pokok jambu mawar dan berhampiran dengan tembok ini juga supaya tak pupus Ahad lalu.
  Bulan ini Syukur Alhamdulillah ada beberapa pokok-pokok pisang nangka sedang berbuah dengan pelbagai pembesaran. Yang tercari-cari pisang nangka dan nak booking next batch yang akan masak tak lama lagi boleh email (kebunkmg@gmail.com). Sesisir penuh buah pisang nangka RM5. Sesisir pisang nangka biasanya besar dan bilangan buahnya banyak. 
 Yang ingin menanam pokok pisang nangka juga kami ada bekalkan anak-anak pokok pisang nangka. 

Info pisang nangka juga boleh refer di blog posting sebelum ini (klik sini).

Jumaat, 10 April 2015

Ribut Petang Ahad

   Hujung minggu lepas 18 ekor itik-itik telur yang di Sangkar E telah dipindahkan ke sangkar lebih besar yang dearest hubby kemaskan beberapa minggu lalu. Sekarang ruang untuk mereka berlegar-legar sudah lebih 3 kali ganda. InsyaAllah hujung minggu ini akan testing dilepaskan pada siang hari. Sementara ini nak kasi biasa dengan kandang baru dahulu supaya mudah nak direct mereka pulang ke kandang bila dah senja. Cepatkan mereka membesar? Baru sahaja 6 minggu lebih dah besar begitu. Awal bulan March dulu masih duduk dalam sangkar nursery seperti di bawah. Minggu ini tukang kebun tumpangkan 3 ekor itik Muscovy duduk bersama-sama itik-itik telur dulu. Tengok tu Itik Muscovy yang seminggu muda sebenarnya lebih gemok dari itik telur.
  Sambil berehat dapatlah teguk air kelapa muda dari kebun. Terkejut tukang kebun bila dearest hubby kata sekarang 1 biji kelapa muda pun boleh berharga RM4. Betul ke? Tempat kawan-kawan berapa harganya? Tukang kebun ni yang jarang keluar dari kebun tak serba tahu dengan harga terkini. Sehingga hari Jumaat ini kami masih belum lagi ada bayar GST 6% lagi belum keluar beli barang yang dikenakan GST. Beli pun cuma fresh produce macam seafood dan tempe macam tu je di kedai kampung ini.
  Buah jambu air jenis ini pula sedang meriah berbuah di tepi kolam. Itik-itik kalau dah puas berenang dalam kolam bolehlah isi perut dengan buah jambu air yang banyak jatuh. Syukur Alhamdulillah pelbagai jenis jambu air dalam kebun satu persatu dapat rezeki. Kalau jenis jambu air ini panggil apa ya?
  Bila nak masuk rumah rasanya nak hampir pukul 3 kut tiba-tiba hujan ribut datang. Berlari kami suami isteri masuk rumah. Sebelah petang lepas ribut dah lepas, tukang kebun risau pergilah ke belakang nak jenguk itik-itik muscovy yang bebas berkeliaran di kebun dan itik telur yang baru dipindahkan. Adui terkejut banyak pokok tumbang macam pokok pisang, betik dan ubi kayu. Ada juga dahan-dahan pokok besar yang patah. Tapi dalam hati tukang kebun bersyukur juga, nasib baik semalam tiba-tiba niat di hati ini bertukar rasa nak pindahkan mana-mana pokok pisang yang boleh (syukur di atas hidayah diberikan oleh-NYA). Rupa-rupanya hari Ahad petang hujan ribut. Terpaksalah tukang kebun tunggu dearest hubby balik hantar Rayyan dan Ilhan ke taekwando. Dearest hubby pun kata di tepi jalan utama banyak pokok tumbang, bandaran tengah potong alih-alihkan. Nasib Sabtu memang dah banyak pindahkan pokok-pokok pisang, kalau tak lagi parah banyak yang tumbang. Jadi cuma 5 pokok pisang besar sahaja rebah all together masa ribut petang Ahad.
 Rumpun pisang ni yang kami biarkan sebab dah agak kalau usik memang rebah masa Sabtu lepas. Hari Ahad dah tumbang macam ini, sayang pokoknya terpaksalah kami pisah-pisahkan dan tanam semula. Yang ini okay lagi nak pindah 2 orang, yang pokok pisang merah matang rebah berhampiran ampaian paling seksa. Sampai dearest hubby dah nak give up tak boleh gerak tanya boleh tak potong je belah atas. Sebab tukang kebun sayangkan dia (dahlah baka rare nanti Big Boss terkilan), tiba-tiba teringat masa zaman tamadun Egypt dulu macam manalah orang-orang angkut batu besar macam monument penuh dengan hieroglyphics untuk kasi hadiah dekat kerajaan lain. Hubby kata sebab ramai orang. Tukang kebun kata mana mungkin kalau ramai orang, itu bawa batu kut ini baru batang pisang gemuk besar. InsyaAllah 2 orang pun boleh. So cuba-cubalah jadikan cangkul panjang tu as lever letak bawah pokok bila hubby dah cuba pegang ianya menegak nak masukkan dalam lubang. Sikit-sikit tukang kebun tekan cangkul tu up and down bergerak jugalah sambil husband direct batangnya nak kasi masuk lubang. Dah masuk lubang tukang kebun pula peluk batang pisang, sambil husband masukkan tanah padatkan semula. 

  Hai hujung minggu lepas siang hari banyak peluk batang-batang pisang. Lepas tu setiap petang bukan lagi berjogging dalam kebun bila dah senja, berlari kejar nak suruh itik-itik Muscovy tak dengar kata masuk dalam kandang. Kena main kepong-kepong. Sampai Ilhan pun lepas ambil sekolah kena ajak main kepong-kepong itik muscovy. Kekadang ada rasa tak kuasa nak biarkan je tapi nanti tidur tak lena teringat ada tak jadi mangsa Big Bad Wolf. Malam memang lena tidur awallah sekarang. Tak perlu nak ke gym, dah banyak macam-macam exercise dalam kebun tu. Hujung minggu angkat berat pokok pisang, weekdays kejar anak itik Muscovy macam nak training panjat gunung dah ni. Sampai dearest husband pun kata hai tukang kebun sekarang ni tiap malam cepatnya terlelap dibuai mimpi.
  Sebab ribut 2 pokok pisang nangka patah batangnya yang sedang berbuah. Terpaksalah cuba-cuba peram masuk rumah. Pokok ubi kayu pun sampai boleh terangkat ubinya keluar dari tanah. Terkejut juga tengok pokok ubi kayu yang belum berusia 6 bulan yang dearest hubby tanam Oktober lepas (related posting klik here) dah berisi rupanya. Makan kerepek ubi lah kami minggu ini. 

 Disebabkan petang ribut banyak pokok-pokok tumbang tak sempat nak sembelih ayam daging seperti yang dirancang. Jadi anak-anak minggu ini tak makanlah daging ayam (break record) sebab mama diorang tekad April tak beli ayam. Ilhan biasanya kuat makan ayam, sukar nak makan ikan kalau ada tulang, jadi bila ada ikan goreng, mulalah dalih nak lauk lebihan dinner semalam ada masak berlada tapioca stick sanggup ratah yang tu sebelum ke Sekolah Kebangsaan. Sekarang ni nak educate anak eat local fresh harvest, apa rezeki yang ada je jangan memilih. Apa yang ada dekat kebun tu.

~ 7 keratan ubi kayu RM5.00 ~

Atau novice gardener or not novice boleh juga mix dengan tumbuhan lain '3 for RM10' seperti dalam pilihan page ' 3 plants mix for RM10 '. 

Rabu, 8 April 2015

Muscovy War Zone

   Mulai dari minggu lepas tukang kebun jadi over-stress tengok gelagat itik-itik Muscovy yang baru genap masuk sebulan umurnya hujung minggu lepas. Gambar atas contoh pembesaran itik Muscovy yang baru masuk sebulan umurnya. Anak-anak itik sebenarnya mudah jaga sebab tak mudah demam atau kena serangan penyakit cuma punca utama biasanya kemalangan atau kecederaan yang kritikal sahaja. Ini pengalaman pertama tukang kebun membesarkan jenis itik-itik Muscovy dari baru lahir. Itik-itik muscovy pure ini adalah baka yang asalnya diimport dari France oleh pembekal.
  Begitu pesat pembesaran Itik-Itik Muscovy berbanding dengan PETS yang juga lebih kurang sebaya umurnya di dalam Sangkar D (Gambar baby klik sini). Minggu sebelum itu, tukang kebun hairan juga tengok kenapa itik-itik ini menggigit kepak yang sedang nak tumbuh berbulu antara satu sama lain sampai berdarah. Tengah gatal ke rasa kepak sebab nak tumbuh sayap bulu. Gigi itik muscovy ini sakit tau, makin besar makin terasa sakitnya dia menggigit tapak kaki tukang kebun siap kali masuk. Masuk minggu lepas tukang kebun stress tengok kenapa itik-itik Muscovy ini menggigit bukan sahaja di kepak tapi di bahagian bontot sampai berdarah-darah. Makanan tukang kebun perhatikan masih lagi banyak di bekas jadi tidak mungkin mereka kelaparan. 
  
 Sampai hari Jumaat lepas, ada seekor itik Muscovy antara yang kecil bontotnya berlubang kena serangan gigitan. Akhirnya 2 ekor itik muscovy mati akibat serangan sesama mereka petang Jumaat. Ayam-ayam pula yang jenis ayam kampung kacuk dan ayam mutiara tidak kena serangan. Cuma Ayam daging ada juga yang menjadi mangsa bontot sampai berlubang. Sebab dah over-stress dan kepala pun dah tepu, agaknya dekat raut muka pun nampak depress semacam je, dearest husband balik kerja malam kata takpe esok pagi dia tolong pergi tengok dulu. Sebab tukang kebun nak mentally prepared nak tengok horrifying scene sesama mereka menggigit-gigit bulu sampai takde dan berdarah sampai lemak pun tercabut nampak daging belah dalam.
  
  Jadi Sabtu pagi mana yang itik Muscovy dan Ayam daging dah cedera parah, dearest husband sorting tumpang dalam Sangkar C yang belum dikemas sempurna sebab kes emergency. Semua bontot kena tuang ubat gamat. Kemudian semua itik Muscovy dearest husband keluarkan dari Sangkar D pindahkan kejap ke Sangkar F belum kemas buat sementara waktu nak tengok gelagat mereka. Memang ada 1~2 ekor memang saiz ketara lebih besar, yang itu kuat betul attack bulu-bulu kawan yang lain. Yang itu terus ditangkap dan dikeluarkan dari sangkar terus dibiarkan bebas. Ingatkan dah okay sekali tengok ada yang lain-lain juga mula menggigit yang lain bila yang besar takde. Dari mereka duduk dalam sangkar susah nak melarikan diri lalu semuanya dikeluarkan bebas macam gambar di bawah buat pertama kalinya sampai angsa pun macam: "Are you sure they are ready for this outside world"? Tukang kebun : "Horrifying ducks eating each other butts!!! What should I do? So you help me look after them too okay." Si angsa pun awal-awal supervise diorang ni tak kasi pergi jalan jauh-jauh, area dekat je nanti dia halau kalau pergi jauh suruh duduk dekat area sangkar. Sampai hari ini so far 2 ekor dah mati sebab cedera parah kena gigit bontot sampai lubang, maka tinggallah 15 ekor yang masih buat perangai sama sehingga hari ini buat sakit kepala, trauma jadinya tukang kebun,
  Salah satu gambar contoh how horrifying this juvenile Muscovy duck is when they reached a month old. Ini belum parah lagi tapi tengoklah itik yang dekat belakang tu sebenarnya tengah menggigit bontot yang itik depan. Nampak tak dah ada kesan darah-darah. Ini masih consider cedera mild ada yang lagi teruk. Apa yang mengejutkan lagi bila tukang kebun buat observation minggu ini, itik yang paling parah sampai dah tak de bulu dan lemak di bontot yang kami isolate di Sangkar C bertukar-tukar masuk dengan itik yang cedera lain tiap hari, lepas beberapa hari murung sekarang sihat agaknya, dia pula mula menggigit bontot itik-itik lain walaupun lebih besar darinya. Pening, so apa sebenarnya tak kena dengan diorang ni? Makanan cukup. Dah bebas. Mula-mula ingatkan jantan territorial ke apa, beberapa ekor mungkin jantan. Tapi ini semua perangai macam ini. Masa kecik nampak cute je, now causing terror in our kebun. Help please.
  Sabtu lepas sambil kami buat pemerhatian dekat itik-itik muscovy ini, tukang kebun baru teringat ada 2 minggu pokok pisang tumbang tapi tak teralih-alihkan lagi. Ingat nak kemas frontyard rancangannya Sabtu lepas. Tiba-tiba niat di hati berubah pula, jadi projek mengalih-alihkan pokok-pokok pisang yang ada possibility nak tumbang jika ribut kalau pokoknya yang jenis terapung atas tanah akarnya tak mencengkam tanah seperti dalam gambar di bawah. Kena gali lubang dalam-dalam masukkan bahagian berakar dalam tanah untuk mengelakkan tumbang.
  Biasanya kita alih-alihkan anak-anak pokok pisang, kami pula buat projek pindahkan pokok-pokok pisang yang dah tinggi. Kalau dulu pasti dearest hubby kata mana boleh pindah pokok-pokok yang dah besar nanti mati. Tapi Sabtu lepas tukang kebun dah standby bukti boleh sebab dah agak mesti dia kata tak boleh. Tidak lagi bila tukang kebun dah buktikan yang pokok pisang kapal dah nampak matang, tukang kebun alih dan pindahkan semula bila ia tumbang February lalu (related posting klik sini), sekarang dah keluar jantung pisang dan nampak nak ada peluang berbuah seperti gambar di bawah sebagai bukti tukang kebun. 
  Pada awal masa tukang kebun pindahkan pokok pisang kapal memang lepas tu daunnya semua jadi layu, lalu dipangkas yang dah kering. Kemudian sekarang ini dah mula keluar daun hijau baru dan siap dah keluar jantung pisang lagi. Yang nak buat renovation, kalau tempat tu ada pokok-pokok pisang dah besar teragak-agak, boleh je gali keluar pindahkan ke tempat-tempat lain. Gardeners yang nak kemas kebun nak buat layout baru pun boleh je pindahkan pokok-pokok pisang dari ditebang begitu sahaja dibiarkan mati pun sayang juga. If not buatlah guerilla gardening, pinjam je kawasan perumahan mana yang kosong, kalau dah tinggi takkan kontraktor bandaran tak kenal pokok pisang nak potong kut. Kalau dah besar pokoknya tak lama dah menunggu berbuah berbanding nak mencari anak-anak pokok pisang baru ditanam semula. Pokok yang ditanam pun akan menghasilkan anak-anak pokok baru di sebelahnya.
  Sebagai contoh, dah besar memanjang pun antara pokok-pokok pisang yang dipindahkan seperti gambar di atas ada 4 pokok dipindahkan di sini Sabtu lepas (instant kebun/tree). Antara barisan pokok pisang ini, dearest hubby selitkan keratan-keratan ubi kayu. Rumpai-rumpai tu biasalah cepat tinggi musim hujan ni. Rasanya ada juga 20 pokok pisang kami pindahkan pada hari Sabtu lepas.
  Sambil-sambil pindahkan pokok pisang baru perasan ada betik dah kena tebuk. Cepat-cepatlah tuai lama tak dapat makan betik sebab kongsi rezeki dengan mahkluk Allah lain. Lama tak makan betik untuk dinner, pagi esok lawas betul perut ini asyik menggelora je kasi cuci.

Jumaat, 20 Mac 2015

Kandang D Meriah Baby Boom

  Bulan March ini memang tukang kebun banyak invest gunakan simpanan Tabung Kebun Bahagia Bersama awal tahun ini untuk menambahkan bilangan Avian PETS di belakang. Antara yang tukang kebun tangkap di Jabatan Pembiakan Itik awal bulan March (5th March 2015) ini ialah jenis itik Muscovy. Berlainan dengan itik telur yang lahir berwarna coklat (related posting klik sini), itik muscovy ini yang baru menetas tak sampai 24 jam lagi berwarna kuning. Ini pun kira just lucky dapat balance yang tidak reserved oleh orang lain. Dapatlah yang tinggal 17ekor. Seekor RM2.80, jumlah RM47.60. Jantina tidak diketahui.
  Anak itik muscovy ni comelkan. Anak-anak pun suka pegang sebab perwatakan itik muscovy ini gentle tak macam anak itik telur yang hyper aktif tak duduk diam.  Ya jenis-jenis itik berbeza ini pun perwatakan-nya lain. Kalau anak ayam, anak-anak tak nak pegang dengan alasannya kuku kaki anak ayam tajam sakit. Sampai bising mama Ilhan sebab dia main lepas je anak ayam daging yang baru dibeli keesokan harinya sebab kuku tajam. Nasib tak apa-apa ayam daging tu.
  Kebetulan selepas hari dapat bekalan anak-anak itik Muscovy, keesokkan paginya adik tukang kebun minta hantar ke komuter nak ke KLIA2 melancong bersama-sama kawan ke Krabi. On the way balik nampak kedai PET Shop baru sahaja buka lalu singgah sekejap. Ada rezeki anak-anak ayam baru sahaja sampai belum lagi dipindahkan pun ke dalam sangkar. Baguslah dapat tukang kebun bela sama-sama dengan anak-anak itik Muscovy yang baru lahir semalam sebab umur dan saiz lebih kurang sama. 

   Jadinya pada 6hb Mac 2015 tukang kebun beli 10 ekor anak ayam daging dan 30ekor anak ayam kampung. Harga biasanya di jual di Pet shop area tukang kebun seekor RM3.80. Tapi sebab tukang kebun borong banyak 40 ekor dapat dengan harga RM3.50. Jumlah belanja anak-anak ayam RM140. Alasan diberikan kepada dearest hubby untuk shopping hari tu ialah untuk bekalan stok daging ayam puasa dan raya akan datang ini.
  Tapi sekarang anak-anak ayam kampung batch March ini setakat ini 3 ekor mati sebab patah kaki dan sayap yang mana entah ganas sangat. Yang menariknya kombinasi kongsi sangkar dengan 17 ekor anak itik muscovy, 10 ekor anak ayam daging dan 5 ekor ayam kampung semuanya sihat bahagia hidup bersama. Yang kemalangan maut cuma sangkar yang kongsi cuma ada anak-anak ayam kampung sahaja. Tukang kebun sekarang bukan sahaja experiment dengan tumbuhan dalam good companion planting tapi dengan Avian PETS juga good companion growing together. Setiap jenis binatang ada virusnya tersendiri yang mudah dijangkiti dan virus ini bukan sahaja semua jahat tapi ada yang juga baik jadi boleh complement each other. Dalam theory tukang kebun bukan sahaja tumbuhan yang benefit tanam pelbagai tetapi haiwan ternakan pun sama sahaja.
  Masa duduk dalam sangkar stage nursery, tiap-tiap pagi tukang kebun bersihkan sangkar dan kasi mandi anak-anak avian PETS ini. Lepas tu jemur sebelah pagi dapatkan vitamin D dan biasakan mereka perlahan-lahan dengan cuaca panas. Kalau tak biasakan pada awalnya susah sebab masa awal-awal tukang kebun lepaskan anak-anak ayam batch November 2014 dulu masa weekend, tak biasa main tengah-tengah panas ada 2 ekor demam dan mati. Jadi lebih baik tukang kebun expose perlahan-lahan semasa usia muda lagi. Lagipun projek kami ialah binatang-binatang ini bila dah remaja akan jadi ternakan free range bebas berjalan-jalan di Kebun Bahagia Bersama bukan terperap dalam sangkar. 

  Jadi asalnya 12 ekor anak-anak ayam yang kami cuba bela percubaan hujung bulan November 2014 tinggal 9 ekor dan sekarang bulan March mereka bebas. Malam je duduk dalam sangkar. Petang dah berbaris masuk sangkar 2 balik tunggu tukang kebun kasi makan malam. Mulanya 8 ekor anak ayam kacukan gajah kampung, seekor demam dan seekor kena baham tinggallah 6 ekor. Yang 4 ekor anak ayam kampung original tinggal 3 ekor sebab seekor demam. Ambil iktibar dalam kes ini jadi yang anak-anak ayam ini masa baby lagi tukang kebun dah expose dengan penerimaan cahaya yang banyak.
  Anak-anak itik muscovy ini kan perangai gentle tak lahap sangat macam anak-anak itik telur. Jadi masa awal tukang kebun nak bagi makan ikan guppy diorang tengok je kena ajar dulu this is food. Yang anak-anak itik telur tak perlu ajar terkam gelojoh sungguh. Bila seekor dua anak itik muscovy dah mula makan barulah yang lain tengok dan join in bersama-sama.
  Awal sehingga pertengahan bulan March memang sebelah pagi tukang kebun sibuk dengan anak-anak baru Avian PETS ini dengan nak cuci sangkar, tempat tido, bagi makan dan lain-lain. Awal-awal pagi dah sunbathing selepas mandi. Anak-anak ayam yang kongsi sangkar dengan anak-anak itik Muscovy pun kesian juga terpaksa belajar mandi walaupun tukang kebun tak kasi mandi dia tapi terkena jugalah percikan air dan gesel-gesel basah dengan itik Muscovy. Begini mereka pun jadi kuat panas dan air. 

  Ada minggu ini terkejut tukang kebun bila nampak ada seekor anak ayam daging termasuk dalam pasu berisi air tapi tak pandai keluar sehingga paras dada dia di Sangkar D yang baru dipindahkan hujung minggu lepas. Menangis-menangislah si anak ayam daging entah berapa lama duduk dalam air, tukang kebun pula masa senja baru pergi jenguk. Si Angsa yang kami panggil si kuning tu pun dok perhati dari pintu Sangkar D kesian gaknya tengok anak ayam tu tapi tak boleh masuk nak menolong. Syukur Alhamdulillah nampak okay anak ayam daging tu keesokkan harinya. Angsa si Kuning kami tu memang jenis gentle baik hati tak ganas tak macam si Rocket yang kuat merajuk dan gigit-gigit tapak kaki tukang kebun kalau lambat kasi makan. Takdelah gigit kuat, gigitan manja tapi masih menyilu. Si Kuning tak pernah buat tukang kebun macam tu.
  Hari Ahad kami pergi ke pasar pagi Paya Jaras dan beli 10 ekor anak ayam mutiara. Harga pasaran anak ayam mutiara saiz begini di kawasan tukang kebun seekor RM15. Jumlah RM150. Tapi seekor dah mati mungkin masa dia tersekat dekat dawai ketakutan dengan anak-anak itik telur yang perangai dah jadi gangster mungkin nak keluarkan tukang kebun ter-snap leher dia kut. Tukang kebun kena reflecting banyak-banyak atas kebodohan kesilapan sendiri. Jadi tinggal 9 ekor. Pada mulanya ingat nak campurkan dengan anak-anak itik telur dalam Sangkar E. Tapi tak sesuai ketakutan mereka sebab anak-anak itik telur tu dah ada perangai membuli. Jadi kami pindahkan ke Sangkar D yang baru sahaja dikemaskan pada hari Ahad lepas.
  Jadi Ahad lepas kami buat persediaan untuk pemindahan 17 ekor anak itik muscovy, 10 ekor anak ayam daging, 9 ekor anak ayam mutiara, 27 ekor anak ayam kampung, jumlah 63 ekor kesemuanya. Rak yang dalam gambar bawah dearest hubby bertukang buat dari scratch kitar semula kabinet-kabinet dapur lama Ahad lepas. Tukang kebun memang nak ada para-para atau kayu tinggi sebab takut banjir. Sekurang-kurangnya mereka yang terperangkap dalam sangkar ini ada tempat tinggi nak bergayut. Itik muscovy ni cerdik tau, dulu-dulu pernah banjir dia hanyut pandai balik rumah. Terkenang tukang kebun masa dulu ada itik muscovy big boss tiba-tiba muncul lepas beberapa minggu lepas banjir depan gate menunggu, bila tukang kebun buka gate tergedek-gedek masuk.
  Seronok sungguh anak-anak Avian Pets ini dipindahkan Ahad lepas banyak ruang nak bermain-main. Nampaknya pelbagai jenis Avian nampak serasi hidup bahagia bersama-sama dalam Sangkar D. Anak-anak itik muscovy ini manja datang minta main-main bila tukang kebun masuk dalam sangkar ini, jadi anak-anak ayam lain pun terikut-ikut. Kalau anak-anak itik telur tu wild sikit, bagi makan baru nak sibuk datang. Kalau tak tersalah memory, masa zaman remaja dulu Sangkar D ini tempat sepasang Merak yang menghuni. Dulu lagi besar sangkarnya bersambung dengan Petak D yang sekarang dibuat kebun.
  Bulan March ini memang sibuk sungguh banyak baby nak jaga, ini semua dah tak duduk dalam sangkar nursery baru ada rasa free sikit. Bila tulis inventory report ini barulah sedar jumlah overall Pets yang masuk dalam Kebun Bahagia Bersama untuk bulan March dan February sehingga 19hb March 2015 (still alive) ialah jumlah Sangkar D 63 ekor + Sangkar E 18 ekor + Sangkar 4 39 ekor (related posting klik sini) = 120 ekor. Maknanya jumlah belanja untuk beli binatang sahaja sudah RM664.60 all out from tabung Kebun Bahagia Bersama untuk bulan February dan March. Erk belum lagi beli makanannya, bekas makanan dan minuman. Bila buat report baru sedar berapa belanja untuk set up hobi baru ini, honestly rough estimation dah 1K spent. Hopefully this new adventure will be fruitfull, kenyang perut. No wonder rasa sibuk sangat March ini ada at least 120 babies to look after. Belum lagi yang remaja dan adult yang bebas-bebas meronda Kebun Bahagia Bersama setiap hari.

 Report for dearest hubby untuk Sangkar D ni tukang kebun letak campur future food nak set up modal RM500.
  Syukur Alhamdulillah yang ada 4 sangkar nursery tukang kebun jumpa dekat belakang nun sana workshop macam dah nampak besi buruk tapi masih boleh dipakai. Kami bawa depan cuci-cuci dan bila ada masa akan cat dengan anti-rust saki baki Tuan Tanah cat pagar masa Tahun Baru Cina lalu (related posting klik sini). Kalau lebih rajin kemudian boleh coat dengan cat warna biru yang masih berlebih itu. Nasib baik ada lagi sangkar ini yang boleh dikitar semula pakai jimat belanja. Nak beli baru pun sangkar besar ni satu dah RM200 tukang kebun intai dekat Pet Shop. Malam yang tukang kebun packing pesanan di luar kalau dearest hubby ada mood tak penat sangat meneman sambil cat anti-rust dekat sangkar-sangkar ini. Gambattekudasai honey bulan ini cat semula ya sementara sangkar tengah kosong ya.

  Terima kasih banyak kepada kedua ibubapa kami banyak facilities available tinggal tunggu anak-anak rajin atau tidak nak usahakan. Terima kasih atas pendedahan dan didikan dari kecil dah biasa membesar hidup dengan binatang-binatang ternakan. Moga bila papa (Tuan Tanah) dan mama (Big Boss) balik awal depan dapatlah kita merasa ayam daging KFC itu ya. Cita-cita kecil tukang kebun tahun ini dapatlah sembelih ayam kampung sendiri buat rendang masa raya nanti. Masa zaman tukang kebun sekolah dulu, tiap-tiap tahun mesti Big Boss sembelih ayam-ayam kampung dia buat rendang negeri. So this year hopefully that tradition will come alive again.