Bulan March ini memang tukang kebun banyak invest gunakan simpanan Tabung Kebun Bahagia Bersama awal tahun ini untuk menambahkan bilangan Avian PETS di belakang. Antara yang tukang kebun tangkap di Jabatan Pembiakan Itik awal bulan March (5th March 2015) ini ialah jenis itik Muscovy. Berlainan dengan itik telur yang lahir berwarna coklat (related posting klik sini), itik muscovy ini yang baru menetas tak sampai 24 jam lagi berwarna kuning. Ini pun kira just lucky dapat balance yang tidak reserved oleh orang lain. Dapatlah yang tinggal 17ekor. Seekor RM2.80, jumlah RM47.60. Jantina tidak diketahui.
Anak itik muscovy ni comelkan. Anak-anak pun suka pegang sebab perwatakan itik muscovy ini gentle tak macam anak itik telur yang hyper aktif tak duduk diam. Ya jenis-jenis itik berbeza ini pun perwatakan-nya lain. Kalau anak ayam, anak-anak tak nak pegang dengan alasannya kuku kaki anak ayam tajam sakit. Sampai bising mama Ilhan sebab dia main lepas je anak ayam daging yang baru dibeli keesokan harinya sebab kuku tajam. Nasib tak apa-apa ayam daging tu.
Kebetulan selepas hari dapat bekalan anak-anak itik Muscovy, keesokkan paginya adik tukang kebun minta hantar ke komuter nak ke KLIA2 melancong bersama-sama kawan ke Krabi. On the way balik nampak kedai PET Shop baru sahaja buka lalu singgah sekejap. Ada rezeki anak-anak ayam baru sahaja sampai belum lagi dipindahkan pun ke dalam sangkar. Baguslah dapat tukang kebun bela sama-sama dengan anak-anak itik Muscovy yang baru lahir semalam sebab umur dan saiz lebih kurang sama.
Jadinya pada 6hb Mac 2015 tukang kebun beli 10 ekor anak ayam daging dan 30ekor anak ayam kampung. Harga biasanya di jual di Pet shop area tukang kebun seekor RM3.80. Tapi sebab tukang kebun borong banyak 40 ekor dapat dengan harga RM3.50. Jumlah belanja anak-anak ayam RM140. Alasan diberikan kepada dearest hubby untuk shopping hari tu ialah untuk bekalan stok daging ayam puasa dan raya akan datang ini.
Tapi sekarang anak-anak ayam kampung batch March ini setakat ini 3 ekor mati sebab patah kaki dan sayap yang mana entah ganas sangat. Yang menariknya kombinasi kongsi sangkar dengan 17 ekor anak itik muscovy, 10 ekor anak ayam daging dan 5 ekor ayam kampung semuanya sihat bahagia hidup bersama. Yang kemalangan maut cuma sangkar yang kongsi cuma ada anak-anak ayam kampung sahaja. Tukang kebun sekarang bukan sahaja experiment dengan tumbuhan dalam good companion planting tapi dengan Avian PETS juga good companion growing together. Setiap jenis binatang ada virusnya tersendiri yang mudah dijangkiti dan virus ini bukan sahaja semua jahat tapi ada yang juga baik jadi boleh complement each other. Dalam theory tukang kebun bukan sahaja tumbuhan yang benefit tanam pelbagai tetapi haiwan ternakan pun sama sahaja.
Masa duduk dalam sangkar stage nursery, tiap-tiap pagi tukang kebun bersihkan sangkar dan kasi mandi anak-anak avian PETS ini. Lepas tu jemur sebelah pagi dapatkan vitamin D dan biasakan mereka perlahan-lahan dengan cuaca panas. Kalau tak biasakan pada awalnya susah sebab masa awal-awal tukang kebun lepaskan anak-anak ayam batch November 2014 dulu masa weekend, tak biasa main tengah-tengah panas ada 2 ekor demam dan mati. Jadi lebih baik tukang kebun expose perlahan-lahan semasa usia muda lagi. Lagipun projek kami ialah binatang-binatang ini bila dah remaja akan jadi ternakan free range bebas berjalan-jalan di Kebun Bahagia Bersama bukan terperap dalam sangkar.
Jadi asalnya 12 ekor anak-anak ayam yang kami cuba bela percubaan hujung bulan November 2014 tinggal 9 ekor dan sekarang bulan March mereka bebas. Malam je duduk dalam sangkar. Petang dah berbaris masuk sangkar 2 balik tunggu tukang kebun kasi makan malam. Mulanya 8 ekor anak ayam kacukan gajah kampung, seekor demam dan seekor kena baham tinggallah 6 ekor. Yang 4 ekor anak ayam kampung original tinggal 3 ekor sebab seekor demam. Ambil iktibar dalam kes ini jadi yang anak-anak ayam ini masa baby lagi tukang kebun dah expose dengan penerimaan cahaya yang banyak.
Anak-anak itik muscovy ini kan perangai gentle tak lahap sangat macam anak-anak itik telur. Jadi masa awal tukang kebun nak bagi makan ikan guppy diorang tengok je kena ajar dulu this is food. Yang anak-anak itik telur tak perlu ajar terkam gelojoh sungguh. Bila seekor dua anak itik muscovy dah mula makan barulah yang lain tengok dan join in bersama-sama.
Awal sehingga pertengahan bulan March memang sebelah pagi tukang kebun sibuk dengan anak-anak baru Avian PETS ini dengan nak cuci sangkar, tempat tido, bagi makan dan lain-lain. Awal-awal pagi dah sunbathing selepas mandi. Anak-anak ayam yang kongsi sangkar dengan anak-anak itik Muscovy pun kesian juga terpaksa belajar mandi walaupun tukang kebun tak kasi mandi dia tapi terkena jugalah percikan air dan gesel-gesel basah dengan itik Muscovy. Begini mereka pun jadi kuat panas dan air.
Ada minggu ini terkejut tukang kebun bila nampak ada seekor anak ayam daging termasuk dalam pasu berisi air tapi tak pandai keluar sehingga paras dada dia di Sangkar D yang baru dipindahkan hujung minggu lepas. Menangis-menangislah si anak ayam daging entah berapa lama duduk dalam air, tukang kebun pula masa senja baru pergi jenguk. Si Angsa yang kami panggil si kuning tu pun dok perhati dari pintu Sangkar D kesian gaknya tengok anak ayam tu tapi tak boleh masuk nak menolong. Syukur Alhamdulillah nampak okay anak ayam daging tu keesokkan harinya. Angsa si Kuning kami tu memang jenis gentle baik hati tak ganas tak macam si Rocket yang kuat merajuk dan gigit-gigit tapak kaki tukang kebun kalau lambat kasi makan. Takdelah gigit kuat, gigitan manja tapi masih menyilu. Si Kuning tak pernah buat tukang kebun macam tu.
Hari Ahad kami pergi ke pasar pagi Paya Jaras dan beli 10 ekor anak ayam mutiara. Harga pasaran anak ayam mutiara saiz begini di kawasan tukang kebun seekor RM15. Jumlah RM150. Tapi seekor dah mati mungkin masa dia tersekat dekat dawai ketakutan dengan anak-anak itik telur yang perangai dah jadi gangster mungkin nak keluarkan tukang kebun ter-snap leher dia kut. Tukang kebun kena reflecting banyak-banyak atas kebodohan kesilapan sendiri. Jadi tinggal 9 ekor. Pada mulanya ingat nak campurkan dengan anak-anak itik telur dalam Sangkar E. Tapi tak sesuai ketakutan mereka sebab anak-anak itik telur tu dah ada perangai membuli. Jadi kami pindahkan ke Sangkar D yang baru sahaja dikemaskan pada hari Ahad lepas.
Jadi Ahad lepas kami buat persediaan untuk pemindahan 17 ekor anak itik muscovy, 10 ekor anak ayam daging, 9 ekor anak ayam mutiara, 27 ekor anak ayam kampung, jumlah 63 ekor kesemuanya. Rak yang dalam gambar bawah dearest hubby bertukang buat dari scratch kitar semula kabinet-kabinet dapur lama Ahad lepas. Tukang kebun memang nak ada para-para atau kayu tinggi sebab takut banjir. Sekurang-kurangnya mereka yang terperangkap dalam sangkar ini ada tempat tinggi nak bergayut. Itik muscovy ni cerdik tau, dulu-dulu pernah banjir dia hanyut pandai balik rumah. Terkenang tukang kebun masa dulu ada itik muscovy big boss tiba-tiba muncul lepas beberapa minggu lepas banjir depan gate menunggu, bila tukang kebun buka gate tergedek-gedek masuk.
Seronok sungguh anak-anak Avian Pets ini dipindahkan Ahad lepas banyak ruang nak bermain-main. Nampaknya pelbagai jenis Avian nampak serasi hidup bahagia bersama-sama dalam Sangkar D. Anak-anak itik muscovy ini manja datang minta main-main bila tukang kebun masuk dalam sangkar ini, jadi anak-anak ayam lain pun terikut-ikut. Kalau anak-anak itik telur tu wild sikit, bagi makan baru nak sibuk datang. Kalau tak tersalah memory, masa zaman remaja dulu Sangkar D ini tempat sepasang Merak yang menghuni. Dulu lagi besar sangkarnya bersambung dengan Petak D yang sekarang dibuat kebun.
Bulan March ini memang sibuk sungguh banyak baby nak jaga, ini semua dah tak duduk dalam sangkar nursery baru ada rasa free sikit. Bila tulis inventory report ini barulah sedar jumlah overall Pets yang masuk dalam Kebun Bahagia Bersama untuk bulan March dan February sehingga 19hb March 2015 (still alive) ialah jumlah Sangkar D 63 ekor + Sangkar E 18 ekor + Sangkar 4 39 ekor (related posting klik sini) = 120 ekor. Maknanya jumlah belanja untuk beli binatang sahaja sudah RM664.60 all out from tabung Kebun Bahagia Bersama untuk bulan February dan March. Erk belum lagi beli makanannya, bekas makanan dan minuman. Bila buat report baru sedar berapa belanja untuk set up hobi baru ini, honestly rough estimation dah 1K spent. Hopefully this new adventure will be fruitfull, kenyang perut. No wonder rasa sibuk sangat March ini ada at least 120 babies to look after. Belum lagi yang remaja dan adult yang bebas-bebas meronda Kebun Bahagia Bersama setiap hari.
Report for dearest hubby untuk Sangkar D ni tukang kebun letak campur future food nak set up modal RM500.
Syukur Alhamdulillah yang ada 4 sangkar nursery tukang kebun jumpa dekat belakang nun sana workshop macam dah nampak besi buruk tapi masih boleh dipakai. Kami bawa depan cuci-cuci dan bila ada masa akan cat dengan anti-rust saki baki Tuan Tanah cat pagar masa Tahun Baru Cina lalu (related posting klik sini). Kalau lebih rajin kemudian boleh coat dengan cat warna biru yang masih berlebih itu. Nasib baik ada lagi sangkar ini yang boleh dikitar semula pakai jimat belanja. Nak beli baru pun sangkar besar ni satu dah RM200 tukang kebun intai dekat Pet Shop. Malam yang tukang kebun packing pesanan di luar kalau dearest hubby ada mood tak penat sangat meneman sambil cat anti-rust dekat sangkar-sangkar ini. Gambattekudasai honey bulan ini cat semula ya sementara sangkar tengah kosong ya.
Terima kasih banyak kepada kedua ibubapa kami banyak facilities available tinggal tunggu anak-anak rajin atau tidak nak usahakan. Terima kasih atas pendedahan dan didikan dari kecil dah biasa membesar hidup dengan binatang-binatang ternakan. Moga bila papa (Tuan Tanah) dan mama (Big Boss) balik awal depan dapatlah kita merasa ayam daging KFC itu ya. Cita-cita kecil tukang kebun tahun ini dapatlah sembelih ayam kampung sendiri buat rendang masa raya nanti. Masa zaman tukang kebun sekolah dulu, tiap-tiap tahun mesti Big Boss sembelih ayam-ayam kampung dia buat rendang negeri. So this year hopefully that tradition will come alive again.
5 ulasan:
Assalamualaikum Kak Diana,
gerigitan Julie tgk anak2 itit tu..comel sanggat! kalolah Julie ada tanah yg luas dah lama Julie ternak itik ni..Julie memang suka sangat dgn itik ni, dulu pernah tolong emak bela itik telur di kampung...memang bertuah anak2 kak Diana dpt pegang & belai2 anak2 itik yg comel2 ni :)
cute sangat la anak2 itik akak ni.. walaupun imm x pandai n x berapa minat nak bela pets, tp bila baca entry akak ni, macam dapat rasa sama keseronokan akak.
betul la orang kata, kalau kita seronok buat something tu, dari penulisan pun boleh terpancar keseronokan tu dan sampai dekat orang lain kan.. ☺
Salam Diana, best betul lah tengok your post (have to admit-mmg jeles!!!)- love all the small2 cute baby chicks n duck. u motivated me to grow my own vege (despite of our small area-huhuhu)- kalau kaw besar, mmg dah lama ikut jejak u utk bela macam2 haiwan as sumber protein. Support u all the way !
Adoiii...the ducklings & chicks are so cute. U lead a very good example of self-sustainable lifestyle.
Rgds,
Choi Min
Waalaikumsalam Julie,
Gerigitan kan tengok anak-anak itik ini.
Yang anak itik muscovy ni memang manja betul, cuma tukang kebunnya takde masa nak belai-belai.
Memang anak-anak suka nak manja dengan itik muscovy.
Salam Bahagia Imm,
Kawaii deshou.
Syukur Alhamdulillah kalau keseronokkan kami ini dapat juga motivate lebih ramai untuk bela sendiri dan tanam sendiri.
Salam Bahagia Juliana,
Cubalah bela burung-burung puyuh tak makan space. Dapat telur dan baja free. Boleh juga nak makan dagingnya.
Salam Bahagia Choi Min.
Not fully self-sustainable.
But bolehlah safer food when we know where it came from.
Ternak sendiri bolehlah organically.
Suka-suka, slow-slow lama-lama biasa.
Catat Ulasan