No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Marigold. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Marigold. Papar semua catatan

Ahad, 5 Ogos 2018

Pasar Tsukiji

 Pada hari ke-10 di Jepun kami punya fokus utama adalah melawat Pasar Tsukiji. Pasar Tsukiji tidak lama lagi akan dipindahkan ke tempat lain pada bulan Oktober 2018 akan datang ini. Walaupun terdapat pelbagai jenis bantahan akan pemindahannya termasuklah dari segi pencemaran alam sekitar mengakibatkan beberapa kali sudah ditangguhkan pemindahannya ke tempat baru. So we wait and see kali ini ada penangguhan lagi atau tidak. Sebelum dipindahkan kami ambil kesempatanlah lawat dulu sebab tak pernah kami melawat Tsukiji market ini.
 Masa zaman student manalah minat melawat market kan. Sekarang ni jadi hobi pula kalau travel teringin tengok local market nak jamu mata dan selera.
 Di tepi jalan raya besar ada taman mini banyak bunga hiasan untuk cantikkan pemandangan pada plot tanah kecil yang dari terbiar. Geram tengok warna vibrant French Marigold pelbagai jenis. Yang bunga berwarna pinkish kelopak tepi macam kena carik-carik di tepi itu adalah pokok bunga dianthus, termasuk dengan keluarga carnation juga. Cuma pokok bunga dianthus ini biasanya lebih renek berbanding pokok bunga carnation. Yang berminat untuk menghiasi laman rumahnya dengan bunga renek terang benderang pelbagai jenis French Marigold ada stok ya. Pokok bunga French Marigold ini amat sesuai ditanam dalam container garden.

~ 1 Original Packaging from Japan French Marigold Mixed RM15 (More than 50 seeds) for RM18.00 ~
 Apabila turun subway paling terdekat dengan Pasar Tsukiji, antara tempat yang architecture menarik terlihat adalah Kuil Tsukiji Hoganji. Kuil Hoganji pada mulanya berasal di kawasan Asakusa terbakar, kemudian pengikut ajaran Buddha mazhab seorang pendeta telah mendirikannya di kawasan Tsukiji.
 Jika di tengah-tengah tokyo dibandingkan dengan kuil-kuil Buddha yang lain rekaan bangunannya menarik kerana lebih kepada negara India. 
 Di Pasar Tsukiji kami cuma jalan-jalan di bahagian pasar luar. Itu pun sesak dengan orang. Makin tengahari makin sesak. Jadi elok datang awal sikitlah. Ada juga pelancong yang nak tengok Tuna Auction dah menunggu seawal 4 pagi. Tapi yang itu kanak-kanak tak dibenarkan. Jadi kami memang cuma rancang jalan-jalan cari makan je belah pagi merangkap sarapan. Si Rayyyan ni khusyuk agaknya fikir macam mana ikan tuna disiang licin begini.
 Ada juga bahagian yang menjual sayur-sayuran di pasar luar ini. Antara menarik mata Tukang Kebun adalah pelbagai jenis warna lobak. Kalau di Malaysia kita biasa tengok carrot berwarna oren sahaja kan. Di Jepun ini ada pelbagai rona warna. Ada yang oren pekat, ada ungu dan ada juga carrot yang kekuningan. Tukang Kebun ada dapatkan baka carrot yang berwarna kuning asal dari Pulau Okinawa. Pulau Okinawa adalah kawasan Jepun yang cuacanya adalah Sub-Tropical. Tukang Kebun pun belum pernah jejak kawasan Okinawa ini sebab negeri paling hujung sebelah barat daya sana. Moga baka jenis sub-tropical ini lebih mudah tumbuh lah untuk gardeners mana yang teringin nak cuba dan nak cuba lobak selain warna jingga.

~ Anggaran 100 biji benih 1 pek yellow Okinawa Island Carrot RM3.00 ~
 Pelbagai jenis produk segar dari laut ada dibekalkan di sini.
 Tukang Kebun pun tak sangka yang di Japun pun ada banyak jenis makanan laut bercangkerang. Padat nampak isi tiram dalam cangkerangnya.
 Kami sekeluarga memang penggemar makan street food. Memang simpan budget banyak nak cuba pelbagai jenis makanan di sini. Berebut makan ichigo mochi (strawberry rice cake) ni, siap beli 1 pack lagi tapau bawa balik utk desert malam nanti. Mula-mula beli 2 batang gitu dulu bagi anak-anak rasa yang makanan laut panggang, bila masuk tekak mereka baru tambah beli lagi. Dulu tak pandai makan akar pokok teratai (lotus), bila duduk lama-lama kat Jepun makin suka. Macam-macam sayuran dan makanan laut dijadikan fish cake goreng. Tukang Kebun dan Papa Abby masing-masing cuba tiram mentah.
 Anak-anak sangat suka dengan corn croquettes ni. Maknya pun asyik lupa nak buatkan bila kat Sabah hehehe sebab sumber-sumber lebih mudah didapat dengan murah. Bila menulis posting ni baru teringat akan kegemaran mereka ni.
 Dalam kawasan jual-jual street food ni jika bersama anak-anak takde tempat sesuai nak menjamah makanan yang dibeli. Jadi biasanya parents yang ada anak-anak akan bergilir-gilir, seorang jaga anak di jalan berdekatan yang tak sesak dan seorang pergi tengok-tengok dan beli. Bertembung dengan pelancong Melayu dari Malaysia yang anaknya pakai sehelai jacket yang sama...hahaha...sama-samalah membeli di kedai mothercare ni. Kami yang tak perasan mulanya, terdengar anak report kat mak, eh baju saya sama dengan budak tu.
 Kami tunggu di tempat tiada menjual berhadapan dengan kuil ini sambil makan-makan berdiri. Tempat yang berdekatan dengan jual strawberry rice cake. Nasib ada Ilhan yang makin meninggi dah ni, belum lagi lepas tinggi Tukang Kebun tapi saiz kasutnya sekarang 1 saiz lebih besar dari mak nya. Ilhan yang mengekor mama atau papa yang pergi beli jadi ada extra hands untuk pegang barang. Sementara mama atau papa meneman adik-adik di depan kuil ini.
 Ada juga jual makanan kering macam kekacang. Kami ni puas testing almond panggang hehehe...belilah juga 2 pek untuk cenderahati.
 Makanan buah kering-kering jual dekat kedai yang berhadapan dengan tourist information centre. Yang nak rasa telur fluffy macam di kedai sushi juga di lorong bawah gambar ini. Tapi kalau beratur panjang semata-mata nak rasa telur tu, boleh je dapat di dalam bentou yang department Mitsukoshi jual di Ginza. Banyak juga bahan-bahan makanan yang dijual di department store Mitsukoshi foodcourt groundfloor tu dari Pasar Tsukiji ini pun. 
Pasar Tsukiji bukan setiap hari dibuka kena check calendar. Begitu juga dia tutup awal bukan sampai lewat petang ya.

Khamis, 16 November 2017

Kids Snorkeling Pulau Kapalai

  Selepas dari daratan besar Semporna kami ke Pulau Mabul sampai dalam masa tengahari (related posting klik sini). Lepas makan tengahari bermula aktiviti snorkeling yang pertama. Tempat untuk aktiviti snorkeling yang pertama ialah di kawasan Pulau Kapalai yang berdekatan dengan Pulau Mabul.
 Untuk Ilhan yang berumur sepuluh tahun ini bukan pengalamannya yang pertama snorkerling. Thanks to my sisters pernah bawa si Ilhan pergi Snorkeling sama-sama di Tunku Abdul Rahman National Park berikan keyakinan si Ilhan suka snorkerling. Walaupun Ilhan belum belajar berenang secara formal tapi Ilhan dah boleh terapung menggunakan life jacket sambil berenang. Tak sabar-sabar si Ilhan nak turun ke laut ikut makcik-makciknya.  Dah tak tengok belakang pun, parents yang masih sibuk uruskan adik-adik nak masuk ke dalam laut.
               
 Yang perlukan persediaan mental dan emosi kali ini ialah adik-adik Ilhan si Rayyan 8 tahun dan si Abby yang 4.5 tahun untuk masuk ke dalam air laut yang masih gelap untuk jinakkan snorkeling. Biasanya suka main di persisiran pantai si kecil dua ni. Untuk keselamatan pelancong snorkeling yang lain, bot ada tempat had tertentu boleh berhentikan pelancong untuk turun sementara mereka tunggu. Ada juga bawa pelampung bulat dan jacket pelampung untuk Rayyan dan Abby, tapi belum lagi papa Abby prepare tiup angin ke dalamnya. Mama Abby pun dah lama tak snorkeling jadi seperti si Ilhan tak sabar-sabar jugalah nak masuk dalam air laut tu. Syukur Alhamdulillah ramai yang dapat bantu turunkan dua anak-anak ini dalam laut yang masih gelap dalam. Adik perempuan Tukang Kebun yang bongsu juga patah balik datang membantu sebab yang adik lagi satu boleh tengokkan si Ilhan. Sebab ada lagi satu keluarga dari negara China yang ada kanak-kanak, maka tinggal spare satu pelampung dari bot bahagi bersama kami. Nasib baiklah si Rayyan dan si Abby ni kurus jadi mereka boleh sumbat dalam satu pelampung. Papa Abby kena tinggal dalam bot dulu masih sibuk baru nak urus barang-barang anak dia, nak betulkan masklah baru terhegeh-hegeh. Ada remaja guide seorang juga yang jaga sisi pelampung sebelah sementara Tukang Kebun tarik mereka berdua ke tempat yang lebih cetek bila dah malas nak tunggu papa Abby masih atas bot.
 Beginilah keadaan awal rupanya, adik beradik ni membelakangi antara satu sama lain. Pegang rapat dengan pelampung. Sempat jugalah mereka nampak seekor penyu sedang berenang-renang sementara kami bergerak berenang ke tempat yang cetek. Di kaki anak-anak ni pun ikan dok pusing-pusing berenang. Cuma lain kali kena belikan mask yang proper, beli yang kat supermarket nampak je comel segala tapi tak praktikal. Untuk kanak-kanak lebih baik bawa sendiri, sebab kebiasaannya tiada saiz yang sesuai nak dipinjam. Macam Ilhan dia mudah sikit sebab cepat tinggi, saiz tapak kaki pun dah sama dengan Tukang Kebun. Bolehlah pakai mask dan flipper orang dewasa.
 Lepas Papa Abby dah turun ke laut, giliran papa Abby pula jaga si Rayyan dan Abby dengan ditemani guide remaja kami. Kalau mask yang dibeli elok padan dengan si Rayyan dan Abby ni pasti lebih seronok untuk mereka. Itu je lah kekurangan pengalaman percubaan pertama aktiviti snorkeling si Rayyan dan si Abby. Tapi mereka berdua sporting juga ikut je lah terapung kena tarik sambil kedua ibubapa menikmati pemandangan dasar laut. Takde buat perangai merengek-rengek, Syukur Alhamdulillah mereka yakin yang mereka selamat dijaga.  Kalau ikutkan hati nak juga pergi diving sebab alang-alang dah dekat pun dengan Pulau Sipadan tetapi takde siapa pula nak babysitting anak-anak ni. Sementara menunggu mereka besar boleh juga sertai aktiviti diving sama kita kasi mereka biasakan dengan snorkeling dulu. Elok jugalah pengalaman ini mereka tak panik walaupun berada di laut dalam. Cuma nanti bila Ilhan dah belajar berenang secara formal bolehlah masukkan dia untuk ambil lesen diving. Jika ada rezeki boleh si Ilhan ikut teman makcik-makciknya yang rajin pergi diving.
 Abby dan Rayyan dah dalam jagaan papa mereka bolehlah Tukang Kebun enjoy bebas snorkeling dengan Ilhan dan Sumandak. Terima kasih kepada adik Tukang Kebun ada kamera waterproof bolehlah kami rakamkan memori ini sambil snorkeling. 
 Semakin dekat dengan resort semakin cetek airnya dan visibility untuk lihat hidupan dasar laut lebih terang. 
 Nak kata resort Pulau Kapalai ini atas pulau tidak juga. Cuma kawasan air di sini cetek jadi boleh buat pembinaan resort di atas laut. Jika ada budget lebih, mungkin lebih seronok menginap di Pulau Kapalai ini berbanding Pulau Mabul. Perairan berdekatan Semporna ini memang rata-rata ada kawasan yang airnya cetek disebabkan itu tiada bot-bot besar yang dapat lalu.
 Seronok juga kalau kita dapat duduk di atas resort ini di bawah air lautnya ada pelbagai jenis hidupan. Bila-bila je boleh pergi snorkeling atau main air.
 Bilalah ada rezeki lagi nak bercuti di Pulau. Setakat ini belum lagi ada rancangan. Ada teman-teman lain yang akan bercuti ke Pulau hujung tahun ini? 
 Sekarang ada stock biji benih bunga campur-campur French Marigold dalam original packaging ya.

~ 1 pek anggaran 3ml (lebih 50 biji benih) RM18.00 ~


Rabu, 25 Februari 2015

Ivory African Marigold

  Bulan January lalu hinggalah musim perayaaan Tahun Baru Cina ini masih lagi musim berbunga marigold jenis African Marigold warna creamy putih jenis pokoknya tinggi berbanding dengan jenis-jenis Marigold lain. Yang kerap kelihatan adalah jenis African Marigold berwarna jingga atau kuning berbanding dengan creamy putih ini. Mestilah tukang kebunnya lagi teruja dapat tengok jenis yang berlainan menghiasi kebun pada musim panas kemarau ini.
 Menarik juga tengok perkembangan bunganya step by step sebelum mekar penuh seperti gambar No. 2 nampak seperti bunga lain pula. Satu pokok seperti menghasilkan 2 warna, warna cream dan putih.
   Bila bunganya mekar penuh warna bunganya pun bertukar dari creamy ke putih cerah. Pokok bunga Ivory African Marigold ini tahan panas. Seperti gambar di bawah kesian pokoknya seminggu lebih tak disiram tapi masih lagi bagi bunga-bunga untuk tatapan tukang kebun walaupun daunnya terkulai masa tengahari buta kena direct sun sepanjang hari. Lama juga ianya bertahan hingga kini dengan cuaca yang masih panas sekarang.
  Semut pun suka berkeliaran atas bunga ivory African Marigold ini ada manisan agaknya. Semut pun pandai pilih yang organik dan original kut. Walaupun ianya adalah warna rare putih tapi ini bukan benih F1 atau hybrid ya. Biasanya yang African Marigold warna kuning dan oren terang-benderang yang biasa Majlis bandaran buat landscape itu semaian dari keratan dan tidak menghasilkan benih. Yang ini tukang kebun semai dari biji benih dan baru mula sorting sorting biji-biji benih yang telah dituai dekat bench work.
  Ivory African Marigold ini adalah jenis baka kampung. Bagi gardeners yang meminati bunga berwarna putih bolehlah juga tambah jenis bunga marigold di kebun mereka.
~ Ivory African Marigold ~
Anggaran 15 biji benih dalam 1 pek RM3.00 fresh pick from Kebun Bahagia Bersama.

Jumaat, 20 Februari 2015

Meriah Marietta

 Marietta masih tidak putus-putus meriah berbunga walaupun sudah masuk 2 bulan musim bunganya. Marietta adalah jenis French Marigold yang renek. Makin meriah musim bunganya bila masuk perayaan musim Tahun Baru Cina ini. Mungkin nak sambut bersama-sama memeriahkan suasana walaupun agak kering cuaca di Kebun Bahagia Bersama di bulan ini. Syukur Alhamdulillah walaupun tidak pernah disiram mengharapkan rezeki hujan sahaja sejak dipindahkan agak memeranjatkan ianya boleh hidup bahagia di sudut ini. Jenis Marietta ini menghasilkan 2 jenis wajah seperti gambar di atas dan di bawah.
  Tukang kebun perhatikan bahawa jenis Marietta ini lambat bermula musim bunganya. Punyalah merimbun naik daunnya tapi dalam hati kenapalah tak berbunga-bunga rasanya dah lama dipindahkan ke sini. Dalam hati rasa mengeluh-ngeluh juga tapi tak pelah sekurang-kurangnya Marietta yang naik subur jadi telah memainkan peranan menutup kawasan ruang tanah yang kosong mengelakkan dari rumput naik bermaharajalela. Tambahan pula menjadi salah satu agen yang meredupkan (suhu tanah kurang panas) atau melindung tanah dari sejatan air yang banyak pada musim panas ini. Bolehlah dikirakan macam konsep mulching tapi ini tumbuhan live yang dapat memeriahkan suasana di sudut ini bila berbunga. Di celah-celah rimbunan Marietta ini pun banyak juga tumbuhan jenis lain yang hidup bahagia bersama. 
 Setelah lama menanti ianya puas hati membesar sampai akil baligh nak mula berbunga-bunga. Panjang musim bunganya dah 2 bulan masih berterusan menghasilkan bunga yang tidak putus-putus sejak bulan Disember lepas. Makin panas makin meriah pula rasanya. Pokok bunga annual seperti marigold ini sebenarnya kalau ianya mengambil masa yang lama untuk berbunga makin merimbun subur its not a bad thing. Sebab tukang kebun tengok tumbuh okay je merimbun subur tak diberikan baja langsung. Nanti bagi baja lagi ngada-ngada malas nak berbunga bertambah rimbun je. Kena fikir positive ianya memerlukan masa tenaga yang bakal digunakan untuk musim bunga yang meriah. Pokok jenis annual seperti marigold dan lain-lain bagi tukang kebunlah kalau tengok baru umur sebulan dah keluarkan putik bunga keadaannya kerdil lagi jadi kes tak gembira. Hanya beberapa kuntuman sahajalah akan diberikan sebelum riwayatnya yang singkat habis. Kesabaran Ganjaran yang berlipat-lipat ganda.

 Selamat Tahun Baru Cina. Semoga tahun ini lebih banyak rezeki berada di genggaman tangan anda. Semoga nikmat kesihatan sentiasa dimiliki dengan kehidupan cara yang sihat.

Ahad, 25 Januari 2015

Marietta French Marigold

  Bunga marigold juga dikategorikan dalam pelbagai kumpulan. Kumpulan utama ialah African Marigold dan French Marigold. Biasanya jenis French Marigold ketinggian pokoknya adalah lebih renek berbanding dengan African Marigold dan saiz bunganya lebih petite. Di negara barat biasanya pokok-pokok bunga Marigold ditanam bersama-sama dengan pokok yang menghasilkan makanan seperti tomato atau cili mengikut konsep Companion Planting. Bulan ini di Kebun Bahagia Bersama antara Marigold yang sedang rajin berbunga ialah jenis French Marigold Marietta. Bila tengok pokoknya yang renek macam merayap di tanah rasa elok juga tukang kebun tanam untuk menghalang dari rumput-rumput yang degil bermaharajalela naik tumbuh ada juga eye-candy tengok bunga-bunga yang kembang. Sebab French Marigold Marietta tak tinggi bolehlah mudah selit tanam bersama pokok-pokok lain dalam satu pasu yang sama.

~ Marietta French Marigold (Tagetes patula)~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
 Memory kenangan tuaian Jumaat lepas yang sempat adalah seperti berikut:
 Pucuk daun mulberry dijadikan sayur untuk makan malam 'Masak lemak kuning ikan bilis pucuk mulberry'.
  Sedang sibuk alihkan anak-anak pokok roselle, tiba-tiba buah nangka dah kena tebuk dari 2 arah. Isinya nampak dah masak kuning cantik. Lekas-lekas tukang kebun tuai, ambil belah bahagian yang belum kena bawa masuk rumah, yang lain habuan PETS di belakang. Dapatlah juga Sean and company merasa semalam masa singgah rumah. Manis tak Sean? Buah nampak tak cantik tapi isinya cantikkan?

  Nampaknya dah keluar putik-putik baru, InsyaAllah berbuah semula nanti tak lama lagi. Musim nangka dari pokok ini kali ini sungguh puas hati, banyak sungguh buahnya sampai banyak juga yang diambil muda dibuat sayur. Ramai jugalah kali ini dapat rasa buah dari pokok nangka ini pada hujung tahun lepas yang datang self-collect goodies dari Kebun Bahagia Bersama. Biasanya kekadang setangkai banyak buah, kalau nak buah nangka masak besar memang kena tuai yang kongsi tangkai dengannya. Yang gambar di bawah ini saiz kecil sebab tak sempat nak tuai buah-buah yang kongsi tangkai dengannya dulu.
 Gambar di bawah kenangan pokok nangka yang sama pada 4hb Disember 2014. 

  Gardeners lain hujung minggu ini buat projek apa untuk berbudi dengan tanah?

Rabu, 31 Disember 2014

Tanjung Aru Malam Natal

  Kami tiba di Sabah pada petang Christmas 2014. Seperti biasa mulalah nak lepaskan mengidam nak mencari jus avocado pada malam Hari Natal tersebut. Ingat nak pergi port tukang kebun biasa pergi. Tapi Tuan Tanah ajak ke Tanjung Aru lepak minum jus. Anak-anak layan je sebab tempat ni banyak kenangan Tuan Tanah dan Big Boss berdating zaman dulu kala.
 Selain dari melepaskan mengidam minum jus avocado ialah makan mempelam potong muda. Tak tahu kenapa tukang kebun rasa mempelam muda potong di Sabah ni rasa lain dari Semenanjung Malaysia. Jadi bila balik ke Sabah mesti asyik pulun makan mangga muda (ambil gambar dalam plastik nak habis dah). Seperti biasa Big Boss mesti tanya tukang kebun ni tengah pregnant lagi ke. Tak delah mempelam muda ni biasalah benda mesti makan macam mencari nasi. Nasib baik di Tanjung Aru pun adalah syurga untuk orang yang suka makan benda-benda masam macam jeruk juga pelbagai pilihan.
 Yang ingin bersantai-santai di Tanjung Aru sambil snacking banyak pilihan yang ada seperti kacang tanah rebus dan jagung rebus. Tapi kacang tanah rebus yang dibuat sendiri beli kacang tanah segar di Tamu sebenarnya lebih sedaplah.
 Sate dan kepak ayam panggang pun ada untuk yang nak isi perut lebih sedikit. 
 Di persisiran pantai pun tidak menjadi gelap pada waktu malam bercahaya-cahaya ada gerai-gerai kecil menjual alat permainan. Nenek Ilhan kata wah Ilhan kalau ada mama dia tak berani nak buka mulut nak minta. Kalau jalan dengan nenek atuk kalau tak dapat muka pandang atas macam nak sampai ke langit tengok. Ilhan bermanja lama dengan atuk nenek cuti sekolah panjang ni lama sejak awal bulan ikut atuk balik.
  Sebelum bertolak ke Sabah terdapat pelbagai bunga baru je nak mula musim bunganya seperti French Marigold. Bagaimanalah keadaan mereka sekarang.

~ French Marigold Marietta ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
 Musim bunga Mexican Sunflower Red Torch juga sedang meriah berbunga.

~ Red Torch Mexican Sunflower ~
Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek RM3.00  (Tithonia rotundifloria).


 Cepat betul rasa tahun 2014 berlalu. Esok dah masuk tahun baru 2015.

Apakah azam baru atau projek baru di kebun gardeners lain tahun depan?

Jika pembaca blog Kebun Bahagia Bersama membaca posting ini di sebelah pagi hari ini, kebarangkalian tukang kebun sedang bahagia di Tamu Tamparuli ya.